11 July 2009

JCL 6293

Setiap kali aku balik kerja dan bila buka kasut sambil duduk, aku mesti termenung pada motor komando aku dulu sebelum masuk ke rumah. tersenyum aku bila flashback balik zaman kegemilangan motor ni sejak awal 90-an sehinggalah hilang tarafnya di masa sekarang ni. Tapi Al-Hamdulillah sebab motor komando ni tak pernah mengecewakan aku dari segi mengisi poket yang kosong pada zaman bujang sehinggalah memberi nafkah apabila sudah berkeluarga. Aku ada kereta tapi motor komando gak yang jadik superhero dari segi selit-menyelit dan bawak laju yang membawa kepada penjimatan masa. Ego kasi buang dulu, beb. JCL 6293 dengan asap tebal 2T motor yang mengiringinya mendahului liga dan terus rasta rocket ke tempat kerja.

Motor komando aku dah berkhidmat di Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Tinggi dan Kluang. Dah overhaul lima kali, tukar rim sekali sebab langgar lubang di Subang Jaya (langgar lubang lagi di jb tapi malas nak tukor), tukor sticker sekali, disc brake set sekali, tukor cover handle sekali sebab pecah (eksiden, beb), tukor tayar enam kali dan lain-lain. Yang paling banyak tak terkira ialah tukor tiub motor. Ada laa sedikit perubahan pada motor komando ni. Cuma satu saja yang sangat kurang berubah; motor komando ni dah dua tahun tak pergi mandi. Ya! motor komando ni dah dua tahun tak berbasuh. Motor ni dah dilatih dan diseksa macam Rambo; langgar lubang, rempuh lumpur, sagat ranting pokok, gesel side mirror kereta orang masa menyelit, berjemur dan tak pernah basuh. dan akhirnya dia pasrah akan tuannya dah semulajadi macam tu. tapi bab enjin aku jaga.

Berikut adalah sesi fotografi motor komando aku yang fotogenik dan sedikit ringkasan pada setiap bahagian seperti dilampirkan:

Warnanya tak pernah bertukar semasa dibeli pada tahun 1994. Motor ini semasa dibeli adalah motor terpakai. JCL6293 yang dahulunya pernah memecut 140 km/j. Sekarang kalo nasib baik timing cantik dia boleh pergi 120 km/j. Tapi kenapa motor Suzuki C70 kat depan tak dapat nak potong? meter dah tunjuk 120km/j. Oh ya, meter motor komando aku dah lama rosak. Kalo jarum cecah 120km/j, pecutan sebenarnya adalah 80 km/j. Ampun.

3 Disember 2001; Masa tu kalo tak silap tengah bulan puasa. Aku telah diarahkan oleh bos untuk menguruskan pembayaran di sebuah bank di pusat bandar JB. Selesai kerja, masa nak balik, aku ada terperasan di tempat letak kereta KOMTAR ada banyak khemah dan ada banyak motor. Aku suspek macam ada servis motor percuma. Kalo kepala dah ingat percuma, apalagi aku pun terus memecut ke situ. Sampai sana dan dah beratur, aku tertipu. rupanya ada pemeriksaan kelengkapan kenderaan untuk memastikan ianya lengkap dan selamat untuk pulang ke kampung sempena raya. Giliran motor aku pula diperiksa. Seperti yang dijangka, banyak tanda pangkah dari tanda betul. "Encik, motor tidak selamat untuk dibawa kerana blaa blaa blaa blaa". Buang masa aku dan tambahan lagi aku kena marah dengan bos sebab masuk ofis lambat.

Masa kerja di JB dulu aku pernah duduk sewa di tiga tempat; Kampung Kempas Baru, Taman Perbandanan Islam dan yang terakhir sekali Bandar Baru Uda. Di BBU, aku dan housemate lain menyewa di Apartmen Titiwangsa. Yang senior tinggal aku, Boi, Khan dan Sohaimi. Yang masuk baru ada tiga orang. Tak lama lepas tu, Sohaimi keluar. Jadi, tinggal kami berlima sehinggalah aku pindah kerja ke KL. Kat situ awek Indon memang ramai sebab ada blok yang telah dijadikan sebagai asrama. Berpagar dan ada pengawal keselamatan tapi kerap berlaku kecurian kenderaan pada masa tu. Orang lain risau dengan kenderaan masing-masing. Aku aje steady tak ada apa-apa. Sebab yang pertama; motor komando ada cara matematik yang betul untuk hidupkannya. Yang kedua; kalo dia dapat dihidupkan, bunyinya ya ampun memang kuat. Sebab kalo baru hidupkan motor komando ni, timingnya tinggi dan meghasilkan bunyi yang kuat. Tak lama pastu timingnya turun dan bunyinya makin lama makin perlahan dan yang ketiga; bunyi bila baru dihidupkan, ianya lebih kurang sama dengan bunyi mesin rumput. Kalo dihidupkan pada waktu malam, penduduk-penduduk kat situ logiknya dan secara automatik akan tertanya-tanya, "Ni siapalaa yang buat overtime nak potong rumput malam-malam buta ni?". Jadi, diorang akan menjengah kepala dan lihat siapa yang memekak. Kalo orang lain hidupkan diorang akan peka. Kalo aku yang hidupkan, diorang dah malas nak marah.

Yang ini adalah cover depan hitam yang kedua. Yang asalnya ada sticker penuh dengan bertulisan "Rage Against The Machine". Kompleks gak sticker tu. Aku ingat lagi, masa jadi student dulu sekitar lewat 90-an, pernah kena tahan di lebuhraya kawasan Petaling Jaya sekali dan Cheras sekali atas tuduhan menyertai kelab lumba motor haram dengan menggunakan nama "Rage Against The Machine". Bila masa laa Zack De la Rocha, Tom Morello and the guilty parties merempit. Pulak tu, diorang cas kumpulan ni saja nak tunjuk motor diorang nampak selekeh dan buruk supaya pihak berkuasa tak syak apa-apa. Bongok betul. Tapi sayang dan agak sedih jugalah sebab cover depan "Rage Against The Machine" akhirnya hilang dan disyaki tercabut semasa memecut di lebuhraya Senai pada tahun 2003.

Yang lain warna ungu, kenapa yang ni warna biru pula? Haaa..... Masa tu di KL tahun 1997. Aku ingat lagi. Pada suatu hari, aku telah berjumpa dengan seorang kawan baik namanya Eric sebab nak pinjam vacuum cleaner. Dia dengan senang hati bagi aku pinjam masa habis kelas. Aku letak di bahagian bakul motor komando dan terus vroom balik. Dalam perjalanan, aku telah ditimpa kemalangan dengan kereta telah melanggar aku di simpang tiga. Masa jatuh aku tak pegang handle motor komando, aku pegang vacuum cleaner sebab barang pinjam takut rosak kena ganti. Masa bangun dari motor, Eric kebetulan lalu di situ juga, parking tepi dan dia terus ke tempat aku dilanggar. Lepas Eric tengok keadaan aku, dia terus berjumpa dengan pemandu kereta tu dan berdiskusi dalam bahasa Cina. Dia tunjukkan luka aku dengan cover handle motor yang pecah pada pemandu kereta tu. Kesudahannya, kitorang terus ke kedai motor dan repair mana yang patut, termasuk cover handle. Disebabkan warna original tak ada warna ungu, cover biru yang baru telah dipasangkan. Aku tolak duit ubat luka yang diberi oleh pemandu tu sebab aku luka tu sikit aje. Mungkin sebab dia adalah seorang ah moi yang pandai berbahasa kot, sebab tu aku tolak. Dan aku sangat-sangat berterima kasih pada Eric. Mana ko sekarang ek, Eric? Kali terakhir aku terbaca laporan thesis Eric dalam majalah Architecture Malaysia tahun 2002 kalo tak silap la.
Rem belakang ni adalah yang kali kedua telah ditukar. Pun dah langgor lubang ada kemik sikit tapi tak seteruk rem yang pertama dan goyang memang teruk, lebih teruk dari goyangan gelek gerudi inul. Akibat jarang basuh motor, rem ni dah berkarat dari warna kuning sampailah ke warna hitam. Peh! Tengok dari jauh rem tu macam rem mahal warna hitam. Bila dah tengok dekat, puih! Kenapa ko tak nak jadi emas ek?

Kesilapan ketara aku, masa tu kerja di JB. Nak cepat punya pasal, lepas isi minyak terus tutup seat motor. Pastu panik sebab kunci motor komando aku hilang. Pergi ke kaunter balik, tak ada. Rupa-rupanya kunci ada kat bawah seat motor. Arghh! Cungkil punya cungkil akhirnya seat motor dapat dibuka tapi cover belakang yang kecil tu tercabut dan patah. Tak apa, boleh beli baru. Pomen motor baru nak pasang aje tiba-tiba dia cakap,"Aiya! Bos, itu lubang skru pun sudah ikut sama patah. Tak boleh pasang maa". Spoil, terus rongak sampai sekarang. itu kalo korang perhatikan kawasan skru sebelah kanan. Dah nak patah. Itu kalo cover tepi pulak tercabut.....

Dah banyak nombor plat motor komando ni bertukor ganti. Yang lawaknya font lain-lain pulak tu. Yang ini bukan sebab kena langgar, tapi sebab undur motor sampai terlanggar pagar. Bila tolak ke depan papan plat tu mantul balik dan nombor enam tu patah separuh. Sebab terdesak nak keluar juga pada waktu malam, kedai plat motor dah tutup dan takut ada sekatan jalan raya, liquid paper lah alternatifnya. Kata orang dulu-dulu; sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tapi aku punya lain pulak. Sedikit-sedikit tergesel side mirror kereta orang, lama-lama jadi haus. Ditambah lagi dengan kemalangan kecil, ianya dah jadi macam itu. Selagi belum patah sampai ke hujung, selagi itulah ianya tak perlu diganti lagi.

Banyak lagi cerita-cerita pasal motor komando ni. Jauh dari sudut hati, jika difikirkan balik, seolah-olah apa yang terjadi pada bahagian-bahagian motor ni adalah seperti diari yang tercatitnya sejarah cerita-cerita yang mempunyai hubung kait aku dengan motor komando ni sepanjang kehidupan dan sebelum kematian. Salah satu sebab mengapa aku melambat-lambatkan perancangan nak tukar satu set cover motor komando ni walaupun telah disuruh dan dirayu banyak kali. Mungkin orang lain akan cakap yang aku ni gonjol. Yang dah cakap kat depan aku pun ada juga. Tapi itulah hakikatnya aku dan JCL6293.

Kalo betul aku serius nak tukor motosikal, aku nak yang macam ini. Ada suis silent mode:


Sekian.....

10 comments:

Jack Lingam said...

dak dak batu pahat ke? caya la. kalau roaming singgah ah parit besar. cari umah imam salam

tora corgan said...

jacky L pt besar gua dgr cerita byk durian ni, gua sampai rumah imam salam gua petik nama lu lah!

tora corgan said...

Mcm gampang nya cerita!! haahahaaa
Lu cuba ar basuh motor lu tu kalau dah bersih mesti tukar jadik yamaha LC135 ni!!

Jek Lingam said...

cun. tapi atok aku dah meninggal. tapi dia otai besar parit besar bagan.

mana ada durian. banyak ah yang tak melekat tahun ni. masa awal tahun tu ujan kaw kaw. aku dengar bp sakarang kering semacam je. kambing aku makan daun kelapa sawit aje skarang

Pyanhabib said...

komando berjasa tu!

Jimbo said...

gua offer rm430... kalau betul nak jual, malam ni gua datang bayar..

Anonymous said...

kurafat offer 430. tu barang vintage bro. dah sama taraf morris minor. kalau basuh bersih mau dekat 11k

Abang Dozo said...

pehh jack lingam. komersil tu. kat sini ada budak pernah sekolah rendah kat bagan. kecik aje budak tu.

terkini.... ada tokey kedai motor kat kluang nak angkat motor ni rm 1000.

ada orang cakap dengan aku, kalo nak motor ni bersih terus hilang karat, kena rendam dulu kat sungai dobi batu pahat.

tora corgan said...

brader gua bajet motor lu ni adalah Autobot, kalau transform jadi mesin fogging halau nyamuk aedes, berkhidmat utk masyarakat! haahahhahahahahaa

Abang Dozo said...

jadik autobot bole, jadik decepticon pun bole. cuma proses nak transform ada lambat sikit la sebab berkarat. bunyik tranform bole ngilu gusi. kena taruk gris atau spray wd40 untuk transform yang lebih laju dan lancar.