18 August 2009

AKO BUKAN AKON


GAMBAR 1


GAMBAR 2


Anda kenal tak gambar 2 lelaki ini? Gambar 1 ialah akon, artis hiphop terkenal. Gambar 2, kalau kamu seorang peminat drama swasta cerekarama samarinda lu org mesti kenal lelaki ni, ako mustapha. Kedua dua artis ini bagi gua ada satu persamaan dimana kedua dua nya gua tak minat.

Kita lupakan si Akon, gua nak cerita pasal si Ako ni.

Sebagai seorng peminat tegar slot drama swasta cerekarama samarinda wa secara jujurnya kurang berminat dgn lakonan si ako ni, sebabnya:

1.dia ni mesti berlakon watak utama lelaki hensem anak dato’ kemeja cap kuda polo kolar jonket, naik kereta mesti nak bmw siri 7, kancil body convert skyline tak main la, mesti nak berkarier sbg dokter, lawyer, arkitek dan CEO. Wa tkpernah lg tgk dia berlakon jd pak supir ke, mat rempit ke, pekerja warong ke, pesawit ke.

2.kalau dah jd watak utama sbg hero mestilah kena ada heroin yg gebu gebu yg mulus mulus baru la drama tu nampak menarik utk di tonton kan kan. Takkan la nk letak ruminah sidek ke luisia chong ke normah damanhuri ke sbg heroin mesti la si ako ni takmau sain kontrek berlakon apa! mesti nak lisa suriani ke puteri farah ke fazura ke jd heroin, baru syoh nk belakon.

3.stail lakonan dia mesti lembek mengelemer, suara lembut cakap pelan mcm dlm kelambu, guna bahasa bunga bunga konon nampak macho la dpn pompun, macho taik! Wa tak pernah la lg tgk dia belakon cakap jerit jerit naik angin, jadi gangster belasah org takpun jd seorg pakar seni silat gayung mahupun silat pulut.

4.dialog yg selalu dia sebut: “I luv u sayang”, “sayang….hari ni u masak apa??”, “bapak aku orang kaya, ada byk rumah sewa”, dan yg paling ganas dialog wa pernah dgr “hei setan, pulangkan semula isteri aku!!” wa mmg tak boleh blah la dgn dialog dia yg leleh cair karaten tu. Dah beratus drama dia belakon takde improvement dari segi lakonan mahu pun watak yg dibawa, semua sama je!

5.drp contoh contoh yg wa berikan diatas wa mmg dpt tangkap sure si ako ni bukan peminat musik teknikal death metal..

Wa bkn nak dis si ako ni, cuma sbg contoh antara pelakon pelakon yg wa tak minat. Kalau ada je watak si ako ni berlakon dlm sesebuah drama tu wa sure potong stim nak tgk. Wa mmg meluat la tgk muka dia tu.

JONO BIKIN DRAMA SWASTA CEREKARAMA SAMARINDA

Gua rasa dah lama wa tak tgk cerita kat tv yg berunsurkan aksi persilatan. Rasa last drama aksi persilatan yg gua tgk rasanya drama Pendekar, sepuluh/limabelas tahun lepas kot, zaman gua sekolah sekolah lagi. Beratus produksi drama kat malaysia ni takkan lah takde satu pun yg nak buat cerita aksi persilatan ni.
Tak semestinya cerita tu berunsurkan drama purba dahulukala, pakai tanjak, keris, lembing, jalan cerita boleh disesuaikan pada situasi zaman sekarang juga.
Banyak idea yg boleh diolah, contohnya, nak buat drama pasal drift, lepas adegan drift mendrift, kereta parking tepi, bergasak la guna silat, koreografi silat kena cantik la jangan kaku kejong sangat.
Sampai bila gua kalau terasa nak tgk cerita gaduh gadoh asek layan filem drp siam tomoi tomyam chong je kan kan. Nak jugak la merasa buah tangan karya tempatan.
Gua tengok scene drama swasta sekarang banyak cerita cerita cinta, mak bapak taksuka lari kawen kat siam la, anak supir kawen dgn anak tokey balak lepastu mertua tak suka la, berebut harta riban riban adik beradik la, gua bosan la tengok cerita macam tu.
Gua dah boleh agak plot cerita dia dgn ending dia macam mana.


Masalahnya sekarang, gua pun dah tak tau macam mana gua nak ending kan entri ni, dah sebulan lebih gua try nak ending kan entri ni tapi tak boleh boleh jugak, dah macam nak buat lagu mathcore, dengar macam senang nak buat, bila buat jadi lagu ala ala band samudera! Sekian.


7 comments:

Rajuna said...

kalau ako tambah jehan misken memang nggelemer abis...kow2 nggelemer ndas puyeng!

KIBA kline said...

wahaha.
setepet kat ako.
tepat lak tue.

NEOFISHY said...

aaaaaaahhhhhhh...yg tgk samarinda sama lah dgn ako mustapha...dua2 jebak drama swasta...fak ah...fak fak fak....(marah sebab tak dapat tgk tv memalam...fak)

-aku peminat drama bersiri Flat Seri Wangi

de8soul said...

Cuba lu nengok cite 'kapten boleh'..astro ceria..

Apa Kau Nak said...

ahakz. cuba tulis satu skrip mari. ori from batu pahat! mengenai sekumpulan pemuzik. boleh aku cuba tolak ke produser... :)

urmomma said...

aku rasa ako cool.

Abang Dozo said...

cool as gay..... hahaa.....