01 December 2009

BANNED IN BATU PAHAT

MENYEWA VIDEO TAPE BERSAMA FENDI SALIM

I selalu lepak rumah fendi salim bukan kerana dia ada adik perempuan yang cun macam ziela jalil tapi sebab dia ada banyak stuff yang best best, daripada pop yeh yeh membawak ke rock kangkang, kalau tak kerana dia I memang tak merasa la join zaman muzik alternatif time tengah top dulu. Band kegemaraan dia mucky pup, hafal dia semua lirik, doa qunut letak nombor 3 untuk dihafal, lagu nombor 2 perlu dihafal lagu pisang panas salih yaacob.

Rumah dia jugak ada deck video, merasa jugak I tengok video wrestling yang latest latest. I lebih suka layan WWF sebab undertaker bagi I time tu wrestler yang paling super cool sekali, hulk hogan dah sell out time tu masuk WCW, tapi I tak suka WCW sebab ganas sangat, semua wrestler kat situ watak jahat takde yang watak baik, Sting pada I wrestler yang paling cool masa tu dekat WCW.
Rupa rupanya nama sting jugak diguna oleh penyanyi kumpulan the police, itu pun bila I dengar lagu puff dady everybreath you take yang disample dari lagu the police dekat rancangan pilihan bersama. Demm sungguh tak cool! Apasal tak pakai nama stung ke, steng ke…..demmm

Pada suatu hari yang indah, fendi salim telah call I dekat rumah al maklum lah I masa tu belum mampu lagi beli telefon mudah alih motorola sebesar beg pakaian orang naik haji. Seperti biasa khidmat I diperlukan untuk menjadi driver ketempat biasa yang kitaorang selalu pergi, kedai sewa video.

Seperti yang telah dijanjikan I sampai ke rumah fendi salim, tiga empat kali I bagi salam tapi tak dijawab takut badan terbakar agaknya. Kelam kabut I tengok fendi salim keluar dari toilet baru lepas buang ancak perangai macam puaka terhegeh hegeh.

“kita pegi rumah zul kejap amik kad sewa video” kata fendi salim sambil gulung rokok daun

Fendi salim dah kena banned oleh semua pengusha pengusha kedai sewa video seluruh bandar batu pahat, ini kerana masa sekolah dulu dia tak belajar konsep “barang yang dipinjam mesti dipulangkan semula”. Maka beliau terpaksa menggunakan kad sewa video daripada proksi beliau saudara Zul yang tinggal tak berapa jauh dari rumah beliau.

Zul ni kerja dia duduk rumah je. Rilek rilek lepak lepak tapi ada duit, I pun pelik jugak mana punca dia dapat duit tu tanpa bekerja, I bajet dia ada bela toyol. Pernah sekali tu I lepak rumah dia I terbaca la tulisan tulisan dia, sebab dia pernah cakap nak jadi penulis cerita seram ala tamar jalis. Tajuk cerita yang I terbaca tu PANDUAN BERCINTA BERSAMA POCONG, hish seram I baru tengok tajuk je dah meremang bulu roma, sempat jugak I baca beberapa perenggan, tapi yang peliknya cerita dia lebih membawak kepada novel remaja romantik, kalau ada masa nanti I ceritakan keseluruhan cerita tulisan zul tu ye.

Zul sudah menanti dihadapan pintu pagar rumah yang sungguh buruk nilai seni pertukangannya. Dia menghulurkan kad sewa video dan duit kaler merah sambil membisikkan sesuatu yang pada fendi salim yang I bajet lucah kalau diterjemahkan.

“jangan lambat, kopi dan kuih koci gua dah standby” kata zul sambil berjalan secara moonwalk masuk kedalam rumah.


******


Suasana kedai sewa video yang berlokasi di jalan mohd akil agak sesak dengan pelanggan yang sedang menjalankan aktiviti pinjam dan pulang.
Seperti biasa tempat pertama I tuju ialah sudut video wrestling.

“survivor siri dah keluar ni” kata I dalam nada riang

“alamak bajet tak cukup ni” kata fendi salim yang agak huru hara mengira duit syiling 5sen dari dalam poket seluarnya.

“zul kasik 10hengget apa” kata I dalam nada sedikit marah

“ala dia suruh sewa cerita lain” kata fendi salim sambil korek hidung

“cerita apa dia nak??” sekali lagi I dalam nada marah

“kau pegi kat apek kaunter tu tanya dia ada tak cerita LIAR, OMPUTEH, BAEK PUNYA” fendi salim memberikan arahan ala sarjan misai

Naik angin jugak I time tu sebab tak dapat pekena video wrestling. Zul ni pun satu hal jugak ntah mana punya tajuk cerita dia dapat, setahu I razak mohidin takde pulak buat cerita baru tajuk macam tu.

I gagahkan kaki menuju kaunter apek video.

“pek ada ini cerita tak? LIAR, OMPUTEH, BAEK PUNYA” kata I dengan nada yang agak tinggi, dua tiga brader sebelah I yang tengah pulang tape video pandang I atas bawah dan agak serong jugak pandangan diorang ni.

“lai lai lu tengok sini apa mau lu kasi angkat” kata apek kaunter dengan nada perlahan sambil riki line kanan kiri.

Di suatu sudut belakang kaunter bersusun tape video bermacam tajuk yang tidak disusun mengikut abjad dan huruf. Pemalas jugak rupanaya pekerja pekerja apek video ni.
Ada macam macam tajuk cerita, ada cerita import daripada siam, jerman, rusia, bangladesh pun ada. Ada jugak tajuk yang I kurang paham maknanya macam interacial, s &m, tranny, jugs, pov, double penetrate, transvesite dan yang paling rare ada tajuk cerita pasal pejuang pembebasan moro MILF.
Naik kero bijik mata I tengok, puas I belek satu persatu tapi tak jumpa tajuk yang dicari.

“woi cepat la” kata fendi salim kelam kabut macam babun kena belacan

“mana ada duh tajuk cerita tu” sekali lagi nada I dalam keadaan marah

“ala sambar je satu, takyah fikir banyak” fendi salim pulak dalam nada marah

I pun dah malas nak pilih pilih lagi, kepala I dah terbayang kopi O dengan kuih koci rumah zul. I sambar sebijik tape video yang tajuk nya lebih kurang sama macam LIAR, OMPUTEH, BAEK PUNYA kalau ditranslate ke dalam bahasa matsaleh.
I bagi tape dengan kad sewa video dekat apek kaunter.

“10lingget” kata apek kaunter dengan nada riak

“woit apahal mahal, selalu 5hengget je” kata I dengan nada yang betul betul marah sambil menghulurkan duit kaler merah.

“aiyo kawan, Ini barang spesel punya, wa tala untung kasi sewa ini balang tau” kata apek kaunter dengan nada sedikit takut

Motor yamaha cup bapak I meluncur laju meredah jalan berdebu menuju rumah zul.


******


I sebat 3biji kuih koci dan kopi O senafas. Nak harap fendi salim belanja air nenas jangan harap la. Haus sudah hilang hati berasa riang. Fendi salim dengan zul sudah ready baring depan tv dengan bantal separa empuk.

“waw cerita WILD AMERICA!!” jerit girang zul sampai nak makan plastik bising.

Tanpa disuruh I terus masukkan tape kedalam deck video jenama sharp. I tekan butang play…..

Cerita pun bermula…..

15minit berlalu…… I tengok zul serba tak kena meracau je gayanya.

“cerita apa ni kau sewa” zul dengan nada marah kepada fendi salim

“mana lah aku tau!!” kata fendi salim dengan nada tinggi sambil menunding jari kepada I

“lahh apa yang salahnya ni?? Lu yang kasi tajuk tu kan??” kata I dalam nada keliru

Zul dan fendi salim saling tuding menuding jari mencari kesalahan sesama sendiri, suasana agak tegang jugak bila zul naik angin mengkarate meja kopi lalu masuk kedapur makan nasik lauk kicap jalen.

I malas nak masuk campur, mata I lebih fokus pada skrin tv yang tak berapa flat. Layan jugak cerita ni, ada scene burung helang botak sedang makan bangkai lembu, scene memerang buat sarang dalam sungai, scene ular kapak makan tikus dan yang paling I suka scene beruang tangkap ikan dekat jeram, pehh boleh tahan jugak skill beruang tu, kalau I ada duit nak jugak beli seekor kasi kat jumari, takyah dia susah susah nak memancing guna joran, guna beruang je tangkap ikan.

Lepas dari insiden tu I dengan fendi salim kena banned dengan zul daripada lepak rumah dia. Melanguk jugak I dengan fendi salim takdapat sewa video wrestling terkini. SEKIAN

No comments: