Showing posts with label cakap tak guna. Show all posts
Showing posts with label cakap tak guna. Show all posts

26 May 2010

SEMALAM I CALL U, U TAK ANSWER



Apa yang lu orang nampak kat atas? Nombo 4D dengan bermacam segala D, D cup jek takde kan?

Akhbar yang lu orang tengok ni lah akhbar yang sentiasa melaung-laungkan tentang masalah sosial dan bermacam lagi masalah lain yang melibatkan rakyat Malaysia.

Antaranya tentang Black Metal yang digembar-gemburkan sebagai satu anasir tidak sihat ataupun menyesatkan.

Tanggal 31hb December 2005, kumpulan rock yang aku anggotai iaitu Crestfallen, mendapat jemputan untuk bermain gig pada malam tahun baru. Petang tu aku, Tora, Ajib Malbari dengan Uda bergegas ke KL untuk memenuhi undangan tersebut. Enol dah tunggu kitaorang kat KL, dia awal-awal dah hoyeh-hoyeh 2 3 hari sebelum tuh. Dengan disertai hujan lebat sepanjang perjalanan, ke'excited'an kitaorang masa tuh tak dapat disangkal sebab gig yang akan dibuat menghimpunkan antara band-band yang dasyat dalam scene hardcore/punk antaranya Devilica, Cassandra, Uphold, Restraint, etc...sedangkan kitaorang masa tu hanyalah band kampung. Kira ni merupakan pendedahan yang sangat baik untuk band kami.

Sampai dah hampir malam, dan gig belum start lagi. Ramai orang yang datang gig tuh, hampir 800-900 orang...bayangkan rumah kedai nak menampung orang yang ramai macam tuh. Tak lama selepas tuh, show pun bermula. Aku tak masuk lagi sebab orang terlalu ramai. Dalam aku duk duduk tengok sekeliling, aku perasan sorang mamat yang pakai macam style polis tengah under cover. Tak lama lepas tuh 3 4 orang datang, lepak kat kedai mamak dekat dengan area gig tuh tengah berlangsung.

Pada saat Devilica tengah beraksi, polis serbu tempat tuh, luckily aku, Tora, dan Enol sempat lari.

Dipendekkan cerita, esoknya, keluar dalam akhbar kat atas tuh tentang gig black metal diserbu dan hampir 600 orang di tahan. Bermacam cerita mengarut antaranya terjumpa satu buku yang mengandungi unsur black metal dan sembahan kambing untuk dikorbankan. Merepek dan mengarut. DAN MENIPU 100%!

Cerita dalam akhbar kat atas memang mudah mempengaruhi masyarakat, dengan tag line "Akhbar Tabloid Paling Laku Kat Malaysia", sapa yang tak terpengaruh!

Apa yang korang tengok adalah akhbar yang sama yang kononnya menunjukkan mereka adalah pejuang kepada kebenaran. My ass!

05 February 2009

Seorang Kosmikurious yang menyampah

Seorang Kosmikurious yang teramat menyampah

Sebenarnya agak payah menjadi seorang penulis ni. Apatah lagi sesebuah penulisan itu adalah penulisan yang melibatkan komuniti. Aku bukannya enteng memandang sesuatu perkara yang aku kira bakal memberi sumbangan kepada cara seseorang itu berfikir kerana ‘diberi’ tanggungjawab itu bermakna ‘harus’ memikulnya. Edukasi pemikiran manusia itu adalah sejajar dengan apa yang dibacanya. Biarpun ditimbang cara mesti sikit terkesan di hati hatta kepada perlakuannya. Bebas memilih tidak semestinya benar. ‘Benar’ itu siapa yang menentukan? Hukum alam menyatakan benar dari segi teorinya logik, dari segi ‘timbang cara’ nya seni. Seni itu tiada apa yang salah – kerana itulah walau bagaimanapun perlakuan atau idea yang kadang kala tidak masuk akal hatta kejauhan dari normal itu dianggap seni. Masuk pula bab hak asasi manusia iaitu pilihan. Eskapis? Mungkin juga. Aku bukanlah sang bijaksana yang wajar mengupas persoalan ini. Mungkin aku boleh tinggalkannya kepada yang pakar. Err.. lebih mengetahui. Kamu itu sang pakar.

Patutlah aku sebagai penulis baru di blog kesayangan warga komuniti batu pahat ini memperkenalkan diri. Oh.. terima kasih kepada sang Qarmadharma kerana menjemput aku ke sini untuk berfoya-foya dengan sembahan kata yang sememangnya ‘tak boleh pakai’ tanpa dihalusi kerana kadangkala lidah tidak butir berbicara, hati menjadi tukang cerita. Kenali sahaja aku dengan nama kosmikurious. Seorang yang bukan siapa-siapa jika difahami. Hatiku pada muzik yang juga tempat pelarian. Hobiku di masa lapang agak gay bagi sesetengah manusia iaitu berkenaan dengan ‘kek’ dan aku jarang mempunyai masa lapang itu. Aku ada menyimpan sejenis obses terhadap makhluk Tuhan yang benama manusia kerana bagiku setiap manusia itu berbeza dengan kelebihan masing-masing dan aku cukup teruja untuk berbicara mengenai idea. Bukannya hal seluar dalam orang. Sebab itulah aku cukup defensif untuk tidak berkongsi hal peribadi – kerana itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kedua-dua belah pihak. Bukan? Ada orang suka sindir menyindir, berbicara sinis tetapi denganku tolonglah cakap ‘tegak-tegak’ kerana aku seorang yang berterus terang. Biar sakit janji ikhlas. Oh, aku masih single :) . Itu yang kamu tanya?

Sumber penulisanku adalah hati. Aku tiada masa menulis menggunakan otak mungkin kerana dengan otak aku terpaksa menduga dan bertimbang rasa maka aku akan persembahkan lebih banyak penulisan emosional berkisarkan hati berlandaskan perasaan lagipun aku ada blog sendiri yang jarang juga aku singgahi. Juga bersifat emosi tetapi lebih peribadi Ya, katalah aku ini apa sahaja kerana aku ini sudah lali dengan omel-omelan murah. Sebagai seorang individualis, aku hanya menegakkan diri sendiri dan cebisan-cebisan murni hanya terkesan bagi mereka yang mempunyai hati seperti aku.

Aku tidak pandai mengubah dunia sebelum diriku.

Salam perkenalan semua.

Kosmikuriousoff.