22 July 2010

HARAPAN

Lu org tgk trend gua meng update blog dh mcm gampang semenjak dua menenjak ni, mcm nak taknak update blog, gua ada benda nak update, boleh tahan banyak jugak la bahan yag gua nak update tapi...........
Ok sebenarnya ia start 3minggu lepas, lepas gua balik drp KL yea KL yg jam mcm bangsat tu!! Pikiran gua kusut, harapan gua yg gua harapkan mcm terumbang ambing, mcm jadik ke tak jadik, senang cerita mcm gampang dia punya feel harapan gua tu.....

Lu orang ada nombor telefon Butch Vig tak????

19 July 2010

QARMA HARUN AL-RASHID

Abg Qarma lama sungguh tak nampak....sms pun x berbalas.....gi mana ye abg Qarma? Abg Tora rindu tuh nak makan nasik beryani

16 July 2010

MINYAK

Celaka!

Lepas ni wa gi keja naik basikal jaguar arwah atuk wa lah baru nampak mcm protes!

Jadah!

14 July 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KE TUJUH

Coklat tidak boleh membuatkan seorang perempuan itu jatuh cinta dengan kita,….kalau kek cawan?? mungkin ya….



Ada satu tahun tu seingat gua pejam celik pejam celik dekat 2tahun gua kerja dekat JB. Tempat baru kawan pun kena baru jugak. Tapi perangai budak bandar ni mmg tak sama dgn budak kampung mcm gua. Budak bandar ni gua tengok melebih pada hiburan ringan, perempuan dgn kereta laju. Kita skip cerita hiburan ringan dan kereta laju, kita tumpukan perhatian pada cerita perempuan, yelah mana tak nya bab nak berhibur masuk karaoke UE susur tun razak gua yg tak melanggan GRO pun kena tong tong bayo khidmat GRO apacerita!
Bab kereta laju lagi sedih, apa yg boleh gua rumuskan disini bak kata pepatah Chip Foose “Wira takkan jadi Lancer, Iswara takkan jadi Mustang, NEVER!!”.


“apalagi, kasi ayat la minah tu” azman bisik ke telinga gua

“bila lagi nak kapel, kitaorang keluar melepak bawak kapel, lu sorang je yg tak berkapel kapel” azman bisik sekali lagi kasi bakar line!!

Awek ni kerja dkt sebuah kompeni import eksport, dalam seminggu tu ada 3hari dia akan datang ke tempat kerja gua hantar dokumen dan barang barang berkaitan bisnes antara kompeni dia dan kompeni tempat gua berkerja.
Tinggi?? yea gua mmg suka perempuan yg lagi tinggi drp gua, kalau ditambah dengan berlesung pipit memang comfirm gua kena ekor!! Gua mmg dah lama perhatikan awek ni, dalam diam gua start ayat pelan pelan jgn gelojoh sangat. Melayan jugak awek ni, sambil sambil gua siapkan dokumen yg dia hantar sambil sambil tu gua menyelam.
Duduk larkin, adik beradik 3 orang, pandai masak, beza umur dgn gua 3 tahun.

“Nak buat mcmana ni??” tanya gua pada azman

“hhmmmm lu pegi beli coklat” jawab azman kasik idea yg dari awal gua dah agak akan bungkam

“coklat??? Wei gua nak pikat awek bukan budak pompuan sekolah rendah pakai tudung senget!!” gua balas dgn nada sedikit keliru bercampur marah

“awek suka apa coklat, lu jgn la beli coklat dindang atau coklat yg bentuk duit syiling tu, kalau gua dapat pun gua marah!! Carik la coklat yg rare sikit” azman counter gua balik

Coklat dindang, coklat bentuk duit syiling, coklat kandos dan biskut coklat cap ping pong sahaja yg gua biasa makan masa dkt kampung, jenama selain drp itu mmg rare gua tak tau, owhh mak gua tak kasi makan benda benda tak mendatangkan sihat ni, lagi bagus makan nasik.

Gua jadik kacau bilau memikirkan apa jenama coklat yg gua patut beli utk menawan hati awek tu.

Balik drp kerja gua terus lincah ke carefour yg baru sahaja membuka operasi cawangan di JB. Kata orang dkt sini ada byk pilihan.

Ok, carefour merupakan hypermarket pertama sekali yg gua pernah masuk, yg sebelum sebelum tu cuma pasar basah batu pahat dan kedai runcit enjah kampung gua yg biasa gua masuk.

Dah nama hyper dia punya tempat pun hyper beso jugak, gua pun riki dari satu bay ke satu bay dari satu department ke satu department, niat dihati gua nak carik coklat rare, lenguh kaki gua rabak mata gua carik coklat rare, ada kepatut letak signbord penunjuk department barangan apa yg kita carik nahh dekat 12kaki mendongak atas kepala ingat gua ni kareem abdul jabar apa!

Zaman tu sabar dgn gua mmg tak ngam sama mcm gua tak ngam dgn awie. Lambat 30saat gua punya marah mcm nak terbalikkan meja ini kan pula carik barang tak jumpa walhal tak sampai 5department barang gua baru masuk carik, ada lagi 20department barang menanti kehadiran gua.
Disebabkan marah dgn gua memang sahabat sejati, gua nekad lepas gua masuk department barangan dapur ni kalau tak jumpa gua cabut pegi kfc makan kentang putar lagi bagus.

Disebalik tepung gandum, serbuk penaik mariapan, gula kasted, perisa vanila, perwarna pelbagai warna boleh pulak terselit coklat rare yg gua dah niatkan ingin mencari dari awal tadi. Memandangkan gua pun dah penat nak jalan lagi gua terus sambar sekeping coklat tersebut, diapunya bentuk sebesar batu bata dan setebal 2sentimeter. Gua terus kekaunter pegi bayar, diapunya harga kalau tak salah dlm 9hengget, celaka punya mahal, belum apa apa lagi dah banyak modal keluar, dapat kapel belum tentu lagi.


Ke esokkan pagi nya,

Jam meneunjukkan 10pagi, awek yg gua nanti akan tiba tak berapa minit lagi.

“I belikan u coklat ni, harap u sudi makan yea” gua hulur pada awek idaman gua dgn sedikit senyuman kontrol

“ehhh buat susah susah je, ada apa apa ke ni??” tanya awek idaman dgn nada separuh mentel

“takde lah, kan kita dah lama kenal, so semalam I teringatkan u, so I belikan u coklat ni” jawab gua penuh keyakinan tanpa gagap

“ok terima kasih, nanti sampai opis I bukak makan yea” jawab awek idaman sambil melambai terus keluar drp tempat kerja gua


Selang 2 hari…..


Selang seminggu….


Selang 3minggu….


Selang sebulan…..


Kelam kabut gua betulkan rambut gua yg kusut masai dengan jari, awek idaman menuju kearah gua bawak dokumen dgn muka sedikit masam.

“nah ini dokumen hari ini dan ini untuk awak” awek idaman menghulur dokumen kerja dan sekeping sampul surat kaler gold dekat gua

“Aisehmen dia main kad kad ucapan lah pulak” balas gua dlm hati kegirangan

“jangan lupa datang yea” balas awek idaman dan terus keluar drp tempat kerja gua tanpa belum sempat gua bertanya pasal coklat yg gua berikan tempoh hari

Gua belek sampul surat gold tersebut, mahal ni, bau pun wangi, tak sia sia nampaknya penangan coklat yg gua berikan tempoh hari. Gua bukak pelan pelan sampul surat tu, ada sekeping kad ucapan pun berwarna gold. Gua bukak kad tersebut yg berlipat dua, gua terus baca sedas:


WALI MATULURUS


Tuan, puan, dato, datin,


Kamsan Bin Jali & Rokiah Binti Abu


Dengan segala hormatnya kami suami isteri menjemput hadir ke majlis perkahwinan anakanda kami,

Zarina Ann Julie Binti Kamsan dan suaminya Jaafar Bin Surip di teratak kami yang beralamat di No 233 Jalan Pipit, Larkin Johor Bahru, Johor

Turut mengundang,

Seisi keluarga.


,.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ,,,,,,, , , ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, , ,, , , , ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, , ,, , ,,,,,,,,,,,,,,,, , ,, , , ,


“gagal segala impian…….” Gua terus nyanyi bait lagu sejati tanda protes



Tak lama selepas peristiwa itu…..


Lama jugak gua tak bertegur dgn azman.

Gua dah tak percaya dgn orang bernama azman.

Gua pun dah tak join dgn budak budak bandar lagi.

Warna gold merupakan warna yg paling gua benci sekali.

Gua anti coklat.

Owhh gua hampir terlupa, lebih kurang mcm ni la rupa coklat rare yg gua beli…..rare apa!!!!!!

13 July 2010

CERITA BOLA 1

Semua dah tau yang Spain dah menang World Cup 2010 untuk pertama kalinya. Dan Julung kalinya, sebuah negara eropah berjaya menjuarai world cup di luar benua mereka.

Wa tak nak citer hal Spain menang, tapi wa nak cerita kenapa sekarang ramai yang sokong team Spain. Satu, memang diaorang superb buat masa ni, lebih-lebih lagi sebab ada Iniesta, Xavi dan David Villa. Dua nya, sebab player diaorang hensem. Kalu 4 tahun lepas, bila wa cakap wa sokong Itali, semua kata sebab player dia hensem, 8 tahun lepas pun camtu gak, 12 tahun lepas pun camtu gak, tahun 2010 ni pun benda sama gak... sebab nya sebab player diaorang ensem....wa tak leh terima langsung hal tuh...

So tahun 2010 nih, antara sebab nya Spain jadi pujaan ramai ialah player dia hensem. Kita bandingkan pasukan Itali dan Spain untuk World Cup 2010 kali ni. Cuba tengok, sapa lebih hensem?

GOAL KEEPER

CASILLAS (SPAIN)

BUFFON (ITALI)

PERTAHANAN

CANNAVARO (ITALI)

PUYOL (SPAIN)

PIQUE

CHELLINI (ITALI)

TENGAH

INIESTA (SPAIN)

AMBROSSINI (ITALI)

XAVI (SPAIN)

PIRLO (ITALI)

FORWARD

TORRES (SPAIN)

DI NATALE

DAVID VILLA (SPAIN)

QUAGLIARELLA (ITALI)

Lu orang tengok sendrik...mana ada ensem player itali...yang bleh harap pun Cannavaro jek, tu pun sebab compare dengan Puyol....yang lain mana ada ensem? Keputusannya, wa tak setuju orang kata wa sokong Itali sebab player hensem tapi wa setuju orang sekarang sokong Spain sebab player diaorg hensem. Wa jamin la zaman-zaman Zubizarreta, takde sorang pun yang sokong Spain...NUFF SAID! jadah!

09 July 2010

APACERITA?? TEMPOYAK???




Lokasi: pasar borong pandan


Gua: uncle, kasi durian yg paling baik punya!!

Uncle durian: apa mau?? king? kucing tido? udang? d24? d7?

Gua: yang paling mahal!!!

Uncle durian: ada! ada!! lu mau makan sini ka tapau??

Gua: lu kasik bukak, gua mau diapunya isi saja, itu bijik gua tak mau

Uncle durian: haiyo ini maciang pung ada ka?? lu ingat gua taiger haaa???

Gua: itu durian gua mau buat tempoyak, paham???

Uncle durian: chi singg!!!



nota tapak kaki:

gua tengah stim tempoyak ni!!

30 June 2010

MAAF SAYA TAK NAK BELI

2005... Aku kerja di KL, ada salesman datang ke tempat kerja aku. Jual pen yang ada radio. Katanya sambil buat kerja kita juga boleh mendengar radio. Plug je earphone kat pen tu. Macam-macam lagu baru kita boleh dengor. Ada jugak officemate beli pen tu. Cuma aku je tak beli. Salesman tu terus rapat kat aku. Mulalaa bercerita pasal pen tu. Aku cakap takpe terima kasih saya tak berminat. Tapi dia terus cuba yakinkan aku untuk beli pen tu. Dia tegur daripada aku suka dengor lagu dari PC dengan headphone besor (masa tu aku pakai Philips closed headphone) baik aku dengor radio dari pen. Aku pun betah balik, "Ya. Saya suka dengor lagu. Tapi saya tak suka dengor radio". Aku pusing kat PC dan bila pusing balik kat dia... dia dah takde, hilang. Yang tinggal hanyalah partikel-partikel habuk berterbangan di situ.

Tup... tap... tup... tap. 2010... Aku dah kerja di Kluang, Johor. Dan perkara yang sama telah berlaku pada aku. Ada salesman... jual tempat letak pen... ada radio jugak... Cara marketing yang sama... salesman je tak sama dan mungkin ada pertalian darah dengan salesman dulu tu. Dan sedikit tambahan dialog dari salesman tu, "Abang boleh dengor lagu-lagu baru dari radio ni. Kita mesti ikut peredaran zaman, bang. Aku pun termenung jap dan berfikir dalam hati, "Salesman ni berwawasan. Memang nak kena sawan dia ni". Dan aku betah balik, "Ahhh! Fak lagu baru! Fak peredaran zaman! I still love the 90's... The year punk broke". Aku buat-buat pusing ke tempat lain, Mana tau salesman tu vanished in thin air macam yang dulu tu. Bila aku pusing balik kat dia... Peh! Salesman tu ada lagi. Cuma muka dia berkulat sikit. Samada dia terperanjat atau tak paham apa yang aku cakapkan tadi. Akhirnya salesman secara perlahan-lahan berjalan ke belakang macam nak moonwalk tapi tak jadi moonwalk dan terus cakap dengan nada mellow, "OK, bang. Terima kasih." dan dia terus beredar dari situ. Dan aku pun sambung makan.

Aku bukan seorang yang dipanggil sebagai radio friendly. Aku jarang mendengor lagu baru apatah lagi dari radio. Kalo dalam kereta, bini aku yang cari siaran dan layan radio. Aku anggap apa yang keluar dari radio kereta tu adalah sebahagian daripada bunyi bising dari kereta .Dan aku masih lagi layan lagu-lagu non-commercial of the 90's.



29 June 2010

SING SING SONG



klik

Pehhh teket sgd175 berak berak sial!! setakat ian brown tu bole la jgk gua pejam mata layan pelan pelan dia nyanyi, ada kepatut 30seken to mars!! Gay sial!!!!

Bye bye brader corgan....gua tetap sapot lu.....huwwaaaaaaaa...............

23 June 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KE ENAM

Menonton wayang filem kartun pada temu janji pertama antara penyebab anda akan di reject selepas makan dinnerplate kfc.

Gua telah dipaduk kan dengan seorang gadis oleh sepupu gua, katanya gadis ni adik kepada jiran belakang rumah dia, seorang lepasan universiti yg menjawat jawatan sbg seorang akauntan disebuah sarikat akauntan terkenal. Setelah beberapa minggu gua mengejas dengan telefon kompeni akhirnya dia bersetuju untuk keluar berendut. Kalau gua ada kereta memang gua angkut dia pergi layan waterfall kota tinggi, gua ambil keputusan ajak dia menonton wayang.

Zaman tu gua mmg jarang tengok wayang sbb scene vcd tengah meletup mcm cendawan sana sini, murah pun murah dan tak banyak modal, macam macam cerita gua boleh beli dan tengok, jadik scene wayang mainstream ni gua tak ambil port sangat.

Hari sabtu yg dijanjikan pun tiba. Sebagai seorang manusia yg menepati masa gua sampai awal 10 minit terpacak depan pawagam. Gua dressing ala budak taman nira, seluar jeans biru lusuh jenama GA Blue, baju tshirt kolar jenama Bonton kaler hijau dan kasut kulit terbalik potongan tinggi jenama Kangaroo kaler coklat gelap. Selang 10minit gadis yg dinanti pun muncul, berbaju kurung dan bertudung, cutting badan pun sedap, memang tak malu mak gua terima menantu mcm ni. Kitaorang bertegur sapa bertanya khabar, tanya dah lama sampai, naik apa datang, dah makan ke belum bla bal bla bla….

Ada satu ayat yg menjadikan gua muskil sampai sekarang bila dia cakap “tak sangaka eh awak ni suara dalam telefon dan bila bertemu orang nya totally berbeza”.

“Biasa lah sama mcm awak dgr suara Dj radio” jawab gua dengan penuh keyakinan.

So kitaorang terus menuju kaunter teket. Gua riki lebih kurang carta filem tayangan hari ini. Pehh diapunya cerita memang mcm pijat. Gua kurang ingat apa senarai filem yg ditayangkan hari tu, seingat gua memang takde cerita perang perang mahupun cerita gaduh gaduh. Yang ada cerita hindustan, cerita razak mohiden, cerita hantu cina, cerita mat saleh love story dan cerita siam.

Sebelum masuk pawagam gua singgah kaunter makanan cepat, tak IN la tengok wayang tak pekena makanan ringan, gua beli bertih jagung saiz besar, sebungkus keropok udang dan 2gelas air pepsi. Setelah masuk kedalam panggung wayang, gua berdua pun duduk di kerusi masing masing, memang tak dibuat orang tengok wayang sambil berdiri kan kan.
Mata gua tertumpu pada skrin wayang, kalau nak berbual bual baik lepak taman bunga, mulut gua penuh mengunyah bertih jagung diselang seli dengan bilasan air pepsi. Sekali sekala gua ketawa time scene kelakar sampai tersembur bertih jagung. Biasa la tengok cerita kelakar mesti lah ketawa kan kan. Setelah hampir 2jam filem yg ditonton pun tamat dan gua berdua terus beredar keluar.

“best jugak eh cerita Toy Story tu tadi” kata gua dengan mulut penuh keropok udang.

“ok lah, tapi kalau dpt tengok cerita awie berlakon mesti lagi best” balas si dia sambil tersenyum

“demm!! Dia ni sungguh 90an!!” menyirap gua dgr nama awie, balas gua dalam hati.

“jom makan kfc” kata gua sambil tarik manja beg tangan(bukan muhrim haram bersentuhan sentuhan) si dia yg berjenama Rorine menghala ke kedai kfc.

Gua carik port meja sedap sedap tanpa gangguan. Di satu sudut yg tidak mendatangkan syak wasangka gua pilih duduk bertentangan, baru lah style abang abang dating dgn awek mcm dlm cerita azroy.

“jadah mana ada menu makanan ‘apa apa lah’ “ lagi sekali gua menyirap dgn si dia punya merepek order makanan, budak kaunter kfc jeling gua semacam mcm nak kena penampor

Gua balik semula ke meja dgn sedulang makanan, 2 set dinner plate, kentang putar saiz besar, semangkuk jeli beraiskerim utk si dia(pancing konon) dan air pepsi.

“jemput makan” gua melawe si dia sambil meratah dada ayam

Sambil sambil menikmati hidangan kitaorang berbual bual mengenal hati budi. Zaman tu gua masih naif lagi, lurus bendul, dalam hati gua penuh keikhlasan dalam menjalinkan sesuatu perhubungan. Gua cerita la pasal kehidupan gua yg tak seberapa kaya ni, pasal family gua, zaman persekolahan gua, taraf pendidikan gua, scene pekerjaan gua, hal hal sosial gua dan tidak ketinggalan hobi gua.
Gua perhatikan drp mata kasar gua si dia ni mcm tak berapa IN dgn hal hal sosial gua terutama sekali minat gua dgn muzik rock.

Ada satu part tu masa berbual dalam topik “muzik kegermaran” gua boleh termasuk cerita pasal Wings, si dia pulak terus potong cakap gua yg dia peminat setia awie. Pehh lagi sekali gua menyirap dgr nama awie!

Gua terus shoot si dia satu kali “awak, Wings is Wings, Awie is Awie Ok!! Dua benda yg berbeza macam tempoyak dengan cencaluk, kalau tempoyak takde kita boleh makan cencaluk je, begitu juga sebaliknya. Kalau awie quit wings saya pedulik apa, beribu lagi vokalis yg lagi power dkt luar sana bersedia menjadi vokalis Wings! So apa yg saya nak tekankan di sini ialah awie tu poser!!Paham!!”

Si dia kelu dgn penerangan gua yg senapas tu dan si dia tidak syak lagi gua memang seorang mat rock sejati.

“so dalam jangkamasa 5 tahun akan datang, apa yg awak akan nampak dari segi perancangan sosial dan ekonomi dalam kehidupan awak” tanya si dia yg cuba mengalihkan perhatian drp topik muzik rock.

Pehhh dia punya soalan dah mcm dalam interbiu standed kerja manager dan guru besar. Memandangkan gua pun malas nak fikir banyak banyak dia punya jawapan kerana ia tidak memberikan apa apa kepentingan utk scene rock gua, gua senang je terus jawab,

“merancang itu boleh, tapi ketentuan itu semua ditangan tuhan, kalau yg kita rancang itu baik, baik la jawapannya, kalau jahat, jahat lah dapatnya. Apa yang nak difikirkan sangat” si dia diam je dgr jawapan gua dan sedikit tersenyum.

Nasib baik gua sempat mintak plastik kosong dgn budak kaunter, gua dah agak mesti si dia makan tak habis, 2ketul lagi ayam tak terusik, rugi, mahal tu, ingat gua mintak apa dgn kfc ayam tu.

Setelah selesai makan dan tapau, gua berdua melangkah keluar drp kompleks membeli belah hendak pulang kerumah.

“awak nak balik naik apa? jom saya hantar naik motor, saya ada helmet spare ni” tanya gua yg dah terbayang bayang naik motor dipeluk gadis dari belakang sambil main brek brek depan.

“owhh takpe lah saya dah janji dgn pakcik saya datang ambil” balas si dia dgn mata melingas riki kereta lalu lalang

“macam tu ke….” Lemah pertuturan gua mcm kalah judi kuda

Zasss!!!! Sebijik wira kacuk gsr masuk parking tepi jalan, gua riki diapunya driver, seorang budak muda dressing kemeja yg memberat kearah kelab malam dengan gaya rambut set dekat salon cina.

“ok jumpa lagi” kata si dia yg kegirangan sambil masuk kereta “pakcik” dia

Gua hanya mampu lemah melambai balas, kaki kedu ditepi jalan raya berdebu debu……..

Selepas drp temujanji tersebut gua ada telefon si dia, tapi madang busy je si dia. Selang 3bulan sepupu gua bagitau si dia dah bertunang dgn budak kerja pasir gudang.

Sekarang gua nak salahkan filem Toy Story ke, Kfc ke atau Awie??? Sekian.


P/s gua terpaksa delete bahagian gua balik rumah kena hujan lepas kena rejek sbb teramat merobek hati