22 December 2009

SANDARKAN PADA DINDING





Pertengkaran kecil berlaku di dalam tren sebelum sampai ke stesen mrt tampines,

Si lelaki: cing cong cing cong cing cong cing cong

Si wanita: cing cong cing cong wapucetaw wapucetaw cing cong cing cong

Si lelaki: cing cong cing cong cing cong cing cong

Si wanita: cing cong cing cong wapucetaw wapucetaw cing cong cing cong

Si lelaki: cing cong cing cong cing cong cing cong

Si wanita: cing cong cing cong wapucetaw wapucetaw cing cong cing cong



30 minit sebelumnya……….


Lokasi: stesen mrt city hall, teket sehala menuju stesen mrt tampines


Entah apa merepek gua boleh beli teket tren menuju stesen tampines, nak kata gua ada rumah sedara mara kat sana tak jugak, konsert lamb of god main dekat pasir ris, apa yang gua buat ni semua mengikut kata hati.

Mengikut skrin penunjuk, tren akan sampai lagi 3minit, belum 60saat kepala tren dah masuk stesen, boleh tahan cepat, kalah servis bas lien hoe yang ikut sedap hati diapunya servis.
Tak ramai penumpang dalam tren, tempat duduk pun banyak kosong, aircon pun dia bukak full blast sedap sedap bahasa. Tanpa membuang masa gua terus duduk dikerusi sebelah pintu yang sepatutnya dikhaskan untuk perempuan mengandung, orang cacat dan warga emas, itu pun gua baru tersedar selepas melepasi 3stesen seorang nonya memandang gua atas bawah dengan nada sinis sekali.

Punyalah jauh nak ke stesen tampines dekat 10stesen jugak kena lalu berhenti henti, nasib baik lah diapunya aircon sejuk dan sedap, gua batalkan niat nak tulis surat komplen kepada pihak pengurusan.

Selepas 5stesen naik sepasang couple yang gua bajet sedang hangit bercinta, dua dua pun macam pinang dibelah tiga. Si lelaki boleh tahan tampan mcm adam lambert manakala si wanita apa yang boleh gua rumuskan ialah “nice”.
Dah nama duduk di kota besar pakaian kena lah sharp dan berjenama mahal. Si lelaki memakai kemeja putih jalur jalur hitam tuck in dengan seluar slack kaler hitam, si wanita pulak memakai ala ala gaun malam yang kalau ditengok jam baru pukul 2petang dan dipadankan dengan solekkan yang boleh tahan tebal dan terang di pipi dan di kelopak mata “nice”.

Perjalanan masih jauh, aircon pun sejuk dan sedap, mata mula mengantuk, couple “nice” yang duduk depan gua pun layan tido, si wanita melabuhkan kepalanya di bahu si lelaki, sungguh mesra dan manja.
Rupa rupanya gelagat couple tersebut juga menarik perhatian beberapa penumpang lain seperti aci yang duduk sebelah gua, nonya jelingan sinis yang sedang berdiri siap step kuda kuda kungfu dan bangla yang membawa beg ala AF.

2 stesen telah berlalu, aircon masih fullblast, couple “nice” pun terjaga dari tido, tiba tiba si lelaki menunjukkan reaksi yang agak kelam kabut, dia menepuk nepuk dan menggosok gosok baju bahagian bahu beliau. Gua pun jadik saspen, gua yang tadinya ayam ayam tido terus riki dengan sebelah mata.
Sah!! Jangkaan gua memang tepat, baju si lelaki sudah kotor terkena mekap tebal si wanita ketika sesi menyandarkan kepala di bahu tadi. Teknik yang digunakan si lelaki tidak dapat menghilangkan kesan mekap tersebut melainkan menggunakan teknik mesin basuh. Pertengkaran kecil pun berlaku, suasana dalam tren agak hangat.

Gua kasik alih bahasa pertengkaran tersebut ala siri jepun oshin:

*nota: sila baca watak lelaki menggunakan suara seperti suara suniyo manakala watak perempuan menggunakan suara seperti suara mak sinchan


Si lelaki: mengapa boleh terjadi bergini? Owh kotoran degil ini sungguh susah untuk dihilangkan, habis lah baju jenama mahal G2000 saya ini.

Si wanita: saya minta maaf, saya tak sengaja perkara buruk sebegini akan berlaku, saya tak tahu kesan kotoran tersebut amat degil untuk dibersihkan.

Si lelaki: ini semua kecuaian awak, dari awal tadi saya sudah nasihatkan awak jangan terpedaya dengan pujukan jurujal mekap di Cktangs itu tadi. Mereka semua ibarat ahli politik yang ingin mengambil kesempatan keatas orang lain.

Si wanita: saya tidak tahu yang alat solek ini akan luntur dalam sekelip mata sahaja. Mengikut kata jurujual tersebut alat solek ini tahan lasak dan boleh dibuat sembahyang.

Si lelaki: ini yang awak katakan lasak? Lasak kepala hangguk awak! Cuba awak cermin kan muka awak sekarang, cantik?? dah macam wayang pekji!!

Si wanita: owh tidak! Wajah saya!!

Bila gua tengok muka si wanita tersebut gua jadik kaget, apataknya, sebelah muka ada mekap sebelah lagi dah takde mekap, nak jadik apa? ultimate warrior??

Aci sebelah gua pandang gua sambil angkat kening dua kali. SEKIAN.

5 comments:

Jimbo said...

style la cara ko tulis, main flash back flash back... 'nice'

Anonymous said...

setakat masuk singapore, balik bawak kerepek belinjau sira,

macam takde..

tu kt larkin pun ada bai

tora corgan said...

jimbo: yeah 'nice'

qarmad: pundek kerepek belinjau! gua beli famous amous la chaitss

pssst gua dah beli kasut pallas

Anonymous said...

vans = adam lambert = jay!!!

Misya Idris said...

huhuhuhuhu kekasihku pun pantang kalau mekap melekat kat baju dia. kekekek