28 August 2009
JANGAN COBA KAU RAYU LAGI
Esok gua balik bp nak sambut merdeka, jangan harap gua nak update blog, apa apa hal telpon gua lepas terawih nak lepak mana ke, nak kena pari bakar ke, nak kena tendang ke, OK!!
Psst tak baik la diorang gossip penyanyi pujaan hati gua ni >><<
27 August 2009
HAPPY BIRTHDAY AKID
Hari ni, 27hb Ogos 2009, genaplah usia Muhammad Akid Anaqi bin Mohd Taufiq 3 tahun. Moga dipanjangkan umur, murah rezeki dan menjadi anak yang taat pada Allah, ibu bapa dan soleh. Amin.
Ayah sayang Akid!
Ayah sayang Akid!
26 August 2009
-lambaian jenang 3-
'percanggahan' itu terlalu indah,
hingga menerbitkan pelbagai watak berbeza,
sampaikan aku ini terhambat dengan kata-kata 'bangsat',
yang membawa kepada,
aneka jenis 'lawak' yang tersirat,
bukankah itu cukup indah?
tapi kata kau,
sepi itu yang indah,
kedamaian itu yang mesti di buru,
hingga menutup segala ruang,
untuk kita semua bermandikan 'kata pujangga',
dari setiap andaian serta khayalan..
dan aku terus tewas...
-akueMpTy-

25 August 2009
TERJUN BOTOL MICHAEL PHELPS
Ini namanya kolah / kalbat air. Bapak gua gunakan kalbat air ni utk menadah air hujan bagi tujuan membasuh, menyiram pokok dan sebagainya.
Bagi gua lain pula kegunaannya. Di kalbat air ini lah menjadi saksi gua melatih kucing kucing gua berenang dulu.
Ada dua tiga ekor menunjukkan potensi boleh maju ke persada sukan olimpik, tapi kebanyakkannya kurang disiplin dan cepat mengalah.
Pernah sekali ada seekor kucing warna kelabu yg gua beri nama monyet mengambil keputusan menghabiskan seluruh hidupnya duduk diatas bumbung rumah dan gelegar rumah gara gara tidak puas hati sewaktu dia sedang nyenyak tidur gua secara pelan pelan telah melambungkan dia kedalam kalbat air.
Jadi benarlah apa yg gua tengok dalam rancangan national geograpic dimana seekor kucing itu boleh melompat setinggi lebih 7kaki. Sekian.
23 August 2009
Selangkah Ke Alam Misteri
Siri Bercakap Dengan Kucing
Minggu lepas, wa balik kampung atas arahan mak wa. Wa ada misi penting. Wa kena hantar adik wa berubat dekat Muar. Ada saudara wa nak tunjuk tempat tu. Wa dah lama dengar tempat tu tapi tak pernah sampai. Perubatan kampung. Bunyinya agak pelik dan mistik. Hospital Maya. Dia bagi rawatan macam hospital biasa tapi kelengkapan tu tak nampak secara zahir. Cuma doktor tu je yang boleh nampak. Pelik kan???
Area tempat tu namanya Parit Bakar. Kalau lu orang pernah sampai hospital Muar, lu terus je sampai jumpa signboard Parit Bakar. Kalau lu tak jumpa, lu tanya la orang dekat-dekat situ. Tak susah. Perjalanan wa dari Batu Pahat cuma makan masa 2 jam. Tak lama bagi seorang pemandu berkhemah. Sampai je tempat tu dalam pukul 4.40 petang, wa tengok orang dah ramai. Kereta dah penuh dekat halaman rumah tu. Wa lupa nak bagitau, dia buat hospital tu dekat rumah je. Sebuah rumah lama. Wa nampak kereta yang dok parking kat situ ada no. plate KL, Pahang, Negeri Sembilan dan Singapore. Kira dah terkenal jugak la Hospital Maya ni.
Hospital ni buka tepat pukul 5. Lepas asar lebih kurang. Bila diorang bukak pintu je semua berkerumun masuk nak chup katil. Wa ingat katil. Rupanya tilam Vietnam macam dekat rumah Mat Tora tu. Nipis je. Satu bantal, tilam dan tak ada selimut. Tapi ada nombor tilam beb. Wa tunggu agak lama jugak nak sampai turn adik wa dirawat. Wa tak sangka doktor dia muda je lebih kurang umur wa jugak. Dua orang doktor muda. Adik wa dapat rawatan dekat pukul 6.30 petang. Wa tak dapat dengar apa dia tanya adik wa tapi wa nampak la tangan dia gerak seolah-olah dia pegang sesuatu. Macam benda-benda tu wujud depan mata dia. Picagari, tiub, air, monitor dan sebagainya. Kagum dan kaget jugak wa tengok. Wa try ambil gambar curi tapi dia dapat tangkap wa. Caught red handed la. Lepas adik wa dirawat, dia macam betul-betul kena bius. Dia tidur dekat satu jam. Lepas maghrib, adik wa dan mak wa keluar. Dia kata ada rawatan susulan. Puasa ke-15, adik wa kena datang lagi.
Dalam perjalanan balik wa tanya dia ada rasa apa-apa tak. Dia kata sakit dia kurang sikit. Wa tak terkejut tu sebab sebelum ni ada kenalan wa yang pernah bedah jantung dekat situ. Masa wa duduk berbual dengan satu pakcik, ada doktor pernah dapatkan rawatan sebab kanser dekat hospital ni. Hebat jugak la budak muda tu. Yang wa respek, rawatan tu semua tak dikenakan bayaran. Ada satu tabung dekat meja pendaftaran tu tulis seberapa ikhlas berapa yang kita nak bagi. Ada satu kereta BMW mata helang parking kat situ. Kalau dia tak masuk duit kat tabung tu, wa memang takde belas ikhsan nak calar je kereta dia.
Kesimpulannya, kata Nabi setiap penyakit tu ada penawarnya. Yang tak ada penawar ni mati je. Jadi, berikhtiarlah selagi boleh, asalkan tak melanggar hukum syarak. Berubat dengan benda-benda yang halal dan tak meragukan. Kalau lu orang ada ahli keluarga yang sakit, atau saudara yang sakit, dah banyak berhabis dengan ubat hospital, tapi masih tak baik jugak, lu try la cara perubatan ni. Manatau berhasil. Diorang tak bayar pun wa promote-promote ni. Wa buat ikhlas apa....
Wa tengok balik photo yang wa tangkap masa tu. Wa try la cari spot pelik-pelik tapi tak jumpa. Wa memang kena pakai SLR jugak la lepas ni.

ALBUM HAWT??
Chalkline - In The Present Tense 1998
Kalau tak kerana budak hatko ptyaani gua sampai sekarang layan Medicine, Terbaik jeng!! The Used suck!!!
5 Bintang kebab >>>KLIK<<<
Chevelle - Sci-Fi Crimes (2009)
Sound sedap, gitar detune Cflat, lagu sedap mcm air katira abu bakar, gua kalau pening layan TOOL gua layan band ni lah, lebih kurang je style, tapi TOOL tetap power!!
5bintang katira abu bakar >>>KLIK<<<
Children Of Bodom - Skeletons In The Closet (Compilation) [2009]
Gua mmg kurang in dgn COB ni, tapi bila album cover song ni kuar gua boleh layan plak, aces high brader!!!
5bintang puasa >>>KLIK<<<
Municipal Waste - Massive Aggressive 2009
Band thrash metal yg gua boleh layan sampai tido, 2nd album power, tapi sound ada lembut sket tak kasar, apabarang thrash lembut lembut jeng!!
5bintang ramadan >>>KLIK<<<

22 August 2009
APA YANG AKU CARI part 2
Pedulikkan h1n1, pedulikkan panas dan hujan, bazar ramadan dah memanggil manggil, nasi lemak kukus, kue tiau kerang, roti jon, karipep, ayam bergolek, nasik ambeng, air tauhu, air oren biru, teh bunga, cincau bandung, pari bakar, sup tulang dan awek penjual kuih muih yang superhawt. Lepas berbuka, terawih depan tv.
Macam nak rusuhan brader bazar ramadan Extra arini, entah apa yang aku cari. Sekian.
Macam nak rusuhan brader bazar ramadan Extra arini, entah apa yang aku cari. Sekian.
Latihan Gitar
Aku tengah tidur masa 8 pagi ni, entah kenapa tetibe ada pulak bunyi keronchong gitar nylon kat bilik. Ingatkan aku tengah mimpi yang Zee Avi tengah buat live performance kat bilik aku. Aku bangun dan tengok apa yang kat depan katil aku. Laaa, rupanya kawan aku tengah berlatih gitar. Cuma timing dan keadaan agak kurang bijak kerana aku sedang terlentang kat katil dan cuba nak tidur dari jam 5 pagi lepas teman kawan-kawan pergi sahur.
'trink trink trink'
Aku cuba lah bagi chance dengan menunjukkan yang aku tengah tidur. Aku tarik selimut ke paras kepala dan cuba nak nampak macam mayat dibalut kapan. Mamat ni pulak bukak lagu sebab nak merujuk. Adoi.
Ada orang nak kena sauk ni.
Kalau diikutkan aku, mahu je ditambah sekali dengan uppercut yang aku baru belajar dari game Boxing yang aku main semalam. Aku rasa mamat ni kena belajar body language la. Tak faham ke orang dah tengah pissed off gila ni? Bunyi dia memang merdu dan sedap. Cuma timing dan keadaan je salah.
Lepas setengah jam cuba bergelut dengan bunyi keronchong gitar, aku bangun dan berniat nak marah mamat ni. Mamat tu nampak aku bangun pastu bertanya, "weyh, sedap tak lagu aku?"
Aku menjawab, "WOI! KAU TAK FAHAM KE YANG AKU TENGAH TIDUR NI?!?!?!"
Lantas aku bangun sambil mengambil rokok Camel aku dan keluar bilik.
P.S: Selamat berpuasa! Hayati lah bulan yang mulia ini. =)

20 August 2009
ALBUM HAWT??
GUA POWER!!!
ABHINANDA - SENSELESS 1994
>>>KLIK<<<
ABHINANDA - selftitled 1996
>>>KLIK<<<
ABHINANDA - Never Ending Well Of Bliss 1995
>>>KLIK<<<
ABHINANDA - rumble 1998
>>>KLIK<<<
ABHINANDA - Darkness Of Ignorance 1993
>>>KLIK<<<
UNBROKEN / ABHINANDA - SPLIT CD 1994
>>>KLIK<<<
Psst tekak gua terasa rasa nak makan double cheeseburgerramly percuma!!!

A L A S A N Beta 2.0
Buku itu mengambil masa hampir empat bulan untuk dihabiskan. bukan kerana isinya terlalu berat. atau membosankan. tapi aku terlalu menikmati, terbahak ketawa. aku amat menghayati santun bahasa, lawak yang bersahaja, realiti yang terlalu nyata. bukan direkacipta. aku cukup melayan setiap perenggan. dan lebih membuatkan aku tak dapat mengelak untuk membaca, adalah kerana buku itu pemberian orang. harus malah jatuh wajib aku baca. dari awal lagi aku dah jatuh cinta. kerana aku pernah kenal gayanya penulisan itu. mungkin sekitar 7 atau 8 tahun yang lepas. tapi banyak yang aku dah lupa. atau tertinggal.
Aku belum puas. dan belum habis. jadi, tak berapa molek kalau aku ulas sekarang. tunggulah lagi empat bulan atau mungkin empat tahun, aku ulas dengan detail.
Dalam diam, dah hampir beberapa bulan aku tak menaip, memotong dan menampal , mencari bahan atau paling tidak mensensasikan isu yang sedang sensasi untuk diletak dalam JJ. mungkin sebab JJ dah sangat kerap diupdate oleh rakan seangkatan yang lain. Neo, Mat Tora dan Abang Dozo sekarang adalah tonggak JJ. aku, empty, ginji, jinggal dah mula bermain tarik-tarik tali. empty mungkin sibuk dengan rakan sekatilnya, semua sedia faham. ginji sedang sibuk dengan kugiran baru. jinggal aka roles jambu mungkin sedang mengupas jambu. dan aku sibuk dengan mencipta alasan untuk tidak menulis. untuk tidak membuang masa, aku terangkan alasan-alasan yang telah aku cipta untuk tatapan pembaca.
Pertama. berturutan dari bulan 6 hingga sekarang, aku sering dikejarkan ke kursus anjuran jabatan. ada yang memakan masa hampir dua minggu, memaksa aku berkampung disana dengan beg macam nak balik kampung beraya. dan tentative program-nya padat hingga lewat malam. menyaksikan aku amat mengenali katil dari penceramah. tapi itu semua sebagai persiapan untuk aku mengambil alih tampuk pemerintahan pejabat ku tak lama lagi. ketua aku akan berpindah bulan depan. buat masa sekarang, aku direhatkan dari membuat kerja-kerja berat seperti mengangkat meja dan kerusi, menyusun batu-bata dan memasak. sangat senggang. tapi poket ku juga lapang.
Kedua. kerana (barangkali) aku sedang berada dalam 'comfort zone'. aku baru terperasan bila kawanku menegur 'kenapa lama tak blog?'. jawapannya, bila hati lapang, otak, jantung, buah pinggang, lutut, dan segala isi badan akan bergerak perlahan. aku memang sudah sedia malas. ditambah dengan suasana yang tak memaksa aku berfikir dan mencerna maklumat dari alam sekeliling. tak faham. begini. apabila kita susah, otak akan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. kalau kita sedih, kita akan berfikir tentang kesedihan kita dan orang lain. kalau kita marah, kita akan melontarkan kemarahan. jadi, kesusahan, kesedihan dan kemarahan diatas adalah modal untuk menulis, berhujah dan berkongsi rasa. ketika seseorang dalam sedih, dia akan dapat menggambarkan apa yang dia rasa dalam bentuk tulisan. dan tulisan itu akan berkesan pada orang lain kerana dia menulis dari hati. bukan olok-olok. bukan ciptaan. nah, di sini perbezaan menulis dengan mata hati dan menulis dengan otak menghasilkan aura berbeza. begitu juga filem. ada filem yang dibuat dengan hanya bermodalkan wang dan teknologi. ada drama yang bermodalkan idea dan perasaan sahaja. kesan bagi kedua-dua produk itu berbeza. demikianlah juga penulisan.
Ketiga. aku dalam fasa hibernasi. berehat. musim bermalas-malasan. sekarang ini, aku lebih banyak mendengar dari menulis dan membaca. untuk projek akan datang, dengan barisan lelaki berbulu batu pahat, kami akan menghasilkan satu produk muzik yang sedikit berbeza dari arus hardcore perdana sekarang. walaupun masih dalam perancangan, tapi usaha ke arah itu telah bermula. walaupun kekangan wujud di setiap penjuru projek, namun, semangat 46 tetap membara dalam jiwa lelaki berbulu ini. ewah. angan-angan memang kena tinggi beb. bukan kena bayar pun kan.
Sementara menantikan bulan ramadhan yang bakal bertandang lagi dua hari, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun andai ada tersilap tulis dan kata. (kenapa mesti nak tunggu hari raya baru nak mintak maaf, ye tak). al-maklumlah, dah sembilan tahun tak menulis. kekok sikit. sebelum mengundurkan diri aku ada serangkap pantun buat semua pembaca JJ.
"Kalau ada sumur diladang boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi." sekian
19 August 2009
PENDAYUNG SAMPAN
Ada sesiapa yg nak jual gitar bes mcm budak ni pakai sila kontek gua dgn segera, gua sedia beli dgn harga yang murah.
ALBUM HAWT??
Every Time I Die - New Songs (2009)
Single terbaru, hhmmmmmm lemau lah brader!! >>>KLIK<<<
Converge - Dark Horse [Single] (2009)
Rilis yg dinanti nantikan, tapi apahal 1st single ni melodic pulak??? HHmmmmm gua no komen, kita tunggu full rilis. >>>KLIK<<<

-lambaian jenang 2-
ketika suria bertukar menjadi bulan,
'kita-kita' maseh lagi memekik,
nyaring menembusi jaring-jaring kebebasan palsu,
yang kata 'kita' harus dimusnahkan..
mana revolusinya???
entah siapa yang akan peduli...
nanti bila tiba suria lagi,
jaring-jaring itu pasti di kait kembali,
mungkin lebih teliti,
sampaikan setiap pekikan dan jeritan maseh belum mampu untuk menembusi..
ketika suria bertukar menjadi bulan,
di mana 'kita-kita' ini?
terus bersembunyi di sebalik caci?
atau terus mengharap revolusi yang kian mati,
bersama 'bangkai kata' yang terus busuk dimamah hari...

18 August 2009
AKO BUKAN AKON
GAMBAR 1
GAMBAR 2
Anda kenal tak gambar 2 lelaki ini? Gambar 1 ialah akon, artis hiphop terkenal. Gambar 2, kalau kamu seorang peminat drama swasta cerekarama samarinda lu org mesti kenal lelaki ni, ako mustapha. Kedua dua artis ini bagi gua ada satu persamaan dimana kedua dua nya gua tak minat.
Kita lupakan si Akon, gua nak cerita pasal si Ako ni.
Sebagai seorng peminat tegar slot drama swasta cerekarama samarinda wa secara jujurnya kurang berminat dgn lakonan si ako ni, sebabnya:
1.dia ni mesti berlakon watak utama lelaki hensem anak dato’ kemeja cap kuda polo kolar jonket, naik kereta mesti nak bmw siri 7, kancil body convert skyline tak main la, mesti nak berkarier sbg dokter, lawyer, arkitek dan CEO. Wa tkpernah lg tgk dia berlakon jd pak supir ke, mat rempit ke, pekerja warong ke, pesawit ke.
2.kalau dah jd watak utama sbg hero mestilah kena ada heroin yg gebu gebu yg mulus mulus baru la drama tu nampak menarik utk di tonton kan kan. Takkan la nk letak ruminah sidek ke luisia chong ke normah damanhuri ke sbg heroin mesti la si ako ni takmau sain kontrek berlakon apa! mesti nak lisa suriani ke puteri farah ke fazura ke jd heroin, baru syoh nk belakon.
3.stail lakonan dia mesti lembek mengelemer, suara lembut cakap pelan mcm dlm kelambu, guna bahasa bunga bunga konon nampak macho la dpn pompun, macho taik! Wa tak pernah la lg tgk dia belakon cakap jerit jerit naik angin, jadi gangster belasah org takpun jd seorg pakar seni silat gayung mahupun silat pulut.
4.dialog yg selalu dia sebut: “I luv u sayang”, “sayang….hari ni u masak apa??”, “bapak aku orang kaya, ada byk rumah sewa”, dan yg paling ganas dialog wa pernah dgr “hei setan, pulangkan semula isteri aku!!” wa mmg tak boleh blah la dgn dialog dia yg leleh cair karaten tu. Dah beratus drama dia belakon takde improvement dari segi lakonan mahu pun watak yg dibawa, semua sama je!
5.drp contoh contoh yg wa berikan diatas wa mmg dpt tangkap sure si ako ni bukan peminat musik teknikal death metal..
Wa bkn nak dis si ako ni, cuma sbg contoh antara pelakon pelakon yg wa tak minat. Kalau ada je watak si ako ni berlakon dlm sesebuah drama tu wa sure potong stim nak tgk. Wa mmg meluat la tgk muka dia tu.
JONO BIKIN DRAMA SWASTA CEREKARAMA SAMARINDA
Gua rasa dah lama wa tak tgk cerita kat tv yg berunsurkan aksi persilatan. Rasa last drama aksi persilatan yg gua tgk rasanya drama Pendekar, sepuluh/limabelas tahun lepas kot, zaman gua sekolah sekolah lagi. Beratus produksi drama kat malaysia ni takkan lah takde satu pun yg nak buat cerita aksi persilatan ni.
Tak semestinya cerita tu berunsurkan drama purba dahulukala, pakai tanjak, keris, lembing, jalan cerita boleh disesuaikan pada situasi zaman sekarang juga.
Banyak idea yg boleh diolah, contohnya, nak buat drama pasal drift, lepas adegan drift mendrift, kereta parking tepi, bergasak la guna silat, koreografi silat kena cantik la jangan kaku kejong sangat.
Sampai bila gua kalau terasa nak tgk cerita gaduh gadoh asek layan filem drp siam tomoi tomyam chong je kan kan. Nak jugak la merasa buah tangan karya tempatan.
Gua tengok scene drama swasta sekarang banyak cerita cerita cinta, mak bapak taksuka lari kawen kat siam la, anak supir kawen dgn anak tokey balak lepastu mertua tak suka la, berebut harta riban riban adik beradik la, gua bosan la tengok cerita macam tu.
Gua dah boleh agak plot cerita dia dgn ending dia macam mana.
Masalahnya sekarang, gua pun dah tak tau macam mana gua nak ending kan entri ni, dah sebulan lebih gua try nak ending kan entri ni tapi tak boleh boleh jugak, dah macam nak buat lagu mathcore, dengar macam senang nak buat, bila buat jadi lagu ala ala band samudera! Sekian.
17 August 2009
Penipuan Puteh
"Dah jangan nangis.... dah, dah....
Ay*h jaga mak lepas ni, Ay*h janji"
Itu janji aku lepas Arwah Bapak meninggal.
Mak tau. Aku tipu. Dia tau aku tak mampu nak buat macam tu.
Cakap-cakap tu semua cuma nak buat dia tak sedih lagi, buat dia rasa selesa, buat dia rasa secure.
Kalau dia nak, dia boleh je sumpah aku jadi batu masa tu sebab aku tipu dia. Tapi dia tak..... Dia peluk aku.
aku menipu.
aku minta maaf. maafkan aku.

16 August 2009
ALBUM HAWT??
Alice In Chains - Check My Brain (Single) (2009)
Peh gua memang menanti nanti album baru diorang dgn vokalis baru, memang rabak, lagu sedap, jerry cantreal memang power! Nak dgr lagi satu single klik sini
5bintang kampung bintang! >>>KLIK<<<
Peh gua memang menanti nanti album baru diorang dgn vokalis baru, memang rabak, lagu sedap, jerry cantreal memang power! Nak dgr lagi satu single klik sini
5bintang kampung bintang! >>>KLIK<<<
12 August 2009
CSI : linau besar
Peh baru abes tgk new season csi miami kat Axn tadi, peh macam cilake horatio tak mati rupanya, dia dgn ejen wolfe ada projek nak kenakan mamat Saris tokan peluru aloy tu. Kalau dia mati la jeri bruckhimer tkyah nak susah susah cari pelakon lain, panggil jim carrey je!!Mesti bedekah hahahahahaaa!!!
-lambaian jenang-
ayuh,
himpunan ini dedikasinya untuk mereka,
mereka semua yang berselimut derita...
mengapa maseh mahu menangis?
bukankah anak-anak muda sudah berhenti dari berdansa?
bukankah anak-anak kita sudah tersedar daripada leka?
ketawalah!!!
tersenyumlah!!!
raikanlah!!!
......kerana kita semua akan 'merdeka'

11 August 2009
H1N1 versi Neo punya cerita!
Perghh....Abg Mat Tora lagi cepat lak update dari wa rupanya. Sori lah jeng, sebenarnya wa dari awal dah nak cerita pasal H1N1 nih, sejak dari orang yang 1st sekali kena tuh, pelajar yang balik dari US tuh, tapi sampai sekarang baru ada kesempatan. Maklumlah, wa pun bukan orang kaya, sibuk carik duit keja 1 hari 18 jam macam orang giler tapi dapat sejemput. So, kena paham ek.
Yang wa berangin pasal H1N1 nih, (ah susah lah nak taip H1N1 nih, wa refer sebagai Selbi dah lah, short form utk Selsema Babi Tonyok), bila Kementerian Kesihatan bagitau yang selsema nih macam selsema biasa jek, sama macam demam biasa yang kita hidap makan panadol dah bleh baik tuh, so seluruh rakyat tak payah risau sebab benda nih demam biasa jek. Dalam pikiran wa masa dengar benda tuh macam "aik?boleh plak dia cakap macam tuh?". Ok wa bleh rilek lagik.
Tup tup jumaat lepas selepas 14 orang dah mati, Perdana Menteri isytiharkan yang Selbi nih merupakan satu ancaman (threat) kepada negara. Wa masa tu kat hospital berita pukul 7 NTV7 keluar pasal benda tuh. Wa terus geleng kepala. Tak berhenti wa geleng kepala.
Nak tau sebab apa wa geleng kepala? Sebab vaksin untuk Selbi nih belum di temui lagi dan ubat nya pun belum lagi ditemui secara tepat. Wa siap tak paham bila benda-benda besar macam nih, yang dah pun menjadi ancaman untuk negara maju macam USA tuh (ingat! kita ni negara membangun jek) tapi negara kita boleh rilek jek cakap NI SEMUA LEBIH KURANG MACAM DEMAM BIASA? Apa cerita tuh? Belajar tinggi-tinggi jawapan macam tu lu bagi kat orang kebanyakkan macam kitaorang yang kerja bermatian cari duit untuk keluarga nih? Itu jawapan yang mencerminkan kepandaian?
Wa bukan nak marah kerajaan ke apa, wa pun bukannya sokong sangat pun setiap kata-kata Pembangkang, tapi semua orang kena rasional dan thinking deep lah sikit. Takkan benda-benda macam nih pun nak di 'lego' kan. Benda nyawa bai. Lu orang yang yang pangkat tinggi-tinggi kat kerajaan tuh ataupun ketua-ketua pembangkang lain lah, semua berduit, hari ni nak beli Mercedes ke Harley Davidson ke, anytime bleh jek. Macam kitaorang nih, hah, jangankan nak beli Merc ke apa ke, nak beli motor kapchai C70 pun pikir dua tiga kali.
Lu orang sebagai orang yang diamanahkan oleh rakyat (ingat ek, rakyat yang pilih lu orang, bukan lu orang suka-suka naik kat situ), patut lu lebih pandai dalam hal-hal nih, bukan rakyat yang nak mengajor!
Perghhhh....tak paham lah wa benda-benda nih!

10 August 2009
ANGIN H1N1
Rasa dah 20lebih orang mati sebab penyakit ni. Apa cerita kementerian kesihatan? Takkan takde solution ke? tak baik cakap diorang tak buat kerja tau, tapi gua harap diorang kerja dengan iklas, jangan kerja ala kadir tau ni melibatkan nyawa.
Gua ada terbaca aritu dimana kos utk check h1n1 bagi seorang pesakit rm180, ala apalah sangat rm180 hengget tu dgn harga sebijik kapal selam kan kan, kata rakyat yg diutamakan 1malaysia apa.
Dah tau mcm ni gua pun takpaham apahal la diorang nak sebok sebok buat projek babi mega dekat selangor tu, dapat komisen lebih apa?? * kenyit mata *
Gua sebenarnya takmau campur la benda benda ni semua, tapi kalau dah sampai mengganggu scene ekonomi dan scene sosial gua tu yg gua naik angin ni.
Babysitter gua anak dia sudah kena h1n1, maka satu rumah dia kena kuarantin, apa gila gua nak antar anak gua kesana. Gua kena kerja brader, sampei tutup mata kena kerja kerja kerja, gua bukan org kaya ada kapal selam ada projek babi mega!!
Tak pasal pasal petang semalam gua kayuh balik bp antar anak gua suruh mak gua jaga seminggu dua, abis nak suruh siapa jaga?? Lee kuan yew?? Sekian.
07 August 2009
Goreng Tumpul
Aku terpaksa mengaku. Semenjak dua menjak ni, permainan gitar aku semakin tumpul. Ditikam tidak tertusuk. Dikelar tidak bergarit. Tidak seperti dulu. Ku cuba goreng beberapa kali. Masih tidak seperti dulu jugak. Puncanya adalah tiada peruntukan masa atau paling senang sekali adalah malas. Malas adalah kunci segala-galanya menuju ke arah parit. Dulu gitar aku selalu berdaki di bahagian atas gitar sebab selalu prektis tanpa berbaju. Sekarang berhabuk tak berusik. String sudah berkarat teruk sekali dan tidak bertukor. Kepada Abang Mamstim, aku tak boleh main macam kau walaupun telah ku cuba beberapa kali.
RABANG YABIK!
Gua hari ni bo cokang, bukan mc hammer tau, gua menghabiskan masa menghabiskan minyak mustang gua ronda ronda, gua singgah jusco tebrau utk cuci cuci mata, tiba tiba dkt kedai kamera gua ternampak camera olympus ni, berderau darah brader, memang cun, harga pun melecun lagi 1hengget 3riban brader!! Malas nak cerita banyak gua sound awek yg jaga kedai tu gua nak test ini kamera sepam dua, naik menyampah jugak awek tu tunggu gua test dah mcm tukang amek gambo pengantin gua punya style amek gambo penuh dgn shoot shoot yg agak abangad, last last tak beli jugak. Gua kalau ada duit gua mmg nak beli kamera ni nampak cool la, walaupun gua mmg zero dalam hal hal kamera dslr ni. Sekian.
06 August 2009
WINGS
Wa dah cakap Wings tetap rules! Lu orang degil. Lu kalau nak dengar rock, lu dengar Burnmark la. Tu baru true rock!
05 August 2009
CARI SEARCH
Apacerita ni brader gua dgr cerita budak tmn nira sanggup naik lori ikan wak mail ke bukit kiara nak layan search last last macam celaka diorang punya sound pecah hahahahaa kan gua dah bilang kat JB jugak diorang perform power brader!!!!
04 August 2009
ALBUM HAWT??
MEMPHIS MAY FIRE - SLEEPWALKING 2009
Lu minat every time i die wa rekomen ni barang.
5bintang bintangan >>>KLIK<<<
ARCTIC MONKEYS - HUMBUG 2009
Band dah besar peminat ramai, buat lagu ala kadir, nak kata sedap sangat tu tak la, tapi boleh layan, gua prefer album lama sebab lagu diorang laju dan kasar, lagu yang baru ni ada slow sket, kena makan kacip patimah ni!!!
4bintang >>>KLIK<<<
Pearl Jam – The Fixer (Single) (2009)
Rilis yg dinanti nantikan, hmmmmmm single ni sungguh pop dan singalong laa, ada udang disebalik meggi ni, nantikan full rilis tau!
>>>>KLIK<<<<
SLAYER - hate worldwide (single) 2009
Rilis yg dinanti nantikan, gua malas nak cerita banyak, klik link layan single pertama diorang.

MENTEGA
Ini namanya buah mentega. Kulitnya bila sudah masak berwarna merah dan sikit berbulu halus. Gua kurang pasti macam mana buah ini diberi nama buah mentega. Tapi mengikut pemerhatian gua isinya yg berwarna putih kekuningan seperti warna mentega lah menyebabkan ia diberi nama buah mentega. Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak, baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Depan rumah gua kat kampung ada sepohon buah mentega daunnya rimbun buahnya lebat tak kira musim.
Dulu masa gua budak budak rumah wak gendu sahaja dekat kampung gua yg ada pokok buah mentega ni. Pokoknya tinggi setinggi rumah flet 5tingkat. Gua bajet usia pokok ni mencecah 30tahun. Selalunya lepas pulang dari sekolah agama petang gua dan beberapa budak sekampung lain akan singgah depan rumah wak gendu untuk mengambil buah mentega ini. Wak gendu orangnya pemurah, dia tak kesah siapa siapa yang nak ambik buah mentega tu, yg penting jangan buat sepah halaman rumah dia dan mintak izin. Tapi kebiasaannya kitaorang kurang mintak izin malah buat buat lupa mintak izin.
Gua parking basikal mini hendal sejuk gua yg tanpa stand gua kasi sandar atas rumput. Budak budak semua menderu ke pokok buah mentega. Diaorang dengan lincah memanjat pokok buah mentega ala babun. Gua yang kurang pandai memanjat ni hanya tunggu dibawah pokok menunggu belas ikhsan budak budak lain menjatuh kan sebijik dua buah mentega. Disebabkan gua kurang sabar gua menggunakan alternatif lain utk mendapatkan buah mentega tu dgn cara membaling. Apa saja barang sempat gua capai gua baling kearah dahan yg bergantung buah mentega yg masak ranum itu.
Dahan kayu gua aim….. gua baling….tasss!!! tak kena!!
Batu bata gua aim…..gua baling….tasss!!! tak kena!!
Selipar tat sing kaler putih jali buntut punya gua aim….gua baling….tass!!! tak kena!!!
Gua sudah jadi kacau bilau bila budak budak lain dah dpt lima enam biji buah mentega, gua satu pun belum nak dapat lagi.
Talian terakhir, kasut badmintun master tapak hijau gua akan gua lontar sebaik mungkin.
Gua aim…..gua bidik….gua baling mcm baling frisbie…..tasss!!! kena tepat!!! Sebiji buah mentega jatuh ketanah, tapi apasal kasut gua tak jatuh jatuh ni?? Apakah teori graviti yg gua belajar kat sekolah itu tidak benar??? Aaahhh kusut ni, kasut gua sudah sangkut dicelah celah dahan pokok. Gua tak cepat gelabah, tuhan kurniakan kita akal kita gunakanlah sebaik mungkin.
Gua amik sebelah lagi kasut, Gua aim betul betul dekat kasut yang tersangkut tu…..gua bidik….gua baling mcm boomerang…..tasss!!! kena tepat!!! Sebiji lagi buah mentega jatuh ketanah, tapi kasut gua tak jatuh jugak. Dua dua belah sudah tersangkut dicelah celah dahan pokok.
Buah mentega dua biji gua letak elok elok dalam bakul basikal. Gua balik rumah naik basikal sambil berkaki ayam.
Petang tu bapak gua bawak galah sabit ke rumah wak gendu, bukan nak menyabit kelapa, tapi menyabit dahan pokok buah mentega turunkan kasut gua yang tersangkut.
Tak lama lepas insiden tu, birat betis kena libas dgn tali pinggang pun dah baik, bapak gua menanam pokok buah mentega, dia ckp bila pokok tu besar ada buah gua boleh makan puas puas.
Punya lah besar kawasan tanah sekeliling rumah gua, entah apa punya seni pertanian bapak gua guna dia pegi tanam pokok buah mentega betul betul tepi parit besar. Memanglah pokok yg ditanam disitu cepat membesar tapi lepas 3tahun pokok buah mentega tu berbuah kebanyakan buahnya tertumpu dibahagian dahan yang menghala ketengah parit besar. Tiap kali gua jolok buah dengan kayu, buah mentega jatuh kedalam parit. Satu kerja lagi gua nak kena cari sauk ikan naikkan buah mentega tersebut, kalau nasib tak baik rumput lumpur yg gua sauk.
Sekarang bila dah tak berapa muda ni, gua dah jarang jarang amik buah mentega tu. Buah mentega lebih banyak dimakan oleh tupai, burung dan monyet. Gua dah tak berapa IN dengan scene buah mentega ni lagi.
Kalau lah dulu kasut gua baling tersangkut dekat pokok durian, agaknya sekarang ada jugak pokok buah yg sedap sedap dekat kawasan rumah gua ni. Sekian.
03 August 2009
MALAS
Macam celaka punya penyakit malas,
Malas nak kerja, malas nak basuh baju, malas nak main sudoku, malas bayar astro, malas nak online, malas download lagu, malas jaga anak, malas potong rumput, malas sms kawan kawan, malas main gitar, malas jaming, malas nak berjalan jalan, malas nak masak, malas itu lah, malas ini lah, malas malas malas kuasa dua!!
Gua mengambil keputusan baring dibawah kipas sambil mendengar lagu ku petik bintang bintang yg di mainkan secara berulangkali dari handpon separuh moden.
Kalau macam ini lah gayanya memang takde harapan lah gua nak merasa pakai kereta racing. Sekian.
MANSUH
Sabtu lepas, hampir 15000 penunjuk perasaan melaungkan pembasmian ISA yang dipandang sebagai satu 'penindasan' oleh ruling party.
Sabtu lepas, beratus orang ditahan hanya kerana menunjukkan bahawa ISA adalah satu akta yang tidak mengikut hak asasi manusia.
Sabtu lepas, semua bangsa di Malaysia berpadu tenaga menunjukkan pada dunia bahawa Malaysia tidak berpecah belah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Sabtu lepas, hak manusia yang hidup di bumi Allah yang mempunyai hak sama rata dan tiada yang superior telah dicabul.
Dan Ahad lepas, hampir semua akhbar menyalahkan manusia-manusia ini kerana jam yang teruk dan sumber pendapatan sesetengah pekedai di Jalan TAR terutamanya terjejas.
MASALAH TU LAGI PENTING DARIPADA HAK MANUSIA SEJAGAT?
Apa nak jadi lah dengan akhbar Malaysia nih. Yang betul dibohongi, yang tak betul dibetulkan.
Lebih kurang macam yang haram di halalkan. Manusia pebenda tuh!

01 August 2009
SPEK
Patut la gua rasa mcm ada yg tak kena je bila tiap kali gua main gitar kontot ni, gua perlukan spek mata yg cool rupanya!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)