22 August 2010

Macam Senang Gituu.........

Kita biasa makan roti canai, roti jala dan roti John. Korang pernah dengar Roti Boyan? Roti Boyan ialah makanan yang berasal dari Pulau Bawean, Timur Jawa Indonesia. Orang Bawean atau disebut Boyan telah bermigrasi ke Tanah Melayu dan Singapura sejak awal abad ke-19. Mereka berhijrah ke sini dan membawa resepi tradisional mereka bersama. Di Singapura, masih terdapat komuniti Orang Boyan yang asli dan mengekalkan identiti asal mereka.

Rupa roti ini lebih kurang murtabak atau roti canai telur. Bezanya murtabak berisi daging, bawang dan telur. Roti Boyan pula diisi dengan telur yang dicampur dengan bawang dan kentang yang dilenyek (mashed potatoes). Roti Boyan yang asli dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Tapi, disebabkan orang Malaysia ni kreatif, sidekick Roti Boyan bukan lagi sambal tumis ikan bilis sahaja. Roti Boyan sedap juga dimakan dengan kari dan sos cili. Bergantung kepada selera kita. Petang ni aku buat Roti Boyan untuk berbuka puasa. Sila salin resepinya ya puan-puan.

Untuk kulitnya: Sama seperti membuat doh roti canai

tepung gandum
air suam
sedikit garam
sedikit baking powder
sedikit butter
dan minyak

cara:
campurkan semua sekali, uli sehingga menjadi doh.
tinggalkan beberapa minit.


Untuk isinya:

kentang yang telah direbus
telur
sedikit garam
bawang dihiris halus
sedikit ajinomoto

cara:
campurkan semua sekali dan gaul sehingga semua bahan menjadi mesra. bob mesraaaa....


kemudian canaikan doh tadi seperti membuat roti canai.
isikan kentang + telur tadi ke dalam lapisan kulit tadi dan lipat dengan rapi supaya isi tidak terkeluar ketika menggoreng.
ketika menggoreng roti ini, pastikan api tidak terlalu besar supaya isi kentang + telur tadi masak.

dan beginilah hasilnya:



Sambal tumis atau kari tu korang cari sendiri la resepinya. Takkan itu pun nak ajar. Tampo kang!

Macam senang gitu.....

2 comments:

tora corgan said...

pehhh bj kadir i loike!!!

eyesoup said...

baru aku tauu...