11 May 2010

DUA MINIT SEBELUM TENGAH MALAM




Ada satu malam tu seingat gua jam menunjukkan waktu lagi 2minit sebelum tengah malam, perut gua tiba tiba terasa sangat lapar seperti seekor serigala.

Sebelum itu…..

Gua lepak kedai mamak suratkhabar, gua tak beli suratkhabar pun gua cuma selak selak sambil membaca majalah secara free, majalah maskulin depan gambo brader ketul ketul six pack, jarang gua baca majalah ni sebab gua lebih menjurus memilih majalah depan gambo perempuan.
Selak punya selak ada satu artikel yg sekali imbas gua dpt rumuskan “makan selepas pukul 7 malam tidak bagus utk kesihatan badan”.
Entah mana punya celaka penulis menulis artikel ni dah mcm ye ye je gua baca tulisan dia, nasib baik la pejabat majalah ni jauh dkt KL kalau tak gua dah gegar nak tengok penulis ni cakap serupa bikin tak diapunya badan dan kesihatan dia bila ikut tips kesihatan yg dia tulis ni.
Disebabkan gua dah selalu sangat makan lewat malam jadi gua nak merasa lah sekali dua tak makan malam. Artikel tu bagi tips suruh makan epal hijau utk alas perut kalau lapar.

Dalam perjalanan balik kerumah gua singgah giant kejap beli buah epal hijau. Gua amik 10bijik lepas tu pegi timbang, jadah!! Dia punya harga dah sama mcm makan nasik putih, sup sayur, telor bungkus dan air sirap!! Di sebabkan gua pun tengah ada duit gua terus pegi bayar dengan hati yg sedikit terguris….

8malam…

Perut gua rasa lapar, gua makan sebijik epal, tiga kali gigit dah habis, apasal buah epal tak sebesar buah nangka berat dlm tiga empat kilo sekali makan sure kenyang kan kan…

Hari semakin larut, sudah 4biji epal gua makan namun tiada kesan nak kenyang, apakah epal yang gua beli itu salah satu produk cetak rompak???

Gua cuba lelapkan mata tapi tak berjaya, perut semakin memanggil manggil mintak makan….help…help….

Gua sudah tak boleh tahan sabar, gua kalau jumpa penulis artikel tu memang gua beduk.

Gua melangkah menuju dapur, gua selak tudung saji, ada habuk je, hati gua jadi membara, gua riki seluruh dapur atas peti ais ada roti gadenia belen semalam ada lagi 5keping. Gua terus capai plastik roti dan amik sekeping roti, sungguh tak cool makan roti kosong, gua bukak peti ais capai bekas kaya, tanpa membuang masa gua sapu kaya selapis pada roti, gua kasi lipat roti dan tekan jadik mampat, gua masukkan roti kedalam mulut, gua gigit kunyah 2kali dan tiba tiba….. tekak gua rasa lain, bila masa pulak kaya ada perisa campuran asam jawa ni!!!









Ni adabi mengada ngada mcm dah takde bekas lain apa nak buat peketjing produk dia, kan sama mcm bekas kaya apa!!

Yang gua pun satu hal pegi kedai cuma beli roti je, ingat ada kaya turun daripada langit apa??SEKIAN

2 comments:

NEOFISHY said...

lu letak gula dah kira mcm kaya apa rasanya...kira macam peanut butter gak lah, cuma masam...

ckindollah said...

hahahahaha... =DD