23 April 2009

Akhirnya...

Husin masih lagi gelisah.Sudah hampir 2 jam keadaannya begitu,puas dia cuba melelapkan mata,namun keinginannya untuk tidur masih lagi terbatas.Dia bangun,ditepuk-tepuk bantal birunya yang di penuhi dengan peta-peta dunia hasil ciptaan dirinya sendiri.Husin peluk erat bantal birunya itu dan menyandar pada dinding papan biliknya.Rambutnya yang kusut di selak ke atas,dia mencapai sebatang rokok lalu di bakar,sedutan pertama di tarik dalam-dalam sebelum asapnya dihembus keluar berdedai memenuhi ruangan bilik kecilnya.Fikirannya maseh lagi teringatkan kata-kata ujang petang tadi.”sampai bila lu nak hidup macamni?kalau lu ikut gua,hidup lu confirm da senang.Lu kena berani sin”nada suara ujang betul-betul yakin ketika itu.Ada betulnya apa yang ujang cakap,belum cuba belum tahu,yang penting dia kena berani ambil risiko ditertawakan oleh kawan-kawannya,jika dia gagal dalam percubaannya itu.Itu kalau dia gagal,kalau dia berjaya? Husin tersenyum memikirkan semua itu.Tahun lepas peluang itu pernah datang dalam hidupnya,dia dan ujang sudah merancang segalanya.Segalanya akan di tanggung bersama,persetankan dengan semua kutukan kawan-kawannya.Mereka betul-betul nekad,semangat!Sudahnya,bila tiba harinya,husin merasa takut dan kurang yakin dengan diri sendiri, lalu membiarkan ujang sendiri melakukan apa yang telah dirancang bersama sebelum itu.Berita kejayaan ujang heboh diperkatakan ketika itu,dari saat itu kehidupan ujang mula berubah.Ujang sudah tiada masa untuk bersembang-sembang lagi dengan husin,ujang sudah tiada masa lagi untuk keluar memancing atau bermain gitar sambil menunggu minah-minah kilang pulang pada waktu petang di persimpangan kampung mereka.Ujang terlalu sibuk dengan kehidupan barunya,kehidupan yang penuh maksiat,kehidupan yang penuh dengan penipuan dan kepura-puraan.Bila di fikirkan balik,husin takut untuk mengikut jejak langkah ujang.Husin takut dia akan lupa semuanya,lupa pada agama,lupa pada adat-adat ketimuran atau lupa pada asal usulnya sendiri.Tapi semua ketakutan itu hilang bila dia melihat sendiri kesenangan ujang petang tadi.Ujang pulang ke kampung dengan menaiki sebuah kereta besar,seluruh badan ujang dilaputi oleh pakaian-pakaian dari jenama yang ada diantaranya dia sendiri pun tidak pernah dengar.Gaya dan penampilan ujang cukup berbeza,sangat bergaya atau istilah zaman sekarang stylo.Husin mahu menjadi seperti ujang,dia mahu bergaya dan ada kereta besar.Dia mahu kehidupan sehariannya nanti akan diperkatakan orang.Dia mahukan satu transformasi! “ah,apa nak jadi,jadilah” getus husin dalam hatinya.Dia mara ke arah radio di tepi biliknya,di pasangkan cakera padat yang diberikan oleh ujang padanya petang tadi.”kalau lu minat,lu hafal lah lagu-lagu dalam tu,sok pagi-pagi kita boleh gerak,mana tau lu punya nasib baik, sama macam gua”ujang tersenyum sambil menunjukkan isyarat ibu jari, sebelum berlalu pergi meninggalkan husin bersama cakera padat yang tertulis ‘lagu wajib’ di atasnya.


Mulut husin masih lagi terkumat kamit mengikut bait-bait lirik lagu yang berkumandang di biliknya.Husin mencapai telefon bimbit nokia 3310 yang terletak di sisi tilamnya.Tangannya pantas menaip pesanan ringkas “jang,uji bakat AF sok kul bape?gua ingat gua polo lu la jang” pesanan itu terus dihantar kepada ujang.Dia membakar lagi sebatang rokok dan terus mengikut bait-bait lagu itu.Tidak sampai 3 minit,balasan dari ujang di terimanya.”ok,sok gua amek lu kul 8.00 pagi,jangan meleret plak”.Husin tersenyum,dia yakin dia akan berjaya menjadi artis mengikut jejak langkah kawannya ujang.Dia yakin satu transformasi akan terjadi dalam hidupnya.

Husin tersenyum, sebelum khayalan itu membawa dia hanyut dibuai mimpi bersama angan-angan mahu menjadi pelajar AF 11.



-akueMpTy-

2 comments:

Anonymous said...

transformasi wahahahaha
xbleh blah....


P/s: wa pun awal2 ingt cita antu

Mat Top said...

hahaha...berdekeh siut..aku igt ujang jadi gigolo murahan..uhuhu