Scene layan dvd gua makin tak menentu semenjak anak gua dah pandai layan kamen rider, ben ten, otromen, muscle man dan geng bas sekolah. Pukul 10 malam baru gua berpeluang merampas remote astro lepas anak gua masuk tido. Kalau dah pukul 10 baru nak layan dvd tiga empat cerita adalah antara penyebab utama gua akan berjumpa doctor MC hammer keesokan paginya.
Hantu kak limah balik rumah: gua baru berpeluang menonton cerita ni setelah byk rebiu menyatakan yg cerita ni boleh tahan sedap. Tapi gua bukan nak rebiu pasal cerita dia sedap ke teknik pembuatan filem ke apatahlagi skil lakonan para pelakon.
Sepatutnya cerita ni diriliskan selepas filem Rock, barulah diikuti dgn filem man laksa, zombie kampong pisang, kala bulan mengambang dan estet.
Tapi kalau dipikir secara lojik mamat Khalid tu manusia mana perfect kalau buat filem takkkan semua boleh sesedap filem Rock kan kan kan.
Apa apa pun gua seronok menonton terutama sekali scene Pak Jabit bawak awie ke kubur Cik Nin, itu adalah saat dimana gua baru tersedar yg Cik Nin tu dah mati, cilakak!!
Taqwacores: Ada satu scene atas bumbung rumah masa masuk solat subuh budak pang melaungkan azan versi rock gitar goring goring, gua terus teringat tiga empat tahun lepas dkt tv indon ada konsert aidilfitri dimana ahmad dhani dgn bandnya menyanyi lagu selawat versi rock ala queen. Sepatutnya ahmad dhani juga berlakon dlm filem ini.
Ok seriously lepas habis menonton filem ni gua terus masuk toilet pekena berak lepas tu start motor pegi kampong melayu makan ABC special dan yong tauhu. SEKIAN
4 comments:
wei bagi link la taqwacores aku dah lama mencari ni..
role hensem
kt fb ijan ada dia punya link
mane nak dpt dvd taqwacore tu bey???
ni link taqwacore
http://www.mediafire.com/file/p0v14yx6qaa1n8h/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part1.rar
http://www.mediafire.com/file/jy3qbpjqydap618/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part2.rar
http://www.mediafire.com/file/c6bee6138d9mpfm/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part3.rar
http://www.mediafire.com/file/k0k3ivmpu7vp7pd/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part4.rar
http://www.mediafire.com/file/46ayneels9txb06/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part5.rar
http://www.mediafire.com/file/7zl2g68ro95rb3r/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part6.rar
http://www.mediafire.com/file/zr2d38a5m82tvci/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part7.rar
http://www.mediafire.com/file/g47q0erzc00vapt/Taqwacore-The.Birth.of.Punk.Islam.2009.part8.rar
Post a Comment