11 January 2010

Pesan Dari Yaman

Aku membaca dari Imran al-Malizi

Islam mengharamkan pembunuhan golongan wanita, kanak-kanak, golongan tua yang lemah, orang-orang yang sakit, para pendeta dan rahib, orang-orang yang beribadat, golongan pekerja atau buruh dan sebagainya. Malah diharamkan juga pembunuhan haiwan ternakan, merosakkan tanaman, sistem pengairan dan meruntuhkan rumah-rumah atau binaan.

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.”
(Al-Baqarah:190-193)

Berdasarkan keumuman perintah ini, maka adalah dilarang memerangi orang-orang yang tidak memerangi tentera Islam dan kaum Muslimin.

Dipetik dari www.permaya.org

Apa cerita ada yang nak bakar gereja?? Itu Allah SWT suruh ke Allah SWT larang?? Perjuangan ini untuk siapa?? Untuk kita ke untuk agama?
Itu tindakan dalam kitab atau tindakan dalam kepala otak?? Islam suruh sebar kasih sayang atau kebencian. Dalam masjid pulak tu. Jangan ulang kesilapan 13 Mei 1969. Lupakah kita penyembelihan di Ambon? Bagaimana Filipina, Thailand atau Palestine??

Apa tindakan kerajaan?? Apa guna ISA, Akta Hasutan dan KDN?? Ingat apa KDN buat pada pejabat Siasah dan lain-lain?? Gunakan apa yang ada untuk tamatkan semua ini. Sebelum terlambat. Sebelum ada yang terbakar. Sebelum ada yang terbunuh. Tutup semua pintu polemik. Tutup mulut-mulut prejudis dari terus berucap dalam pagar-pagar masjid.

Berani biar bertempat. Dan..... Jangan melampaui batas

No comments: