29 November 2010

BARU TAU BARU PERASAN part deux

-gua baru tau yg membezakan kemeja untuk perempuan dgn lelaki terletak pada posisi butang dan lubang nya dimana posisi butang utk kemeja perempuan disebelah kiri baju manakala lubang butang mesti lah sebelah kanan baju. Tapi yg menjadi muskil bila saiz baju kemeja perempuan yg gua jumpa dkt bundle ni membawak kesaiz double XL, bigfoot betina apa yg pakai ni???

-gua baru perasan dekat kad putih utk masuk singapore tak ada ruangan tarikh masuk untuk di isi, adakah ini salah satu konspirasi freemason atau brader yg jaga mesin printing tu pening lalat?? Hhmmmm

-gua baru perasan yg harga setin ikan sardin dlm tin bersaiz besar sudah dapat mengatasi harga sekilo ikan jeket. Kita kena pantau gejala buruk ini. Kita kena bukak akaun FB meraih sokongan dgn mengklik butang ‘like’ untuk menaikkan semula scene ikan jeket.
Sila layari www.facebook.com/kamisukaikanjeket agar satu hari nanti ikan jeket sama level dgn ikan salmon!! Power to the people!!

-gua baru tau yg Xfm ni sama kompeni dgn Erafm, patut la macam ass!!

-gua baru tau kereta kalau petrol habis kering tak boleh jalan, kena isi petrol baru boleh jalan semula, tapi kalau air dlm radiator kering boleh membawak kpd enjin overheat maka akan datang lah asap berkepul kepul pada enjin dan kereta akan mati ditepi jalan, jadi pada masa itu isi semula air dgn air suling dr sukida sekalipun kedalam radiator sudah tak berguna lagi kerana enjin dah koyak rabak nak kena overhaul!! Maka dgn secara otomatiknya duit akan terbang disusuli dgn leteran isteri selama 2hari berturut turut!!

MESEJ KOMUNITI INI DIBAWAKAN KHAS OLEH CHIP FOOSE OVERHAULLIN!!

NOTA TAPAK KAKI: jibai punya cip foose sebok modify body kit la spotrim la enjen 3000 cc la itu radiator punya air takde pulak dia nak suruh check air. Gua kensel channel turbo ni!!!!

25 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI : dont cry for me argentina

Hari ini hari gaji, hari yang di nanti nanti bagi kaum kerani terutama sekali kerani macam i ni

24 November 2010

PEDAJAL : SIRI 1

Aku memang tak tau yang pedajal orang tu sebenarnya salah, dan boleh melibatkan dosa. Kalau aku tau, memang aku tak buat. Hmmmm.... ok la, aku tipu...aku tau pedajal orang tu tak baik, tapi dulu-dulu masa rumaja gaya rambut cacak-cacak punk Greenday mana aku nak amik tau hal-hal tu, yang penting seronok. Seronok dalam kamus idup aku lah...ciss!!!


Kisah bermula masa aku sekolah kat High School Batu Pahat dan duduk kat asrama. Mungkin sebab hari-hari kena torture dengan senior, hati pun tertutup nak buat baik. Biasa ah, tak gangster ah kononnya kalu tak tunjuk jantan. Puiiihhhhh punya senior!

Sorang member aku nama Fira (bukan nama sebenarnya) merupakan seorang yang liat untuk ke sekolah agama. At the end, dia terus tak gi sekolah agama. Oleh kerana cara dia kelentong cikgu sebab dia tak gi sekolah agama membuatkan sesetengah dari kami jeles, maka dengan idea yang bernas, aku mengemuka kan cadangan pada semua rakan-rakan sekolah agama supaya 'mencari' jodoh untuk Fira di sekolah agama. Jodoh macamana tu, jap lagi aku cerita.

Sebagai cara untuk membalas balik ketidak puasan hati kami, aku dengan penuh gaya Tok Selampit (...datuk budiman, orang budiman ---> yang lahir kat Johor sekitar 80an jek paham)bercerita kat Fira ni ada seorang gadis yang cun melecun nak berkenalan. So, dengan bukti kukuh yang aku serta kan iaitu surat yang kononnya ditulis oleh si gadis, (kami semua sekolah kat sekolah lelaki, so phrase yang bernama 'perempuan' amatlah rare), Fira teruja untuk berkenalan dengan si gadis. Berbekalkan bukti surat dan kata-kata hikmah aku, Fira dengan senang hati, membuka pintu hatinya untuk menerima si gadis.

Hari berganti-hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, perkenalan si Fira dan si gadis semakin masyuk. Segala jenis hadiah, daripada kad ucapan sampai la ke buku novel cinta, semua berulang-ulang dipos oleh kedua org yang sedang mabuk cinta. Dan aku, dengan sukacitanya sangat-sangat berbesar hati untuk menjadi posmen bagi kedua-dua merpati sejoli ni.

Hampir setengah tahun, perhubungan diaorg mencapai ke kemuncak apabila si Fira dengan niat ikhlas, mengajak dating untuk mengukuhkan lagi perhubungan cinta mereka. Seraya mengetahui akan hal ini, aku tersenyum puas....jerat yang sebenar dah mengena... dan akhirnya kami semua akan membalas revenge kami yang terpaksa ke sekolah agama, sedangkan hanya si Fira sorang jek yang tak pegi dan seronok-seronok membuta lepas sarapan pagi.

Hari yang ditunggu telah tiba, sehari suntuk si Fira tak kelihatan. Petangnya, dengan muka mencuka, si Fira balik ke asrama. Start dari hari tu sampai hampir 2 minggu, dia langsung tak tegur aku.

Aku paham kenapa dia buat macam tu. Sebab si gadis yang kabarnya cun sebenarnya, bukan nak mengutuk kejadian Tuhan, adalah seorang yang tidak dapat dibayangkan oleh si Fira sendiri...

Aku tau aku salah, tapi kami semua puas.....ala bebudak, memang suka buat kerja bodoh...dan aku ngaku aku bodoh time tu... hmmmmmmmm....sorry Fira!

Untuk lebih paham, korang tengok la gambo kat bawah ni...ni la umpamanya

15 November 2010

outside (singapore indoor stadium)

.
.
nanti lu pegi tengok Iron Maiden kirim salam Bruce Dickinson. cakap dia gua tak dapat hadir sebab ada orang kesihatan nak datang rumah cek jentik-jentik. satu je gua mintak. lu tolong rikues dia lagu ni khas untuk wa. gua tau lu pun minat lagu ni kan kan kan.

*badan macam badang, nyanyi lagu macam amy mastura. ptuiiiii.....

CATATAN SEORANG KERANI – rindu terhenti

Today is monday and monday is MC hammer day!!!

KUIS CUTI SEKOLAH

CARI BARANG TERSEMBUNYI



1) Tender Kantin
2) Nyamuk
3) Cikgu Jalal
4) Peter Parker
5) Tay Ai Fun (ehem ehem)
6) Raman (ni lebey punya 'gad' ni)
7) Green Tag
8) Ubat Jentik-jentik
9) Cop PIBG
10) Reben 1Malaysia

Sila bulatkan dengan pen mata bola

MENANGI!!!

1 Tiket menonton aksi Iron Maiden Live in Singapore

*tiket ditaja oleh isteri Enche Azizan
*Tertakluk pada terma dan syarat isteri Enche Azizan

11 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI : sembilu kasih

Sekali sekala tekak gua terasa nak pekena asam pedas ikan sembilang(part ekor). Maka kedai yg pada hemat tekak gua yg menjual asam pedas yg boleh tahan diapunya rasa true ialah warong wak dol asam pedas ikan sembilang dan siput sedut lemak cili padi yg berlokasi di kampung pasir tampoi.

Gua bertugas di kawasan area selat tebrau, kalau diikutkan pada mata kasar mcm dekat je jarak dia nak ke kampung pasir tu, tapi pada hakikatnya dengan keadaan jalan raya yg mcm gampang dewasa ini maka akan mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit utk sampai kesana, tapi jika gua sangkut dekat depan hospital tun aminah lebih 15minit ada baiknya gua u-turn lepak warong batu wisma persekutuan gayanya.

Kita berbalik pada cerita asam pedas ikan sembilang wak dol ni, dari segi rasa mmg mantap tidak boleh dinafikan. Sekarang wak dol punya meniaga mmg mantap, tak mcm tujuh lapan tahun lepas, masa gua start lepak warong wak dol ni meja lipat bukak 5 bijik pun pelanggan still boleh menikmati makanan dgn kaki bersilang, tak mcm skrg lu lambat sket je mau lu makan sambil berdiri, dulu wak dol punya kira pun cincai lebih kurang je, sekarang ni paham paham aja lah yea. Nak carik parking mmg mcm gampang, silap silap lu parking dlm longkang. Setakat mercedis cls, bmw siri 7 kira biasa biasa je tiap tiap hari ada lepak warong wak dol, gua pernah dgr cerita hummer pun pernah lepak warong wak dol.

Yg menjadikan cerita skrg ni kompeni gua kasik keluar rehat 1jam drp pukul 1 membawak ke pukul 2, tapi gua pukul 2.15 baru nak basuh tangan habis makan. Nak kira mcm mana ni?? Masa kecederaan ke apa ni??

MB is stand for MARAH BETOLLL nihhhhh

Beb, lu cakap kena jaga sikit mulut tu. Gua ni MB, respek la sikit



Gua dah lama tak hempokk crowd dengan gitar ni

10 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI – sweet caroline

Walau 10hari pun gua MC hammer, naik kerja gua jugak kena bereskan kerja yg telah ditugaskan. Jadi apakah MC hammer itu salah satu produk cetak rompak atau salah satu konspirasi freemason??

09 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI – salju di danau rindu

Gua paling benci pegawai atasan yg belagak mcm kompeni ni abah dia yang punya!! Hello u pun kuli jugak taww!!

08 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI : hello

Gua libas telepon kompeni jatuh berderai atas lantai.

“Gua bukan telefonis aka tukang angkat telefon la pundek!!” kata gua sambil menjeling kearah pegawai atasan gua

07 November 2010

BOHJAN (bahagian 1)

Gengster mana ada nama Azizan????

Lu orang pernah rasa jadi gengster? Lu orang pernah sepak budak dan budak tu tak melawan? Lu pernah sepak budak yang tinggi lebih dua inci dari lu? Dan lepas tu lu pulak kena sepak dengan cikgu disiplin? Izinkan wa berkongsi cerita zaman gengster gua dengan lu orang buat jadi iktibar dihari muka. Semoga anak-anak lu orang tak ikut jejak langkah wa yang jauh tersasar dari tujuan lu hantar anak lu orang pergi sekolah. Malaysia Makkel.........

Dulu masa sekolahsekolah, cara mudah nak nampak pailang, lu kena ada geng. Tak kira la geng apa. Geng pukul budak ke, geng muzik kuburan ke, geng usung awek ke hulu ke hilir, geng lelaki memakai gincu bibir, geng ulat buku, geng surau dan macammacam geng pelik yang wujud kat sekolah. Lu kalau jalan kat sekolah sorangsorang, makan kat kantin sorangsorang, pergi toilet hisap rokok sorangsorang, lu memang manusia pelik la. Tak campur masyarakat. Monyet sumbang. Tak pun lu memang ada keturunan penyakit berjangkit yang patogennya bergerak melalui udara.

Tahun pertama wa masuk era sekolah menengah -era ke'gangster'an- wa dah kena kejutan budaya. Ada lebih dari 10 suku dan beberapa kabilah dalam sekolah tu. Semua ada kawasan sendiri yang orang luar tak boleh sukasuka masuk. Lebihlebih je lu memang mintak kena tarik belakang bangunan la. Wa pernah tengok satu mamat, kecik je, (tapi sekarang dia lagi besar dari wa), kena sauk bai. Sebab dia kecik je. Tertukar selipar masa balik surau lepas Kelas PAFA. 18 orang kepung sorang. Tak kering darah lu??... Justeru, untuk wa rasa selamat dan diselamatkan, wa kena join salah satu geng-geng ni. Macam Ritual jilat darah lu punya bloodbrother la lebih kurang. Lu kalau pernah tengok filem The Warriors tahun 1970'an tu, lebih kurang la. So wa dah riki, buat RnD semua, geng paling senang wa nak diserap masuk ialah: Geng tingkatan 5, Geng Abang-Abang.

Kebetulan abang wa adalah salah sorang yang separa pailang jugak la dekat sekolah tu sebelum dia masuk vokasional. Kalau sebut nama dia, budakbudak tak takut. Tapi kalau sebut berapa jumlah ahli geng dia, kecut perut jugak la. Pergi sekolah, makan kat kantin, hisap rokok dalam toilet, cabut sekolah, balik sekolah. Pendek kata, memang dah blood la. Walaupun time tu wa cuma pencacai tukang seludup rokok masuk pagar sekolah. Sebab-sebab gua dipilih menjadi smuggler adalah kerana wa ahli yang muka ada nur iman. Muka orang beriman ni pengawas respek dan tak kena tahan time masuk pagar sekolah. Strategi yang sama digunakan oleh imigran Cuba membawa masuk curut ke pasaran gelap Amerika. Bijak tak?

Ku sangka panas hingga ke petang. Wa lupa yang Geng Abang-abang ni bila dah lepas SPM diorang blah keluar.


, bersambung......

05 November 2010

Frencais

,

Jom start niaga burger balik…..


Begitu lebih kurang bunyi sms yang aku terima semalam.

‘Apalaga’ , cari Ellis la bikin stall


*pssttt.... lu ada lapan ratus tak???? wa dengar harga stall burger dah naik

04 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI : post-rock

Gua libas sampul surat yg berisi surat dengan setem yg belum dilekat diatas sampul surat berterabur diatas lantai

“gua bukan opis boy la pundek!!” kata gua sambil menjeling derek ke pegawai atasan gua

03 November 2010

Rindu

Laut,mengingatkan aku padanya

Setiap kali lalu Tanjung Puteri, aku mesti teringatkan dia.
Tapi sekarang semakin kerap.

Apa khabar dia

Entahkan hidup……..
_____________________________________________

Dekat hari ‘besar’ ni, dia mesti tengah sibuk.
______________________________________________


*Lu orang ada no. telefon Ajib?

CATATAN SEORANG KERANI : rindu bertandang lagi

Dah dekat 4kali gua baca, dari ayat ke ayat, dari perenggan ke perenggan, memang tak ada perkataan “kerja rajin rajin”

Kah kah kah kah


*****


Semalam gua kemas bilik stor rumah gua, tiba tiba gua terjumpa surat tawaran kerja masih baik tersimpan dlm sampul surat kompeni bertarikh 12tahun lepas.

02 November 2010

Yazid Pakai Lampin (season finale)

,


barang kes: Roda Stall Sebelah Kanan
..............................................................


masih tersimpan dalam bilik barang kes
,

sebelah tilam DSAI.

Soalan 1

,


Hassaruddin Hafiz: Kenapa simpan janggut panjang?

PSTt: Tak panjang. Saya yang pendek.



Smartmouth

Yazid Pakai Lampin (edited)

.

Babak 1

Woi, buat apa tu?????

Aku cari barang aku hilang
.........................................................

Babak 2

Hello encik, saya dapat tangkap orang pecah gerai saya ni

Ehh apa kawan kau ni cakap aku pecah gerai ni
............................................................

Babak 3

Aku ada dua tiga gerai dekat dataran, itu pun kena pecah

Budak budak sekarang ni memang tak boleh percaya
.............................................................

Babak 4

Bey, lu tahan dia sini. Wa pergi depan tunggu radio car

Ok leh. (dengan kaki menggigil)
..............................................................



TAMMAT.

.

01 November 2010

CATATAN SEORANG KERANI : kalau berpacaran

Gua dibayar gaji dari pukul 9 sampai 5.30 petang, so waktu tersebut gua akan buat kerja yg telah ditugaskan oleh kompeni sebaik mungkin walaupun telah diketahui suku drp waktu tersebut telah gua lencongkan kpd perkara perkara bukan untuk kerja(cerita lain).

Apakejadahnya lepas waktu kerja lepak warong bai pun still nak cerita pasal kerja ni?? Kehidupan lu ni hanya ditempat kerja sahaja ke?? Bak kata orang ‘tak ada sosial live’. Bercerita hal hal kerja lepas waktu kerja kompeni bayo lu overtime ke??

Owhh rupanya lu budak junior, baru setahun lebih masuk kerja, semangat tengah tinggi, perjalanan masih jauh, banyak rintangan lu kena lalui, gua harap lu tak terkandas ditengah jalan.

“bai teh tarik besar lagi satu!!” jerit gua derek pada bai