08 January 2010

BAKI TERAKHIR: sebuah cerita berunsur sains fiksyen pertama saya

“Nah” Budak kaunter ASB pejabat pos jalan ibrahim hulurkan buku akaun ASB yang sudah diupdate, muka kelat, ruminah sidek pun lagi lawa.

“Baki Terakhir RM459,383-29” hati gua sungguh gembira sambil berjalan secara moonwalk dan menyanyi lagu hafiz AF7 versi nasyid, masih jelas lala la la la lal laaaa

Gua terus tahan teksi BMW M3

“Brader hantar gua ke Mutiara Motors” kata gua kepada brader teksi yang muka mcm mawi, mungkin cucu mawi kot, hensem……….

Tak sampai 5minit dah sampai ke destinasi yang di tuju. Dekat sungguh, baik gua jalan kaki mcm ni. Mengada ngada drebar teksi ni nak bayar 2hengget pun nak kena blutooth blutooth.

Bila gua turun teksi gua jadik pelik, bila masa pulak mutiara motors pindah dekat bangunan sultan ibrahim ni??
Replika kereta kaler hijau yang diorang lekat dekat atas bumbung pun dah lain, seingat gua replika RX7, ni dah tukar ProtonSaga 1st model kaler putih pulak.

Gua panjat tangga terus ke showroom, gua riki lebih kurang kereta yang diorang jual, ada bugati veyron, bently, toyota AE86, itu semua bukan pilihan gua, gua terus direct ke brader salesman yang berpakaian ala budak kerja kedai SilverPlanet Plaza Angsana.

“saya nak beli Hummer H3 kaler putih full spec, rim sukan bling bling 32inci dan cermin tinted jenama V-kool” kata gua sambil menunjukkan baki akaun ASB kepada brader salesman, gua bukan apa, salesman salesman ni punya style kita kena tunjukkan dulu kita punya duit baru la diorang nak layan kita, maklum la nak beli barang highend la katakan.

“hummer?? Susah tuan nak carik kereta tu sekarang dah kira vintage ni macam kereta proton saga first model. Kalau tuan serius nak tunggu kami boleh orderkan, sekarang kereta ni banyak dekat sempadan siam daerah yala, tentera pemisah diorang pakai kereta ni buat angkat mayat” kata brader salesman yang agak cuak dengan keinginan gua.

“alamak brader lu jangan memain, lu ingat senang ke nak kumpul dividen ASB sebanyak tu, lama gua simpan dekat 50tahun tau” kata gua bernada naik angin.

“betul tuan saya tak main main, dengan duit ASB yang tuan ada ni pun tidak cukup untuk downpayment kereta hummer itu, jadi saya cadangkan tuan beli kereta toyota AE86 reissue sepecial edition dengan duit yang tuan ada ini” kata brader salesman seperti pakar ekonomi

“AE86?? Awak ingat saya ni budak drift ke??” kata gua bernada lagi marah sambil karate meja kaca

“ehh tuan itu dulu, sekarang budak budak buat main lumba lumpur dekat pantai lido” kata brader salesman dengan nada ketakutan

Sambil berjalan keluar dari showroom mutiara motors bangunan sultan ibrahim, gua mengeluh panjang…

“celaka dah go to the future pun still tak boleh beli hummer!!! demmit”

Gua lepak pantai lido pekena cucuk cucuk sedas sambil tengok budak budak main lumba lumpur guna kereta AE86. SEKIAN.



50tahun sebelumnya……………..



“hahahahhaahahhahaaaa suksess suksess suksesss!!!!!!!!” gua ketawa ala professor klon kegirangan!!

“berjaya jugak gua mencipta mesin merentas masa menggunakan pedal gitar ElectroHarmonix HolyGrail ini! gua nak ucapkan terima kasih pada budak universiti batang berjuntai yang beri komen pada blog entri gua tempoh hari, kalau tak kerana dia tak tercetusnya power of idea ini!” sambil ketawa ala selvester stalone dalam cerita rambo 1.

Tanpa membuang masa gua ambil gitar yang bukan dari jenama squire, gua terus strum chord Eminor dan G berulang ulang kali. Gua terus tekan pedal mesin merentas masa.


ZZZappp ZaPPPPPPP ZZZzzzziiitttttttttt Ziingggggggg ngggggggggggggggingggZZZZZttttttttttttt


Gelembung cahaya berwarna biru mengelilingi gua, terbuka lubang cahaya dan terus menyedut gua kedalamnya, berdesup kelajuan cahaya, gua terapung apung tanpa hala tujuan, merasa jugak gua terbang macam superman.


ZZZappp ZaPPPPPPP ZZZzzzziiitttttttttt Ziingggggggg ngggggggggggggggingggZZZZZttttttttttttt


Gua pelan pelan bukak mata, gua rupanya berada disuatu tempat lain. Gua riki kanan kiri, macam biasa lalu je tempat ni, cuma bangunan je yang dah berubah.

Waw dasat jugak pejabat pos jalan ibrahim ni dah mcm menara Burj. Gua terus masuk kedalam menara pos office. Ceh bangunan dah dasat tapi kaunter still 2je yang bukak, perangai tak berubah ubah.

Keadaan agak sesak, ramai pelanggan meluru kearah kaunter yang lembap macam siput sedut.

“apahal ni brader? Kelam kabut je diorang ni wa tengok” gua bertanya pada seorang budak pejabat lawyer yang tengah standkan Ducati 1098 nya.

“owh hari ni kan ASB masukkan dividen” kata budak pejabat sambil bukak racing suit Alpinestars

“ASB?? Waw!!!! Nampak nya perkiraan gua berjaya!!! Masa dan tarikh yang gua telah set kan pada mesin merentas masa itu amat tepat sekali!!” gua melompat heppi dan terus melulu potong barisan terus ke kaunter ASB.

1 comment:

municipal_waste said...

apa susah???
lu kuar duit tu lu blk la taun ni,konfim bersepah lg hummer tu,haha...