Sekali sekala tekak gua terasa nak pekena asam pedas ikan sembilang(part ekor). Maka kedai yg pada hemat tekak gua yg menjual asam pedas yg boleh tahan diapunya rasa true ialah warong wak dol asam pedas ikan sembilang dan siput sedut lemak cili padi yg berlokasi di kampung pasir tampoi.
Gua bertugas di kawasan area selat tebrau, kalau diikutkan pada mata kasar mcm dekat je jarak dia nak ke kampung pasir tu, tapi pada hakikatnya dengan keadaan jalan raya yg mcm gampang dewasa ini maka akan mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit utk sampai kesana, tapi jika gua sangkut dekat depan hospital tun aminah lebih 15minit ada baiknya gua u-turn lepak warong batu wisma persekutuan gayanya.
Kita berbalik pada cerita asam pedas ikan sembilang wak dol ni, dari segi rasa mmg mantap tidak boleh dinafikan. Sekarang wak dol punya meniaga mmg mantap, tak mcm tujuh lapan tahun lepas, masa gua start lepak warong wak dol ni meja lipat bukak 5 bijik pun pelanggan still boleh menikmati makanan dgn kaki bersilang, tak mcm skrg lu lambat sket je mau lu makan sambil berdiri, dulu wak dol punya kira pun cincai lebih kurang je, sekarang ni paham paham aja lah yea. Nak carik parking mmg mcm gampang, silap silap lu parking dlm longkang. Setakat mercedis cls, bmw siri 7 kira biasa biasa je tiap tiap hari ada lepak warong wak dol, gua pernah dgr cerita hummer pun pernah lepak warong wak dol.
Yg menjadikan cerita skrg ni kompeni gua kasik keluar rehat 1jam drp pukul 1 membawak ke pukul 2, tapi gua pukul 2.15 baru nak basuh tangan habis makan. Nak kira mcm mana ni?? Masa kecederaan ke apa ni??
No comments:
Post a Comment