30 August 2010

NATIONAL NEXT!

Berkat dari usaha dan duit dan duit maka band gua telah siap merekodkan lagu pertama secara profesional. Gua mintak jasa baik lu orang klik link FB band gua ni dkt bawah tu. Kalau kawan kawan tak support siapa lagi nak support ye tak, takkan lah trent reznor plak. Terima kasih, sila dgr dgn tenang.SEKIAN.

>> KLIK

UKUR



All you need to get your proper foot measurement at home is:

* a piece of paper larger than your foot
* a pencil
* tape
* and a ruler or measuring tape.


Tape the paper down to the floor.




Sit with your foot firmly on the floor, and your leg bent slightly forward so that your shin is slightly in front of your ankle.

Trace the outline of your foot and remember to measure your foot without shoes, but with socks similar to the ones you'll be wearing with the shoes you are buying.

Hold the pencil or pen upright and perpendicular to the paper. Do not hold it at an angle.

Make sure the pencil is resting snugly against your foot as you draw around it.

You may actually find it helpful to have someone else trace your foot, but as you can see in this image, it can be done alone




Use your pencil to draw straight lines touching the outermost points at the top, bottom, and both sides of the outline





Use your ruler or measuring tape to measure the length from the bottom line to the top line that you drew in step three.

Be sure to hold the measuring tape straight, and find the closest mark that you can (for inches, use the closest 16th mark) - don't round up or down dramatically.





Many people will need a narrow or wide shoe. This step will help you to determine the width of your foot.

Measure the width of your foot by using your measuring tape or ruler to measure from the line on one side of your tracing, to the line on the other side.

Again, be certain to find the closest mark that you can (for inches, use the closest 16th mark).

Write this number down.



Repeat these steps for your other foot, and use the larger of the two.

After you have your numbers written down, you'll want to subtract 3/16 of an inch from the numbers. This is to accomodate for the slight space between your actual foot and the line made by the pencil.

These final numbers are your actual foot measurements, you can convert them to the appropriate size and width using the links below.

>> International Men's Shoe Sizes Conversion Chart <<


----------------------------------------


Gua curik artikel tu kat >> sini <<, gua try nak translate ke bahasa melayu tapi mcm celaka diapunya result, gua tau lu org paham punya, hari hari dgr lagu omputeh ye tak.

Gua harap lepas ni tak dgr lagi cerita sedih beli kasut raya saiz terkecik.SEKIAN.


nota tapak kaki:

hahahahahahahahahahaahahhahjhdsdahhhaahhahaskfjaskdgha;kdg;agoa;

29 August 2010

Diari Ramadhan Osman Bakar 0.3



Lu tau mana tempat boleh padam tattoo paling tak sakit???

Gua nak padam nama Billy Bob dekat betis gua ni

Diari Ramadhan Osman Bakar 0.2

Hairi: “Mana isi perut ko?”

Kurus sangat ke aku? Aku rasa budak-budak Palestin, Afrika, Colombo, Aspen tu lagi kurus dari aku. Kesian aku. Dulu masa perang dekat Somalia makcik pernah tegur aku macam budak Somalia.



Jacob Bannon mana boleh gemuk-gemuk. Ingat metal ‘dedak’ ke?

Berat aku sebelum puasa 42 kg. BMI memang tak lepas untuk masuk tentera, polis, maupun penguatkuasa majlis. Sekarang dah 19 Ramadhan. Mungkin berat aku tinggal 24 kg. Lebih kurang berat beras kampit cap rambutan yang biasa mak aku beli. Mak aku pun boleh pikul kalau aku sakit melepek lumpuh tak boleh jalan. Dari awal Ramadhan aku memang dah tak selera makan. Lapar sangat tu tak. Cuma dehydrated. Cukup setengah keping murtabak dan air satu cawan. Sangat bersederhana.
Tapi cawan besar baldi la.

Aku dah hampir 2 bulan tak sentuh rokok. Kira sebelah kaki dah masuk zon bebas rokok la. Mungkin sebab batuk ni tak baik-baik. Jangan risau. Nanti baik aku akan aktif semula dalam ‘scene rokok sebatang’. So, kawan-kawan semua jangan letak aku “sekadar dipinggiran” ewahhh!!!

Lepas raya abang aku nak ‘langsung’. Orang lain yang kawin aku pulak yang risau tak sudah-sudah. Ada dua benda. First aku kena jadi bapak pengantin. Duduk depan rumah sambut orang datang, balik salam ‘keruk’. Salam keruk tu aku tak risau. Part nak salam dengan sedara mara yang sebelas tahun tak jumpa ‘tup-tup’ hari tu muncul tu yang aku risau. Mana satu Pak Lang, Mak Lang, Cik Mazen, Mak Lon, Puzi, Wak Cantik aku pun tak tau. Kang aku terpanggil nama orang dah meninggal, tak ke payah?
Second, aku terpaksa jadi PATI di rumah sendiri. Aku balik minggu sudah, bilik aku dah ada katil pengantin. Beta!!! Cadar kaler feveret sultan Brunei. Kalau bilik dah kena ‘hi-jack’, apalah gunanya aku menangguk di air yang keruh.
“Mak, jangan tanya kenapa Ayeh tak balik bulan depan dan seterusnya”.
Sori, aku memang tak jemput kawan-kawan. Bukan aku yang kawin. Esok kalau aku yang kawin, korang nak bawak atuk nenek 7 keturunan pun aku tak kesah.


Aku dengar Juliana Evans dah clash dengan budak buang kes tu. Dia ada fesbuk tak?

25 August 2010

WTF!!!!



Lamb of god dgn Smashing Pumpkins pun tak pegi ini kan pula kugiran ni!! Kalau Converge mungkin pergi....yea...mungkin....

*nota tapak kaki

dying fetus boleh panggil takkan lah converge tak boleh kan kan kan

Diari Ramadhan Osman Bakar

Dari 1 Ramadhan aku akan gegas balik awal. Balik awal setengah jam. Macam makcik-makcik ada laki, anak 7 orang dekat rumah. Tu kata bos aku. Aku ada misi penting bulan ni. Tahun ni. Aku dah plan. Tak boleh miss satu hari pun.

Dan tahun ni juga aku mula berjimat. Boleh dikira berapa kali aku pergi bazar ramadhan dari awal puasa hari tu. Lagipun Dekat area rumah baru ni dia punya bazar ramadhan tak kelas macam rumah lama dulu. Bazar ramadhan rumah lama boleh jumpa lagi ubi rebus cecah ikan masin. Sini, murtabak 4 gerai, nasi ayam penyet 3 gerai, nasi campur 2 gerai. Yang lain jual benda bukan-bukan. Ada ke tengah-tengah bazar ramadhan, budak rambut oren jual dvd pirate. Rasa nak 'plengkit' je kepala dia.

Aku mesti sampai rumah pukul 5.15 ptg. Ada masa lebih kurang satu jam lima belas minit untuk aku solat dan siapkan juadah berbuka. Kalau lewat, aku terpaksa menjeling-jeling 'dia' dari dapur.

Setiap hari, dibulan puasa ni. Aku akan tercatuk depan tv tepat pukul 6.30 ptg. Semata-mata nak tengok 'dia' ni.







Ini Obsesi baru aku, dalam mengisi ruang-ruang kosong yang selama ni aku tutup dengan.. Keeping all the memories, good and bad, is not the best way to moving on. Mais c'est la vie que nous avons un certain temps. Bon appétit

24 August 2010

VERSI MAMPU DIMILIKI OLEH SEMUA ORANG

Ok gua nak kongsi satu rahsia, gua pun baru tahu benda ni drp member gua yg menetap di ireland. Dia pesan dgn gua kalau nak kongsi rahsia ni sebaiknya hanya pada orang orang tertentu sahaja yg lu percayai spt rakan rakan blood dan tiz zakiyah. Dia kata kalau ramai orang dah tau rahsia ni dah jadi tak true, bab true tak true ni bukan boleh dibuat main, sedangkan belacan pun boleh siap nak memancung mancung.

Benda yg telah dikategorikan rahsia ni bukan main main lah dia punya mahal. Sebab diapunya mahal tu lah ramai orang yang tak mampu nak beli, bagi yang mampu beli pulak belum tentu pandai pakai, ini kan pula yg pandai pakai barang ni pun belum tentu dia pakar atau champion menggunakan barang tersebut sbb skrg ni banyak sangat manusia yg mengaku dia pandai walhal sama standed dgn cipan je kepandaiannya itu.

So kita berbalik pada harga barang rahsia ni, mengikut cerita ejen ejen gua barang ni barang butik, hanya kedai yg telah dikhaskan sahaja yg menjual barang ni. Mengikut cerita ejen ejen gua lagi harga sebijik barang ni yg paling gred permulaan jejak 7 hingga 8 riban brader!! kalau yg gred tinggi budak darjah 3 pun tahu nak congak mau jejak belasan riban. Mana nak cekau duit?? 10bijik tabung lu pecah pun belum tentu cukup duit nak beli, tapi kalau lu pasang toyol mungkin berjaya. Tapi kalau gua ni kerja gomen dah lama gua apply personel loan buat beli barang ni, belen duit tu gua buat lepak starbuck pekena kapucino tiap tiap petang.


Ingat pesan gua, ini barang rahsia, lu orang dah sedia nak tengok??? Skrol kebawah…..





Skrol……..










Skrol……












Skrol lagi……















Lagi…………………..

















Dan lagi………….























Lagi……………………………………………………..























Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!














Apple computer brader!!! ni yg versi mampu dimiliki oleh semua orang, modal pun tak banyak, kalau lu tak suka epal hijau lu try epal kaler merah, tapi kalau letak pelam epal tu gua tak pasti dia jadi true atau tidak, tapi tak salah kalau ingin mencuba. Amacam berani lepak starbuck sambil layan wifi free???? SEKIAN.

22 August 2010

Macam Senang Gituu.........

Kita biasa makan roti canai, roti jala dan roti John. Korang pernah dengar Roti Boyan? Roti Boyan ialah makanan yang berasal dari Pulau Bawean, Timur Jawa Indonesia. Orang Bawean atau disebut Boyan telah bermigrasi ke Tanah Melayu dan Singapura sejak awal abad ke-19. Mereka berhijrah ke sini dan membawa resepi tradisional mereka bersama. Di Singapura, masih terdapat komuniti Orang Boyan yang asli dan mengekalkan identiti asal mereka.

Rupa roti ini lebih kurang murtabak atau roti canai telur. Bezanya murtabak berisi daging, bawang dan telur. Roti Boyan pula diisi dengan telur yang dicampur dengan bawang dan kentang yang dilenyek (mashed potatoes). Roti Boyan yang asli dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Tapi, disebabkan orang Malaysia ni kreatif, sidekick Roti Boyan bukan lagi sambal tumis ikan bilis sahaja. Roti Boyan sedap juga dimakan dengan kari dan sos cili. Bergantung kepada selera kita. Petang ni aku buat Roti Boyan untuk berbuka puasa. Sila salin resepinya ya puan-puan.

Untuk kulitnya: Sama seperti membuat doh roti canai

tepung gandum
air suam
sedikit garam
sedikit baking powder
sedikit butter
dan minyak

cara:
campurkan semua sekali, uli sehingga menjadi doh.
tinggalkan beberapa minit.


Untuk isinya:

kentang yang telah direbus
telur
sedikit garam
bawang dihiris halus
sedikit ajinomoto

cara:
campurkan semua sekali dan gaul sehingga semua bahan menjadi mesra. bob mesraaaa....


kemudian canaikan doh tadi seperti membuat roti canai.
isikan kentang + telur tadi ke dalam lapisan kulit tadi dan lipat dengan rapi supaya isi tidak terkeluar ketika menggoreng.
ketika menggoreng roti ini, pastikan api tidak terlalu besar supaya isi kentang + telur tadi masak.

dan beginilah hasilnya:



Sambal tumis atau kari tu korang cari sendiri la resepinya. Takkan itu pun nak ajar. Tampo kang!

Macam senang gitu.....

HOW TO REDUCE ACCIDENT DURING FESTIVE SEASONS, THE FUN WAY?

Setiap kali raya, tak kira lah raya apa pun Aidilfitri ke, Tahun Baru Cina ke terutamanya, kita selalu dengar hal-hal berkaitan kemalangan jalanraya yang kebanyakkannya mengerikan. Bagi pengguna jalanraya yang tegar macam aku, perubahan gaya pemanduan (rujuk : speeding) dah lama berubah sejak hampir 7 tahun lepas. Kalau mula-mula aku drive kereta dulu, 120km/j adalah the lowest aku bawak masa drive kat highway, tapi sekarang 120km/j adalah the highest aku bawak @ pecut, itu pun kalau ada hal yang betul-betul mustahak, kalau tak, memang 110km/j adalah paling tinggi dan 90km/j adalah gaya pemanduan biasa aku masa drive kat highway (note : sebelum bertukar gaya pemanduan, kereta Toyota KE20 aku pernah mencecah 168km/j, perjalanan dari Yong Peng ke Alor Gajah yang mengambil masa hanya 20 minit).

Tapi gaya pemanduan yang tak sihat tu akhirnya berubah bila terbaca, terpandang, terlihat, tertengok semua jenis kemalangan jalanraya di dada akhbar dan televisyen yang terus membuatkan aku trauma untuk memandu bak Kimi Raikonnen. Kemalangan yang kebanyakkannya bukan species patah-gigi-atau-luka-kena-hiris-pisau-nak-asah-pensel-punya jenis. Ni tahap sampai lebur satu badan pun ada. So disebabkan hal-hal macam ni, gaya pemanduan aku telah berubah secara 360 darjah. Ditambah pulak aku drive kereta yang tak setaraf dengan kereta F1, so sendiri mau ingat. "Kalau bawak slow pun dah kena teruk, lagi bawak laju, mcmana agaknya" aku berdialog dalam hati sambil garu kepala yang tak gatal.

Tapi walaupun bermacam kempen yang kerajaan atau NGO telah buat, the outcome tetap sama, tetap masih banyak kemalangan jalanraya yang berlaku. So, kenapa tak diadakan, satu kempen, yang boleh mengubah sesuatu tabiat buruk atau mengurangkan sesuatu kejadian buruk, the fun way?

Ok. Ini idea aku untuk bagaimana kita boleh mengurangkan kemalangan jalanraya di musim perayaan. Harap orang-orang kat parlimen bukak mata.

- SESIAPA YANG MEMANDU DI BAWAH 110KM/J DAN DI ATAS 90KM/J SECARA BERHEMAH, AKAN MENDAPAT VOUCHER PETROL RM100 PERCUMA DAN JUGA TOL PERCUMA BAGI SATU PERJALANAN. MANAKALA YANG MELEBIHI HAD LAJU, AKAN DIKENAKAN BAYARAN TOL BERGANDA SEBAIK NAK KELUAR DARI TOL. KALAU TAK BAYAR, TAK BOLEH KELUAR.

Tak logik? Nanti dulu. Mungkin korang terpikir macamana nak tau kereta yang bawak slow dan bawak laju. Kat sini datangnya kegunaan sebenarnya speed trap untuk merangka jumlah kereta yang dimaksudkan. Dan tahap pemberian voucher minyak dan tol percuma mungkin dihadkan untuk, let say, 100 prizes untuk setiap 1000 kereta.

Manakala denda bagi melebihi had laju dikenakan pada semua jenis kereta yang didapatai melebihi had laju. Pembayaran adalah secara cash!!!

Semua keputusan akan diberikan secara tunai @ beri terus kat plaza-plaza tol. Dengan cara ni, semangat pemanduan berhemah akan lebih tinggi lagi. Menarik kan?

Tu rasanya idea aku yang mungkin perlu banyak kajian. Tapi rasanya tak mustahil untuk dilaksanakan. Sebab penukar pemikiran orang ni susah dan memang kebanyakkan orang tak makan saman nak-nak kalau umur dah tua masuk 30an 40an (bukan 23 yek!). Tapi kalau benda tu fun, mungkin ramai yang akan terlibat. Dok gitu? Kalau korang pulak, apa idea korang?

Still blur? Tengok vid kat bawah. Selamat memandu dengan berhemah!