18 December 2010

Selangkah ke Alam Misteri: Siri Bercakap Dengan Awe

oleh Taram Najis

Selepas rehearsal persembahan untuk grand dinner malam esok, aku, fadil, kak baizura dan kak sal turun ballroom untuk sambung buat assignment yang kena submit pada hari khamis pagi. mata keempat-empat geng kumpulan sembilan ni memang semua dah paras suku-suku nak tutup. tapi digagahi juga untuk memastikan induksi ini lulus dengan cemerlang dan tahun depan tak mengharung sepuluh hari yang memenatkan. dengan latihan dalam kumpulan, ceramah @ cemarah, assignment, public speaking, presentation dan makan ala-ala masak sendiri di rumah. tak faham betul masakan hotel yang level macam anak dara tak pernah masuk dapur. bajet hotel tapi macam rumah tumpangan ah yoke tiga jam RM40. memang patut pun hotel ni bersebelahan dengan hong leong bank. dua kali lima.

aku dengan fadil tetap tekun dengan editing. kak baizura dengan kak sal tengah tekun nak tidur. hampir separuh aku dah draft. tinggal nak taip dan print esok. hampir pukul 11.30 pm group aku dan beberapa group lain masih ada dalam ballroom. tok penghulu masuk dengan baju tidur. dia pesan, kalau nak naik bilik silalah berteman. lain macam bunyinya. malam sebelum-sebelum ni tak ada pesan apa-apa. aku buat tak kisah. belum 10 minit tok penghulu naik bilik, hp aku berbunyi. ada call masuk dari cik mastura. dengan suara tersekat-sekat mintak aku dan fadil naik ke bilik. wah!!! ni peluang baik ni...... err.. maksud saya, berkenalan dengan lebih rapat sambil menyiapkan kerja.

aku dengan fadil bergegas naik ke tingkat 12, bilik 141. kebetulan ada beberapa kawan yang lain sama-sama dalam lift untuk ke tingkat atas. suasana tidak menampakkan apa-apa telah berlaku cuma desas-desus mengatakan ada rakan kena 'kacau' telah mula tersebar. sesampai kami ditingkat 12, kami meluru ke muka pintu bilik 141. senyap sunyi dari luar. fadil ketuk sambil memberi salam. cik mastura menyahut sambil bertanya 'siapa?". bila daun pintu dibuka barulah terdengar suara perempuan menangis. sebenarnya semua dah menangis. tapi yang macam perempuan meroyan hilang anak seorang sahaja. 'apa cerita?' untuk memulakan bicara. ohh... sebelum itu, cik mastura memakai pijama tipis. i'm distracted. dia kata ada orang tak dikenali kacau kawan tu melalui telefon bilik. i'm distracted again. mungkin sebab suasana kecoh macam orang tertinggal flight nak pergi haji. ada orang menangis disana, ada orang berpeluk-peluk disini. ada orang bisik-bisik mengumpat disana, dan tak kurang juga yang sibuk menguap di sana sini. menyesal aku punggah semua makcik-makcik dalam lift tadi ke sini. cik mastura kata baik hantar kawan tu ke bilik lain untuk tenteramkan dia. hati aku lebih tak tenteram melihat pijama... er maksud aku kawan yang di rasuk tadi.

masa aku dengan fadil sampai suasana tak berapa kalut. tapi bila hampir semua group induksi berkumpul dekat lobi hotel tu, keadaan dah tak terkawal. ada beberapa staff hotel datang membawa seorang lelaki bersama. dia polis. dia juga bomoh. bomoh polis. mana satu aku pun tak hirau. kawan tadi dibawa ke sebuah bilik lain untuk dipulihkan. gadis tadi dah masuk ke peringkat 3 iaitu menjerit-jerit dan menyebut benda yang bukan-bukan. keadaannya sama seperti yang aku lihat 3 tahun lepas semasa aku belajar di Pahang. bezanya waktu itu hanya 4 orang perempuan yang memegang mangsa dan kali ini 8 orang lelaki berebut memegang seorang perempuan. dasar!!!.

dalam bilik dipenuhi oleh orang-orang yang konon-konon berani. termasuklah aku. membacakan yaasin dan apa yang patut. dari pengalaman dan pembacaan aku tentang kejadian rasuk ni, ada beberapa perkara yang perlu kita buat dan perkara yang kita kena elakkan . the do and the don'ts. (betul ke eja macam ni). pertama, bagi yang lemah semangat (macam aku), jangan mengada-ngada melihat direct ke dalam mata orang yang dirasuk. kerana mahluk halus tadi boleh memasuki atau merasuk kita melalui cara tersebut. letakkan tangan ke atas muka mangsa rasuk tadi. jika terasa bulu tengkuk kita meremang, sah dia sedang dirasuk. teori membawa lada hitam yang dapat menjauhkan jin dan syaitan adalah mitos semata. bawalah lada epal, lada sulah, lada boh, cili giling sekalipun. ianya tak berguna jika tuan empunya badan tak pandai baca ayat 'qursi'. sekian

lelaki bomoh polis tadi kumat-kamit membacakan sesuatu lalu meniupkan pada sehelai sejadah ditangannya. dia mengarahkan tingkap bilik itu dibuka. kemudian.....

bersambung

No comments: