20 October 2009

SCENE REPORT: JALAN SEDAP, JALAN TAK SEDAP SEDAP




-Gua baru balik kelantan, pegi meminang anak raja jeli(bukan utk gua tau), gua macam nak tendang je adik gua, entah apa merepek dia boleh bertemu jodoh budak utara, apa yang dekat dekat dah pupus apa? Lisa suriani, maria farida, liza hanim kan ada, dkt KL je takyah travel jauh jauh, lepas habis majlis yang rasmi dah boleh lepak kat ikea pekena perabot import sebijik dua. Dah nama jodoh ditangan tuhan, terima lah dengan hati terbuka.

-Gua pun memang takpernah sampai kesana, gua pun bukan suka sangat travel jauh jauh ni, seingat gua tempat yg paling jauh gua pernah pergi ialah KL, itu pun sebab main gig dgn band hatko ptyaani, kalau tak kerana diorang sampai laa ni scene travel gua cuma JB BP je.

-Punya lah jauh perjalanan 12jam pergi dan balik, Naik kereta jenama import dah macam naik kereta jenama pijat, naik kebas bontot dan pinggang.

-Minyak jangan cerita la, madang tak cukup cukup, orang kerja petronas pun tak macam gua asek keje isi minyak je!!

-Part yg agak cuak bila dekat jalan muadzam shah ke kuantan, dah nama malam memang la gelap, pukul 3pagi, tetiba kabus tebal datang, seumur hidup gua duduk kampung linau tak jumpa lagi kabus setebal ni, nasib baik la hummer gua lampu spotlight power. Tetiba lepas kawasan gambang ada pulak seorang brader ni tengah tolak motor ditengah tengah kegelapan malam, gua bajet brader tu hafal surah yassin.

-Selain drp urusan rasmi, ada 2 agenda utama gua,(oops sebenar nya ada 3 agenda, gua kensel agenda carik bundel disaat saat akhir sebab cuaca yg agak panas).

Agenda pertama: Layan laut

Asek layan pantai lido dengan stulang laut buat gua naik menyampah. Sekali sekala kena try benda baru. Dari kemaman sampai kuala terengganu belah kanan madang laut je air kaler biru,
sampai kerteh gua berenti tepi laut tengok matahari naik,
jeti perikanan marang gua berenti layan scene cantik bot ikan tengah parking,
dungun gua berenti layan laut dekat jeti yg ada lagun/tambak,
sampai marang gua berenti tengok pulau yang nampak macam dekat tapi kalau gua berenang tu mau tiga empat hari baru boleh sampai,
berenti kejap rantau abang, tak nampak pulak kelibat penyu, ke gua dah salah pegi pantai ni,
sampai kuala terenggau lepak jap batu burok, tetiba gua terpandang signboard DILARANG MANDI DISINI MERBAHAYA!! WATDEHEL!! Gua marah dlm bahasa matsaleh, hotak dia gua jalan jauh jauh nak pekena air laut, seluar pendek pun dah standby tetiba potong stim tak boleh mandi, lain kali signbord tu tulis DILARANG MANDI DISINI MERBAHAYA ADA JOS!! Sejuk sikit hati gua ni.
Dalam keseronokkan gua melayan laut, gua tengok muka adik gua dah naik pair, takut lambat sampai kelantan, takut pinangan ditolak, mak gua pun sama dia takut pasar khadijah tutup nak layan shopping.

Agenda kedua: Makan makan

Mee celup + tomyam power + jeruk pelam 2bungkus + rojak buah + buah keranji + buah asam bergula + keropok lekor + sup belut + satay ikan + sotong gelek bakar + jengkol + sambal petai + nasik dagang + lada solok ntah apa nama dia + gulai kawah + masak lemak cili api! api! api! ikan masin = MENCRET!!

-HHHMMMMMMMMmmmmmmmmmmm jalan raya dkt negeri terengganu cantik nampak baru je, drive pun sedap. Jalan dekat kelantan dah macam jalan pontian batu pahat pun ada, lobang bumping macam puaka dia punya teruk HHHHHHHHMMMMMMMMMmmmmmmmmmm......SEKIAN.......

4 comments:

NEOFISHY said...

aaaahhhhhhhhhhhhhh....lu tak tulis plak pasal umah2 urut yang lu singgah? eh...kantol ek?

tora corgan said...

diam!! peribadi tu peribadi!!!

pssst mek siam tu kirim salam kat lu nnt gua sms no telipon dia

NEOFISHY said...

pergh....ni boleh jadi bahan kena kutuk nih....hahahahhahahahahaha

jaga-jaga kata-kata andaaaaaa....hahahah

tora corgan said...

ZIPPEDD!!!