Korang pernah keja dari pukul 8 pagi sampai kul 5 petang pastu pukul 7.30 malam sampai 1 pagi? Setiap hari kecuali Ahad? Aku dah pernah beb. Nak lagi true buat kerja tak ingat dunia lagi macam Abg Qarmadharma, dia lagi true pukul 7 pagi tolong kat warung Zam sampai kul 11 pagi, sambung tolong kat warung Kak Tipah lepas Zohor sampai kul 5 petang, pastu sambung pukul 7.30 sampai pukul 1 pagi. Itu kerja aku dengan Abg Qarma sebelum Abg Qarma dapat kerja gomen.
Cerita pasal bab keja nih, kalau nak diikutkan pengalaman kerja aku bermula lepas SPM. Siang keja kat kilang, malam kerja kat warung kat Pekan Parit Yaani. Masa tu bujang, apa sangat nak beli dengan RM600 kan? Setakat lepas rokok sekotak Marlboro 20 sehari ok lah tuh. Lagipun rokok time tu murah. Baru RM5.
Nak dikatakan penat tuh memang la penat. Tapi kalau nak dibandingkan kerja kontrak angkat simen 100 kilo tu lagi penat.
Aku rasa saat paling susah carik duit ialah masa jual beger dari lepas maghrib sampai pukul 1 pagi dan dalam masa yang sama siang kerja. Masa tu aku rasa cukup perit, demi nak menanggung anak bini yang lebih memerlukan sesuatu daripada keperluan aku sendiri. Paling aku ingat, bila Akid yang masa tuh baru umur setahun, dah pandai jalan dan masuk longkang sampai hitam satu badan dia, demi untuk temankan aku niaga beger dengan ibu dan Abg Qarma. Betapa susahnya berniaga kat Jalan Jenang, tempat jin bertendang pada sebelah malamnya. Semuanya aku buat demi sesuap nasik dan juga proses pembesaran Akid tak kan terganggu dek kerana kekurangan wang, yang mana masa tuh walaupun berniaga beger, wang yang ada masih kurang kerana gaji kecik untuk kerja sebelah siangnya.
Pernah seorang kawan bertanya, "berbaloi ke ko kerja sampai macam ni?". Aku cuma cakap, "nak buat macamana, ni jek yang mampu aku buat". Betul, apa lagi yang aku mampu buat? Join MLM? Untuk apa kaut keuntungan orang lain untuk perut kita.
Kenapa aku cerita benda-benda nih? Sebabnya ada antara kita yang tak perlu berkerja keras membanting tulang empat kerat untuk hidup senang, tak perlu kerja lepas sekolah kerana ibu bapa memang sudah agak berada terus sambung belajar dan keluar terus dapat gaji besar, tak perlu berniaga malam dan bekerja siang seperti aku dan Qarma sebelum ni sambil mengharapkan jualan akan habis tiap-tiap malam, tak perlu bersusah payah bercucuk tanam dan menunggu hasil tanaman untuk berbuah baru dapat diterima hasilnya, itupun kecil kerana penglibatan pihak ketiga, tak perlu bekerja di bengkel-bengkel motor dan diliputi minyak-minyak hitam yang kotor dan susah untuk dihilangkan, tak perlu menahan muka tebal menjual produk di kaki-kaki lima atau berjumpa secara direct dengan customer di meja-meja makan walaupun kita tau yang kebarangkalian untuk orang membeli produk jualan kita adalah 5%, tak perlu mengangkat balak dan dengan hanya menekan punat keyboard komputer, gaji yang diperolehi 10 kali ganda lebih besar, mampu untuk membeli apa yang korang impikan jika nak dibandingkan dengan hasil yang diperolehi oleh mereka yang bergaji kecil tapi harus membanting tulang dengan masa yang panjang, bla bla bla.....dan memang itu semua rezeki kamu, dan aku tak mempertikaikannya kerana itu DAH SEMEMANGNYA REZEKI KAMU....
......cuma ingatlah, perhatikanlah mereka-mereka yang tidak punya apa tapi harus membanting tulang demi sesuap nasi, jauh sekali kehendak dapat dipenuhi. Dan bersyukurlah dan jangan memandang rendah dengan mereka sebab belum tentu kamu-kamu itu sanggup untuk menjadi seperti mereka!
9 comments:
owh sedihhh...
bab akid terjun botol dalam longkang tu tak tahan wahahahahaaaa..
paling manis masak burger gelap2 belakang odeon psl buat order budak court mammoth sampai terpotong tangan. niceee....
pergh punya lah nak dapat duit time tuh, sampaikan takde tempat nak letak stall last2 kita masak kat belakang odeon, bergelap xde lampu, sampai luka tangan terpotong pisau nak potong bun beger...perrghhhhh
tapi aku rasa beger tuh mesti paling sedap diaorg makan sebab dah campur dgn darah...kira mcm cerita raja bersiong gak lah, cuma version beger, bukan kangkung....
Salam...
Cari rezki, memang susah.
Dan, bukan semua yang masuk U datangnya daripada keluarga berada. Saya bukan anak org kaya yang masuk U, pakai duit FA & MA tapi duit pinjaman PTPTN. Selepas keluar daripada UPM, saya tak pernah culas untuk bayar hutang PTPTN, walaupun gaji saya tak setaraf dengan degree akaun yang saya perolehi. Saya redho.
Saya kerja yang bese2 dahulu, untuk mendapatkan pengalaman. Saya hargai pengalaman yang saya perolehi.
Kini, saya kerja bekerja di Kilang Julies sebagai exec, ramai(melayu) yang kutuk saya macam2, gara2 jawatan yang saya pegang. Mereka jeles sebab gaji saya lebih tinggi daripada mereka. Tetapi mereka lupa, t/jawab saya lebih banyak daripada mereka sebagai org bawahan. Saya kerja shift, masuk subuh keluar petang dan masuk petang keluar malam buta. Penat, of course memang penat.
Dan, mereka juga terlupa..dahulu2 kita diberi peluang untuk belajar. Saya tak pernah main-main ketika di sekolah menengah, akhirnya takdir membawa saya ke UPM.
Senang cerita, jangan perlekehkan ilmu dan jangan main-main ketika menuntut ilmu diperingkat awalan. Apa yang terjadi sekarang, diri sendiri adalah penentunya. Bukannya orang lain, jangan salahkan orang lain sekiranya kita gagal dalam kehidupan.
Juga, rakyat Malaysia tolong jangan memilih kerja.
Juz my two cents. =)
salam encik jawahir...
pengalaman yang menarik....dan itu mmg rezki ko bro...dan harap2 cukup utk semua sekali....
dari segi belajar, rasanya aku dan encik qarma insyaAllah sudah pun tamat belajar seperti encik jawahir dan masing2 memegang degree akaun dan juga diploma kesetiausahaan...cuma mungkin rezki kami setakat itu sahaja...
ada orang cakap, walaupun rezki tak banyak, sememangnya itulah rezki kita yang diredhai Allah...dan aku percaya lambat laun cepat atau lambat, kita semua akan mendapat rezki...amin
Salam En. Neofishy
saya ni perempuan, bukan lelaki
ramai yg dh tersilap..
=)
aisehmen, sori cik jawahir...hehhehe
aisemen, en neofishy kena loteri lagi
aisehmen romli!!!!!!!!!!!
takpe2....dah bese
=)
Post a Comment