Tahun 2002
Aku mesej Andaq, "Malam free tak? Wa baru dapat duit nih. Apalaga malam minggu nih. Jom ah kita berpoya-poya".
Andaq balas. "Waaahhh...ok tuh. Tak KL lah duk umah jek ek? Amik wa pukul 10 malam"
So, dalam kul 10 malam, aku dengan sepantas kilat ambik kunci dan dan terus pecut Toyota KE 30 aku berdesup ke seksyen 6 Shah Alam. Kalau nak tau, ada pondan jual 'barang' kat jejantas antara seksyen 6 dan seksyen 8. Andaq yang cakap, bukan aku.
Dalam 10 minit, aku sampai seksyen 6. Menyampah aku gi seksyen 6 nih, rumah semua flat jek, awek pun tak ramai, tapi pernah ada couple kena kejar polis keliling flat area Andaq tinggal sebab beromen dalam keta.
5 minit Andaq turun dan, "Let's go bebeh" kata nya, guna bahasa urban agaknya.
Toyota KE 30 aku terus melintasi Concorde seksyen 9 dan sebaik masuk ke Federal Hiway, aku jerit "KL here we cooooommmmmmmmmeeeeeee!!!!!!!!!!", berangan urban gak.
Dalam hati memasing dah terbayang dah macam-macam aktiviti berpoya-poya yang kitaorang dah rancang. Sekodeng awek kat Bukit Bintang, tackle awek kat Bangsar, pusing KLCC kot-kot ada awek mat saleh nak tumpang, duk lepak kat Pelita...perghhh...macam-macam gayanya dah terbayang dah.
Sampai kat KLCC, macam tak best. Kitaorang gerak gi area Ampang Point, pun macam tak best. Terus ke Bangsar, carik parking, tapi macam tak best.
Aku tengok Andaq, Andaq tengok aku. "Kita balik jek lah Daq".
Sudahnya, tak sampai sejam, kitaorang patah balik lepak kat seksyen 7.
"Kita bukan kaki enjoy la Daq". Andaq angguk tanda setuju sambil habiskan roti kosong banjirnya.
5 comments:
Hihi. Posting2 anda ni buat saya senyum sorang2.
Memang kadang ada orang nampak ganas, disangka ganas, diharap ganas tapi rupanya dia anti-keganasan!
mekasih eskapis....yang penting kita enjoyyyyy!!!!!!!!!!
saya pun tersenyum sorang jugak baca entri ni. Neo mungkin tahu.
gua tersengih gak baca "ada couple kena kejar ngan polis keliling flat pasal beromen dlm kete" wahahahaha
*wink*
dottie : takde bukak rahsia...heheheh
absence : lu yg kena ke apa beb? hahah
Post a Comment