28 December 2011

Kelas Muzik Bukan Rock #101

Aku mempunyai satu kelebihan dalam hidup ini yakni selalu tak habiskan benda yang aku start. Salah satu benda yang aku start tapi tak habis-habis lagi sampai sekarang:


Belajar main seruling.


Belajar main percussion.


Aku pernah mengikuti kelas muzik peringkat sijil di National Conservatory of Arts untuk mempelajari kedua-dua jenis alat muzik di atas. Dah TUA main sijil-sijil lagi! < bongok!


Oleh kerana minat yang tinggi, kita perlulah ada alat tersebut untuk belajar main takkanlah nak pinjam-pinjam banyak cantik kau punya nenek dah lah PTPTN pun tak bayar lagi nama pun dah sangkut kat Kastam puih! < bongok!


Jadi aku pun beli. Setakat ini, aku ada 3 bamboo flute, 1 chinese egg flute, 1 pair Castenet dan 1 Djembe.


Bansuri Bamboo Flute Key D

Bansuri Bamboo Flute Key A

Chinese Bamboo Flute Key A

Castenet

Chinese Egg Flute Key dia aku pun tak tau

Remo Djembe Skin 10"


Setelah aku grad dari program muzik tersebut dan memegang segulung sijil, sampai ke hari ni aku hanya tau main lagu Do Re Mi sama lagu Happy Birthday sahaja. < bongok!


....


Masalah aku adalah : waktu pembelajaran yang amat singkat, instrument yang sukar dan fokus terganggu oleh kerana Liyana Jasmay dan Juliana Evans lalu lalang depan muka aku (pusat muzik itu juga port lepak artis budget macam ni). < bongok!


Sijil dah ada tapi satu lagu Rohana Jalil pun tak reti main! PUIH! < bongok!


Apa kau ingat Ayati Tasrip tu nak featuring kau ke kalau setakat kumpul alat muzik kasik habuk dalam stor? < bongok!


Sekian. < okay



2 comments:

tora corgan said...

gengster pebenda main bonggo

Ahmad Tongkeng said...

Abes tu you ingat yg main basikal takde gear tu gengster ke? Tak punnnnnnn

Makan karipap