03 December 2010

FAKTA MENARIK HARI JUMAAT

barang siapa yang pergi ke masjid kerana sembahyang Jumaat pada saat pertama maka seolah-olah ia menyembelih seekor unta. dan barang siapa pergi pada saat yang kedua maka seolah-olah ia menyembelih korban seekor lembu. dan barang siapa pergi pada saat ketiga maka seolah-olah ia menyembelih seekor kambing biri-biri yang bertanduk [matang, baik bakanya]. dan barang siapa pergi pada saat yang keempat maka seolah-olah ia memberi hadiah seekor ayam. dan barang siapa pergi pada saat kelima maka seolah-olah ia memberi hadiah sebiji telur. dan apabila keluar imam untuk membaca khutbah maka dilipat segala suratan dan diangkatkan akan segala qalam dan berhimpun segala malaikat yang menyurat akan amal manusia itu pada dekat mimbar pada hal mereka itu mendengar akan zikir yakni mendengar akan khutbah. maka barang siapa datang kemudian daripada demikian itu maka hanyasanya datang ia mendapati sembahyang jua tiada baginya daripada fadhilat suatu [tiada gunanya].


Nota Tapak Kaki:
*masa sekolah-sekolah dulu member aku kata kalau pegi masjid awal, dapat unta. dah tua bangka ni baru tau, rupanya pahala macam korban seekor unta . tapi kalau datang imam dah separuh khutbah, dapat la bulu unta. Unta punya manusia
*meatball dekat IKEA dengan yang kita makan dalam bakso tu sama rupanya. cuma harga 6 bijik meatball dekat IKEA bersamaan dengan 3 mangkuk bakso di masai, johor.


http://inibelogsaya.blogspot.com/2010/10/ikea-hanis-zalikha-dan-katalog-bau.html

No comments: