Showing posts with label Eleh. Show all posts
Showing posts with label Eleh. Show all posts

06 October 2009

KONGRUEN

Garis simetri antara aku dan Jacob Bannon:



Six pack.




Asics Tiger

06 May 2009

InTrend Mei 2009


4 April 2009, 10.34 pagi waktu tempatan

Assalamualaikum

Waalaikumsalam


Awak,
Sabtu ni saya ada photoshoot, cover untuk Intrend bulan depan.

Ok.

Awak temankan ;)

Aiseh, tak boleh la awak. Saya masak minggu ni.

Awak selalu macam tu. Diorang nak cover I, Rayqal dengan Mama sekali. Jom la, plzzzz

Tak bolehhhh... Tak ada orang nak cover. Kesian Cuki masak sorang-sorang. Lain kali eh

Actually I ingat nak introduce U dengan diorang. Nanti takde la diorang gossip yang bukan-bukan.

Isshhh... Saya rasa jangan dulu la awak. Saya belum sedia lagi. Nanti la. Nanti semua dah ok, saya bagitau eh

Kalau diorang tanya???

Pandai-pandai awak laaa... eh, Rayqal mana??

Ada ni... Eh awak nanti kita sambung, I nak suap Rayqal makan.

Ok, ok.

Ok bye

Bye



Sudah terang lagi bersuluh

21 April 2009

Mata taruk kat mana???

.

Nora Danish


Tah


p/s: Sapa cakap sama memang nak makan penerajang wa. Wa dah disable comment. Padan muka

11 April 2009

Kerna seorang Wanita

Sabtu yang bekerja

"Salleh, beli serapan". Wang RM10 dihulur. Habiskan katanya. Hari-hari ku dengan rezki yang murah. Terima kasih Tuhan. Mana lagi warung yang aku belum teroka dekat Masai ni. Dalam otak ku hanya restoran Zarahman sebelah pam minyak. Di situ memang 'heaven' bagi pembeli serapan 'low-budget' seperti aku. Tak sampai lima minit dari perkarangan sekolah. Nampak sibuk dari jauh. Harap-harap masih tersisa lagi nasi lemak dan mee goreng untuk aku dan Kak Jah. Namun, tak boleh disangkal stok makanan di Zarahman kerana pengunjungnya bukan calang-calang datang yang beli bungkus. Terkadang sampai sepuluh, dua puluh bungkus sekali pesan. Mujur hari ini hari minggu. Masaknya lebih dari yang biasa. "Bungkus air bang?".
"A'ah, teh ais satu". Mamat yang satu ni memang betul 'ngam' dengan aku. Lagi sepuluh langkah dari kedai dia dah dapatkan aku. Aku pesan seperti yang dipesan. 5 minit siap. Kalau tak ramai orang lebih pantas dari itu. Mee goreng telur, Nasi lemak telur, teh ais semuanya RM5.50. Ok la. Berbaloi dengan isinya. Dah, sekarang surat khabar pula.

Selang beberapa pintu dari Zarahman. Kedai mamak surat khabar dan majalah. Aku selalu beli majalah Milk disitu. Bundle sale, 2 naskah RM3. Apalagi berita hari-hari ini. Kabinet baru, angkat sumpah, Sirul Azilah, rayuan dan yang agak menarik perhatian, senarai hitam imigresen bagi yang lari cukai. Hahaha. Susah juga jadi kaya. Sekilas mata aku terpandang sesuatu. Terpana. Dia tepat memandang aku. Mata kami saling bertautan. Lebih 10 saat. "Hari ini kau akan jadi milikku" hati bermonolog. Dalam genggaman masih ada RM5. Ini wang 'petty-cash' pejabat. Tak!!. Tak mungkin!!. Ini salah.....
Dalam dompet masih ada kepingan syiling untuk kecemasan. 10 minit kemudian, aku tersedar. Entah bila aku sampai di pejabat aku pun tak sedar. Bingung.

OMG. Aku dah salah guna wang syarikat. Aku dah pecah amanah. Astaghfirullah....... Terasa dingin. Titik-titik peluh jantan mula tersebar dikerut dahi. Penyesalan mula membayangi.

Tangan aku masih belum melepaskan naskah itu. Dia masih tetap memandang. Matanya yang redup membuatkan aku rasa bersalah. Masing-masing masih membisu. Sihir itu masih terkesan. Aku tunduk.

"Awak marah?" dia memulakan bicara.
"Tak lah. Takkan la saya nak marah awak. Tapi promise jangan buat lagi tau." Aku masih belum memandang wajahnya.
"Promise, saaayanggg awak!!"
"Tau"

Wink Wink



"Dah, saya ada kerja ni"