Showing posts with label tembak tak kena. Show all posts
Showing posts with label tembak tak kena. Show all posts

05 February 2009

Seorang Kosmikurious yang menyampah

Seorang Kosmikurious yang teramat menyampah

Sebenarnya agak payah menjadi seorang penulis ni. Apatah lagi sesebuah penulisan itu adalah penulisan yang melibatkan komuniti. Aku bukannya enteng memandang sesuatu perkara yang aku kira bakal memberi sumbangan kepada cara seseorang itu berfikir kerana ‘diberi’ tanggungjawab itu bermakna ‘harus’ memikulnya. Edukasi pemikiran manusia itu adalah sejajar dengan apa yang dibacanya. Biarpun ditimbang cara mesti sikit terkesan di hati hatta kepada perlakuannya. Bebas memilih tidak semestinya benar. ‘Benar’ itu siapa yang menentukan? Hukum alam menyatakan benar dari segi teorinya logik, dari segi ‘timbang cara’ nya seni. Seni itu tiada apa yang salah – kerana itulah walau bagaimanapun perlakuan atau idea yang kadang kala tidak masuk akal hatta kejauhan dari normal itu dianggap seni. Masuk pula bab hak asasi manusia iaitu pilihan. Eskapis? Mungkin juga. Aku bukanlah sang bijaksana yang wajar mengupas persoalan ini. Mungkin aku boleh tinggalkannya kepada yang pakar. Err.. lebih mengetahui. Kamu itu sang pakar.

Patutlah aku sebagai penulis baru di blog kesayangan warga komuniti batu pahat ini memperkenalkan diri. Oh.. terima kasih kepada sang Qarmadharma kerana menjemput aku ke sini untuk berfoya-foya dengan sembahan kata yang sememangnya ‘tak boleh pakai’ tanpa dihalusi kerana kadangkala lidah tidak butir berbicara, hati menjadi tukang cerita. Kenali sahaja aku dengan nama kosmikurious. Seorang yang bukan siapa-siapa jika difahami. Hatiku pada muzik yang juga tempat pelarian. Hobiku di masa lapang agak gay bagi sesetengah manusia iaitu berkenaan dengan ‘kek’ dan aku jarang mempunyai masa lapang itu. Aku ada menyimpan sejenis obses terhadap makhluk Tuhan yang benama manusia kerana bagiku setiap manusia itu berbeza dengan kelebihan masing-masing dan aku cukup teruja untuk berbicara mengenai idea. Bukannya hal seluar dalam orang. Sebab itulah aku cukup defensif untuk tidak berkongsi hal peribadi – kerana itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kedua-dua belah pihak. Bukan? Ada orang suka sindir menyindir, berbicara sinis tetapi denganku tolonglah cakap ‘tegak-tegak’ kerana aku seorang yang berterus terang. Biar sakit janji ikhlas. Oh, aku masih single :) . Itu yang kamu tanya?

Sumber penulisanku adalah hati. Aku tiada masa menulis menggunakan otak mungkin kerana dengan otak aku terpaksa menduga dan bertimbang rasa maka aku akan persembahkan lebih banyak penulisan emosional berkisarkan hati berlandaskan perasaan lagipun aku ada blog sendiri yang jarang juga aku singgahi. Juga bersifat emosi tetapi lebih peribadi Ya, katalah aku ini apa sahaja kerana aku ini sudah lali dengan omel-omelan murah. Sebagai seorang individualis, aku hanya menegakkan diri sendiri dan cebisan-cebisan murni hanya terkesan bagi mereka yang mempunyai hati seperti aku.

Aku tidak pandai mengubah dunia sebelum diriku.

Salam perkenalan semua.

Kosmikuriousoff.