29 January 2010

APA BEST SANGAT KE??




Gerai Mee Bandung Muar

Lokasi: depan stesen minyak esso kampung melayu, sebelah kedai motor dan pusat memandu hasnah ali

Waktu berniaga: petang sampai lewat malam

Gua hari hari lalu depan kedai ni tapi gua buat taknampak je sebab kalau makan mee bandung dekat JB ni dah rasa mcm makan mee tomyam siap serai dengan daun limau, apataknya dimasak oleh brader brader siam, letih brader!! Kalau gua nak makan mee bandung muar selalunya gua balik BP nak lagi true terus turun bandar Muar.

Baru baru ni tekak gua terasa nak pekena mee bandung muar, gua tabahkan hati singgah kedai ni, kalau mee bandung muar dia rasa mcm mee bandung siam memang gua karate meja lipat. Sesudu kuah gua sudu kedalam mulut jangkaan gua meleset, memang tak syak lagi memang power diapunya mee bandung muar!!! Memang resepi kuah asli, ada hirisan daging dan sotong, sawi hijau dan telur kuning tak pecah. Lepas tu lu kasi bilas dengan air asam boi pehhh…….
Nasi goreng kampung dia pun boleh tahan sedap, rasa kampung tau bukan rasa siam. SEKIAN.

26 January 2010

GEMBENG





Ni macam kensel la nak beli pencuci muka dia, baik beli sabun fab, mengada ngada!!!

Pssst nak lagi true nangis tepi sungai la mcm ada sorang member gua ni(nama dirahsiakan). Nasib baik la ada brader neofishy kalau tak ntah la............... hahahahahaaaaaaaa

25 January 2010

SMOKIN ACE

This is my 1st time write in english. I’m sorry if my english so broken noise because last time when I in school I always skip teacher Leong english class lepak behind school canteen smokin cigarette and playing cards.

In those days cigarette is so cheap one packet 20batang price not more than 5ringgit. But we always smoke gudang garam cigarette because 1batang can share like 10person.
I heard the ministry(not the band tau) want to increase cigarette price 30ringgit per packet. What the hell!!! Got gold inside the kotak or what!!! If people want to smoke just let them smoke lah, everybody got their own grave what!
Why I’m not aggreed with the decision because my friend Mr.Neofishy is started smoking again after couple of month hiatus from the smoking scene, if the cigarette price sky rocketted it will burden him. And one more thing Mr.Neofishy don’t like to smoke cheap cheap cigarette like brand Saat or LM because he is Marlboro guy.
Last time when I still hangin out with fendi salim he used to smoke rokok daun and quite cheap duhhh “nebiket nebilon, sendiri hisap sendiri gulung”

Next month is my son 1year old birthday, my wife suggest want to celebrate son birthday by calling Mcdonald to the house and everybody can get a set of Happymeal and play poison chair game. But my heart is not happy because if I squatting money can come out from my ass don’t say mcdonald, hotel panpacific also I can call cater their food. So I have made my decicion change the menu to mee hoon goreng, karipap and air sirap, save budget and very minimalis.

I know I’m not really a good father but I’m trying my best to be a good one. I also will expose my son with music instrument and going to send him learn music the correct way like music classes because I don’t want him to be like my friend Mr.Qarmadharma, already old but still learning do re mi fa so la ti do, go to sleep la brader!! THE END.


P/S feet tapping waiting Brader Dozo continue to smoke again hahahahaaaa

23 January 2010

SHUFFLE EMBAH MU!!!



Pehhh layan sehh cerita ni semalam, wa nak return lagi sekali diapunya ulangan. Gua try jugak shuffle depan anak gua, dia terus masuk bawah meja main habuk, kecik kecik dah pandai melawan orang tua! SEKIAN

Songkok hitam, lilit putih 2 inci



Jalan Jenang akan berkabung selama 7 hari dari memaparkan cerita yang berunsur tahyul, seks dan ganas. Diharap pembaca dapat bersabar.

METCORE 101



20 January 2010

REMAJA PANASONIK



Ada sesiapa yang boleh bermain dram mcm brader ni sila kontek gua dengan segera. Harga boleh runding!!

ALBUM HAWTT ?? The Return of Michael Van Dyne

Arsis - Starve For The Devil (2010)




Rilis of the year!! Berbeza dengan album album yang terdahulu kali ini teknikal deathmetal dgn riffing dan solo solo yang rock n roll. Kalau lah maman boleh ketuk dram mcm ni hhhmmmmm……….
5bintang!! -klik-

18 January 2010

TEMBAK



Sabtu lepas on the way balik BP gua singgah kejap air hitam ronda ronda, dalam gua sibuk mencari bantal patrick sempat jugak gua riki pistol mainan ni.
Sampai je rumah belum sempat salam mak gua, gua terus capai pistol ni kasi load peluru dan bermula lah aksi gua menembak kucing ala vic morrow!!

P/s brader dozo, vietkong mana pakai pumpgun brader diorang pakai ak47, jaga kedai emas boleh la layan pumpgun. Kalau john rambo tau mesti dia marah tau!!

14 January 2010

QHAMA NAMAMU TERATAS



PITCHING BRADER PITCHING!!!!!!

Gua tak boleh blah la part chorus dia! Hhahaahahahahah!!!! Gua hempas moniter flatskrin gua 2kali!!

>>klik<<

EKSPIDISI TARZEN VALLEY



Diorang rilis album baru, boleh tahan sedap jugak album ni kalau nak dibandingkan dengan album wings naga keramat. Xpdc ni pada gua la diorang ada style dan sound diorang sendiri walaupun diorang melebih kepada sound ala metalica, tapi kalau nak dibandingkan dengan wings gua lagi suka search. Lirik pun straight forward takde pusing pusing roundabout, kasar dan marah. Macam dengar lagu nirvana pun ada. Tahu kah anda diaorang selalu cover lagu breed tau!

Masa diorang keluar album kita peng-yu dgn brutal kalau diaorang turun BP main dkt funfair jalan rugayah memang takpernah gua masuk bayar, madang masuk ikut pagar roboh, tukang robohkan pagar budak taman nira, gua dgn fendi salim standby tepi, line clear terus masuk.
Sepanjang gua tengok diorang perform la jarang diorang main lagu tangkap leleh mcm lagu c.i.n.t.a, semua lagu laju diorang bedal, sebab tu awek awek tak layan xpdc. Gua dah tangkap satu cd terbaru diorang ni, lu orang bila lagi???

11 January 2010

PIANO SERAM





Gua dgr cerita budak hatko sungai ayam dah boleh main piano mcm dlm video ni. Wah wah dalam diam diam ehh...........

Pesan Dari Yaman

Aku membaca dari Imran al-Malizi

Islam mengharamkan pembunuhan golongan wanita, kanak-kanak, golongan tua yang lemah, orang-orang yang sakit, para pendeta dan rahib, orang-orang yang beribadat, golongan pekerja atau buruh dan sebagainya. Malah diharamkan juga pembunuhan haiwan ternakan, merosakkan tanaman, sistem pengairan dan meruntuhkan rumah-rumah atau binaan.

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.”
(Al-Baqarah:190-193)

Berdasarkan keumuman perintah ini, maka adalah dilarang memerangi orang-orang yang tidak memerangi tentera Islam dan kaum Muslimin.

Dipetik dari www.permaya.org

Apa cerita ada yang nak bakar gereja?? Itu Allah SWT suruh ke Allah SWT larang?? Perjuangan ini untuk siapa?? Untuk kita ke untuk agama?
Itu tindakan dalam kitab atau tindakan dalam kepala otak?? Islam suruh sebar kasih sayang atau kebencian. Dalam masjid pulak tu. Jangan ulang kesilapan 13 Mei 1969. Lupakah kita penyembelihan di Ambon? Bagaimana Filipina, Thailand atau Palestine??

Apa tindakan kerajaan?? Apa guna ISA, Akta Hasutan dan KDN?? Ingat apa KDN buat pada pejabat Siasah dan lain-lain?? Gunakan apa yang ada untuk tamatkan semua ini. Sebelum terlambat. Sebelum ada yang terbakar. Sebelum ada yang terbunuh. Tutup semua pintu polemik. Tutup mulut-mulut prejudis dari terus berucap dalam pagar-pagar masjid.

Berani biar bertempat. Dan..... Jangan melampaui batas

08 January 2010

BAKI TERAKHIR: sebuah cerita berunsur sains fiksyen pertama saya

“Nah” Budak kaunter ASB pejabat pos jalan ibrahim hulurkan buku akaun ASB yang sudah diupdate, muka kelat, ruminah sidek pun lagi lawa.

“Baki Terakhir RM459,383-29” hati gua sungguh gembira sambil berjalan secara moonwalk dan menyanyi lagu hafiz AF7 versi nasyid, masih jelas lala la la la lal laaaa

Gua terus tahan teksi BMW M3

“Brader hantar gua ke Mutiara Motors” kata gua kepada brader teksi yang muka mcm mawi, mungkin cucu mawi kot, hensem……….

Tak sampai 5minit dah sampai ke destinasi yang di tuju. Dekat sungguh, baik gua jalan kaki mcm ni. Mengada ngada drebar teksi ni nak bayar 2hengget pun nak kena blutooth blutooth.

Bila gua turun teksi gua jadik pelik, bila masa pulak mutiara motors pindah dekat bangunan sultan ibrahim ni??
Replika kereta kaler hijau yang diorang lekat dekat atas bumbung pun dah lain, seingat gua replika RX7, ni dah tukar ProtonSaga 1st model kaler putih pulak.

Gua panjat tangga terus ke showroom, gua riki lebih kurang kereta yang diorang jual, ada bugati veyron, bently, toyota AE86, itu semua bukan pilihan gua, gua terus direct ke brader salesman yang berpakaian ala budak kerja kedai SilverPlanet Plaza Angsana.

“saya nak beli Hummer H3 kaler putih full spec, rim sukan bling bling 32inci dan cermin tinted jenama V-kool” kata gua sambil menunjukkan baki akaun ASB kepada brader salesman, gua bukan apa, salesman salesman ni punya style kita kena tunjukkan dulu kita punya duit baru la diorang nak layan kita, maklum la nak beli barang highend la katakan.

“hummer?? Susah tuan nak carik kereta tu sekarang dah kira vintage ni macam kereta proton saga first model. Kalau tuan serius nak tunggu kami boleh orderkan, sekarang kereta ni banyak dekat sempadan siam daerah yala, tentera pemisah diorang pakai kereta ni buat angkat mayat” kata brader salesman yang agak cuak dengan keinginan gua.

“alamak brader lu jangan memain, lu ingat senang ke nak kumpul dividen ASB sebanyak tu, lama gua simpan dekat 50tahun tau” kata gua bernada naik angin.

“betul tuan saya tak main main, dengan duit ASB yang tuan ada ni pun tidak cukup untuk downpayment kereta hummer itu, jadi saya cadangkan tuan beli kereta toyota AE86 reissue sepecial edition dengan duit yang tuan ada ini” kata brader salesman seperti pakar ekonomi

“AE86?? Awak ingat saya ni budak drift ke??” kata gua bernada lagi marah sambil karate meja kaca

“ehh tuan itu dulu, sekarang budak budak buat main lumba lumpur dekat pantai lido” kata brader salesman dengan nada ketakutan

Sambil berjalan keluar dari showroom mutiara motors bangunan sultan ibrahim, gua mengeluh panjang…

“celaka dah go to the future pun still tak boleh beli hummer!!! demmit”

Gua lepak pantai lido pekena cucuk cucuk sedas sambil tengok budak budak main lumba lumpur guna kereta AE86. SEKIAN.



50tahun sebelumnya……………..



“hahahahhaahahhahaaaa suksess suksess suksesss!!!!!!!!” gua ketawa ala professor klon kegirangan!!

“berjaya jugak gua mencipta mesin merentas masa menggunakan pedal gitar ElectroHarmonix HolyGrail ini! gua nak ucapkan terima kasih pada budak universiti batang berjuntai yang beri komen pada blog entri gua tempoh hari, kalau tak kerana dia tak tercetusnya power of idea ini!” sambil ketawa ala selvester stalone dalam cerita rambo 1.

Tanpa membuang masa gua ambil gitar yang bukan dari jenama squire, gua terus strum chord Eminor dan G berulang ulang kali. Gua terus tekan pedal mesin merentas masa.


ZZZappp ZaPPPPPPP ZZZzzzziiitttttttttt Ziingggggggg ngggggggggggggggingggZZZZZttttttttttttt


Gelembung cahaya berwarna biru mengelilingi gua, terbuka lubang cahaya dan terus menyedut gua kedalamnya, berdesup kelajuan cahaya, gua terapung apung tanpa hala tujuan, merasa jugak gua terbang macam superman.


ZZZappp ZaPPPPPPP ZZZzzzziiitttttttttt Ziingggggggg ngggggggggggggggingggZZZZZttttttttttttt


Gua pelan pelan bukak mata, gua rupanya berada disuatu tempat lain. Gua riki kanan kiri, macam biasa lalu je tempat ni, cuma bangunan je yang dah berubah.

Waw dasat jugak pejabat pos jalan ibrahim ni dah mcm menara Burj. Gua terus masuk kedalam menara pos office. Ceh bangunan dah dasat tapi kaunter still 2je yang bukak, perangai tak berubah ubah.

Keadaan agak sesak, ramai pelanggan meluru kearah kaunter yang lembap macam siput sedut.

“apahal ni brader? Kelam kabut je diorang ni wa tengok” gua bertanya pada seorang budak pejabat lawyer yang tengah standkan Ducati 1098 nya.

“owh hari ni kan ASB masukkan dividen” kata budak pejabat sambil bukak racing suit Alpinestars

“ASB?? Waw!!!! Nampak nya perkiraan gua berjaya!!! Masa dan tarikh yang gua telah set kan pada mesin merentas masa itu amat tepat sekali!!” gua melompat heppi dan terus melulu potong barisan terus ke kaunter ASB.

06 January 2010

MENYAMPAH

1. ada sesiapa nak pakai driver bas sekolah sila kontek gua segera. Gua dah menyampah keje kilang, ada ke patut gua lepak warong bai ngeteh pukul 10 pagi nak dijadikkan isu sampai nak memancung mancung, lepak dari pukul 10 sampai 12 je bukan nya sampai pukul 5 petang. Gua nak bas yang sedap bawak macam bas sani express, itu speed limiter kasi bukak, gila apa bawak bas 50km sejam, haa lagi satu gua nak pickup budak yang balik sekolah tak lebih drp pukul 2petang, pukul 4.30petang gua dah boleh rilek rilek layan cerita cucu betong.

2. Cerita black metal dah keluar balik dekat suratkhabar butfaker metro. Seperti biasa la dia punya cerita ikut sedap mulut, bukti takde, gua pun boleh reka cerita mcm tu apa. Ada ke patut dia cakap band suicide silence dgn devil wear prada tu blackmetal, kalau brader band behemoth baca mau diorang tukar konsep grunge. Ada orang cerita dgn gua ni semua dibuat untuk mengalih perhatian rakyat drp kes besar dan sensasi. Ntah laa naik menyampah!

3. Gua dah agak dah kes enjin jet tudm hilang yang kena tuduh mesti orang bawahan, nnt yang kena tangkap mesti driver trak askar la, budak maintainen la, brader cuci toilet la. Dasat jugak ehh askar pangkat prebet tawil boleh ada power kasi keluar enjin jet harja juta juta drp stor simpanan. Tau dari dulu gua kerja tentera.

4. Harga gula pun dah naik. Brader ABC larkin bomba kalau naik kan harga memang gua cabut diapunya mesin parut ais. Kementerian yang bertanggung jawab katanya nak adakan pasukan pemantau harga barang, tapi harga barang pun naik jugak, pantau moyang dia agaknya!

05 January 2010

LIST SETEM HARI PERTAMA 2010

Matawang Malaysia
Malaysian Currency 18.01.10

Koleksi 1 Malaysia
1 Malaysia Collection February

Isu Bersama Malaysia-Korea (Harimau)
Malaysia-Korea Joint Issue (Tiger) 23.02.10

Paku-Pakis
Ferns 10.03.10

Pasar Tempatan
Local Markets 23.03.10

Kegemilangan Bidang Perubatan
Medical Excellence 07.04.10

Kelip-Kelip
Firefly 10.05.10

Keretapi Tanah Melayu
Malayan Railways 01.06.10

Habitat Terancam
Threatened Habitats 21.06.10

Orang Asli
Orang asli 07.07.10

Paglima Gagah Berani
Brave Warrior 31.07.10

Makanan Tradisional Musim Perayaan
Traditional Festive Food 10.08.10

Pelancongan Tanah Tinggi
Highland Tourist Spot 27.09.10

Pejabat Pos
Post Office 09.10.10

Permainan Tradisional
Traditional Games 18.10.10

Haiwan Peliharaan
Children's Pet 20.11.10

Keluaran Bersama Malaysia-Iran
Malaysia-Iran Joint Issue 22.12.10


Pos malaysia ni kekadang bebual je lebih, kasik list macam betul bila tiba harinya gua pegi ditunda keluaran ketarikh akan datang itu gua boleh terima lagi, abis kalau dikeluarkan lebih awal drp tarikh list lepas tu setem sold out nak suruh gua jadik apa? Hulk?

04 January 2010

TOP 10 Sepanjang 2009

Banyak cara untuk senaraikan apa yang top dan apa yang tak top untuk 2009. Kat sini aku tak nak spesifik 1 atau 2 jenis. Aku nak top 10 aku ni masuk carta semua benda daripada ikan bilis kepada tayar bladar ke minyak hitam dah guna.

Apa-apa pun, ni top 10 versi aku. Kita mulakan dengan................

Nombor 10
Gula naik harga.
Aku tak effect sangat dengan gula naik harga ni sebab dari kecik aku memang suka air kosong. Kekadang tu terasa jugak nak minum air manis, tapi time ngeteh jek. So, keadaan gula naik harga tak mematahkan semangat aku untuk main muzik, buat lagu atau menulis.

Nombor 9
Keta lama tak leh renew insuran.
Ini semua ada udang disebalik batu. Kalau tak kerana adanya opportunity, sesuatu tindakan tak kan terlaksana. Tahun depan aku antara 'mangsa' skim ni. So, banyak cakap pun benda sama jek jadik. Tak cakap pun benda sama juga. Aku budget, tahun 2010 nih minyak naik, tepung gandum naik, ayam naik, susu naik, santan naik, limau mandarin jek turun. Tu aku budget jek, nak-nak time raya, confirm jangan takut mesti naik punya. So, mulakan menabung untuk beli ayam untuk raya nanti.

Nombor 8
Bas ekspress eksiden.
Cerita lama yang muncul balik. Benda sama yang jadi balik. Pemandu bas Sani Express memang salah lah sebab dia terlelap. Dan sememangnya kesalahan dia memang susah nak dimaafkan. Tapi kekadang kita kena pikir gak akan masalah dia sendiri. Apa yang dihadapinya sebelum terjadi eksiden, tido cukup ke tak, makan ke tak, minum ke tak, dah berapa lama pengalaman bawak bas. Tapi memang dia salah lah. Tapi kita boleh carik faktor penyebab kenapa terlalu banyak kemalangan bas ekspress berlaku. Antara nya, keadaan highway kita. Aku belum ada terdengar orang komplen bas eksiden antara faktornya ialah keadaan jalan kat hiway tuh. Kenapa? Tak leh ke persoalkan keadaan jalan kat hiway tuh? :)

Nombor 7
Budak sekolah, mak bapak terpaksa keluar duit yang mahal.
Apa cerita kalau nak sambung belajar sekolah pun dah kena kuokan sampai RM4000 untuk 4 orang anak (cerita betul). Antara lain, abang ipar aku kuokan RM800 just untuk anaknya yang baru masuk sekolah menengah. Apa cer?

Nombor 6
Indie makin mencanak naiknya.
Standard lah. Ada demand, ada market. So, semua band sekarang start buat lagu melayu just untuk capture market punya intention. Tak salah pun. Tapi kekadang kena tengok gak. Aku penah terbaca dalam satu majalah Alternative Press, vocalist band Thrice cakap "Kalau sebelum nih ko main muzik ganas-ganas, hentam sana sini, tak puas ati itu ini, alih-alih disebabkan kehendak market, ko tukor konsep daripada ganas kepada market demand. Itulah sebenar-benarnya selling out". Tepuk dada, tanya selera.

Nombor 5
Situasi politik Malaysia.
Aku bukan orang yang pandai berbual pasal politik. Tapi rasanya sesuatu kena ubah untuk kebaikkan rakyat, tak kira lah dari BN ke, dari Pkatan Rakyat ke, semua yang korang buat patutnya lebih mementingkan hak rakyat. Ingat, kuasa boleh mengubah personaliti seseorang.

Nombor 4
Semangat perpaduan.
Kekadang, perpaduan tak leh tercapai kalau semua orang lebih pentingkan diri sendiri, terutama dari bab toleransi. Aku tengok masih lagi ramai orang yang memandang bangsa diaorang lagi bagus dari bangsa lain. Well, apa yang lagi penting ialah perpaduan ummah. Nuff said.

Nombor 3
Keta aku banyak nak kena bikin.
Ada duit, senang ah nak betul. Ye dak?

Nombor 2
Semangat setiakawan.
No komen!!!!

Nombor 1
Masalah yang sering dihadapi bila manage bisnes keluarga.
Nak sound salah, tak sound salah. Nak hentam salah, tak hentam salah. Jadi semua serba salah.

So, apa yang menanti untuk 2010? The answer is cabaran!!!!

03 January 2010

IN DIE



Ada budak emel gua link video ni, hhhmmmmm sedap betul lempeng cicah sambal tumis ni!