25 April 2011

SYARIKAT ANTIVIRUS PUAKA

Minggu lepas PC gua kena serangan virus gara gara gua melompat dari satu website ke website dari blog ke blog dari forum ke forum carik lagu dan movie.

Diapunya celaka virus ni software antivirus avast versi terkini yg gua pakai pun tak boleh detect dan kuarantin virus yg masuk. Mana celah virus tu duduk dlm OS gua pun gua tak boleh detact.

Virus tu dah ubah gua punya registry. Bila gua on PC tiba tiba terus keluar webskrin alert scanning virus, virus ni menyebabkan gua tidak boleh melayari website menggunakan Mozilla dan IE dimana .exe nya telah didetact virus Trojan, Trojan kepala bana dia!!!

Semua software gua tak boleh bukak, software antivirus avast terus jammed mcm kena sakit mati pucuk, dipendekkan cerita PC gua dah kaput, mati, crash.

Yang paling fakk faking hell kalau nak hilangkan virus tersebut gua kena beli software anti virus syarikat antivirus puaka yg menghantar virus tersebut masuk kedalam OS gua!! Watdehell!! USD45.99 tu!! Lagi lah gua fakk!! Ini mana punya ilmu freemason yg dia pakai!!!

Tapi sebagai seorang yang celik IT gua rilek je takde nak mengelabah ke nak update status dkt FB ke buat panggilan palsu ke gua tenang je.

Kalau virus tu boleh masuk guna jalan belakang gua pun boleh guna jalan belakang halau virus tu. Yang paling senang mudah dan cepat format semula OS.

Ok masalah gua sekarang jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam, cd OS XP installer gua dlm stor, stor gua di luar rumah, di luar rumah pulak gelap, malam tu pulak malam jumaat, jadi gua fikir secara positif esok masih ada. SEKIAN.






Alternate Ending:




Tapi gua tak cepat mengalah, gua bukak external HD gua korek carik ini barang, Trojan cleaner dan registry cleaner.

Plingggg!!!! Walah!!!! Semua berhasil dibersih dan dicuci. Gua install semula antivirus avast yg paling ter terkini. OS gua berjalan dgn lancer, Mozilla dan IE boleh dilayari dgn tip top.

Dah 2kali perkara ni terjadi dkt PC gua, dan gua mengunakan cara yg sama utk bersihkan virus tu. Utk gua OK cara ini, tapi bagi orang lain gua tak jamin keberhasilannya, sebab gua tak belajo dkt universiti.SEKIAN

1 comment:

Unknown said...

pakai ubuntu je la beb kalo salu download dan lompat melompat