24 November 2010

PEDAJAL : SIRI 1

Aku memang tak tau yang pedajal orang tu sebenarnya salah, dan boleh melibatkan dosa. Kalau aku tau, memang aku tak buat. Hmmmm.... ok la, aku tipu...aku tau pedajal orang tu tak baik, tapi dulu-dulu masa rumaja gaya rambut cacak-cacak punk Greenday mana aku nak amik tau hal-hal tu, yang penting seronok. Seronok dalam kamus idup aku lah...ciss!!!


Kisah bermula masa aku sekolah kat High School Batu Pahat dan duduk kat asrama. Mungkin sebab hari-hari kena torture dengan senior, hati pun tertutup nak buat baik. Biasa ah, tak gangster ah kononnya kalu tak tunjuk jantan. Puiiihhhhh punya senior!

Sorang member aku nama Fira (bukan nama sebenarnya) merupakan seorang yang liat untuk ke sekolah agama. At the end, dia terus tak gi sekolah agama. Oleh kerana cara dia kelentong cikgu sebab dia tak gi sekolah agama membuatkan sesetengah dari kami jeles, maka dengan idea yang bernas, aku mengemuka kan cadangan pada semua rakan-rakan sekolah agama supaya 'mencari' jodoh untuk Fira di sekolah agama. Jodoh macamana tu, jap lagi aku cerita.

Sebagai cara untuk membalas balik ketidak puasan hati kami, aku dengan penuh gaya Tok Selampit (...datuk budiman, orang budiman ---> yang lahir kat Johor sekitar 80an jek paham)bercerita kat Fira ni ada seorang gadis yang cun melecun nak berkenalan. So, dengan bukti kukuh yang aku serta kan iaitu surat yang kononnya ditulis oleh si gadis, (kami semua sekolah kat sekolah lelaki, so phrase yang bernama 'perempuan' amatlah rare), Fira teruja untuk berkenalan dengan si gadis. Berbekalkan bukti surat dan kata-kata hikmah aku, Fira dengan senang hati, membuka pintu hatinya untuk menerima si gadis.

Hari berganti-hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, perkenalan si Fira dan si gadis semakin masyuk. Segala jenis hadiah, daripada kad ucapan sampai la ke buku novel cinta, semua berulang-ulang dipos oleh kedua org yang sedang mabuk cinta. Dan aku, dengan sukacitanya sangat-sangat berbesar hati untuk menjadi posmen bagi kedua-dua merpati sejoli ni.

Hampir setengah tahun, perhubungan diaorg mencapai ke kemuncak apabila si Fira dengan niat ikhlas, mengajak dating untuk mengukuhkan lagi perhubungan cinta mereka. Seraya mengetahui akan hal ini, aku tersenyum puas....jerat yang sebenar dah mengena... dan akhirnya kami semua akan membalas revenge kami yang terpaksa ke sekolah agama, sedangkan hanya si Fira sorang jek yang tak pegi dan seronok-seronok membuta lepas sarapan pagi.

Hari yang ditunggu telah tiba, sehari suntuk si Fira tak kelihatan. Petangnya, dengan muka mencuka, si Fira balik ke asrama. Start dari hari tu sampai hampir 2 minggu, dia langsung tak tegur aku.

Aku paham kenapa dia buat macam tu. Sebab si gadis yang kabarnya cun sebenarnya, bukan nak mengutuk kejadian Tuhan, adalah seorang yang tidak dapat dibayangkan oleh si Fira sendiri...

Aku tau aku salah, tapi kami semua puas.....ala bebudak, memang suka buat kerja bodoh...dan aku ngaku aku bodoh time tu... hmmmmmmmm....sorry Fira!

Untuk lebih paham, korang tengok la gambo kat bawah ni...ni la umpamanya

2 comments:

Penulis Kami said...

gua rasa kalau whoopi kaler rambut dia warna perang mesti hot punya

NEOFISHY said...

wahahhaha...bodo ni warna perang...kang dh sama plak dgn bini hero citer the god must be crazy...hahaha