Perghh....Abg Mat Tora lagi cepat lak update dari wa rupanya. Sori lah jeng, sebenarnya wa dari awal dah nak cerita pasal H1N1 nih, sejak dari orang yang 1st sekali kena tuh, pelajar yang balik dari US tuh, tapi sampai sekarang baru ada kesempatan. Maklumlah, wa pun bukan orang kaya, sibuk carik duit keja 1 hari 18 jam macam orang giler tapi dapat sejemput. So, kena paham ek.
Yang wa berangin pasal H1N1 nih, (ah susah lah nak taip H1N1 nih, wa refer sebagai Selbi dah lah, short form utk Selsema Babi Tonyok), bila Kementerian Kesihatan bagitau yang selsema nih macam selsema biasa jek, sama macam demam biasa yang kita hidap makan panadol dah bleh baik tuh, so seluruh rakyat tak payah risau sebab benda nih demam biasa jek. Dalam pikiran wa masa dengar benda tuh macam "aik?boleh plak dia cakap macam tuh?". Ok wa bleh rilek lagik.
Tup tup jumaat lepas selepas 14 orang dah mati, Perdana Menteri isytiharkan yang Selbi nih merupakan satu ancaman (threat) kepada negara. Wa masa tu kat hospital berita pukul 7 NTV7 keluar pasal benda tuh. Wa terus geleng kepala. Tak berhenti wa geleng kepala.
Nak tau sebab apa wa geleng kepala? Sebab vaksin untuk Selbi nih belum di temui lagi dan ubat nya pun belum lagi ditemui secara tepat. Wa siap tak paham bila benda-benda besar macam nih, yang dah pun menjadi ancaman untuk negara maju macam USA tuh (ingat! kita ni negara membangun jek) tapi negara kita boleh rilek jek cakap NI SEMUA LEBIH KURANG MACAM DEMAM BIASA? Apa cerita tuh? Belajar tinggi-tinggi jawapan macam tu lu bagi kat orang kebanyakkan macam kitaorang yang kerja bermatian cari duit untuk keluarga nih? Itu jawapan yang mencerminkan kepandaian?
Wa bukan nak marah kerajaan ke apa, wa pun bukannya sokong sangat pun setiap kata-kata Pembangkang, tapi semua orang kena rasional dan thinking deep lah sikit. Takkan benda-benda macam nih pun nak di 'lego' kan. Benda nyawa bai. Lu orang yang yang pangkat tinggi-tinggi kat kerajaan tuh ataupun ketua-ketua pembangkang lain lah, semua berduit, hari ni nak beli Mercedes ke Harley Davidson ke, anytime bleh jek. Macam kitaorang nih, hah, jangankan nak beli Merc ke apa ke, nak beli motor kapchai C70 pun pikir dua tiga kali.
Lu orang sebagai orang yang diamanahkan oleh rakyat (ingat ek, rakyat yang pilih lu orang, bukan lu orang suka-suka naik kat situ), patut lu lebih pandai dalam hal-hal nih, bukan rakyat yang nak mengajor!
Perghhhh....tak paham lah wa benda-benda nih!
4 comments:
yup - geram sangat pasal kawan aku adalah mangsa ke3 H1N1. 9 hari je arwah kat Ampang Puteri..
hah...tgk! tak paham betul lah....benda2 macam nih pun tak bleh nak declare....declare lah awal2 kan...sebab apa tak declare?sebab takut ekonomi diaorg terjejas?
perghhh...ekonomi diaorg lagi penting dari nyawa manusia....hmmmm
gua ingat benda2 ni semua dicipta oleh kepala2 kapitalis untuk mengaut keuntungan dalam sektor perubatan. bila keadaan kritikal, maka permintaan pun tinggi. maka harga pun tinggi.
agak je ni. saje la bikin panas line. hehe
Iya...saya juga baru baik demam dan tak pasal-pasal dipaksa pergi klinik jugak walau sebelum ni tak heran pun dengan klinik, sebab semua orang takut kena Selbi ni! Kalau nak tahu lagi Edward Cullen dulu pun nak mati pasal Selbi ni kat tahun 1918 dulu! Nasib baik diselamatkan jadik vampire. Hahaha...ooopssss!
Post a Comment