28 February 2009
Tiada cerca atau caci maki.hanya kata-kata pemuas nafsu estetik.
Bingar! Bingar!
Aku mau seperti di pasar
aku mau tawar menawar
jual-beli faham ideologi
kerana waktunya telah dekat
seperti yang kau kabarkan
Urat dan nadi tergeliat pelat lidah kelu kaku menggigit-gigit
perit menjerit jauh menembus daging-daging beku
merentas alir darah merah pekat likat kesat
akhirnya terpacul sangkut-sangkut menjadi suara pelat!
Elok dijahit saja mulutku
supaya tiada aku bicara.
Namun, tentu saja aku maseh mau bingar
Bingar! Bingar!
aku mau seperti di pasar.
YAKUZA DARI INDONESIA
klip ni kidnap dari posting andaq bertajuk "siang-siang buta sesah orang dengan parang". ganas. ibu-ibu mengandung dinasihati jangan tonton. rate 180SG
RAPAT RAKSASA 'OTROMEN' GEMPUR PPSMI
Info ni di-'cuplik' dari blog Universiti Terbuka PTS. Kepada sesiapa yang minat nak follow perhimpunan ni boleh buka blog tu untuk keterangan lanjut. Selamatkan Bahasa Kebangsaan sebelum menjadi bahasa picisan. Selamatkan juga wang dari masuk ke poket-poket orang berkepentingan. Sekian
Bahasa Jiwa Bangsa
nah....
lalu tulisannya itu tersebar,
kerana banyaknya sangkaan,
'jalan' ini semakin lemas,
terlalu banyak andaian,
dan..
bila provokasi itu membawa benci,
ketenangan menjadi kecelaruan,
lalu banyak tulisan hanyalah khayalan,
mungkin..
dari 'kami' itu sendiri,
mungkin juga,
dari mereka,atau aku sendiri,
yang berdiam akhirnya melompat,
lebih tinggi,lebih nikmat apabila jatuhnya nanti,
segala yang seakan hilang,
seiring dgn terkubur ke'prihateen'an,
tersembur,
di 'jalan pendek' yang penuh cerita,
revolusi hanyalah mati,
jika ada yang memerhati,
tanpa langsung mengerti,
dan..
ke'prihateen'an semula,
hanyalah NOKTAH...
-akuKOSONG-
27 February 2009
PANGGUNG DVD MINGGU INI
1.Dave chapple killin them softly
Kontroversi beb mamat ni, ramai moralist negro tak suka dia sbb jokes dia ni selalu mempersendakan kaum negro yg gangster, hisap dadah dan rosak akhlak. Mungkin itu cara dia nak menyampaikan mesej tapi dlm versi yg membuatkan org lain sakit hati. Kalau lu pernah tgk rancangan komedi beliau dave chapple show yg berbentuk skit comedy(mcm AhHa) hardcore abis. “I’m rick james, bitch!”
2.Chris rock kill the messenger
Siapa tak kenal chris rock, pelakon dan pelawak terkenal. 8tv pernah siarkan cerita bersiri berinspirasikan hidup beliau “everybody hate chris” tp cuma 1st season aja. Ni koleksi tour comedy beliau ketika beraksi di new york, london dan afrika selatan. Dasat full house, dah mcm show free kat angsana je ni hahahaha
3.Katt williams it's pimpin' pimpin'
Dia ni 1st time wa tgk wa dah suka, tak membosankan, dia buat lawak smooth je mcm mkn kacang. Ayat yg selalu dia pakai “mutherfucker”, “nigger”, “fuck you”, “bitch” di ulang ulang berulang kali penuh 3kandang kambing!
Kesimpulannya, ketiga tiga comedian ni menggunakan konsep dan jalan cerita yg sama spt situasi diUS tahun 2008(ketika rakaman dvd ini dibuat) terutama sekali kisah pilihanraya US dan juga calon presidennya, kehidupan di ghetto/bronx, komedi yg berbaur seks dan sedikit(sedikit je tau) perkauman. Tetapi diolah dengan baik oleh ketiga tiga comedian ni mengikut gaya dan versi mereka. Wa lebih suka lawak kat williams sbb dia ni still hardcore, straight to the point kutuk kulit putih dan kulit hitam dan mungkin tengah membina karier dia setanding comedian yg dah otai, kira dia ni mcm underground lagi la tak mcm chris rock dan dave chapple yg dah establish dah mainstream, sbb tu lu boleh lihat pada audien chris rock & dave chapple ada negro dan juga mat saleh(bkn saleh pt moen2 tau) lawak dia ada limit. Tapi audien kat williams semua negro, takde sorg pun mat saleh yg berani nak tgk. Haa ni baru true!!
Ok kalau kat m’sia kalau ada standup comedian yg nak buat mcm diorg ni nak dpt sambutan gila babas teket soldout memang susah la. Kalau nampak ramai pun cuma kawan kawan je yg support. Seriusly wa mmg kurang minat la pelawak m’sia ni tapi sbb wa menyahut seruan kerajaan cintailah brgn buatan m’sia wa kuatkan hati wa la suka kan diorg ni. Layan kan je lah. Siapa pelawak m’sia top skrg? Apek? Wa tgk dah mcm badut sarkis je lawak dibuat buat. Badol? Tahun 80an dulu boleh la layan. Raja lawak? Hampes buat lawak tak paham, wa tgk pun tak ketawa. Sbb nya diorg kurang bahan, malas nak create lawak yg baru.
Tapi ada seorg pelawak lama yg still boleh buat wa ketawa, jamali shadat. Yg boleh buat byk suara tu, fames suara dia bebual dgn cucu dia si atan tu hahaha lawak jeng! Wa pelik la rtm kan ada simpan arkib lama cerita jamali shadat kan, apasal la diorg ni bongok sgt taknak keluarkan balik cerita cerita tu semua. Baru lah wa ada selera nak tgk tv1. Dia nak simpan jadik tukun ke sampai nak jadik minyak mentah arkib arkib tu semua apa?
Aritu kat tv3 rncgn Ally dia jd artis jemputan isu lawak jenaka. Kelakar rabak jeng dia dgn afdlin shauki. Afdlin kena buat movie la dgn jamali shadat baru lah true! Ok afdlin shauki pun lawak jugak tp dia more to movie dan dia kena ada sidekick sidekick dia mcm hans, adlin, awie dan AC baru lawak dia jadik. Anyway keep up the good work la afdlin! Wa doakan lu berjaya!
P/s kepada pihak pengurusan RTM, kalau lu org malas sgt nak uruskan arkib arkib tu lu org panggil wa dgn bdk bdk jlnjenang ni kasi bersihkan arkib lu tu. Wa rela mencuci gelungan filem lu yg berhabuk tu dgn kadar upah yg rendah! Amacam ada berani RTM!
1,2,3,4,kalau sakit makan ubat
Sebab kamu sakit
Kerana itu kamu menyakiti
Agar kamu rasa puas
Bila semuanya rasa sakit,sesakit kamu.
Bila hati sendiri tidak tenang
Jiwa kamu tidak senang
Kamu cari titik kesalahan orang
Demi menutup kesalahan sendiri
Yang kamu rasa kurang
Demi membuat kamu tampak hebat
Jika sendiri sudah kurang
Kenapa perlu mencari kekurangan orang
Bukankah dengan tujuan untuk mengaibkan
Dengan itu mungkin kamu rasa hebat
Perasaan hebat itu indah
Perasan hebat itu ‘pity’
Aku sudah kata
Aku benci provokasi
Kenapa itu yang kamu ungkit
Jika kamu fikir ini tempat kamu yang punya
Kamu pun sama seperti mereka
Walaupun aku dijemput
Berdiri tegak aku pertahankan
Biar dicaci cela, biar aku seorang
Sudah aku kata aku ini individualis
Jika cuping terasa panas
Kamu tidak panggil itu sindiran
Kamu kata itu gunanya teman
Dengar ini ‘orang berbudi,aku berbahasa’
‘tak ada angin,pokok tak bergoyang’
‘kerana mulut badan binasa’
Orang tua-tua cakap,lain kali catit.
Sudahlah kawan,
Kamu bukan sebagus mana
Aku bukan sebagus mana
Kalau kamu bagus hasilnya ada
Kamu suka membawa porak-peranda ke mana-mana
Bukan aku tak kenal kamu siapa.
Hormat-hormatlah sesama kita
Dunia kita tak sebesar mana
Hari raya pun jumpalah juga
Kalau tak dapat jumpa pun
Anggaplah jodoh kita memang tiada
Kita sebok membaling cuka
Orang-orang luar ketawakan kita.
“Sedar diri dowh”
kosmikuriousoff.
Murtad
Mukadimah.
Saya difahamkan oleh Internet bahawa kira-kira 50,000 Muslim di Malaysia sudah memohon murtad. Saya mula naik seronok untuk teruskan kajian saya terhadap orang yang murtad ini. Tidak lama kemudian, saya dapat tahu bahawa kebanyakan daripada orang yang murtad ni adalah mualaf yang mengucap syahadah semata-mata untuk perkahwinan, lari dari hutang, dan sebagainya sahaja. Kajian saya kali ini ditemani oleh seorang kawan baik saya. Saya tidak mahu menyiarkan namanya dalam blog ini, kang dia marah. Beliau banyak menyumbang idea dan pendapat kepada saya sebagai satu sumbangan. Selain itu, beliau juga biarkan saya menjalankan interview ke atas beliau. Tidak lupa juga dengan dakwah-dakwah beliau yang ditujukan kepada saya.
Golongan Yang Murtad
Dalam ribuan umat yang murtad ini, ramai antara mereka mualaf. Selebihnya adalah orang yang memang dilahirkan sebagai Muslim. Lebih menyakitkan hati lagi, minoriti adalah golongan yang sudah khatam Quran lebih dari sekali dan belajar di sekolah agama. Saya telah cuba mencari statistik orang yang murtad ini tetapi tidak dijumpai. So far, sumber saya berdasarkan daripada laporan daripada Swee Lan dalam article Harakah.
Mengapa Murtad?
Bila golongan murtad ini di-interview tentang sebab mereka murtad, rata-rata akan menjawab mereka tidak tahan dengan kongkongan agama. Dengan kata lain, mereka mahu hidup 'bebas'. Mereka tidak tahan dengan hidup disiplin. Tetapi saya agak keliru, agama mana yang tiada undang-undang dan moraliti?
Satu lagi sebab yang amat popular adalah kerana mereka anggap Islam menganjurkan keganasan. Mereka juga anggap yang ibadah puasa dan solat itu membazir masa mereka. Dalam blog saya yang bertajuk 'Kepercayaan Buta', sudah dihuraikan tentang 'amalan tanpa pengetahuan' ini. Bila pendalaman agama sudah kurang, mulalah pesongan akidah. Ditambah lagi dengan bilangan umat Islam zaman kini yang tidak pernah khatam setengah daripada Quran apatah lagi menghafal surah.
Salah Siapa?
Rata-rata akan menuding jari ke arah agama lain. Selebihnya akan menyalahkan IFC kerana menghalalkan murtad. Tetapi saya ingin mengajak kamu berfikir sejenak, jika orang murtad yang tidak menggelar mereka murtad kerana takut dipancung masih hidup dengan bertopengkan Muslim, tidakkah ini lebih teruk? Tidakkah ini mencetuskan duri dalam daging?
Pada pendapat saya, umat Islam perlu bertanggungjawab atas masalah ini. Dengan masalah murtad yang melanda Malaysia, hanya para Muslim sahaja yang berkuasa untuk membetulkan keadaan. Segalanya bermula dalam hati kamu. Niat untuk mendalami agama kamu amatlah penting. Setakat berniat tidak mahu terpesong tapi masih alpa dan malas untuk memahami Quran ibarat benteng yang rapuh.Apabila sudah dilengkapkan dengan ilmu agama, bolehlah mereka mula membuat perbandingan dengan mempelajari agama lain. Di situlah bermulanya dakwah kamu. Dengan ilmu barulah dapat berdakwah dengan sempurna. Takkan lah kamu setakat mahu berdakwah dengan menakutkan non-muslim tentang api neraka?
Penutup Bicara.
Setelah lama saya berbincang dengan kawan saya tentang isu ini, kami telah membuat satu kesimpulan. Muslim tidak boleh setakat mengikut apa yang disuruh sahaja. Muslim perlu menghayati dan menghargai agama suci ini juga. Dengan penghargaan terhadap agama sendiri barulah dapat melawan isu murtad ini. Caranya? Bacalah Quran. =)
Penghargaan.
Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kawan baik saya itu kerana banyak membetulkan pandangan saya dan menghormati saya tanpa pilih kasih apabila mengkaji agama dengannya. Secara jujur, sememangnya saya berasa selesa apabila berbincang agama dengannya. Biasanya perbincangan saya terhadap orang lain berakhir dengan perbahasan dan salah faham. Dengan beliau pula berakhir dengan kata sepakat dan idea yang baru. Terima kasih kerana sudi membaca.
"Q: Chan ni nampak macam minat dengan Islam lah. Chan bila nak peluk Islam?
A: Sebelum saya peluk Islam, saya nak peluk awak dulu.
Q: (Terus merajuk tak mesej 2 bulan.)"
P.S: Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. =p
26 February 2009
JOM ADIK ADIK KITA KARAOKE JAMBAN
Skit ni yg paling wa suka dlm siri ah-ha, kalau wa nyanyi je wa trus heppi la laa la alala lala la la la
23 February 2009
DRIFT MOYANG KAU!!
Semalam, ahad 22/2/09 masa: 5.05pm lokasi: persimpangan U-turn pasar pandan highway tebrau , seorang pemandu telah melakukan aksi drift ala cerita impak maksima tetapi driftnya tidak menjadi menyebabkan kereta yg dipandunya berpusing macam gasing ditengah highway tebrau nyaris melanggar saya! Abg mat tora!
KALAU YE PUN NAK DRIFT APA TONGGONG NAK DRIFT KAT TGH HIGHWAY PEGI LA DRIFT DEPAN RUMAH ATOK ABAH KAU KAN SENANG TAK MENYUSAHKAN ORG LAIN! BONGOK!
KALAU YE PUN NAK DRIFT PAKAI LA KERETA MAHAL SUPRA KE, SKYLINE KE, EVO10 KE, YG KAU TONGGONG PAKAI KERETA BURUK EKZOS BELAH JE LEBIH BUAT APA! BONGOK!
KALU YE PUN NAK DRIFT PAKAI LA TAYAR MAHAL FIRESTONE KE, BRIDGESTONE KE, DUNLOP TT9 KE BARU BETUL GRIP NI KAU PAKAI TAYAR CAP AYAM WATPE! TAKDE DUIT JGN NAK MIANG MAIN DRIFT! BONGOK!
(GAMBAR PERHIASAN)
Kalau sesiapa nampak kereta buruk mitsubishi galant kaler kuning taik, ekzos buluh pong pong pong lu org kena hati hati ni bongok tak belajar tatasusila kat sekolah. Wa tak nampak plate no dia sbb masa tu wa tgh gabra menyelamatkan diri wa. Tapi yg pasti tayar kereta dia tayar cap fung keong!
22 February 2009
KEPALA HOTAK KAU NI SETAN DUHH!!
Peh wa tak pasti ni ada betul jadik ke atau mamat rotting yg jaga myspace >>>KLIK<<< ni stone salah taip ke apa ni. Yang pasti cekgu lah org pertama yg dah tempah teket diorng tau.
JOM TOLONG ADIK RAIYAN
Kita boleh membantu dengan bank in sedikit pertolongan ke akaun bank United Overseas Bank, Singapore 357-372-404-4 atas nama Raja Mohammad Raiyan Shafiq.
Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah, amin!
19 February 2009
APA BEST SGT KE? #6
(mangkuk merah tu bkn sup tauhu tau, tu air basuh tangan tau)
Pada asasnya nasi ayam penyet ni ialah nasi putih yg dihidangkan bersama ayam goreng, tempe & tauhu goreng, ulam ulaman dan yg membuat dia punya syoh datang ialah sambal belacan nya! Kalau kat indon diorg gelarkan sambal setan sbb pedas sampai ke jebo diapunya pijarnya. Ni sambal belacan bukan yg lu org biasa makan dkt kedai awe' kelantan/thailand gay tu eh, ni cili padi dia giling dan tumbuk, ni baru true! Kalau makan sambal belacan yg ladanya di blender halus tu sambal belacan gay tau!!
PEBENDA NASI PUTIH DGN AYAM GORENG, NENEK WA KAT HONGKONG PUN TAU MASAK APA!
Wa dah try makan ayam penyet ni di beberapa buah kedai disekitar JB ni tapi still tak bole lawan ayam goreng kat kedai ni. Kalau kedai yg lain ayam dia rasa campuran rempah marinate dia ada kureng sket mcm ayam goreng kunyit je rasa dia.
Peh wa tak bole gambarkan la rasa ayam tu yg lemak lemak garing, ada sket bermadu peh tak tau lah lu org try sendiri ok.
Wa ingat wa dah kena mandrem dgn minah indon yg jual ni, dah seminggu ni wa asek makan kat kedai dia je, siang malam terbayang bayang tau! Kata member wa yg hidung belang "ada harapan ni tora kau nak bukak "cawangan" baru kat indon" hahahahaaa
MANA BOLEH DPT NI?
Nama kedai tu Banafee, ada stall khusus menjual ayam penyet ni. Lokasi: berhadapan New York Hotel JB sebelah car wash. Sambil makan boleh riki riki awek s'pore dan minah filipina KTV!Cheers!
-Tora Tengku Sabri
P/s lepas makan je dlm masa 15minit wa mesti nak bery bery, jgn lupa jeritan slogan ketika cangkung "FIRE IN THE HOLE!"
18 February 2009
REBUT
Lagi sekali wa jumpa mamat kelantan tu mmg berasa la muka dia wa sagat kat tar jalan!
p/s apa ingat zamtong sorang je ke ada baju pinkfloyd!!
17 February 2009
14 February 2009
13 February 2009
XTAHUKAHXANDAX
TELAH ROBOH AKIBAT DIREMPUH SEBUAH KERETA YANG SEDANG MEMBUAT AKSI DRIFT DI JALAN JENANG. KEPADA SESIAPA YANG JARANG-JARANG BERKUNJUNG KE WARUNG ZAM JALAN JENANG, ANDA BOLEH DATANG DAN SAKSIKAN KESAN-KESAN PENINGGALAN TEMBOK YANG MASIH ADA LAGI. TAPI ANDA DIINGATKAN SUPAYA TIDAK MELETAKKAN LILIN DAN GAMBAR ATAU CUBA MEMBUANG ANCAK DISITU. TERIMA KASIH.
(Tapi longkang tu masih tersumbat dengan sampah-sarap)
11 February 2009
TAHNIAH ABG MAT TORA
09 February 2009
Jangan Tuduh Barat!
Dulu masa saya belajar menulis karangan Bahasa Malaysia/Melayu/Malaysia dahulu, saya selalu dipaksa menjawab karangan yang mempunyai tajuk seperti ''pengaruh budaya barat terhadap anak-anak muda zaman kini''. Saya juga dipaksa menulis keburukan budaya barat terhadap anak-anak muda Melayu. Seks bebas, majalah Playboy, arak, Mat Rempit, semua benda buruk saya main sumbat saja lah!
Pendidik-pendidik 'moral' dan 'agama' ini selalu menggunakan barat sebagai musuh ketat, lawan kepada yang baik, ''forces of evil'', dan macam-macam ada lah! Saya berasa curiga terhadap pendidik 'moral' dan 'agama' ni. Adakah mereka menggunakan otak mereka untuk menapis sampah yang mahu disalurkan terus dari mulut mereka? Beranikah mereka mengatakan yang mereka langsung tidak memerlukan barat?
Habis tu mengapa jenama handphone mereka Nokia, Sony Ericsson dan bukan M-Mobile? Mengapa mereka mempunyai kereta yang berjenama BMW, Mercedez Benz, Peugeot, dan bukan Proton? Kalau mereka masih bertegas dengan hujah mereka dengan mengatakan barat itu jahat, saya mahu mereka menderma semua harta mereka yang ada jenama barat kepada saya. Biar saya sahaja yang jadi orang jahat. Amacam, ada berani?
Anak-anak muda kita yang meminum arak, free sex, Mat Rempit tu semua kalah dengan nafsu sendiri! Tidak pernah saya dengar cerita ada orang barat mengacukan pistol dekat orang Malaysia dan suruh mereka minum arak. Bila cerita pasal senjata, mengapa senjata kita dibekalkan oleh Barat? Kenapa orang-orang yang menganggap Barat ni jahat tidak mencadangkan kepada kerajaan agar menyuruh mereka pakai senjata ciptaan sendiri? Keris? Lastik? Hang Tuah? Terberak negara lain ketawakan kita nanti.
Untuk pengetahuan anda, arak itu dicipta oleh orang arab Mesir. Bukan Barat. Kitab sex Perfume Garden yang keluar ratusan tahun lebih awal itu sebenarnya dibuat oleh orang Arab! Kamasutra datang dari negara timur iaitu India. Dan saya ingin bertanya, orang mana yang suka berpoligami? Timur atau Barat? Dan siapa yang gila seks sebenarnya? Timur atau Barat? Mengapa negara kita menggunakan sistem pentadbiran cara barat? Dan bukan Sistem Khalifah?
Ingatilah, wahai pendidik 'moral' dan 'agama', ayat inggeris yang wa kasi sama lu ini: ''If you blame the west for your own weaknesses, you should be ashamed of what you have eaten''.
Jangan jadi orang yang '' berak tak keluar tapi nak salahkan jamban''.
07 February 2009
06 February 2009
TERLEBIH PENDEDAHAN
Exposure menyebabkan sesuatu benda jadi lame. Exposure menyebabkan sesuatu perkara akan jadi dah tak exclusive. Banyak benda kalau dah 'berterabur' akan jadi dah tak 'rare'. Sebab tu sesuatu yang limited hanya akan jadi hak pada individu tertentu jek. Contoh, kasut Adidas Campus tahun 1997, walaupun Adidas keluarkan lagi edisi Campus terkini, hasilnya tak sama dengan tahun 1997. Sama juga datangnya dengan muzik dendangan Refused atau pun The Clash, bila semua orang tau, they were rad. Tapi atleast diaorang takde lah popular mengalahkan tahap Micheal Jackson. And they were one of a kind band. Sama juga datangnya dengan figura aksi dari Star Wars yang betul-betul limited dan hanya orang-orang tertentu jek yang boleh dapat atau tatap, so benda tu jadi macam exclusive dan yang penting, RARE!
Kat sini datangnya perihal exposure yang berlebihan tak baik untuk sesuatu hal. Dalam satu konteks lain, ianya bagus...sangat bagus. Tapi dalam satu konteks yang lain pulak, ianya membawa kepada seusatu kehancuran atau ketidak seimbangan sesuatu hal. Dalam konteks bagus, exposure memberikan ruang yang lebih luas untuk sesuatu hal lebih berkembang dan diterima ramai serta menjadi ikutan. Contohnya, band-band indie sekarang yang telah diterima dengan begitu meluas dan mendapat sokongan yang padu dari golongan masyarakat remaja dan juga so-called indie lovers. Begitu juga penerimaan orang ramai terhadap makanan tradisional seperti Nasi Lemak umpamanya. Penerimaan orang ramai terhadap nasi lemak sangat positive sampaikan nasi lemak diangkat sebagai salah satu makanan rasmi masyarakat Malaysia, dimana semua bangsa boleh menyediakan, makan, mencuba, memasarkan dan menikmati keenakkan nasi lemak. Dalam konteks bagus, nasi lemak menjadi trademark pada komuniti Malaysia di mata antarabangsa, dan dengan rasanya yang lazat, secara tak langsung nasi lemak mengangkat nama masyarakat Malaysia ke arah yang lebih positive dan lebih diterima umum dunia.
Tapi sesuatu exposure lebih mendorong kepada ketidak stabilan dan kehancuran sesuatu perkara/organisasi/etc. Ambil contoh Refused lagi sebagai sebuah band yang telah exposed dan bagus, tapi disebabkan exposure berlebihan, ianya mengundang kepada perpecahan band, lebih-lebih lagi bila seseorang dalam band lebih berkuasa daripada yang lain. Contoh lain organisasi perdagangan/financial/etc macam Enron, The Lehman Brothers, AIA dan lain-lain. Kejatuhan mereka disebabkan oleh ekonomi, tapi disebalik tu, exposure yang lebih telah menyebabkan orang-orang didalam institusi seperti itu menjadi tamak, sebab kelebihan exposure menjadikan syarikat-syarikat ini dihantui oleh keuntungan berlipat kali ganda daripada yang biasanya sepatutnya mereka dapat, dan hasilnya, konflik dalaman menyebabkan antara sebab kejatuhan mereka. Contoh lain ialah kesedapan dan nilai astistik nasi lemak. Disebabkan sudah terlalu ramai orang boleh buat nasik lemak dan jual nasik lemak, nasi lemak tu sendiri dah tak ada keasliannya, terutama dari segi rasa. Kalau 15 atau 20 tahun dulu, nasi lemak adalah 'NASI LEMAK', sekarang nasik lemak adalah 'NASI KURANG LEMAK'. Sambal nasi lemak pun dah hilang rasanya yang tersendiri sebab, kerana sepatutnya lada nasi lemak adalah dikisar tumbuk dengan menggunakan lada kering yang asli, sekarang sambal nasi lemak dah ditukar menggunakan lada cili boh, yang dah pasti kurang kick dan kurang asli. Dari segi artistiknya, nasi lemak bukan lagi nasi lemak yang dibungkus daun pisang, tapi nasi lemak yang dihidangkan kat atas pinggan ataupun polisterin. Inilah anatara sebab exposure tu tak baik untuk sesuatu perkara.
Contoh lain, band saya. Dulu masa mula-mula buat band, masa main lagu-lagu cover, dalam hati cuma keseronokkan bermain muzik. Kami enjoy sangat dan semahu-mahunya tiap-tiap minggu jam, paling kurang 3 kali seminggu. Lagu-lagu cover yang dibawak memang membuatkan masing-masing teruja sebab seronok dapat main sebijik-sebijik sama dengan lagu asal. Dalam kepala tak fikir apa, cuma seronok jek. Tapi lepas dah banyak main gig, dah ada lagu sendiri, dah ada exposure lebih, nama dah naik, orang semua dah kenal, panggilan untuk main gig dah bertambah, datang masalah dalam band. Konflik antara personal, gaduh, selisih faham, lain pendapat, semua tu timbul. Main band dah tak seronok lagi. Main band cuma nak memenuhkan tanggungjawab jek, iaitu tanggungjawab sebagai sebuah satu unit yang kononnya sepakat.Bermain dalam band bukan lagi satu keseronokkan, sebaliknya ianya satu bebanan.
Sebab tu exposure kekadang lebih banyak masalah daipada kepuasan. Exposure lebih mendatangkan masalah yang mungkin kita tak sedari walaupun niat sebenarnya bukan untuk mengexposekan sesuatu perkara. Masalah ini bila dah datang, dah pasti akan hilang seronok, walaupun boleh diselesaikan.
SAMA DATANGNYA DENGAN BLOG NI :)
-neofishy :)
05 February 2009
Seorang Kosmikurious yang menyampah
Sebenarnya agak payah menjadi seorang penulis ni. Apatah lagi sesebuah penulisan itu adalah penulisan yang melibatkan komuniti. Aku bukannya enteng memandang sesuatu perkara yang aku kira bakal memberi sumbangan kepada cara seseorang itu berfikir kerana ‘diberi’ tanggungjawab itu bermakna ‘harus’ memikulnya. Edukasi pemikiran manusia itu adalah sejajar dengan apa yang dibacanya. Biarpun ditimbang cara mesti sikit terkesan di hati hatta kepada perlakuannya. Bebas memilih tidak semestinya benar. ‘Benar’ itu siapa yang menentukan? Hukum alam menyatakan benar dari segi teorinya logik, dari segi ‘timbang cara’ nya seni. Seni itu tiada apa yang salah – kerana itulah walau bagaimanapun perlakuan atau idea yang kadang kala tidak masuk akal hatta kejauhan dari normal itu dianggap seni. Masuk pula bab hak asasi manusia iaitu pilihan. Eskapis? Mungkin juga. Aku bukanlah sang bijaksana yang wajar mengupas persoalan ini. Mungkin aku boleh tinggalkannya kepada yang pakar. Err.. lebih mengetahui. Kamu itu sang pakar.
Patutlah aku sebagai penulis baru di blog kesayangan warga komuniti batu pahat ini memperkenalkan diri. Oh.. terima kasih kepada sang Qarmadharma kerana menjemput aku ke sini untuk berfoya-foya dengan sembahan kata yang sememangnya ‘tak boleh pakai’ tanpa dihalusi kerana kadangkala lidah tidak butir berbicara, hati menjadi tukang cerita. Kenali sahaja aku dengan nama kosmikurious. Seorang yang bukan siapa-siapa jika difahami. Hatiku pada muzik yang juga tempat pelarian. Hobiku di masa lapang agak gay bagi sesetengah manusia iaitu berkenaan dengan ‘kek’ dan aku jarang mempunyai masa lapang itu. Aku ada menyimpan sejenis obses terhadap makhluk Tuhan yang benama manusia kerana bagiku setiap manusia itu berbeza dengan kelebihan masing-masing dan aku cukup teruja untuk berbicara mengenai idea. Bukannya hal seluar dalam orang. Sebab itulah aku cukup defensif untuk tidak berkongsi hal peribadi – kerana itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kedua-dua belah pihak. Bukan? Ada orang suka sindir menyindir, berbicara sinis tetapi denganku tolonglah cakap ‘tegak-tegak’ kerana aku seorang yang berterus terang. Biar sakit janji ikhlas. Oh, aku masih single :) . Itu yang kamu tanya?
Sumber penulisanku adalah hati. Aku tiada masa menulis menggunakan otak mungkin kerana dengan otak aku terpaksa menduga dan bertimbang rasa maka aku akan persembahkan lebih banyak penulisan emosional berkisarkan hati berlandaskan perasaan lagipun aku ada blog sendiri yang jarang juga aku singgahi. Juga bersifat emosi tetapi lebih peribadi Ya, katalah aku ini apa sahaja kerana aku ini sudah lali dengan omel-omelan murah. Sebagai seorang individualis, aku hanya menegakkan diri sendiri dan cebisan-cebisan murni hanya terkesan bagi mereka yang mempunyai hati seperti aku.
Aku tidak pandai mengubah dunia sebelum diriku.
Kosmikuriousoff.
04 February 2009
GIMANA DIA ANAK KAMBENG SAYA
Hella jeng! Cerita banyak takde la eh band kegemaran gua udah rilis new album, HEBAT! MANTOP! RABAK! Sila klik sini utk download secara percuma >>>KLIK<<<
P/s kalau kat kat jb ada jual cd yg ori lamb of god ni sure wa beli punya tau! Peminat tau! Alasan....hahahahahaha
03 February 2009
MARI TENGOK KATUN, ADIK-ADIK
Well, well, well...kalau sebelum ni Abg Mat Tora dah menyajikan cerita-cerita separa kritikal, kritis, intelectual dan cerita yang tengok-dan-fikir-type, kita cuba lari sikit ek dari kebiasaan.
Kali ni kita tengok katun lak. Cerita ni buatan PIXAR Animation, dan seperti tertera pada kulit DVD, pernah juga menghasilkan cerita lain seperti Cars, Toy Story, Monster Inc. (dengan motto: We scare because we care) dan lain-lain lagi lah.
Ratatouille adalah satu jenisan sajian dari Perancis yang terdiri dari sayuran dan buahan yang menjadi bahan makanan tradisional orang Perancis. Dan relatenya cerita ini dengan Ratatouille ialah, Ratatouille yang dihasilkan oleh seekor 'RAT' (tikus). Kira kena lah kan...hehehe
Watak utama ialah Remy, seekor tikus yang secara semula jadi begitu sensitif pada semua jenis bau-bauan dan juga minat yang tinggi dalam bidang masakan. Taksubnya dia terhadap Chef Auguste Gusteau, seorang chef terkenal di Paris yang mempunyai motto dan kepercayaan bahawa "semua orang boleh memasak" (ANYONE CAN COOK!), membuatkan dia mempunyai cita-cita menjadi seorang (atau seekor) chef yang terkenal di Paris.
Selepas tidak mendapat sokongan keluarga dan terpisah ketika koloni mereka diserang oleh seorang wanita tua (mereka menyorok di atas rumah wanita tua tersebut), Remy berazam untuk mencapai cita-citanya selepas secara tak sengaja telah terjumpa Restoran Gusteau, milik chef pujaannya.
Kiranya luck semakin dekat dengan dia lepas seorang lelaki yang dikatakan waris Gusteau, Alberto Linguini pergi berjumpa dengan Chef Skinner, ketua chef yang gila kuasa (note:Gusteau telah meninggal dunia dan Skinner bertanggungjawab menjalankan restoran tersebut yang akan menjadi miliknya kalau waris Gusteau tidak muncul), untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Restoran Gusteau.
Dan lepas jek insiden tidak sengaja Linguini mencampurkan bahan-bahan rojak ke dalam sup dan di'adjust' oleh Remy, kat sinilah bermulanya konflik cerita nih. Banyak insiden yang Remy, dan juga Linguini, hadapi untuk akhirnya menjadi sebuah konflik yang membawa kebaikan pada diri diaorang secara peribadi.
Jalan ceritanya menarik dan setiap satu disusun dengan lebih teliti sampaikan lakaran Linguini jatuh dalam parit dan dalam keadaan basah pun mereka ambik model yang real dan suruh terjun dalam air dan lencun!
Apa yang menarik, kat akhir cerita, selepas mereka berdua hilang kepercayaan daripada orang-orang sekeliling mereka, datang seorang pengkritik,(yang selama ini menjadi ancaman kepada semua pengusaha restoran di Paris kerana kritikan 'panas' yang pasti buat mereka gulung tikar), yang bernama ANTON EGO, yang secara suprisenya, mempercayai mereka.
Kalau korang percaya pada satu ayat seperti 'AYONE CAN COOK', korang pasti enjoy tengok cerita nih.
Cerita ni menunjukkan seorang pengkritik pun boleh 'jatuh cinta' pada benda yang tak mungkin dia jatuh cinta.
Bak kata Anton Ego, " ...in many ways,the works as a critics is easy. We risk very little, yet enjoy a position over those who offer up their work and theirselves to our judgement.
We thrive on negative critisism, which is fun to write and to read. But the bitter truth we critics must face is that in the grand scheme of things, the average piece of junk is probably more meaningful than our criticism designating it so"
Kata-kata Anton Ego sangat sesuai diguna pakai sebagai peringatan untuk para pengkritik dan ahli politik. Anda fikirkan sendiri.... :)
Enjoy sesuatu yang biasa tetapi marvelous sebagaimana anda menikmati RATATOUILLE!
-neofishy 'suka-makan-lempeng'