14 May 2009

'PUASA' SEBELUM PUASA

Sejak kena gastrik nih, walaupun doktor kata tak teruk, tapi aku dah gila babi punya menjaga pemakanan. Banyak dah makanan yang aku suka dah tak aku jamah. Walaupun boleh makan dengan kuantiti sedikit, tapi makanan tuh semua aku 'puasa' kan dari menerjah perut aku. Prinsip aku sekarang, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ayam penyet (sori ayam penyet, tak pasal-pasal ko disalahkan, walaupun aku sendiri tak pernah makan ayam penyet).

Ok skip pasal ayam penyet. Disebabkan gastrik ini adalah kali kedua menyerang aku, aku dah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengawal penyakit nih. Kalau dulu lebih kurang setahun setengah baru keadaan aku lega, tapi selepas intensif penjagaan yang aku buat, alhamdulillah dengan izin Allah yang maha kuasa, dalam masa 3 bulan perut dah agak lega, walaupun belum 100% sembuh.

Semalam masuk kali ke 7 aku jumpa doktor pakar. Tapi kali kedua aku jumpa doktor pakar yang lagi satu nih. Namanya Doktor Ghazal, lembut budi bicara dan punya pengetahuan tinggi dalam bidang dia (yelah, kalu tak, tak kan dia jadi doktor pakar...bengap gak aku nih). Punyalah panjang penerangan, dia kata aku punya kes tak teruk (walaupun tak teruk, tapi kena jugak jaga kesihatan daaaa...). Dan lagi satu, lepas tu dia bagi aku ubat free. "Saya ada ubat yang lebih kuat dose nya, awak ambil lah, saya dapat free jek sebab diaorang bagi sample", kata dia.

Aku terkejut. Mana mungkin dia nak bagi free, lebih-lebih lagi hospital swasta. Lepas dapat bil, memang betul ubat tu dia bagi free. So, pada Doktor Ghazal, moga murah rezki anda dan panjang umur anda. AMIN.

-neofishy 'bersyukur'

6 comments:

Misya Idris said...

jaga makan sikit ek.. nak dekat2 ramadhan dah ni, lagi berapa bulan je..

Penulis Kami said...

ok thanx baby tiger....

-neofishy

tora corgan said...

woi apa ni dis dis ayam penyet ni! lu buat gua baran la!!!

Dottie With Dots said...

ada seorang sahabat menasihatkan saya supaya mengamalkan minum susu kultur. saya diberi tahu, yakult lah yang terbaik.

dan itulah amalan saya sejak mendapat ilmu itu :)

Anonymous said...

ooo jadi alasan tak boleh makan pedas malam gathering tu benar belaka la...

ingat neofishy dah tanak kawan dgn kita lagi....

cik dottie, mana boleh iklankan produk kt sini. cik kerja kilang yakult ke???

-akueMpTy- said...

eleh..qarma..gurau2 pulak dia...sepak kang baru tauuu...hahahah..