13 May 2009

Masih Belum Terlewat



(Dimulakan dengan Basmallah)

Bulan Mei pasca April adalah bulan lemah longlai untuk aku berkata dan mukadimah bercerita. Bukan. Bukan pasal kena sound 'cerita la pasal orang lain, cerita kau tak best'. Bukan pasal tu. Ini adalah asbab penat dan penuh jadual yang eventnya tiada ternilai diganti dengan event biasa. Awal bulan, ada retaliasi dengan Crestfallen ke Ipoh. Konvoi 3 kereta. Dua kereta baru dan satu kereta separa buruk. Pintu kanan kesan lebam dihentak motorsikal mat rempit mabuk cendawan. Minggu itu aku lari dari tanggungjawab masak. Aku bohong cakap ada kursus 3 hari. Padahal aku tidur dalam bas, kereta myvi, 'makan' kacip, bual gelak, semua yang 'lagha' sepanjang di Ipoh. Tetap gembira walaupun journey penat dan habis banyak uwang. Aku kurang lelah berbanding yang lain, sebab duduk sahaja, sms, layan Protest The Hero, makan. Mereka-mereka cemburu kerana aku tiada lesen memandu. Aku, Crestfallen dan gadis-gadis litar bawaan Enol, Andaq dan Uda membayangkan crowd tetap hebat seperti "biasa". Tapi meleset. Walau Par (Faris Hillton) membawa sekutu atau terma tahyulnya,'crowd' seramai 2 orang, penyokong tetap segitu juga. Geram. Vokalis kadang-kadang gagal mengawal perasaan. Lagu lentok sepi telah menjadi sangat punk. Dengan tarian serigala mengelilingi api. Ala Kevin Costner Last of the Mohican. Yang pasti Crestfallen perlukan anjakan paradigma. Fasa pertama telah lulus. Fasa kedua dan seterusnya, CF perlu ada squad tempur seperti yang ada sekarang (fikir aku). Par bawa 2 orang, Andaq bawa 3 orang, enol bawa 12 orang dari watson's, Obey bawa 10 dari kilang maajun, Uda bawa 5 orang dari kilang plastik, dah berapa semua sekali? Boleh buat wall of death. Rempuh sampai repih-repih. Orang akan berkata "wow, ini barulah hadko". Cukup untuk gurauan kasar Qarmadharma. Nanti orang 'lain' kecil hati. Kalau Crestfallen yang kecil hati, aku tak komen myspace mereka lagi, sumpah.

Bila manusia itu diberi kelapangan seketika, dia terlupa untuk mengingati masa kesempitannya yang lalu. Tak kira apa jenis kelapangan. Mungkin dari segi kewangan atau paling kurang berlapang dada. Tiada isu dalam kepala hotak. Konflik di pejabat, dengan rakan sekerja, seperjuangan atau serumah. Ini memungkinkan sedikit kusut tapi tidak hingga terbawa-bawa ke dalam tidur dan solat. Satu hari lapang, satu hari kusut. Membuat pilihan juga satu kekusutan. Sekarang ini kalau ada orang offer aku kerja, dengan gaji tinggi, elaun pun 'muai', mesti aku sapu. Tapi ada harga yang harus dibayar untuk kelapangan itu. Mungkin tempat itu jauh dan kau terpaksa meninggalkan keluarga. Begitu, mungkin. Kalau suatu hari dulu aku pernah blog pasal perkara yang ditukar ganti antara perasaan dan harapan. Hari ini bangkit semula isu yang sama, untuk aku buat timbang tara, fikir semula. Malam itu rakan masak memberi nasihat, istikharah. Bukan sekali tapi beberapa kali sehingga Tuhan memberi jawapan. Dia beri penerangan berserta contoh-contoh dari drama tv malaysia dan indonesia. Masuk juga dalam deria rasa aku. Lantas teringat dengan sabdaan ; Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat (Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365). Aku dirikan. Namun, masih belum bertemu jawapan. Benarlah kata kawan itu. Aku perlu sedikit buah fikiran orang lain untuk membuat keputusan. Kalau aku suarakan dalam 'bual kentang' Jemaah JJ, pasti jadi bahan gelak Mat Tora. Aku mesej beberapa kenalan lama dari bumi Jengka. Seorang rakan menghantar mesej berbunyi: dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat" ( Al-Madkhal, 4/41). Dalam kusut kusam ini, masih ada teman yang setia menemani, memberi semangat, nasihat dalam adunan cereka pengalaman. Terima kasih. Kau sungguh baik hati.

Rancangan bertemu gergasi rock tanahair 'Search' akhirnya berhasil. Pada mulanya 'hangin' juga sebab Mat Tora nak beli tiket tak 'cakap-cakap' member. Aku tak cerita banyak. Esoknya sepantas kilat aku meluncur ke Hong Leong Bank, depositkan duit beli tiket. Empat hari terasa sangat lama. Hari sabtu 9/5 aku masih dengan rutin masak. Seawal 6.30 pagi aku dah mendayung beras 30 kilo dalam kawah panas menggelegak. Peluh dan penat tak ku hirau sebab malam nak salam dengan Amy dan Hillary. Aku bajet ramai geng dari Batu Pahat akan turut serta. Namun, jiwa rockers belia tua Batu Pahat hanya tinggal sisa-sisa celah gigi. Zam, Ajis dan Fuad konvoi 2 kereta dari Batu Pahat. Bebual kentang Abang Dozo dan beberapa rockers jiwa luka telah menjadi kenyataan gara-gara teori 'kipas lipas, kau panas kau kipas'. Lebih dasyat lagi ia telah menjadi masalah domestik orang berumah-tangga. Itulah faktor utama aku belum mendirikan rumah dan tangga. Sebenarnya, kehadiran aku "Di Awan Biru" malam itu adalah rahsia kelamin yang sangat-sangat sulit. Seperti cerita dalam kelambu. Tapi, kalau simpan sahaja tanpa cerita pada kawan-kawan yang tak pergi macam 'tak ada'. Ambiance dalam stadium tertutup MBJB JOhor Bahru pada mulanya sangat lesu. Terlihat kelibat Gin Gimuda berjalan seorang diri. Kami berada di bahagian kasta tinggi tiket RM58. Manakala dia kasta rendah RM38, mana boleh sama. Aku kira ada beberapa mamat rockers yang betul-betul true berdiri betul-betul depan stage dengan bendera negeri Sabah. Aku kesan ada 3,4 rockers yang mengembalikan nostalgia rock 80'an ala SYJ, Bloodshed, atau paling koman 'Sofea' dengan seluar ketat warna merah, tshirt tanpa lengan grafik matahari terbit, apa lagi kalau bukan Loudness. Melengkapkan diri masing-masing dengan 'key' terikat dipeha dan conteng-conteng muka mereka, setia seawal setengah jam sebelum Nordin, Hillary, Yazid, Nasir dan Amy keluar ke gelanggang. Kenapa aku guna istilah gelanggang? Sebab opening ceremony gamat dengan lighting system dan api macam Shawn Micheal nak 'bergasak' dengan Kane dalam gelanggang sangkar besi. Disatu sudut, aku terlihat beberapa orang duduk ditempat VIP. Pada pertengahan show berjalan, barulah aku tau, susuk tubuh perempuan tiga suku abad, duduk di situ tu adalah ibu Amy. Aku lupa esoknya sambutan Hari Ibu. Dedikasi lagu buat ibunya sungguh menyentuh hati. Sepanjang konsert berjalan, tiada satu lagu pun yang tidak didendang-nyanyi bersama. Itu semua adalah lagu nostalgik rockers dari zaman mereka berpelet-pelet cinta sehingga sekarang beranak keliling pinggang. Gimik tetap ada. Dalam ucapan Amy tatkala Nordin mengambil nafas dan teguk air mineral, sempat dia mendedikasikan pula lagu Fantasia Bulan Madu untuk sepasang mempelai baru menikah petang itu. Masih dalam uniform kahwin. Wah! memang jadi sejarah untuk mereka berdua. Aku lihat Mat Tora mengelamun. Mungkin dia berangan untuk kahwin lagi satu dan panggil Lamb of God buat show joget lambak depan rumah. Oh, silap. Dia bukan mengelamun. Dia tidur rupanya. Aku tak faham bagaimana orang tidur ketika lagu Pawana bergema. Tidak ada satu mahluk pun yang tidak berkumat-kamit menjerit menyanyi lagu itu dan dia sedang nyenyak tidur. Seperti biasa, selepas lagu terakhir, peminat akan request satu lagu lagi. Dan seperti dijangka, Search 'rock' semula. Habis konsert Mat Tora berkata " Wa sakit mata la jeng". Aku buat tak endah.

Ketika orang berpusu-pusu keluar dewan, kami sempat berjumpa rakan-rakan yang yang dah lama tak jumpa. Dicky (bukan Dicky tu) dan beberapa budak hardcore lama tetap turun memberi sokongan. Wa caya lu lah brader!!! Tak lupa juga, Hattan, sempat bersalaman sebelum keluar dewan. Ole-ole aku adalah sehelai T-shirt Search warna putih. Sangat 'rare'. Sebelum bergerak ke Batu Pahat, kami sempat minum dan melahap demi mengisi perut yang telah berbisik lapar. Letak saja punggung dalam Myvi Zam, aku pun lena sepanjang highway JB-Ayer Hitam. Pukul 3.00 pagi, selepas menurukan Ajis, Zam cakap dia tak tahan mengantuk. Aku ingat dia nak berhenti tidur sekejap. Rupanya ajak minum dekat mamak 24 jam Jalan Rahmat. Maryam la, mana lagi. Aku betul punya berbual dengan Zam sampai pukul 5.00 pagi. Cerita abang-abang la, orang meninggal, sportrim 18 inci, gejala sosial, taubat nasuha, sakit belakang dan macam-macam lagi. Zam hantar aku sampai rumah. Setengah jam lepas tu aku telefon dia balik, risau dia memandu dalam keadaan mengantuk. Dua kali misscall. Tak jawab. Cubaan ke-3 baru dia angkat. Baru la lega hati aku. Lepas subuh, aku bantai tidur separuh hari. Petang aku balik JB dan tak cerita pada sesiapa sehinggalah teks ini ditulis.





Mesej: Mungkin post ini akan menyebabkan ada individu yang berkecil hati sebab pergi konsert tanpa pemberitahuan dan kebenaran. Aku memang individu yang "suka buat dulu kemudian baru tanya boleh tak". Sekarang aku tanya 'Boleh tak?' Tak boleh pun nak buat macamana, benda dah jadi. Minta Maaf. Mesej ini ditaja oleh Celcom Blue.

9 comments:

Gin Jimuda said...

JJ ada banyak penulis yang santai dan lawak tapi best.kejap-kejap senyum, kejap-kejap sengih, gitu je la kalau baca prosa lu. enjoy jeng.

tapi gua rasa macam nak kantoi je. ah, persetankanlah.

tora corgan said...

peh mesti nak babitkan gua!!

Penulis Kami said...

waaahhhhhh...lu tau ek wa suka itu cerita dances with wolves (pembetulan:bukan last of the mohican tau...tuh bukan kevin costner)

tarian di atas stage tu malangnya bukan dances with wolves...lebih mirip kepada tarian dances with ayam kampung sebab wa budak kampung pekat...yeah!

-neofishy 'vokalis-tak-cukup-napas-nak-jerit'

Dottie With Dots said...

'bacaan' kali ke-3. memang tak puas baca melalui mobile internet. lcd screen tidak cukup luas.

I enjoyed reading this.

Kudos QueDee.

p/s: kira memang selalu lah buat dulu sebelum bertanya boleh ke tidak ye?? maaf saya budak baru belajar.

Anonymous said...

Ginji- wa lupa la takleh mention nama lu. takpe, wa dah mintak maap bg pihak lu. cik L mesti paham punya

Tora- lu kan maskot JJ

PKami- lu ingat wa penah tgk ke cerita tu. wa main bantai je, wa dengar2 org cerita haha

Dottie- terima kasih Cik Dottie. saya belajar dari kesilapan ;)

Ginji lagi sekali- Cik Dottie boleh paham, takkan Cik L takleh paham Gin.... lu belikan keropok udang la, mesti dia senyap...

Apa Kau Nak said...

QD, membaca entry awak ni memang best. Beralun-alun. Makes my day :).

Harap dah jumpa jawapan kepada persoalan yang mahu di istikharahkan itu. Ada offer naik B27 yang kena meninggalkan Batu Pahat ke? (cuba menyerkap..oh well.).

Anonymous said...

eskapis- terima kasih kak intan. perlu beberapa kali lagi, sebab hati tak bersih. yg ada ni belum sampai langit ke-7.

bukan kerja, tp manusia ;)

Abang Dozo said...

peh! gua pun nak babitkan jugak ke? sori beb tak dapat join. memang bini tak bagi join laa. gara-gara tak gi ceramah, beb.

-akueMpTy- said...

hahah..
gua tau sapa yang berkecil hati...
hahah..kawen saing gua je la qarma....