31 December 2010
Langit Terakhir 2010
Aku ingat pertama kali aku kemari. Dengan pacuan satu roda, mencari tempat aku akan berkhidmat yang tempohnya aku tak jangka berakhir hari ini. Cepat masa berlari. Pejam celik, kurang 5 bulan, dah tiga tahun. Tiga tahun tak lama bagi yang meninggalkan. Tapi bagi yang ditinggalkan, 3 bulan rasa macam tiga puluh tahun. Tapi adat la. Bertemu akan ada berpisah. 2011 meninggalkan 2010. Dan aku, meninggalkan semua yang pahit, buruk, teruk di sini.
Apabila seseorang itu jatuh, ia perlu dokongan untuk bangun dan berjalan. Aku pasti setiap dari kita pernah jatuh. Tapi ada harinya kita perlu bangun sendiri tanpa sokongan. Ramai dari kita begitu kan. Kerana kita telah masuk dalam zaman ‘nafsi nafsi’. Dia panas dia kipas, aku panas aku yang kipas. Jujurnya, di sini aku hanya ada 2 orang kawan yang ‘kawan’. Seorang tukang masak dan seorang chief clerk. Yang boleh –tak banyak sikit- di letakkan pengharapan. Seorang kerani memangku jawatan pengarah Hong Leong Bank cawangan Johor Bahru -boleh diharap untuk memberi idea-idea lucu dan merosakkan- itu aku letakkan sebagai rizab.
"There are certain things about you that annoying that other people might not been tolerate of..."
Oh, menyebut tentang jujur, aku ada pengertian baru tentang jujur. Jujur biar bertempat. Terlalu jujur kita tertindas. Jujur dengan orang tak jujur kita akan mengalami hipertensi. Dan hipertensi penyebab utama sakit jantung. Aku orang yang kurang makan dan kurang kolesterol. Tapi aku berisiko itu kerana hipertensi. Sebenarnya aku sendiri tak tahu itu adalah penyakit. Sehingga aku diterangkan tentangnya. Itu bermakna hipertensi telah memamah tubuh aku hampir lebih setahun di sini. Sebenarnya itu diet terbaik untuk sentiasa kekal ramping. Tak perlu bersenam, berpeluh dan masam 30minit setiap hari. Cuma perlu satu pinggan kerisauan dan secawan kesedihan untuk kelihatan jelita.
Raman A/L Muniandi
Raman adalah orang India yang aku rasa lebih Melayu dari Melayu. Sebab dia dah hidup berasimilasi dengan orang Melayu sejak tahun 1950-an. Banyak benda dia ajar aku. Dan salah satu yang betul-betul berkesan dalam hati “Jangan cerita tak baik bini kita (orang kita sayang) dengan siapa-siapa. Itu bini kita tau”. Walaupun kata-kata tu tak dapat aku aplikasi dalam hidup sehari-hari, tapi maksudnya aku faham. Raman marah betul bila aku cakap nak pindah. Aku kata aku sayang Masai. “Kalau sayang kenapa nak tinggalkan kita” katanya. Aku tak ada jawapan tu. Mungkin SJKC Masai akan dapat pengganti lebih baik dari aku. Hey, ini tempat aku mula merasai alam pekerjaan. Tempat aku dapat ramai kenalan. Mesti aku rasa sayang.
Pencapaian
Tahun 2010 aku ada 3 azam. Dan ketiga-tiga azam itu tak tercapai. Tahniah.. Walau bagaimanapun aku achieved 5 benda yang tak termasuk dalam list azam. Aku berhenti 3 habitat yang tak mendatangkan manafaat pada diri dan alam sejagat. Aku dah tak membuat peleburan atas 3 syarikat multinational ini. Philip Morris, Big Bundle dan Celcom. Walaupun baru 6 bulan, tapi aku dah rasa kesan pada diri. Semua ini bermula bukan kerana kesedaran diri sendiri, tapi lebih kepada ‘dah terantuk baru nak pasang pelita’. Rasa bersyukur, kerana masih diberi ingat, supaya tak terus-terusan tersesat. Teringat satu pesan orang tua. “D**a ada tiga peringkat. Pertama rasa bersalah. Kedua rasa sedap. Dan ketiga akan berusaha membenarkan”.
Masih dalam tajuk achievement . Tahun terakhir aku di sini, aku dianugerahkan ‘satu benda’. Satu benda yang kita rasa bersalah nak terima tapi kalau tolak orang kata kita yek-yek je. Tapi orang dah nak bagi, kita baham buat tak paham. Mungkin itu cara majikan kita show appreciation pada kerja kita. Mungkin ini telah menjadi budaya orang Malaysia. Tak kira bangsa. Penghargaan biasanya diberi setelah penerimanya tiada. Nak bagi gelaran, pangkat, penghargaan bila kita dah masuk kubur. Bezanya aku belum mati, baru nak angkat kaki.
Apapun,
Terima kasih En. Lim, Pn. Tan, Pn. Chan, Pn. Ling dan Cik Cho. Segala jasa baik anda tak dapat saya lupakan.
Hijrah
Manusia paling gembira bila aku bagitau benda ni adalah mak. Mak kata nak buat pulut kuning bagi orang kampung. Tapi aku larang. Takut orang ingat aku ‘sunat’ lagi sekali. Aku mahu berada di kampung dengan aman dan sunyi. Main salji dan tanam strawberi. Tapi kalau Neofishy nak ajak kena pari bakar atau ketam cili dekat Simpang Rantai aku akan cuba lapangkan masa. Sekali lagi aku dan keluarga, -kami- akan berkumpul semula sebagai satu keluarga. Bak kata Roles “aku sanggup mati demi pertalian ini”.
Maaf atas segala kesalahan dan ketelanjuran dalam sepanjang tahun ini. Assalamualaikum
29 December 2010
LASER BOY ZZZZZZZTTTTTTTTTT!!!!!!!!
Tepat dia punya update, kalau hasbulah awang tau ni mau dia karate meja.
Macam macam hal dalam dunia ni.....
28 December 2010
DE LEO BROTHERS HERE I COME!!!
Ok ok ini baru IN, STP perform dkt SG bulan 3 2011!!! Demmmm iron maiden ke stp iron maiden ke stp demmmmmmmmmmm!!!!
27 December 2010
PEREWEL MATI
JOHOtv - Interview with WightsetXSouthernfixed from johobaru on Vimeo.
Lagu band gua >>klik telah diberi penghormatan menjadi soundtrack video budak beskal perewel mati scene JB. Lu org pun boleh lepak lepak dkt JOHO punya website ni >>klik
Apa apa hal sila support band tempatan, siapa tak support gua kasik laser bijik mata lu zzzzzzzzzttttttttt!!!!!!!!!!!
18 December 2010
Selangkah ke Alam Misteri: Siri Bercakap Dengan Awe
Selepas rehearsal persembahan untuk grand dinner malam esok, aku, fadil, kak baizura dan kak sal turun ballroom untuk sambung buat assignment yang kena submit pada hari khamis pagi. mata keempat-empat geng kumpulan sembilan ni memang semua dah paras suku-suku nak tutup. tapi digagahi juga untuk memastikan induksi ini lulus dengan cemerlang dan tahun depan tak mengharung sepuluh hari yang memenatkan. dengan latihan dalam kumpulan, ceramah @ cemarah, assignment, public speaking, presentation dan makan ala-ala masak sendiri di rumah. tak faham betul masakan hotel yang level macam anak dara tak pernah masuk dapur. bajet hotel tapi macam rumah tumpangan ah yoke tiga jam RM40. memang patut pun hotel ni bersebelahan dengan hong leong bank. dua kali lima.
aku dengan fadil tetap tekun dengan editing. kak baizura dengan kak sal tengah tekun nak tidur. hampir separuh aku dah draft. tinggal nak taip dan print esok. hampir pukul 11.30 pm group aku dan beberapa group lain masih ada dalam ballroom. tok penghulu masuk dengan baju tidur. dia pesan, kalau nak naik bilik silalah berteman. lain macam bunyinya. malam sebelum-sebelum ni tak ada pesan apa-apa. aku buat tak kisah. belum 10 minit tok penghulu naik bilik, hp aku berbunyi. ada call masuk dari cik mastura. dengan suara tersekat-sekat mintak aku dan fadil naik ke bilik. wah!!! ni peluang baik ni...... err.. maksud saya, berkenalan dengan lebih rapat sambil menyiapkan kerja.
aku dengan fadil bergegas naik ke tingkat 12, bilik 141. kebetulan ada beberapa kawan yang lain sama-sama dalam lift untuk ke tingkat atas. suasana tidak menampakkan apa-apa telah berlaku cuma desas-desus mengatakan ada rakan kena 'kacau' telah mula tersebar. sesampai kami ditingkat 12, kami meluru ke muka pintu bilik 141. senyap sunyi dari luar. fadil ketuk sambil memberi salam. cik mastura menyahut sambil bertanya 'siapa?". bila daun pintu dibuka barulah terdengar suara perempuan menangis. sebenarnya semua dah menangis. tapi yang macam perempuan meroyan hilang anak seorang sahaja. 'apa cerita?' untuk memulakan bicara. ohh... sebelum itu, cik mastura memakai pijama tipis. i'm distracted. dia kata ada orang tak dikenali kacau kawan tu melalui telefon bilik. i'm distracted again. mungkin sebab suasana kecoh macam orang tertinggal flight nak pergi haji. ada orang menangis disana, ada orang berpeluk-peluk disini. ada orang bisik-bisik mengumpat disana, dan tak kurang juga yang sibuk menguap di sana sini. menyesal aku punggah semua makcik-makcik dalam lift tadi ke sini. cik mastura kata baik hantar kawan tu ke bilik lain untuk tenteramkan dia. hati aku lebih tak tenteram melihat pijama... er maksud aku kawan yang di rasuk tadi.
masa aku dengan fadil sampai suasana tak berapa kalut. tapi bila hampir semua group induksi berkumpul dekat lobi hotel tu, keadaan dah tak terkawal. ada beberapa staff hotel datang membawa seorang lelaki bersama. dia polis. dia juga bomoh. bomoh polis. mana satu aku pun tak hirau. kawan tadi dibawa ke sebuah bilik lain untuk dipulihkan. gadis tadi dah masuk ke peringkat 3 iaitu menjerit-jerit dan menyebut benda yang bukan-bukan. keadaannya sama seperti yang aku lihat 3 tahun lepas semasa aku belajar di Pahang. bezanya waktu itu hanya 4 orang perempuan yang memegang mangsa dan kali ini 8 orang lelaki berebut memegang seorang perempuan. dasar!!!.
dalam bilik dipenuhi oleh orang-orang yang konon-konon berani. termasuklah aku. membacakan yaasin dan apa yang patut. dari pengalaman dan pembacaan aku tentang kejadian rasuk ni, ada beberapa perkara yang perlu kita buat dan perkara yang kita kena elakkan . the do and the don'ts. (betul ke eja macam ni). pertama, bagi yang lemah semangat (macam aku), jangan mengada-ngada melihat direct ke dalam mata orang yang dirasuk. kerana mahluk halus tadi boleh memasuki atau merasuk kita melalui cara tersebut. letakkan tangan ke atas muka mangsa rasuk tadi. jika terasa bulu tengkuk kita meremang, sah dia sedang dirasuk. teori membawa lada hitam yang dapat menjauhkan jin dan syaitan adalah mitos semata. bawalah lada epal, lada sulah, lada boh, cili giling sekalipun. ianya tak berguna jika tuan empunya badan tak pandai baca ayat 'qursi'. sekian
lelaki bomoh polis tadi kumat-kamit membacakan sesuatu lalu meniupkan pada sehelai sejadah ditangannya. dia mengarahkan tingkap bilik itu dibuka. kemudian.....
bersambung
15 December 2010
10 December 2010
Make changes before its to late
Aku sedang belajar bahasa Inggeris secara online. Instrumen yang aku gunakan dalam sesi pembelajaran ini ialah:
-Teks bahasa Inggeris yang baik
-Kamus Dwibahasa Longman
-Kreativiti
Dan inilah hasilnya:.
Saya mencari ianya di rumah, tetapi terjumpa koleksi Bapa sebagai gantinya. Ianya adalah jenis akhir lebar. Hanya bagus untuk kelihatan retro. Yang mengejutkan saya adalah, saya masih tahu bagaimana memakainya. Bahkan pada bahagian belakang kepalaku. Ia tidak sempurna pada percubaan pertama, namun langkah-langkah dalam urutan yang betul.
Karut bukan????
Nota kaki:
*lepas ni aku nak translate lagu Britney Spears “Oppss You did it again” ke dalam bahasa Melayu
*dan lagu Wings “Jerangkung Dalam Almari” ke dalam bahasa Inggeris
09 December 2010
HARAPAN
Comment Warning
Pada tahun 1972, George Carlin mengishtiharkan "Seven Words You Can Never Say on Television". Ironis nya dia mengishtiharkan secara live di kaca televisyen.
Tak ada lagi “Perkataan yang tidak dibenarkan ditulis dalam blog” setakat ni.
Aku pernah nak letak Content Warning dekat blog ni tapi macam bagus je kan. Kalau letak memang
berpusu-pusu masuk.
Lepas tu jebak la.
Aku rasa comment pun kena ada Comment Warning.
Bukan apa. Takut kita ter-comment bukan-bukan.
Takut adik beradik, sedara mara baca.
Takut ANAK kita sendiri yang baca.
Nota Kaki Bangku:
*budak sekarang tak buta IT macam aku dulu.
*George Carlin boleh comment bukan-bukan, sebab dia orang putih.
*Aku rajin blogwalking tanpa meninggalkan comment dan IP address.
*aku takut mak mertua baca dan trace id aku. dia CSI Tanjung Sepat
08 December 2010
Nukilan Sepanjang Zaman
07 December 2010
Fakta Menarik 1 Muharram 1432 H
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
* Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
* Di sesetengah tempat seperti
di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
Nota Stokin:
*fakta diatas aku hijack dari WIKIPEDIA. bukan semua fakta Jimmy Wales kita boleh pakai. dia pun pening.
*petang tadi aku bawak adik dan mak jalan-jalan dekat Angsana. adik aku belek-belek satu tudung dia berkenan. salesgirl tu bagitau harga tudung tu RM126.00. adik aku letak balik.
*dalam kereta adik aku kata "pakai tudung je, tak payah pakai baju". aku rasa itu tudung bini sultan brunei pakai.
*btw, zeti aktar aziz menang tokoh maal hijrah, dan bukan Juliana Evans
06 December 2010
Fakta Menarik Tahun 1432 Hijrah
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
dan
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"
**kalau lu lupa nak baca doa tahun ni, lu baca la tahun depan. tu pun kalau umur lu panjang
*selamat tahun baru
FAKTA MENARIK HARI ORANG LAIN BEKERJA, AKU .... HEHEHE
Modal untuk memasak 5-6 pinggan nasi baryani bersamaan dengan menjamu 40 orang makan kenduri arwah. Patutla aku tak jumpa orang jual nasi baryani sebungkus RM 1.50
Hari isnin ialah hari bekerja. Dan bukan hari main kucing pagi-pagi.
*pagi tadi ada 6 miskol. dan salah satunya ialah bos aku. salam satu malaysia.
03 December 2010
FAKTA MENARIK HARI JUMAAT
Nota Tapak Kaki:
*masa sekolah-sekolah dulu member aku kata kalau pegi masjid awal, dapat unta. dah tua bangka ni baru tau, rupanya pahala macam korban seekor unta . tapi kalau datang imam dah separuh khutbah, dapat la bulu unta. Unta punya manusia
*meatball dekat IKEA dengan yang kita makan dalam bakso tu sama rupanya. cuma harga 6 bijik meatball dekat IKEA bersamaan dengan 3 mangkuk bakso di masai, johor.
http://inibelogsaya.blogspot.com/2010/10/ikea-hanis-zalikha-dan-katalog-bau.html
02 December 2010
FAKTA MENARIK HARI KHAMIS
http://www.hmetro.com.my/articles/Facebookrosakrumahtangga/Article
Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.
Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.
Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.
Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).
Nota Kaki Busuk:
*Sebelum Akademi Perkahwinan Amerika buat kajian, Akademi Parit Moen dah buat kajian dulu. Dr. Parit Moen tu saja tanak kecoh-kecoh.
*Perceraian akibat gejala Fesbuk bukan sahaja melibatkan pasangan sudah berkahwin, malah pasangan yang baru berangan @ gatal nak kahwin.
*Budak Jalan Jenang terkecuali. Budak sini semua baik-baik. Nice