23 August 2009

Selangkah Ke Alam Misteri

Siri Bercakap Dengan Kucing



Minggu lepas, wa balik kampung atas arahan mak wa. Wa ada misi penting. Wa kena hantar adik wa berubat dekat Muar. Ada saudara wa nak tunjuk tempat tu. Wa dah lama dengar tempat tu tapi tak pernah sampai. Perubatan kampung. Bunyinya agak pelik dan mistik. Hospital Maya. Dia bagi rawatan macam hospital biasa tapi kelengkapan tu tak nampak secara zahir. Cuma doktor tu je yang boleh nampak. Pelik kan???

Area tempat tu namanya Parit Bakar. Kalau lu orang pernah sampai hospital Muar, lu terus je sampai jumpa signboard Parit Bakar. Kalau lu tak jumpa, lu tanya la orang dekat-dekat situ. Tak susah. Perjalanan wa dari Batu Pahat cuma makan masa 2 jam. Tak lama bagi seorang pemandu berkhemah. Sampai je tempat tu dalam pukul 4.40 petang, wa tengok orang dah ramai. Kereta dah penuh dekat halaman rumah tu. Wa lupa nak bagitau, dia buat hospital tu dekat rumah je. Sebuah rumah lama. Wa nampak kereta yang dok parking kat situ ada no. plate KL, Pahang, Negeri Sembilan dan Singapore. Kira dah terkenal jugak la Hospital Maya ni.

Hospital ni buka tepat pukul 5. Lepas asar lebih kurang. Bila diorang bukak pintu je semua berkerumun masuk nak chup katil. Wa ingat katil. Rupanya tilam Vietnam macam dekat rumah Mat Tora tu. Nipis je. Satu bantal, tilam dan tak ada selimut. Tapi ada nombor tilam beb. Wa tunggu agak lama jugak nak sampai turn adik wa dirawat. Wa tak sangka doktor dia muda je lebih kurang umur wa jugak. Dua orang doktor muda. Adik wa dapat rawatan dekat pukul 6.30 petang. Wa tak dapat dengar apa dia tanya adik wa tapi wa nampak la tangan dia gerak seolah-olah dia pegang sesuatu. Macam benda-benda tu wujud depan mata dia. Picagari, tiub, air, monitor dan sebagainya. Kagum dan kaget jugak wa tengok. Wa try ambil gambar curi tapi dia dapat tangkap wa. Caught red handed la. Lepas adik wa dirawat, dia macam betul-betul kena bius. Dia tidur dekat satu jam. Lepas maghrib, adik wa dan mak wa keluar. Dia kata ada rawatan susulan. Puasa ke-15, adik wa kena datang lagi.

Dalam perjalanan balik wa tanya dia ada rasa apa-apa tak. Dia kata sakit dia kurang sikit. Wa tak terkejut tu sebab sebelum ni ada kenalan wa yang pernah bedah jantung dekat situ. Masa wa duduk berbual dengan satu pakcik, ada doktor pernah dapatkan rawatan sebab kanser dekat hospital ni. Hebat jugak la budak muda tu. Yang wa respek, rawatan tu semua tak dikenakan bayaran. Ada satu tabung dekat meja pendaftaran tu tulis seberapa ikhlas berapa yang kita nak bagi. Ada satu kereta BMW mata helang parking kat situ. Kalau dia tak masuk duit kat tabung tu, wa memang takde belas ikhsan nak calar je kereta dia.

Kesimpulannya, kata Nabi setiap penyakit tu ada penawarnya. Yang tak ada penawar ni mati je. Jadi, berikhtiarlah selagi boleh, asalkan tak melanggar hukum syarak. Berubat dengan benda-benda yang halal dan tak meragukan. Kalau lu orang ada ahli keluarga yang sakit, atau saudara yang sakit, dah banyak berhabis dengan ubat hospital, tapi masih tak baik jugak, lu try la cara perubatan ni. Manatau berhasil. Diorang tak bayar pun wa promote-promote ni. Wa buat ikhlas apa....







Wa tengok balik photo yang wa tangkap masa tu. Wa try la cari spot pelik-pelik tapi tak jumpa. Wa memang kena pakai SLR jugak la lepas ni.

5 comments:

kaskas said...

orang yang baju merah tu ke yang ubatkan?

Anonymous said...

ha'ah. stylo tak????

kalau wa yg ubatkan, tgk je pesakit terus baik sbb takut wahahahahahahha

Anonymous said...

ni yg dikatakan bedah batin tuh ker??-johor-

Anonymous said...

ye la kot.. byk sgt term
lain orang lain dia sebut

tora corgan said...

kalau tak kerana tilam vietnam tu lu dgn bdk hatko ptyaani tido lantai mcm dlm lokap tau!! bayk bunyik plak!!

Pssst itu kucing kalau gua lambung mau jejak kat siling tau