20 July 2009

PEMANDUAN BERHEMAH SIRI 1

Cerita pasal pemanduan berhemah nih sampai besok pun tak abis. Tapi kalau tak dicerita memang sampai bila pun tak settle.

Tapi pagi tadi pemanduan semua penduduk Batu Pahat agak baik dan berhemah. Wah, ini satu pembaharuan yang baik. Walaupun ada yang still gopoh, tapi dari riak air muka diaorang aku perasan yang diaorang ada masalah, mungkin nak terberak atau bini nak beranak. Benda-benda macam tu kalau di sound memang bleh buat gaduh beb. Nak-nak kalau dah tahap hujung-hujung tuh. Perggghhhhh.....

Cerita pasal pemanduan berhemah nih tahap kurang ajar memang tak bleh lawan para pemadu warga metropolis Kolumpo. Plate luar lagi lah lu kena kitai, silap sikit terus hon. Nak-nak kalau yang lu buat slack tuh dengan keta mewah, ecehhh...lagi lah diaorang tekan hon macam bunyi hon keta BMW tuh bleh keluar lagu Akon 'Smack That' (beta sejak bila plak aku dengar lagu tuh...). Tapi aku paham lah, keja kat Kolumpo kan, semua kena cepat, semua kena cargas, semua kena pantas walaupun kekadang aku tak nampak semua tuh kalau gi pejabat kerajaan. Pejabat pos lagi lah, nombor tuh kalau jalan memang tak Hiway Federal langsung gayanya, 1 nombor 15 minit belum tentu habis lagi urusan, dah macam nak gi Taman Maluri time pukul 5-6 petang plak.

Dari apa yang aku nampak, kekadang pemanduan orang bando nih lain sikit dengan orang kampung. Yelah orang kampung macam aku nih, selalu bawak moto keliling kampung cruise jek, sambil-sambil hon awek, takdelah terkejar-kejar. Tapi kat Kolumpo memang lu kena pantas. So tahap kesabaran kena tinggi. Nak-nak selalu jam. Nak belok tu bagi lah signal, jangan terus main terjah jek nak cilok. Angkat tangan lagi baik dan memuaskan. Tak semua yang kurang ajar, tapi mostly semua memang nak cepatlah.

Kalau semua sikap bersopan santun boleh diterapkan kat jalan raya macam korang cium tangan orang tua, kan menarek tertarek kau memang da bomb namanya tuh.

.........................................................................................................................................................................

"VROOOOMMMMMM!"

Opocot terkejut aku! Takde sivik punya van TNB. Bleh plak lu main kurang ajar potong sebelah kiri ek? Apa syarikat korporat lu tak ajar bawak van berhemah ke?

Bagi potong mood wa pagi-pagi jek lah lu ni beb. Cam cib!

Photobucket
Bukan van TNB yang dimaksudkan!

2 comments:

Abang Dozo said...

aku paling jarang sangat pergi kerja pandu kereta. secara peribadi, aku rasa rugi bawak kereta sorang-sorang.

masa kerja di jb, tak rasa tension sangat ke tempat kerja sebab ofis dulu kat larkin perdana. kurang bergesel dengan side mirror kereta orang.

masa kerja di kl, tension dan stress di mana-mana jalan yang traffic jam masa pergi kerja. berapa banyak side mirror kereta orang lain aku tergeselkan. mana-mana pemandu kereta yang bangsat pemanduannya, aku telah follow kereta tu sampai kat area traffic jam, aku kasi gesel pintu kereta tu terus.

di kota tinggi pulak, nasib baik aku pergi kerja tak lalu jambatan utama. tak bergesel langsung.

dan di kluang, setakat ni hanya dua kereta aku tergesel side mirrornya. syukurrr.....

tora corgan said...

lain kali pakai kereta import mcm gua baru pemandu lain respek!