Akhir-akhir ini cuaca di pasir gudang teramat panas. kalau aku keluar dari pejabat, menghantar surat, beli sarapan, bayar bil atau melawat kedai bundle, kulit aku seperti di cubitcubit dek panas mentari yang membakar. kalau orang kampung setahun dulu yang menegur "wah! orang kerja pejabat dah putih", sekarang tidak lagi. peluh dalam baju macam aku sedang korek longkang, mesin rumput tengahtengah hari panas terik. hilang deodorant ketiak dan timbul aroma ketiak hangit yang kuat. sebab tu kalau ada cikgu perempuan yang cantik nak berurusan, dengan seberapa segera aku akan menegah dan lari ke toilet. bimbang reputasi aku tercalar. bayangkan duduk dalam pejabat berhawa dingin pun boleh berpeluh. aku kira ini hanya berlaku di pasir gudang sebab banyak kilangkilang melepaskan asap dan karbon monoksida. tapi silap. batu pahat pun sama. aku balik batu pahat, rancang ingin tidurtidur siang sebab ralat tak dapat tidur di pasir gudang. tapi malang. aku baring dengan 'boxer' dalam bilik pun macam kena panggang atas batu. nasibnasib.
Sehari sebelum itu
Telefon di depan ku ini sering mendapat panggilan ibu bapa yang risau pasal anakanak mereka yang kononnya diculik. modus operandinya seseorang menelefon penjaga murid dan memberitahu anak mereka berada dalam tangan mereka. si penjahat menyuruh penjaga memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberi. bagi ibu bapa yang 'tak pandai' mereka terus bank-in duit. sedangkan anak sedang tekun belajar dalam kelas atau sedang tekun berada depan komputer di manamana cyber cafe. setelah penat menjawab semua FAQ ibubapa tentang penculikan, aku ambil Silhouette Titanium Model 8568 dan mula menyiasat. aku dan kakak manis di TMpoint Pasir Gudang memulakan tugas cuba trace dari mana panggilan ugutan itu dibuat. setelah menekan beberapa saat dipapan kekunci, tertera beberapa nombor telefon. semua panggilan itu dibuat dari negara China. wah! satu kerja pula nak contact TMpoint negeri China. ini semua ugutan bodoh si penjahat yang tak profesional melakukan jenayah. aku malas nak ambil port, sebab belum sampai tahap ada budak yang betulbetul kena culik. kalau ada ibupapa yang telefon lagi, aku cakap anak mereka diculik tokey cyber cafe. babai.
Sehari dan sehari sebelum itu
Aku buat medical check-up dekat klinik desa, masai. setiap hari klinik itu penuh dengan manusia tak sihat. ada yang betulbetul sakit dan ada yang datang nak ambil MC percuma macam yang biasa Abang Mat Tora amalkan. aku kira, pemeriksaan kesihatan ni akan jadi rutin bulanan aku untuk memastikan kelangsungan hidup dan sihatnya aku pada harihari mendatang. doktor kata semua ok. condition tip-top. macam orang nak jual kereta. dia curiga dan bertanya, apa amalan harian aku dari celik mata sampai tutup mata semula. aku goreng habis. aku tak hisap rokok, aku tak amalkan minum air yang ber-ais apalagi berkarbonat-banyak gula, aku tak mandi lewat malam, aku tidur tak pasang kipas angin, aku ambil 20 minit bersenam setiap minggu. kata doktor aku boleh kekal hidup lagi 50 tahun tanpa penyakit kronik. alhamdulillah. keluar dari klinik, aku menunggang motorsikal pulang ke rumah. sampai disatu selekoh, motor aku hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan...bammmmmm!!!
aku meninggal dunia disitu. hilang cerita tentang 50 tahun dan sakit kronik. gratis....
Kalau doktor boleh menentukan umur manusia, hakim boleh menentukan siapa salah siapa betul, arkitek boleh kata bangunan itu akan runtuh lagi 3,4 tahun, tak perlu manusia itu berTuhan. semakin umur kita bertambah, semakin banyak perkara yang kita lalui, kita mampu menyingkap satu persatu 'kertas cadangan' dan takdir tuhan untuk kita. acapkali kita diberi petanda bahawa apa yang kita lalui itu telah diberitahu sebelumnya melalui sabda dan firman. tapi kita selalu rasa, fikir, dan kata itu adalah usaha kita. itu adalah perancangan kita. itu adalah hasilnya. tanpa ada hubungkait dengan kuasa yang maha Esa. hebat. sebenarnya, Tuhan hanya meletakkan usaha manusia itu hanyalah satu pra-syarat untuk satusatu kejayaan. seseorang meluahkan yang dia menyesali setiap inci masa dan duitnya atas pelaburan cintanya selama tiga tahun. atas tiket dia telah berjuang mati matian untuk bertemu cintanya namun kecundang dipertengahan jalan. jujurnya aku merasa pelaburan cinta bukan satu perniagaan yang akan menjanjikan keuntungan. ia adalah pertaruhan nasib kerana jodoh itu ketentuan ilahi. berapa banyak wang, masa, tenaga kau habis untuk memenangi hati pasangan masingmasing, ia langsung tak berhak menakluk takdir tuhan. bukan ajal saja dah ditentukan tarikh dah minitnya, tapi beberapa biji nasi yang bakal masuk dalam perut pun Tuhan dah tetapkan jumlah dan harinya. dan siapa tahu, kau bakal beristerikan nora danish dan lisa surihani sekali gus. hahaha. orang akan berkata: kau pun tak kawin lagi, nak cerita banyak..... dan tentutentu itu Mat Tora yang sound.
Tukar topik boleh???/
Kalau kau diberi pilihan untuk orang panggil kau 'manusia', atau memilih kehendak hati dan persetan dengan orang kata, kau pilih yang mana? susah bukan. kerana kita masih bermasyarakat. masih bersosial dengan manusiamanusia yang bertindak menentukan hala tuju hidup orang lain. ditelan mati emak, diluah mati bapak. setiap tindakan kita diperhati dan dinilai. tak kira, dari sudut sosial, politik dan ekonomi. kalau menidakkan kepentingan institusi ini, kita seperti tak berpijak pada bumi yang nyata. sebab, aku dan kita semua telah cukup bijak memikirkan natijah kalau kita keluar dari norma masyarakat yang telah berakar umbi hingga ada hegemoni ini. kalau ia terlanggar atau terusik, padah yang menanti telah ada sejarahsejarahnya. aku adalah produk gagal itu. aku adalah mangsa yang zahir dengan sejarah. titah kaum kerabat itu bukan hukumhakam agama. kalau melanggar hanya salah dunia. tapi itu kata 'orang tua'. orang yang lebih dulu merasa masinnya garam dan azabnya kencing manis. kalau kita mahu jadi berani, langgarkan saja. tapi kita berkemungkinan besar hilang restu orangorang penting dalam hidup. keluarga, sanak saudara atau paling koman, cikgu matematik kita. entahlah.
'deep in my heart i do believe
we're gonna make it'
Rancangan menarik sepanjang cuti sekolah
1. Cuti sekolah hampir tiba. pelbagai perancangan telah bermain dalam kepala setiap orang. belum pun memasang niat, cuki dah telefon, "kau takda cuti". aku kena memasak hampir setiap minggu cuti sekolah. tapi aku dapat excuse pada 7 Jun 2009. hari itu adalah hari berbahagia Akuempty atau Wee atau Amri bin Musa. dia bakal naik pelamin dengan baju Jawa dan songkok batik. aku dan Komunite akan bertandang sebagai tukang lahap dan photographer hari itu. bukan sebagai pengangkat pinggan dan pencuci. sorry. selamat pengantin baru buat Akuempty dan Amy. semoga kekal hingga ke anak cucu.
2. Seorang sahabat lama dikhabarkan pula akan berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah minggu depan. Drummer anggota Kultus Kabus yang sangat setia dengan BPHC (burger pilihan harus cuba), telah cukup syarat dan berkuasa.Alhamdulillah. semoga dia selamat pergi dan selamat pulang. semoga umrahnya diterima dan memperoleh apa yang dihajati. barangkali dah beratus orang bermodalkan air liur suruh beli itu dan ini dalam inbox handphone-nya. kepada Rosman bin Jalal, kami pengusaha Komunite Lusuh Jalan Jenang mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci dengan suci diri dan hati. Assalamualaikum........
(PS: sedang mentelaah 'De-Loused In The Comatorium' The Mars Volta dan 'Anak Dara Menteri' Mat Romeo - Terima Kasih Neofishy dan Mila Marcella)
4 comments:
banyak hyphenated words hilang hyphennya... nak kata keyboard rosak, ada dua tiga perkataan yang ada hyphen. sekian, wassalam
alamak jeng gua mmg tak nak Mc tapi dokter tu seboleh boleh suh gua mc gua nak watcamna dah rejeki apa. haaa kan mata aku dah sakit balik ni, ada harapan ni esok.....
wow. koleksi memorimemori terbaik!
eheh..
kalau ko x datang majlis aku,aku rodok perut ko ngan keris..haha..
cik milie,anda pun di jemput sekali ya! ;)
Post a Comment