13 April 2009

Synth Programming Under-go Project (Berbual)

Pagi Ahad yang gelap, Batu Pahat diselubungi hari-hari mendung kelam dan hujan ribut bulan April. Aku sedikit sakit tekak, batuk dan demam ayam. Membuka hari dengan sms pertama.

QD: Salam Din. Ko punya Kibod KORG model apa eh?

dj Din: KORG R3 synthesizer Vocoder (ringkas)

QD: Ko beli dulu berapa? Ada satu mamat nak tolak kat Mudah. Dia letak RM1400. Tapi boleh 'nego' lagi.

dj Din: Dalam +- Rm2000-Rm2500. Consider bargain buy kalau dia letak RM1400 tu. Bleh beli. Murah, sound best, deep programming! (Din semakin galak)

QD: Ok la. Aku ingat kalau dapat dalam minggu depan aku naik KL nak ajak ko tengok barang tu ok ke tak. Apa-apa hal aku bagitau.

dj Din: No problem. Anytime bro. Kalau ko boleh nego lagi best. Syabas bang! Syabas! Welcome to the world of hardware synth programming. Nanti boleh collaborate dengan ko buat sound macam Neorosis. (Din semakin tak terkawal excitednya)

QD: Hahaha. Aku pun tengah cari tempat belajar kibod ni.

dj Din: Jangan lupa 'pegi' website korg.co.uk. Check dia punya spec. Mesti lepas tu ko tak bleh tido malam dengan lena. Save gambar dia buat wallpaper. Best! Best! Best! (Semakin tak bleh blah)

QD: Aku dah bukak. Tu pasal aku tanya ko punya model apa. Aku siap dah search youtube, tengok demo dia. Best la

dj Din: (aku dah ter-delete message ni, sori. tapi bunyinya semakin galak, semakin galak)

QD: (berhenti reply, takut tak habis sampai senja)


Rumusan:>>>>>>>>>
Aku ucapkan terima kasih kepada dj Din yang sudi untuk memberi sedikit informasi mengenai KORG R3 Synthesizer Vocoder. Keprihatinan dan enthusiasm terhadap synth programming tetap seperti dj Din yang dulu. Aku berharap dapat 'menyedut' dan memanafaatkan sedikit ilmu dari beliau untuk projek akan datang ini. Insyaallah. Terima Kasih dj Din.

11 comments:

Abang Dozo said...

ni kalo dj din terbaca ni agak2 apa reaksi dia ek? hahaa.....

Anonymous said...

kalau abg dozo marah ke suka???

Apa Kau Nak said...

Ha, nanti jangan lupa letak karya anda di blog untuk dinikmati rakan maya ;)

Anonymous said...

insyaallah

baru angan2, berbual ;)

Abang Dozo said...

ni aku nak bercerita sedikit pasal din atau aku pernah panggil dia
'din n bass'.

dialah orang yang paling pertama bagi support kat aku bila wujudnya 'dijit3lk3lk3l3t3r' pada tahun 1999. dialah ensaiklopedia bagi drum n' bass, idm, electronica, trip-hop dan noise untuk aku.

din tu kalo berbual pasal gejet mmg serius. sepanjang hidup aku pernah jadik housemate dia dulu, kalo dia serius pasal gejet tu, dia akan study thru magazine, online pastu test drive kalo ada kedai jual dan dia beli. confirmed. bukan cakap kosong. bukan macam citer gempak pasal gejet tu kat orang lain, compare sana sini macam betul-betul nak beli, citer kat orang lain lagi, tapi senyap tak beli dan terus jadi citer dongeng melayu standard mat jenin.

dijadikan cerita, din pernah beberapa kali sanggup pinjamkan duit dia kat aku sebab masa tu aku tak cukup duit nak beli zoom tri-metal , danelectro fish n chips & alesis guitar fx untuk beli seberapa segera sebab barang rare, discontinued, kena bid cepat-cepat & first come first serve. memang dia tolong & support kawan.

walaupun dah hampir dua tahun aku tak jumpa dia, borak sms je, din tulah kawan aku yang paling aku respek dari segi timing, planning, supportive (yang ko cakap semakin galak, semakin excited & semakin tak bleh blah tu. hehee.....)& dia bukan seorang yang cakap kosong.

Anonymous said...

missy understood ni en dozo.
kena faham term bdk2 sekarang la apa maksud galak, apa maksud tak bleh blah. sila baca posting chan (dibawah) dan komen sekali. kenapa eskapis minda boleh faham terma 'tak bleh blah' yg kita guna pakai. byk kali gak la guna phrase ni dlm post, dlm komen takkan tak dpt tangkap makna dia. kalau nak kondem dj din, tak perlu la ada ucapan terima kasih kat posting tu kn. betul tak?. tapi sensitiviti awk tu bagus en dozo sebagai seorang kawan yg baik. ini sama mcm gunakan contoh abg mat tora dlm mengukur saiz baju dan seluar. ini sebagai gurau senda kawan2. kalau hari tu aku msg en dozo utk tnya psl gajet, mungkin bukan nama dj din disini tp en dozo sendiri. dan pasti ada rencah sebagai warna dalam tulisan. terima kasih kerana menegur

hegira said...

k. gud luck.

Abang Dozo said...

ok qarmadamak..... saya tak marah. din tu kawan kita. orang parit besor tu. bagus gak kalo ko jadik beli vocoder tu.
sori, qarma & no heart feeling. meh sini kiss papa.

Anonymous said...

hahaha no hurte feeling la...
project ni salleh yakcob feat dj din

"... kita kawan-kawan tak mau lawan, pisang panas resolusi, pisang panas...."

Chan said...

aku sampai skg pown xpahe apa maksud 'x bleh blah'.

jelaskan skit????

aku rasa terpinggir. =(

Penulis Kami said...

bersyukur lah pada sesiapa yg mndpt kwn mcm dj din, beri pinjam duit utk beli gadget.....

berbahagia lah manusia yang punya banyak wang ringgit untuk dibelanjakan wang nya pada minatnya jika nak dibandingkan dengan manusia yang tidak punya cukup wang utk dibelanjakan pada minatnya kerana perlu mengisi sesuatu yang lebih penting dari minatnya...

bersyukurlah dengan lebih banyak wahai manusia yang punya gaji yang lebih besar, drpd manusia yang punya gaji yang lebih kecil, kerana punya wang untuk dibelanjakan tanpa perlu berfikir 8 7 kali untuk dibelanjakan....

sesungguhnya bersyukur lah kita hendaknya dengan apa pun yang kita mampu miliki....amin

-neofishy 'kurang-gaji'