29 April 2011

KASI VOTE LA BRADER



Wa tak tau ni benda apa....main tala jek masuk...sbb blog-blog smua masuk, so kitaorang pun join jek la...kalu lu orang rasa nak vote, gi la vote brader ... ni link dia

http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=290411104021572

kasi klik pastu buat la apa yang patut....semua ada akaun fesbuk kan? jangan tipu, rakyat malaysia paling ramai ada akaun fesbuk....

kalu rasa nak vote la...mana tau kalu menang bleh makan cili crab...pedehal member2, kasi belanja sudah la....

25 April 2011

SYARIKAT ANTIVIRUS PUAKA

Minggu lepas PC gua kena serangan virus gara gara gua melompat dari satu website ke website dari blog ke blog dari forum ke forum carik lagu dan movie.

Diapunya celaka virus ni software antivirus avast versi terkini yg gua pakai pun tak boleh detect dan kuarantin virus yg masuk. Mana celah virus tu duduk dlm OS gua pun gua tak boleh detact.

Virus tu dah ubah gua punya registry. Bila gua on PC tiba tiba terus keluar webskrin alert scanning virus, virus ni menyebabkan gua tidak boleh melayari website menggunakan Mozilla dan IE dimana .exe nya telah didetact virus Trojan, Trojan kepala bana dia!!!

Semua software gua tak boleh bukak, software antivirus avast terus jammed mcm kena sakit mati pucuk, dipendekkan cerita PC gua dah kaput, mati, crash.

Yang paling fakk faking hell kalau nak hilangkan virus tersebut gua kena beli software anti virus syarikat antivirus puaka yg menghantar virus tersebut masuk kedalam OS gua!! Watdehell!! USD45.99 tu!! Lagi lah gua fakk!! Ini mana punya ilmu freemason yg dia pakai!!!

Tapi sebagai seorang yang celik IT gua rilek je takde nak mengelabah ke nak update status dkt FB ke buat panggilan palsu ke gua tenang je.

Kalau virus tu boleh masuk guna jalan belakang gua pun boleh guna jalan belakang halau virus tu. Yang paling senang mudah dan cepat format semula OS.

Ok masalah gua sekarang jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam, cd OS XP installer gua dlm stor, stor gua di luar rumah, di luar rumah pulak gelap, malam tu pulak malam jumaat, jadi gua fikir secara positif esok masih ada. SEKIAN.






Alternate Ending:




Tapi gua tak cepat mengalah, gua bukak external HD gua korek carik ini barang, Trojan cleaner dan registry cleaner.

Plingggg!!!! Walah!!!! Semua berhasil dibersih dan dicuci. Gua install semula antivirus avast yg paling ter terkini. OS gua berjalan dgn lancer, Mozilla dan IE boleh dilayari dgn tip top.

Dah 2kali perkara ni terjadi dkt PC gua, dan gua mengunakan cara yg sama utk bersihkan virus tu. Utk gua OK cara ini, tapi bagi orang lain gua tak jamin keberhasilannya, sebab gua tak belajo dkt universiti.SEKIAN

I Tried

Sam: Yeah, but I tried, I tried hard.

Rita: Try harder!

Sam: Yeah, but you don't know, you don't know!

Rita: I don't know WHAT?

Sam: Yeah, you don't know what is like when you try, and you try, and you try, and you try, and you don't ever get there! Because you were born perfect and I was born like this, and you're perfect!

Rita: Oh, is that right?

Sam: People like you don't know...

Rita: People like me?

Sam: People like you don't know what is like to get hurted. Because you don't have feelings. People like you don't feel anything!

24 April 2011

GOLILA



apasal gua tak boleh boleh buat 2hand taping ni?? apasal matsaleh boleh buat tapi gua tak boleh buat?? why why why

gua nak pegi makan pizzahut kejap.SEKIAN

22 April 2011

Ahli Mesyuarat Bingkai Tingkap.

Aku minta maaf banyak-banyak sebab dah kurang sangat menulis di sini.

Dipendekkan cerita.....

Aku sekarang tengah sibuk membuat persiapan untuk pindah ke rumah baru. Insya-Allah kalo betul-betul boleh pindah, bulan 6. Berangan nak decor living room macam tu, dining macam ni, kitchen macam tu. Dan yang paling pasti; satu bilik aku decor jadi mini studio. Idea tu dah gam balik dan bagi spirit kat kepala otak selepas aku menziarah ke rumah ex-prinsipal aku masa keje kat architect firm di JB dulu.

Design tingkap sliding yang harus dipuji. Perincian dia? Aku cuma boleh bagi ni;
Dan yang aku bertambah semangat nak buat mini studio adalah ini;
Duit sekarang tengah kopak untuk rumah baru. Jadi, aku terpaksa menabung sikit-sikit sangat untuk angkat barang ni satu hari nanti. Hahaa...

Lagi perincian bingkai tingkap. Kali ini yang boleh lipat;
Bila aku ada dapat rezeki lebih lagi, insya-Allah aku akan setup design ni kat balcony rumah baru aku nanti. Tapi lambat lagi laa. Bukan dalam masa yang terdekat ni ye...

Tapi aku tau. Aku takkan dapat design macam tu walau lebih daripada 50% sekalipun. Tingkap sliding tu memang aku tak boleh buat. Takde ruang dan takde budget yang cukup. Tapi idea boleh ambil dari situ. Rumah baru aku nanti bukan design macam yang kat atas tu. Aku beli rumah teres je. Kemampuan kewangan aku setakat selaju motor JCL 6293 aje. Hahaa...

Jadi, semoga perancangan aku ni akan direstui oleh penentuan-Nya.

AGAK ENSEM

Wa rasa layout baru ni sungguh hensem....Kalu Tora dengan QD tak suka, bleh guna pakar-pakar yang buat iklan Petronas tu buat...

Jadah sehari suntuk wa buat ni bai....

20 April 2011

NI CERITA BOLASEPAK

Ni cerita bola. Wa pecaya sekarang semua orang dah minat bola balik, nak-nak lepas pasukan Harimau Malaya kita menang piala AFF SUZUKI 2010 tahun lepas...memang dia punya pegi mencanak, sampaikan Astro pun dah jadi penaja paling terbesar sekali. So sesapa yang takde Astro, jangan mimpi nak tengok bola MSL 2011 secara live kat RTM. Tengok bola kat RTM bermakna lu orang tak yah kuo duit, so jangan dok mimpi. Tapi kalu nak tengok live sangat, gi tengok kat kedai mamak, sorang-sorang pun takpe, janji tengok bola...err...macam wa. Ok straight to the point.

Kali ni wa nak citer hal-hal penyokong. Celaka sekarang semua nak ada Ultras sendrik. benda ni elok sebenarnya, tapi kalau dah terlalu bermegah sangat, lagi la haramjad jadinya. Sebenarnya, Ultras ni mempunyai sokongan yang sangat positif, diaorang berlainan dengan hooligans...tapi kalau ditengok, hooligans lagi banyak dari ultras yang positif ni...

Yang wa nak cakap, kalu lu supporters bolasepak tempatan, lu memang tak leh celen fans Selangor. Lu orang letak la team Selangor kat mana, kat division 3 pun diaorang punya penyokong tetap cempien. Satu-satunya penyokong yang layak digelar penyokong sejati. Lu ada jumpa ke stadium penuh (takde la penuh sangat pun) tiap kali team korang main home? Ni Selangor punya fans dari dulu stadium mesti ramai penyokong diaorg.


Fans Selangor memang cempien!

Apa Kelantan penuh jugak? Kelantan baru-baru ni jek nak menyokong. Sebelum ni pun macam lahanat gak penyokong stadium tak penuh....kalu Annuar Musa tak buat revolusi bolasepak kelantan, sama jek kat takuk tu jugak...so jangan nak ngengada la penyokong Kelantan kata diaorang fanatik....tengok fanatik ke tak fanatik lu orang kalu Kelantan terperosok kat tangga terbawah liga Premier, wa potong jari la kalau stadium lu orang penuh...menang baru sekali Piala Malaysia jangan nak cempien sangat la bai....Selangor punya team tu, kalau tiap musim ada Piala Malaysia baru, wa rasa dan penuh Muzium Negeri dengan Piala Malaysia...


Jangan nak seronok sangat bai!


Player dengan penyokong kepala lebih kurang jek...nak gaduh masuk tomoi la brader...macam yeye.


Wa tengok sekarang penyokong bolasepak Johor pun dah agak bertambah, walaupun main kat liga Premier...wa harap, penyokong Johor semua steady jek tak bermegah-megah sangat walaupun Johor pernah jadi double cempien (liga division 1 dan Piala Malaysia) dan terus menyokong team Johor walaupun nampak macam lauk sikit. Lu orang lek jek duk tepi koner, mana tau musim depan team kita masuk MSL terus jadi juara Super League, Piala Malaysia, Piala FA dan Sumbangsih sekaligus, pastu boleh la letak bintang banyak-banyak kat jersi menandakan kita dah menang Piala Malaysia 3 kali, setakat kelantan baru menang sekali dah ada bintang kat jersi pebenda bai...impian ni nampak celaka sikit, tapi kalau tak celaka, bukan namanya impian....errr, betul ke wa tulis?


Pebenda bintang tu brader? pebenda tu? pebenda tu?


Wa nampak masa depan Johor akan terus cemerlang bila Akid Anaqi jadi penyerang utama diaorang 15 tahun akan datang ni...WA KONFIDEN!

18 April 2011

BOOOOO!!!!!!!!!!!!!

ada beberapa rilisan album terbaru drp band band kegemaran gua yg amat gua nanti nantikan tapi.....tapi.....demmmmmmm.......why...why.....

ahhhhh layan lagu dulu ok!!!!!!!!!!!!!


KAK LIMAH TAQWACORE

Scene layan dvd gua makin tak menentu semenjak anak gua dah pandai layan kamen rider, ben ten, otromen, muscle man dan geng bas sekolah. Pukul 10 malam baru gua berpeluang merampas remote astro lepas anak gua masuk tido. Kalau dah pukul 10 baru nak layan dvd tiga empat cerita adalah antara penyebab utama gua akan berjumpa doctor MC hammer keesokan paginya.




Hantu kak limah balik rumah: gua baru berpeluang menonton cerita ni setelah byk rebiu menyatakan yg cerita ni boleh tahan sedap. Tapi gua bukan nak rebiu pasal cerita dia sedap ke teknik pembuatan filem ke apatahlagi skil lakonan para pelakon.
Sepatutnya cerita ni diriliskan selepas filem Rock, barulah diikuti dgn filem man laksa, zombie kampong pisang, kala bulan mengambang dan estet.
Tapi kalau dipikir secara lojik mamat Khalid tu manusia mana perfect kalau buat filem takkkan semua boleh sesedap filem Rock kan kan kan.
Apa apa pun gua seronok menonton terutama sekali scene Pak Jabit bawak awie ke kubur Cik Nin, itu adalah saat dimana gua baru tersedar yg Cik Nin tu dah mati, cilakak!!





Taqwacores: Ada satu scene atas bumbung rumah masa masuk solat subuh budak pang melaungkan azan versi rock gitar goring goring, gua terus teringat tiga empat tahun lepas dkt tv indon ada konsert aidilfitri dimana ahmad dhani dgn bandnya menyanyi lagu selawat versi rock ala queen. Sepatutnya ahmad dhani juga berlakon dlm filem ini.
Ok seriously lepas habis menonton filem ni gua terus masuk toilet pekena berak lepas tu start motor pegi kampong melayu makan ABC special dan yong tauhu. SEKIAN

13 April 2011

MEREPEK!

Agak lama wa tak menulis. Mungkin sebab takde masa atau malas nak bagi masa untuk menulis. Wa bukan seorang yang menulis disebabkan tuntutan, wa menulis disebabkan sebab wa NAK MENULIS, atau erti kata bahasa siber, menaip la dol!

Wa sebenarnya nak menulis benda lain, tapi tak terkeluar pulak idea. Tunggu 2 minit, wa ter'ilang' idea yang sepatutnya wa tulis....tik tok tik tok!

Wa cuma bleh terpikir betapa specialnya blog komuniti Jalan Jenang ni. The remaining comrades, are the one that hold strong to their belief, no matter what their belief are, be it rules, the way of life or favorite food (that goes to Abg Mat Tora). Apa yang buatkan the remaining comrades special ialah most of us DO WHAT WE TALKED AND WILL TALK. Dan kami, walaupun berlainan idea dan taraf, tetap bersama. We hang out together if there's time, and we communicate with each other even there's no time for us to meet up.

Dalam senario sekarang, wa rasa inilah line-up terbaik pernah ada dalam Jalan Jenang. We embrace the Jalan Jenang (day and night) together and we face the cruelty of the street together. We write up until this moment together and we're not ashamed of who we are in real life, sebab wa and the comrades struggle bersama-sama. We fought before this and like half of Batu Pahat against us, but we hold strong in what think is right!

Sebenarnya takde apa isu pun, cuma wa terkenangkan hal-hal lepas macamana kami menangani seluruh threat dengan kami-kami ini sahaja. Betul, dulu pernah hampir 10 orang penulis kami, atau mungkin lebih, tapi sekrang boleh dikira siapa yang rajin menulis.

Siapa pun kamu, atau apa pun ideologi kamu, atau apa pun pandangan kamu terhadap kami, kami sedia menjadi kawan. Kami tak memilih bulu. Kami berpegang kepada satu ayat, "Semua orang islam adalah bersaudara". And it should be that way.

Wa merepek apakebenda ni?