26 December 2011

SESUATU YANG TERTUNDA

Tekak gua tiba tiba terasa nak makan lauk daging masak kicap, disebabkan tak ada kedai yg menyediakan lauk daging kicap yg power gua mengambil keputusan utk masak secara diy.

Ok kenapa pulak gua yg masak?? mengapa bukan bini gua?? Ok gua pendekkan cerita, bini gua tgh mengamuk sbb gua beli tv LED 40inci buatan jepun tanpa persetujuan dia(sbb dia nak ajak gua pegi Habib jewel beli emas). Owhhh hellyeahhh duit bonus gua apa!! suka apa lahh benda apa gua nak beli!! kalau gua belanja makwe nnt lu marah plak!! watdehell!!!

Berbalik kepada cerita lauk daging masak kicap, gua malam tadi pergi paso borong smart beli bahan bahan utk di masak. Ok kenapa gua pergi paso borong smart, mengapa tak paso borong pandan(dekat dgn rumah gua)?? dari segi harga gua rasa lebih kurang sama merepek je dua dua paso tersebut, apataknya harga ikan duri yg cokia tu(ikan sungai paling cekai) diorang tekan sampai 17hengget sekilo!! dan alasan nya 'musim tengkujuh laut bergelora', heii watdefttzzgghe!!! ikan duri tangkap dkt sungai je bkn laut(kalau salah info gua mintak maaf, selamat hari natal)!!!

paso borong smart pada gua lahh dia bersih berbanding paso borong pandan. Keadaan yg berlecak menyebabkan gua fail dgn paso borong pandan. Dan lg satu paso borong smart byk makwe makwe yg pegi paso ala pegi clubbing dia punya dressing i tell you kah kah kah

Berbalik kepada cerita lauk daging masak kicap, gua pun riki kedai jual daging ni, gua tanya brader tu ada daging yg lembut senang nak masak, tak payah masak lama dah empuk, kalau boleh daging batang pinang pun power jugak. Brader kedai daging kasik gua beberapa potong daging yg dia kata 'komfom empuk der', disebabkan gua bukan kerja dlm scene daging jadik apa yg penjual daging bagi gua terima dengan hati terbuka.


Hari ini,

tepat pukul 12.30 tengahari selepas melayan upin dan ipin gua start masak. Berbekalkan ilmu yg gua tuntut drp channel 703 AFC gua memulakan upacara memotong bawang beso dan kecik, bawang putih, lada kering yg telah direndam supaya lembut, kesemuanya gua kisar sampai lumat. Daging gua potong kecik kecik dan nipis nipis agar sedap mulut mengunyah inikan pula mata memandang nya. Dua bijik kentang gua potong wedges dan sebijik tomato utk dicampurkan sekali dalam kuah kicap tersebut utk mendptkan rasa yg mantap.

Gua panaskan minyak masak dlm periuk, masukan potongan kentang wedges dan goreng separuh empuk, masukkan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sebagai penambah aroma, tuangkan bahan yg sudah dikisar dan tumiskan sehingga naik bau.

Bila tumisan tersebut sudah agak agak mantap masukkan potongan daging dan gaulkan sekata. Masuk kan kicap manis mengikut kesesuaian rasa agar tidak terlalu pekat mahu pun cair, bak kata iwan 'yg sedang sedang saja' ewahhhhh

Masukkan garam dan gula sbg perasa agar kuah kicap lagi power rasanya. Masak sehingga empuk daging tersebut. Sesudah itu hidangkan dengan nasik putih dan air sirap.


1.30 petang,

dah 1jam ni gua masak daging ni, takde menunjukkan dia nak empuk apatah lagi sedap untuk di kunyah. Membara hati gua ni dgn brader kedai daging tu!! takpe takpe gua dah standby semangkuk daging kicap ni kasik dia rasa, owhhh kau ckp empuk ehhh mana kau punya empuk haaa!!! SEKIAN