28 October 2009

OREN SEDAP SEDAP



Desas desus mengatakan budak hatko ptyani nak sambar benda ni sebijik, dia nak sambar cara helang atau cara ikan pelaga itu kita takdapat pastikan lagi. Apa apa pun gua doakan niat dia dimakbulkan sebab ada harapan gua nak pandu uji sedas!!

CEPAT ATAU MATI



Gua baru habis mentelaah discography iron maiden, selalunya gua dengar lagu lagu the best of diorang je, tapi kali ni gua dengar track by track setiap album daripada versi studio membawak kepada versi live. Apa yang dapat gua rumuskan disini selain daripada telinga gua yang dah pijar ni ialah:

Iron maiden ni sampai album fear of the dark je yang best, album album selepas tu dah macam dengar killswitch enggage, lagu sama je ulang ulang. NOKTAH.



"yeah bebeh, fear of the dark macam wings awie kurus. Bila awie gemukz dia jerit dah mcm cannibal corpse. Moralnya, band kalau lama sangat dia lemau. Diorang patut masa konsert fear of the dark dah bagitau nak split, baru legend!"

Sms drp Qarmadickinsen

26 October 2009

ULANG ULANG ALIK




Ruangan R.B.J @ Remaja Bersama Jono


Hai abang jono,

Saya ada sedikit luahan yang ingin saya luah kan kepada RBJ. Saya ada teman lelaki, kami dah berkawan secara serius selama 5tahun, akibat daripada keseriusan berkawan tersebut kami telah terlanjur beberapa kali(tak ingat berapa kali), kalah orang yang sudah berkahwin diapunya telanjur, mula mula saya menolak tapi lama lama saya menarik pulak, kerana sayang saya turutkan, saya takut kehilangan dia, saya cinta banget sama dia.
Teman lelaki saya ni panas baran macam john cena, habis semua barang dia nak pecahkan nak ditendang, kuat cemburu tak tentu hala, asal gaduh je saya yang jadi mangsa, patah riuk saya kena belasah, kalau takdapat belasah saya kucing saya yang bernama tomok tu yang menjadi mangsa. Saya jadi takut tapi saya tak berani nak mengadu kepada kawan kawan apatah lagi pihak polis sebab saya ada waran tangkap takbayar saman trafik yang menjangkau ribuan ringgit semua gara gara pemanduan ala drift teman lelaki saya.
Saya dah berhabis banyak duit dekat teman lelaki saya, kereta, condo, topap handpon semua saya taja, last last saya yang pokai, kereta pun dah nak kena tarik, rumah pun nak kena lelong, handpon dah lama takde kredit susah lah saya nak sms sehati berdansa saya harap enot jadi juara tahun ni.
Tiap kali saya ajak dia menikah dia mesti merajuk taknak nikah dengan saya, saya tak boleh la tengok orang merajuk mesti saya nak pujuk. Saya kadang kala pun tak paham la, adakah saya salah pilih pasangan hidup atau saya patut kawen dengan matbangla.
Tolong ye RBJ selesaikan masalah saya ni. Oops saya hampir terlupa, kaki saya berbau busuk macam pusat kumbahan indah water, semua orang benci duduk dekat dgn saya, tolong berikan petua untuk masalah saya ini ye.

Rokiah Drift, Gadis Runsing Saleng Senai…



------------------------------------------------------------------------------------



Gua dah lama perhatikan soalan soalan tahap bingai ni bila membaca ruangan surat pembaca majalah mangga, urtv, remaja, metro, kereta. Diapunya setting cerita mesti sama je kena tipu, telanjur, cinta abadi, masalah kesihatan dan lain lain.
Rasanya ruangan surat pembaca ni dah lama wujud sebelum gua lahir lagi, tapi diapunya masalah tetap sama je berulang ulang Kalau gua terbaca mesti nak berdekah, simpati memang jauh sekali la.
Kadang kadang gua terfikir yang surat pembaca ni macam sengaja di “ada ada kan” oleh pihak majalah untuk melariskan jualan, takkan la diorang taknampak benda yang sama ditanya kan kan.
Apa apa pun jawapan sebenarnya ada pada diri kita sendiri, antara kita hendak atau tidak mencari jawapan tersebut. SEKIAN

25 October 2009

NUMBER OF THE BEAST




Sedang gua melepak lepak depan PC mendownload lagu membabi buta dengan jari kelingking di dalam lubang hidung gua tiba tiba teringat sekotak donat yang gua baru beli 3jam sebelumnya masih belum gua jamah, tanpa melengahkan masa gua capai sebijik donat berperisa coklat luar dan dalam terus dikunyah tanpa memikirkan hari esok, setelah habis dijilat cebisan cebisan coklat yg lekit melekat dijari gua sekali lagi teringat akan pesanan cekgu tadika gua dahulu 'sebelum makan basuh tangan dahulu' GULP!
Coklat jenama apa la sipembuat donat ni pakai..... SEKIAN

ALBUM HAWT!! : SEHATI BERDANCING

Slayer - World Painted Blood (2009)


Fu Manchu - Signs Of Infinite Power (2009)


Ok gua kasi rebiu ini 2album secara remix,

Rilis of the year!!! Memang power gua cakap lu, ni bukan main main tau! Lama gua tunggu rilis ni, gua harap piring hitam yg gua order akan sampai dalam bentuk piring bukan dalam bentuk serpihan piring. Sekian.

LINK KLIK COMMENT BOX

21 October 2009

KEDAI RUNCIT MAIDIN



Gua apa merepek ntah arini drp pagi layan iron maiden, naik pijar telinga. Yang pasti suara gua lagi power drp brader youtube ni. Sekian...

PILIHAN BERSAMA RADIO MUZIK



Gua nak tujukan lagu ini khas buat brader yang menolak motor mengharungi kegelapan malam jalan gambang kuantan pukul 4pagi 17/10/09, dengan ucapan semoga lu bertemu sinar dihujung jalan sana, lu memang power!!

20 October 2009

SCENE REPORT: JALAN SEDAP, JALAN TAK SEDAP SEDAP




-Gua baru balik kelantan, pegi meminang anak raja jeli(bukan utk gua tau), gua macam nak tendang je adik gua, entah apa merepek dia boleh bertemu jodoh budak utara, apa yang dekat dekat dah pupus apa? Lisa suriani, maria farida, liza hanim kan ada, dkt KL je takyah travel jauh jauh, lepas habis majlis yang rasmi dah boleh lepak kat ikea pekena perabot import sebijik dua. Dah nama jodoh ditangan tuhan, terima lah dengan hati terbuka.

-Gua pun memang takpernah sampai kesana, gua pun bukan suka sangat travel jauh jauh ni, seingat gua tempat yg paling jauh gua pernah pergi ialah KL, itu pun sebab main gig dgn band hatko ptyaani, kalau tak kerana diorang sampai laa ni scene travel gua cuma JB BP je.

-Punya lah jauh perjalanan 12jam pergi dan balik, Naik kereta jenama import dah macam naik kereta jenama pijat, naik kebas bontot dan pinggang.

-Minyak jangan cerita la, madang tak cukup cukup, orang kerja petronas pun tak macam gua asek keje isi minyak je!!

-Part yg agak cuak bila dekat jalan muadzam shah ke kuantan, dah nama malam memang la gelap, pukul 3pagi, tetiba kabus tebal datang, seumur hidup gua duduk kampung linau tak jumpa lagi kabus setebal ni, nasib baik la hummer gua lampu spotlight power. Tetiba lepas kawasan gambang ada pulak seorang brader ni tengah tolak motor ditengah tengah kegelapan malam, gua bajet brader tu hafal surah yassin.

-Selain drp urusan rasmi, ada 2 agenda utama gua,(oops sebenar nya ada 3 agenda, gua kensel agenda carik bundel disaat saat akhir sebab cuaca yg agak panas).

Agenda pertama: Layan laut

Asek layan pantai lido dengan stulang laut buat gua naik menyampah. Sekali sekala kena try benda baru. Dari kemaman sampai kuala terengganu belah kanan madang laut je air kaler biru,
sampai kerteh gua berenti tepi laut tengok matahari naik,
jeti perikanan marang gua berenti layan scene cantik bot ikan tengah parking,
dungun gua berenti layan laut dekat jeti yg ada lagun/tambak,
sampai marang gua berenti tengok pulau yang nampak macam dekat tapi kalau gua berenang tu mau tiga empat hari baru boleh sampai,
berenti kejap rantau abang, tak nampak pulak kelibat penyu, ke gua dah salah pegi pantai ni,
sampai kuala terenggau lepak jap batu burok, tetiba gua terpandang signboard DILARANG MANDI DISINI MERBAHAYA!! WATDEHEL!! Gua marah dlm bahasa matsaleh, hotak dia gua jalan jauh jauh nak pekena air laut, seluar pendek pun dah standby tetiba potong stim tak boleh mandi, lain kali signbord tu tulis DILARANG MANDI DISINI MERBAHAYA ADA JOS!! Sejuk sikit hati gua ni.
Dalam keseronokkan gua melayan laut, gua tengok muka adik gua dah naik pair, takut lambat sampai kelantan, takut pinangan ditolak, mak gua pun sama dia takut pasar khadijah tutup nak layan shopping.

Agenda kedua: Makan makan

Mee celup + tomyam power + jeruk pelam 2bungkus + rojak buah + buah keranji + buah asam bergula + keropok lekor + sup belut + satay ikan + sotong gelek bakar + jengkol + sambal petai + nasik dagang + lada solok ntah apa nama dia + gulai kawah + masak lemak cili api! api! api! ikan masin = MENCRET!!

-HHHMMMMMMMMmmmmmmmmmmm jalan raya dkt negeri terengganu cantik nampak baru je, drive pun sedap. Jalan dekat kelantan dah macam jalan pontian batu pahat pun ada, lobang bumping macam puaka dia punya teruk HHHHHHHHMMMMMMMMMmmmmmmmmmm......SEKIAN.......

19 October 2009

WABAK


Aku menulis untuk rilis tension, bukan untuk mencipta tension.

Baru-baru nih aku ada survey lain-lain blog yang sangat informatif malahan ada yang 'berhaluan kiri'. Satu perkataan yang aku rumuskan ialah SERIUS! Dari awal blog sampai akhir blog manjang semua nak serius. Serius yang mempunyai tujuan atau maksud atau target. Serius yang mungkin untuk dipandang sebagai 'satu posting yang intelektual, dari orang intelektual'. Dan secara serius nya, aku cuma memandang saja, sebab serius adalah 'makanan ruji' untuk aku santap setiap hari. So, keseriusan blog-blog itu mungkin tak boleh menandingi keseriusan kehidupan aku sehari-hari. Aku cakap 'mungkin', bukan 'pasti', take note!

Tak perlu untuk aku cerita tahap keseriusan aku sehari-hari. Nanti sesiapa yang membaca (kalau ada, sebab aku tak 'desperately' mengharap orang baca) akan bosan. Atau "'go to hell' dengan keseriusan kau sehari-hari, sapa nak baca masalah kau?". And to be clever, or pretend to be clever, i skip that one.

Disebabkan itu, aku enjoy menulis sesuatu yang merepek, membaca sesuatu yang merepek (mostly blogger Jalan Jenang adalah penulis merepek, kalau tak semua) sebab itu semua seumpama terapi pada jiwa aku. Jiwa aku perlukan hiburan kerana tahap keseriusan (merangkumi semua hal daripada bisnes hingga ke famili) adalah sangat tinggi. Aku perlukan kelakar, umpama lawak Din Beramboi di radio Era atau lawak Jim Carrey dalam Dumb and Dumber sebab dos serius dah berlebihan dalam hidup aku. Sebab itu posting dari Abg Mat Tora adalah sesuatu yang aku nantikan sebab tahap lawaknya mungkin lawak bangsat (postingnya juga mungkin sesuatu yang tak best untuk sesetengah pihak). Aku bukan seorang yang mampu untuk bercuti ke pulau-pulau atau keluar negeri untukmelepaskan tension, bukan juga punya kawan-kawan yang boleh melepak sehari-hari bercerita mengenai keseronokkan, juga tak mampu memuaskan keinginan untuk mempunyai sebuah Honda Jazz untuk di tayang di kelab-kelab malam, atau pun sebuah band yang aktif mencanak setiap minggu jam atau setiap bulan ada jek gig, ataupun duduk kat kafe melayari internet menggunakan komputer riba atau main PSP..... aku tak mampu untuk itu semua. So bahan hiburan yang aku ada cuma radio, tv dan internet, itupun di pejabat, dan sesuatu yang kelakar jek lah yang mampu menghiburkan aku. Dan bahan-bahan itu hanya aku perolehi melalui internet, tv dan radio.

Mungkin sesetengah orang melabelkan Jalan Jenang sebagai satu blog yang tak informatif, blog yang tak intelektual, blog yang tak ada tujuan, blog yang membuang masa, bla bla bla... tapi biarlah kami macam ni. Pernah juga pergaduhan tercetus, atau lebih tepat perselisihan faham, tapi kami mengambil jalan tengah untuk tidak lagi mempedulikan provokasi, yang masih ada sampai hari ini. Pergaduhan menyebabkan sesuatu yang serius telah berlaku dan aku personally, menolak serius! Tak kisah lah orang lain nak buat apa pun terhadap blog ni, nak boikot ke, nak caci maki ke, nak buat cerita baik atau buruk ke, yang penting, aku tau blog ini akan terus 'memandang sebelah mata' dengan semua provokasi atau 'keseriusan'. Kami atau aku secara peribadinya, cuma ingin bergembira. Bak kata Joker, "Why so serious?"

Cukuplah orang lain jek yang nak tulis serius. Aku perlukan kegembiraan yang memang lawak gila babi, untuk membunuh virus serius.

17 October 2009

-akueMpTy-

"banyak perubahan yang membawa kebosanan,menjadikan jalan ini semakin suram dengan luahan-luahan yang menuntut pujian dan sanjungan dalam "diam" "


-akusemakinkosongdijalanyangtelahkosong-

14 October 2009

ULU TIRAM DAN JIMBO


Bila Jimbo komen post aku pasal Plague Of Happiness, tetiba aku teringat cerita lama.

Jimbo adalah seorang penggiat peacepunk pada awal kemunculan Parkinson. First time aku tengok Parkinson masa tu kat Alor Star. Tah gile apa tah aku sanggup travel dari Batu Pahat sampai Alor Star semata-mata nak tengok gig. Mungkin sebab Jepun (from the-now-defunct xSelf Defensex, The Hidden and currently in Kumpulan 7) yang ajak kot. Yelah, 1 umah, tak gi kang masam muka tak bayar duit umah susah gak aku yang di lantik sebagai penghulu rumah time tu.

Time Parkinson perform aku jadi takjub (macam Abg Mat Tora gak), gila laju band nih main. Dasyat. Kira time tu sapa yang tak kenal Parkinson memang bukan budak hardcore punk lah. 2nd show aku tengok Parkinson masa kat Pub atas McDonald kat area Permas Jaya. Pun sama gak. Laju macam Pelesit Kota. Haru dibuatnya time tu sebab semua berpogo time diaorang main.

Aku dengan Jimbo beberapa kali gak pernah jumpa, selalunya time gig, berbual pun ye, cuma dia tak kenal aku sebab aku bukan orang terkenal macam dia...hehehehe. Ala berbual kote macam tu jek. Takde lah berbual macam teman tapi mesra. Kira macam berbual mesra yang belum berteman. Ceh!

Cuma yang aku tak leh lupa bila aku jumpa gitaris dia time kat Larkin Perdana, salam dengan Prop tak silap aku nama gitaris dia nih. Time salam tu muka Prop macam artis yang peminat salam jumpa dia. Kira rasa popular jap kot dia. Tak paham aku!

Jimbo jugak pernah buat zine Chronically Donut yang lawak nak mampus tiap kali aku baca. Time tu orang labelkan zine sebagai 'zine punk lawak'. Surprisingly, semua suka zine tuh walaupun time tu anarcho dgn peace punk tengah naik. Semua sibuk nak jadi true, serius dan politically correct. Itu a bit surprise kalau nak dibandingkan dengan keadaan scene yang sentiasa serius. Setidak-tidaknya kehadiran Donut menceriakan suasana.

Dan pada hari ni, blog Ulu Tiram Straight Edge adalah blog yang kitaorang dan aku personally suka baca. So pada korang kat luar sana yang nak enjoy baca blog, gi kat blog http://www.ulutiram.blogspot.com . Kekadang berdekah, kekadang tak berdekah. Apa-apa pun, aku jamin korang mesti happy bila baca blog dia.

*nota : Bo, entri ni bukan nak bodek lu, just nak bagitau yang kitaorang suka dengan blog lu. Sambil-sambil tu kalau lu nak bayar charge pengiklanan yang dah kitaorang buat nih, lu bleh bayar cash terus masuk akaun wa. Cek leceh la Bo, wa tak pandai tulis slip bank!

13 October 2009

PLAGUE OF HAPPINESS

Tadi pagi Abg Tora ada sms aku pasal band Plague Of Happiness. Sesuatu yang kitaorang berdua setuju ialah diaorang adalah satu band yang bagus, gempak dan professional.

Pertama kali aku berbual dengan Naz (vokal/gitar) untuk temubual dan muka depan majalah Dragon, dah menunjukkan betapa 'down to earth' nya diaorang nih. Perbualan nya sangat santai dan sangat merendah diri orangnya. Disebabkan tu lah, aku rekemen kat bos Dragon untuk jadikan diaorang muka depan dan cerita utama. Aku tak pernah bertentang mata berbual dengan Naz, tapi aku tau orangnya mesti baik. Masa tu demo 'Nanban' yang antara lain memuatkan lagu "Kawan" baru jek keluar dan diaorang baru jek nak naik. Lepas majalah Dragon keluar, Naz bagitau yang Azmal (saxophonist) malu-malu nak beli majalah Dragon sebab muka dia beso-beso tengah tiup saxofon.

Sampai satu ketika, nama diaorang dah semakin naik dan producer rancangan Latte@8 nak kan diaorang perform dekat rancangan tuh. Salah seorang crew diaorang, Edwin Raj (ex-Infireal/They Will Kill Us All) tanyakan kat Enol nombo telefon diaorang. Carik-punya carik, Enol dapat nombo talipon Naz dan tak lama lepas tuh, Plague Of Happiness main kat rancangan Latte@8, yang membuatkan Edwin dan David (ex-Polythene, They Will Kill Us All) impress dengan diaorang sebab bawak barang sendiri daripada amp sampailah ke drum.

Hari ni, diaorang dah mencapai tahap yang orang luar patut panggil rockstar. Ke'respek'kan aku pada diaorang ni sampailah ke CD diaorang yang pada aku merupakan album yang paling terbaik dari segi sound yang pernah dikeluarkan oleh para penggiat indie sejak dari dulu sampai sekarang. Pada aku, album diaorang sangat terbaik hasil sound yang keluar.

Sampaikan ke hari ni, aku respek kat Plague Of Happiness sebab professional dan sifat down to earth diaorang tuh.

Untuk Azmal, ko memang sentiasa seorang yang cool! Cool sangat-sangat. SALUTE!

*nota kaki : ni baru betul main band brader!

11 October 2009

-tentangsatupilihan-

gali dan gali,
mesti di akhirnya nanti,
kau akan mendapat jawapan sejati,
mengapa ia terjadi,
dan pastinya bukan kerana masalah bumi,
mungkin angkara manusia sendiri,
yang mudah hanyut di telan janji sendiri,
yang terus "berlari" walaupun hanya pandai "berdiri",
bukankah ini pernah terjadi dari dulu lagi???

gali dan gali,
nanti kau akan mengerti,
kerakusan bumi ini adalah hanya permulaan,
untuk sebuah peristiwa "menghidupkan yang mati",
menuntut sebuah kesedaran dan perubahan,
yang semakin jauh di telan "kemodenan palsu akhir zaman"

dan si "pemerhati tanpa aksi",
hanya menghalalkan kehancuran diri,
bersama "mereka" yang lupa pada janji...


-akueMpTy-

quoteoftheday!!!

"warna-warna yang kita lihat memberikan gambaran yang sama,tetapi mempunyai pengertian yang berbeza"


-akueMpTy-

08 October 2009

Impian Saya



sejak berkuburnya season finale, aku jarang lagi dengar lagu-lagu emo rabak reprisal. lagu-lagu hardcore malar segar tahun-tahun kebangkitan scene johor bahru hardcore aku simpan dengan baik dalam vault mp3. terkadang, kalau telinga aku dah separa tepu dijarah amukan metalcore sehari-hari, terasa rindu nak dengar gesekan biola dan alunan akordian kugiran dulu-dulu yang mengusik jiwa. kalau dulu aku hafal sebiji-sebiji senikata lagu-lagu ni, tapi sekarang, sejak rajin makan kepala ikan, semut dan epal hijau, semua dah tinggal bait-bait akhir sahaja.

antara banyak-banyak band yang memberi pengaruh pada perkembangan hidup aku, tak lain dan tak bukan, raja emo hardcore jb, REPRISAL. tahun 90an kalau tak kenal 4 orang budak ni dengan seorang vocal chubby-nya memang bukan hardcore la. balik tolong mak uli tepung buat kulit karipap lagi baik. aku membesar pada zaman REPRISAL menakluk empire hardcore johor pada ketika itu. kalau nama reprisal ada dalam flyer gig, alamat gig tu memang boleh 'tarik' crowd yang ramai. kalau sekarang ni ibarat RESTRAINT la gamaknya. akan berduyunlah budak pakai baju sama design datang gig tu, beratur buat two step, three step, gerak tempur dan sebagainya.

uniknya reprisal ni pada aku, terletak pada baris senikatanya yang cukup beremosi. lihat saja pada kulit belakang cd-nya, hampir semua tajuk lagunya sangat sinonim dengan konsep emo yang mereka bawa. in agony, suffer and torment, my hope, life saddest moment dan yang lain adalah lagu-lagu yang tangkap lentok dan tangkap nangis kalau dihayati sorang-sorang dalam bilik lepas clash dengan kekasih.

"My feeling are hard to decipher sometimes, I guess you would have to read my mind
All I know that you mean so much to me, and the thought of you not by my side, leave me in agony....."

"without you in my life, I’d feel so blue, the ocean water would run over my soul, putting salt in my open wound, can you understand the pain that I’ve gone through, can you understand that I want-to-be with you to..."


dan

"Sadness now blinded with tears, wrap my life from the distance of you, impossible to conceal my agony, my tears flow free, why must I suffer and torment, when you laugh at me..."

kalau anda-anda yang hati tisu, selepas clash dengan kekasih, dengar lagu ni, memang berladung air matalah lepas tu. serius. tapi tu semua tinggal kenangan mengusik jiwa. REPRISAL dah mendiamkan diri beberapa tahun. ada khabar yang mereka mahu bersatu kembali. tapi komitmen terhadap perkara lain telah membantutkan usaha murni ini. aku faham. dalam satu tubuh, kadangkala ada organ yang tak dapat dikawal oleh sistem saraf dan otak. sebagai contoh yang paling mudah, otak dan perut. otak memilih untuk makan kuah kacang buatan ibu yang 'menendang', tapi perut tidak menyenanginya. konsikuen, berulang-alik lah aku ke tandas.
sekian.

07 October 2009

PLAN DILLINGER




HHHmmmmmmmmmm hhhMMMMMMMMMMMMMMM hhhmmmmmmmmmmmmmm lu orang standby next year!

06 October 2009

BEYONCE DAN HIBURAN LEMAU




Ini macam la baru betul, baru mari, artis papan atas, artis nombor satu, artis macam ni lah yang patut perform dekat malaysia, sungguh hawt dan hangat, bukan macam artis yang perform dekat mtv world stage aritu, all amriken rejek?? Hobusteng?? Kasabien?? Itu artis lemau brader, yang cokia cokia je mtv panggil, dah nama pun negara dunia ketiga, hiburan lemau kelas ketiga la yang diorang bagi, madang kena tipu je la orang malaysia ni KAH KAH KAH KAH

Kalau beyonce tak dapat datang kasi ganti dengan kumpulan beyond KAH KAH KAH KAH







Pssst bila nak panggil slayer perform kat malaysia??? KAH KAH KAH KAH

KONGRUEN

Garis simetri antara aku dan Jacob Bannon:



Six pack.




Asics Tiger

05 October 2009

Converge - Axe To Fall(2009)


Rilis of the year!! gua dah bilang mesti power mower punya!!!
5bintang!!! >>KLIK RAPIDSHARE<< >>KLIK iFOLDER<<

04 October 2009

MEE SOTO



2hari pegi open house, kalau tak kerana dah berkeluarga tak ingin gua join scene open house ni. Yang gua letih tu asek asek mee soto, kentut pun dah bau soto, apa buku resepi jamie oliver tu dah takde resepi lain apa?? nasib baik rumah last petang tadi mee soto dia ada begedil, gua bedal 10biji begedil dia, sedap jugak, entah kentang cap apa yang dia pakai. Sekian.


Pssst yang gua sebok pegi open house rumah orang, rumah gua apacerita??

Aku, Berat Badan dan Sazali Samad

Selepas aku kawin pada Ogos 2007, aku mula buat analisis tentang berat badan aku. Semuanya bermula apabila dalam tempoh 4 bulan selepas kawin, pinggang aku dari saiz 32 terus maju peningkatannya kepada saiz 34. Aku rasa seperti telah disabotaj. Jadi, aku mula mengambil berat akan berat badan aku dengan membuat catatan berat badan dalam bentuk kilogram setiap kali aku ternampak mesin berat badan di mana-mana pusat membeli-belah yang telah dimasuki.

Berikut adalah catatan berat badan aku yang hampir menyaingi badan John Rambo dalam cerita First Blood arahan Ted Kotcheff berdasarkan pada novel karyaan David Morrell:

10 Januari 2008 - 73.6 kg
16 Jun 2008 - 76.6 kg
24 November 2008 - 81.8 kg
09 Februari 2009 - 81.4 kg
03 Mei 2009 - 82.6 kg
22 Mei 2009 - 83.2 kg

Dan akhir sekali selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan berat badan dapat diturunkan kepada: 80.6 kg. Tapi pinggang dah kembang jadi saiz 35.

Sekarang ni aku tunggu sebulan selepas raya pada bulan Syawal. Kemudian aku akan catat lagi berat badan terkini. Kita tengok apa cerita nanti.

Kata salah seorang pakar ye ye kelapa je cakap bahawa nak maintain berat adalah kena kurangkan makan malam atau lewat malam. Aku ikut cakap pakar ye ye kelapa tu. Tapi aku siang makannya memang boleh reserve untuk stok perut lepas makan malam. Apa cerita, beb?

Macam ginilah, aku akan ikut tips makan brader bina badan negara kita; Encik Sazali Samad. Tadi aku baru baca Kosmo! Online. Kata dia lah eh:

"Raya tahun ni saya terpaksa menumpukan perhatian pada kejohanan itu untuk kategori 70 kilogram."
- Beb! Badan gua dah 80 kg ke atas. Maknanya bolehlah aku masuk pertandingan bina badan dan boleh beat dia anytime je! Atau aku salah info pasal kategori 70 kilogram?

"Jadi aspek pemakanan mesti dikawal. Tak merasa la nak makan rendang dan kuih raya tahun ini. Saya perlu ambil diet yang tiada minyak dan gula."
- Fook u laa kalo lu tak makan tu semua. Jangan kencing pedeh aaa! Aku kalo tak makan tu semua, nanti muscle-muscle aku akan mengendur. Okla... okla. Kurangkan makanan berminyak dan bergula. Tapi makan mesti mau banyak.

"Untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik, saya kena perbanyakkan makan ayam dan daging. Masa bulan puasa lalu, cuma ayam percik yang saya boleh makan. Yang lain tak boleh sentuh langsung."
- Beb, gua malam malam baru makan (sekali sekala je) mushroom steak dengan biras gua. Lagi makan yang lepas-lepas macam lamb dengan chicken spaghetti. Apa lagi... Tom yam daging kira boleh masuklah.

"Saya juga akan makan sekurang-kurangnya 18 biji telur ayam sehari."
- Ko ni makan telur banyak-banyak tak mencret ke? Aku ni kalo telur lebih sikit je mesti kelua angin busuk yang senyap dan mengerikan. Sori, Bro Sazali... Yang tu aku tak ikut.

"Dari segi pengambilan makanan tambahan pula, saya kena dapatkan yang terbaik kerana ia turut memainkan peranan penting."
- Bro Neofishy, ada jamu supplementary kaa?

Ya! Dengan itu, aku akan tekadkan semangat untuk jaga badan dengan beretika sekali. Kena buat betul-betul. Nir Karsa Nir Jaya!

Salam Aidilfitri pada korang semua.....
UUuUUuUUuuu.....

03 October 2009

ALBUM HAWT??

El Grupo Nuevo de Omar Rodriguez Lopez - Cryptomnesia (2009)

Kalau nak dibandingkan album omar ni dgn album terbaru marsvolta octaderon, album omar ni lagi baik la, tapi kan kan secara keseluruhannya album omar dgn marsvolta octaderon dua dua sama standed pijat!!!
4bintang >>KLIK<<

Nine Black Alps - Locked Out From The Inside (2009)

Sound gitar yang sedap dan rangup. Kalau kertkoben masih hidup mesti lagu dia lebih kurang mcm diorang ni…….hmmmmmmm ke telinga gua yg dah lama tak korek ni??
5bintang >>KLIK<<

Kowloon Walled City - Gambling On The Richter Scale (2009)

Yeah sludge metal yg melekat lekat sludge nya! High on fire tetap power!
5bintang >>KLIK<<

The Fall Of Troy - In The Unlikely Event [2009]

Rilis of the year! Tapi mcm ada something missing la dlm album ni, tak intense mcm album yg terdahulu dan lagu nya ada longgar sket, yg pasti sampai kiamat gua tak boleh main gitar mcm diorang ni!
5bintang >>KLIK PT 1<< >>KLIK PART 2<<


The Exploding Boy - Afterglow (2009)

Seperti biasa band new wave yg lebih kurang mcm joydivision, boleh layan la.
5bintang >>KLIK<<

Funeral For A Friend - Your History Is Mine: 2002-2009 (2009)

Dah nama pun album best of mesti la best kan kan
4bintang >>KLIK<<

Editors - In This Light And On This Evening (2009)

Diam tak diam dah masuk 3 album, tapi kali ini comfirm diorang nak jadi joydivision, suara confirm ian curtis, synth yg belambak lambak dan drumming new wave. Lagu sedap tapi kurang bunyik gitar, gua lebih prefer 2album terdahulu. Gua tunggu album baru interpol kalau set set mcm ni jugak memang pundek la!!
5bintang >>KLIK<<

Buckethead - Needle in a Slunk Stack (2009)

Ni album bagus kasi pijat dengar! Ntah apa merepek bucketpijat ni main, dah mcm lagu sarkis, nak kata progresif tak jugak, nak kata gitar hero tak jugak, goreng goreng takde, appregios takde, fast legato licks takde, dive bomb takde, lagu lagu mcm jordan dgn soothsayer pun jgn harap la, kalau aim crossfire dengar mau mengamuk ni!!
-30bintang buckethead sucks!!!! >>KLIK<<

TUTORIAL: DOWNLOAD MELALUI iFOLDER

Hai adik adik, hari ni abg jem nak kasi tutorial mendownload melalui ifolder. Abg jem nak story sket ye ifolder ni adalah sebuah web file hosting sama spt rapidshare, mediafire, megaupload dan banyak lagi yg sewaktu dengannya.
File yang dihostingkan diserver russia ni mengikut pengalaman abg jem sungguh laju kbps nya bila didownload, tapi kena tengok jugak line internet apa adik adik semua pakai, kalau cap siput memang siput la lajunya, inikan pula internet cap pijat kan kan.
Yang menjadi masalah nya sekarang web file hosting ni menggunakan bahasa russia, nasib baik la abg jem ni tau bahasa russia sikit sikit kalau tak sampai laa ni pun abg jem terkedu kedu nak download. So mari kita teruskan tutorial ini!



KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMANDANGAN YANG LEBIH JELAS



Klik link ifolder


Link akan redirect ke ifolder website
Klik pada perkataan tersebut


Webpage baru akan dibuka, klik pada mana mana link yang diberikan, bagus gunakan link yang pertama


Apabila link diklik timer 30saat akan bermula, lihat bahagian atas kanan skrin anda.


Sila tunggu sehingga timer 30saat tamat.
Kemudian klik pada perkataan tersebut



Webpage baru akan dibuka, masukkan 4digit password yang diberikan kemudian tekan butang ENTER anda.


Akan keluar link sebegini di bawah, klik pada link tersebut, proses download akan bermula.


Klik Download



NOTA:

Untuk memudahkan kerja mendownload sila gunakan software internetdownloadmanager (IDM)


SELAMAT MENCUBA! I FOLLOW!!!!

aku pada hari "Dia memberikan yang buruk"

hari jumaat adalah penghulu segala hari. simbolik hari jumaat adalah hari ini... aku mengimbau dia lima tahun yang lalu. jumaat itu bukan seperti hari-hari jumaat biasa. pagi 17 Ogos 2004. sunyi dan aman. kerja dikerjakan seperti sepertinya. hari bakal hilang redupnya apabila mencecah waktu 'jumaat'. orang-orang yang bekerja akan berhenti sekejap lagi. aku juga.

hari ini aku ingin ke masjid awal. sedikit dari biasa. sebab kerja-kerja 'tepi' tiada. hari ini terasa ringan badan dan ringan hati. ingin merasa benar bahawa al-quran ini penawar untuk segala macam penyakit. termasuk hati.

setelah beberapa ayat, aku terhenti.


an-nur,26

majazi aku berkata "baik dan jahat" ini tidak dapat aku fahami dengan petunjuk manusia yang terbatas. ia harus berlandaskan syariat. kenapa ayat ini turun? apa kisahnya? untuk siapa? persoalan berbangkit.

persoalan baik pada zahir mata manusia dapat kita lihat pada tika bumi masih berputar pada paksinya. dan baik juga dapat dilihat bukan dengan mata kasar manusia sahaja. baik pada Allah SWT tetapi dilihat pincang dimata manusia. itu ada juga. kadang-kadang ia tidak terkesan buat tempoh masa yang sempit. logik akal manusia mengatakan 'baik'. tapi Allah SWT maha kuasa untuk menukarkan yang baik itu dengan sebaliknya sesuai dengan kehendaknya. lantaran menunjukkan kehadiran betapa dia boleh merubah sesuatu diluar batasan kotak fikiran manusia.

namun, adakalanya 'Dia' ingin menguji. dengan unsur kejahatan, dari sudut pandangan manusia, Dia boleh menjadikan unsur kejahatan tadi untuk menaikkan darjat seseorang itu menjadi mulia. seorang isteri diuji dengan sang suami yang jahat. sang suami diberi seorang isteri yang curang. sang ibu diberi anak yang derhaka. sang anak diberi ibu bapa yang tidak beriman. begitu dan begini. tidak diberi ia melainkan ia mampu untuk mendepaninya. tidak akan diberi ujian melainkan Allah SWT ingin meningkatkan imannya. tidak akan sempurna imannya selagi tidak diuji dengan sesuatu yang paling ia sayang.

kenapa Allah SWT sentiasa ingin memberikan kita yang terbaik, sedang kita asyik masyuk mencari yang buruk? jawapannya 'Dia'..... sayang kepada setiap hambanya. aku pada hari 'Dia memberikan yang buruk, untuk aku mencapai kebaikan itu.

02 October 2009

SEVEN YANG AWESOME!

Sunny Day Real Estate dah reform balik. Band antara band yang aku salute lah. Banyak kali jugak cover lagu diaorang dulu-dulu macam lagu 'Seven' dengan 'In Circle'.

Rasanya kalau diaorang buat album baru, mesti tak meletop. Tapi apa-apa pun, Sunny Day Real Estate dah kembali reform, DENGAN LINE UP ORIGINAL! Walaupun drum William Goldsmith ada sedikit lain dan lari, tapi tu dah cukup baik untuk pendengar-pendengar Sunny Day sebelum nih.

Amcam Tora, ada berani main lagu 'Seven' lagik?

http://www.youtube.com/watch?v=m6UTNXrT_4w (embed tak dibenarkan, so pandai2 la korang click kat situ atau carik sendiri)

01 October 2009

GOYANG




Waktu: Hari ini 9.55 pagi

Lokasi: Jamban


BAM! BAM! BAM! BAM! BAM!

Pintu jamban diketuk agak keras

Lim Bok Seng: Woi apabarang lama berak batu ka?? Hurry up hurry up bangunan ada goyang ada gegar woooo!!!!!


Nak memerut pun tak senang!! Gua cuci apa yang patut lincah keluar kilang, sampai dkt luar ramai orang dah berkumpul semua pakat tengok atas kearah tembuk bangunan, gua bajet diorang tengok ada kesan retak yang merbahaya ke tidak, bukan nya nak lari jauh jauh drp bangunan, kalau tiba tiba runtuh kan nampak bangang kan kan ada gegaran gempa tapi tak lari kekawasan selamat, baik duduk je dlm bangunan tu.
Tengok mcm gua, terus je menuju warong bai pekena teh tarik 2nd round, tak pasal pasal hari ni dapat ngular 2jam percuma. Sekian.