hari jumaat adalah penghulu segala hari. simbolik hari jumaat adalah hari ini... aku mengimbau dia lima tahun yang lalu. jumaat itu bukan seperti hari-hari jumaat biasa. pagi 17 Ogos 2004. sunyi dan aman. kerja dikerjakan seperti sepertinya. hari bakal hilang redupnya apabila mencecah waktu 'jumaat'. orang-orang yang bekerja akan berhenti sekejap lagi. aku juga.
hari ini aku ingin ke masjid awal. sedikit dari biasa. sebab kerja-kerja 'tepi' tiada. hari ini terasa ringan badan dan ringan hati. ingin merasa benar bahawa al-quran ini penawar untuk segala macam penyakit. termasuk hati.
setelah beberapa ayat, aku terhenti.
an-nur,26
majazi aku berkata "baik dan jahat" ini tidak dapat aku fahami dengan petunjuk manusia yang terbatas. ia harus berlandaskan syariat. kenapa ayat ini turun? apa kisahnya? untuk siapa? persoalan berbangkit.
persoalan baik pada zahir mata manusia dapat kita lihat pada tika bumi masih berputar pada paksinya. dan baik juga dapat dilihat bukan dengan mata kasar manusia sahaja. baik pada Allah SWT tetapi dilihat pincang dimata manusia. itu ada juga. kadang-kadang ia tidak terkesan buat tempoh masa yang sempit. logik akal manusia mengatakan 'baik'. tapi Allah SWT maha kuasa untuk menukarkan yang baik itu dengan sebaliknya sesuai dengan kehendaknya. lantaran menunjukkan kehadiran betapa dia boleh merubah sesuatu diluar batasan kotak fikiran manusia.
namun, adakalanya 'Dia' ingin menguji. dengan unsur kejahatan, dari sudut pandangan manusia, Dia boleh menjadikan unsur kejahatan tadi untuk menaikkan darjat seseorang itu menjadi mulia. seorang isteri diuji dengan sang suami yang jahat. sang suami diberi seorang isteri yang curang. sang ibu diberi anak yang derhaka. sang anak diberi ibu bapa yang tidak beriman. begitu dan begini. tidak diberi ia melainkan ia mampu untuk mendepaninya. tidak akan diberi ujian melainkan Allah SWT ingin meningkatkan imannya. tidak akan sempurna imannya selagi tidak diuji dengan sesuatu yang paling ia sayang.
kenapa Allah SWT sentiasa ingin memberikan kita yang terbaik, sedang kita asyik masyuk mencari yang buruk? jawapannya 'Dia'..... sayang kepada setiap hambanya. aku pada hari 'Dia memberikan yang buruk, untuk aku mencapai kebaikan itu.
3 comments:
nice thought thou
bagus post ni..
aku suka,hehe..
Post a Comment