12 December 2009

HUJAN DAN PANAS, RIBUT DAN TAUFAN

Sekarang ni musim cuti sekolah, musim majlis kawen, sana sini kad jemputan diterima, macam macam bentuk dan saiz kad, ada yang besar surat kabar metro, bau bunga ros, import drp indon pun ada, ada yang pakai photostat 3sen, siap letak gambo.
Hujung minggu madang bedal nasik minyak nasik baryani, naik kembang anak tekak, teringin jugak ada majlis kawen yang menyediakan nasi putih lauk lemak labu, sambal belacan, asam pedas ikan mayong, ikan masin goreng dan serunding, tapi kalau dekat negeri johor ni macam susah nah jumpa menu sebegitu, asek asek nasi baryani je.

Masa gua budak budak dulu majlis kawen adalah yang paling ditunggu tunggu. Boleh layan kompang, kuda kepang, barongan, joget lambak dan kuih koci. Tapi yang paling penting ialah jadi tukang bawak bunga manggar. Memang cool la kalau dapat bawak bunga manggar mengiringi pengantin dengan paluan kompang sebagai soundtrack. Pernah sekali tu majlis bersanding pukul 2petang, gua awal awal pukul 10pagi dah sampai rumah pengantin chup nak bawak bunga manggar. Bila pengantin dah diarak duduk dipelamin dan paluan kompang sudah berhenti itu lah masa yang dinanti nanti, masa merebut bunga manggar, habis tak bersisa bunga manggar direbut, yang tinggal cuma batang buluh dengan batang pisang yang menjadi tempat cucuk lidi bunga manggar.

Di negeri johor ni kalau pengantin lelaki bertandang kerumah pengantin perempuan sewaktu berarak hendak naik pelamin akan kena ‘tol’, selagi tidak dibayar ‘tol’ tersebut kepada ‘jurutol’ jangan harap pengantin lelaki nak naik ke pelamin. Dia punya perangai jurutol ni punya lah macam puaka dari jembatan, halaman rumah, pintu pagar, tangga rumah, pintu utama, ruang tamu hinggalah di kerusi pelamin diorang tunggu mintak ‘tol’. Pernah sekali jiran sekampung gua dapat menantu lelaki dari negeri perak datang bertandang, lepas tu duit tol tak standby banyak peh pengantin lelaki siap berpeluh peluh muka dah nak nangis la takut tak dapat bersanding.

Bagi pasangan pengantin itu semua tak penting, hujan panas tak dihirau, ribut taufan letak tepi, yang penting hajat tercapai mendirikan rumah tangga.
Kepada yang bakal bernikah selamat berbahagia, berumahtangga bukan sekadar akad nikah tapi tanggung jawab selepas akad nikah tersebut.
Yang menggatal nak bernikah lagi satu gua sebagai presiden kelab takobin ingin berpesan “kalau lu berani lu jalan terus, kalau lu kurang berani rilek rilek one corner layan biskut sudah”.
SEKIAN

No comments: