23 June 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KE ENAM

Menonton wayang filem kartun pada temu janji pertama antara penyebab anda akan di reject selepas makan dinnerplate kfc.

Gua telah dipaduk kan dengan seorang gadis oleh sepupu gua, katanya gadis ni adik kepada jiran belakang rumah dia, seorang lepasan universiti yg menjawat jawatan sbg seorang akauntan disebuah sarikat akauntan terkenal. Setelah beberapa minggu gua mengejas dengan telefon kompeni akhirnya dia bersetuju untuk keluar berendut. Kalau gua ada kereta memang gua angkut dia pergi layan waterfall kota tinggi, gua ambil keputusan ajak dia menonton wayang.

Zaman tu gua mmg jarang tengok wayang sbb scene vcd tengah meletup mcm cendawan sana sini, murah pun murah dan tak banyak modal, macam macam cerita gua boleh beli dan tengok, jadik scene wayang mainstream ni gua tak ambil port sangat.

Hari sabtu yg dijanjikan pun tiba. Sebagai seorang manusia yg menepati masa gua sampai awal 10 minit terpacak depan pawagam. Gua dressing ala budak taman nira, seluar jeans biru lusuh jenama GA Blue, baju tshirt kolar jenama Bonton kaler hijau dan kasut kulit terbalik potongan tinggi jenama Kangaroo kaler coklat gelap. Selang 10minit gadis yg dinanti pun muncul, berbaju kurung dan bertudung, cutting badan pun sedap, memang tak malu mak gua terima menantu mcm ni. Kitaorang bertegur sapa bertanya khabar, tanya dah lama sampai, naik apa datang, dah makan ke belum bla bal bla bla….

Ada satu ayat yg menjadikan gua muskil sampai sekarang bila dia cakap “tak sangaka eh awak ni suara dalam telefon dan bila bertemu orang nya totally berbeza”.

“Biasa lah sama mcm awak dgr suara Dj radio” jawab gua dengan penuh keyakinan.

So kitaorang terus menuju kaunter teket. Gua riki lebih kurang carta filem tayangan hari ini. Pehh diapunya cerita memang mcm pijat. Gua kurang ingat apa senarai filem yg ditayangkan hari tu, seingat gua memang takde cerita perang perang mahupun cerita gaduh gaduh. Yang ada cerita hindustan, cerita razak mohiden, cerita hantu cina, cerita mat saleh love story dan cerita siam.

Sebelum masuk pawagam gua singgah kaunter makanan cepat, tak IN la tengok wayang tak pekena makanan ringan, gua beli bertih jagung saiz besar, sebungkus keropok udang dan 2gelas air pepsi. Setelah masuk kedalam panggung wayang, gua berdua pun duduk di kerusi masing masing, memang tak dibuat orang tengok wayang sambil berdiri kan kan.
Mata gua tertumpu pada skrin wayang, kalau nak berbual bual baik lepak taman bunga, mulut gua penuh mengunyah bertih jagung diselang seli dengan bilasan air pepsi. Sekali sekala gua ketawa time scene kelakar sampai tersembur bertih jagung. Biasa la tengok cerita kelakar mesti lah ketawa kan kan. Setelah hampir 2jam filem yg ditonton pun tamat dan gua berdua terus beredar keluar.

“best jugak eh cerita Toy Story tu tadi” kata gua dengan mulut penuh keropok udang.

“ok lah, tapi kalau dpt tengok cerita awie berlakon mesti lagi best” balas si dia sambil tersenyum

“demm!! Dia ni sungguh 90an!!” menyirap gua dgr nama awie, balas gua dalam hati.

“jom makan kfc” kata gua sambil tarik manja beg tangan(bukan muhrim haram bersentuhan sentuhan) si dia yg berjenama Rorine menghala ke kedai kfc.

Gua carik port meja sedap sedap tanpa gangguan. Di satu sudut yg tidak mendatangkan syak wasangka gua pilih duduk bertentangan, baru lah style abang abang dating dgn awek mcm dlm cerita azroy.

“jadah mana ada menu makanan ‘apa apa lah’ “ lagi sekali gua menyirap dgn si dia punya merepek order makanan, budak kaunter kfc jeling gua semacam mcm nak kena penampor

Gua balik semula ke meja dgn sedulang makanan, 2 set dinner plate, kentang putar saiz besar, semangkuk jeli beraiskerim utk si dia(pancing konon) dan air pepsi.

“jemput makan” gua melawe si dia sambil meratah dada ayam

Sambil sambil menikmati hidangan kitaorang berbual bual mengenal hati budi. Zaman tu gua masih naif lagi, lurus bendul, dalam hati gua penuh keikhlasan dalam menjalinkan sesuatu perhubungan. Gua cerita la pasal kehidupan gua yg tak seberapa kaya ni, pasal family gua, zaman persekolahan gua, taraf pendidikan gua, scene pekerjaan gua, hal hal sosial gua dan tidak ketinggalan hobi gua.
Gua perhatikan drp mata kasar gua si dia ni mcm tak berapa IN dgn hal hal sosial gua terutama sekali minat gua dgn muzik rock.

Ada satu part tu masa berbual dalam topik “muzik kegermaran” gua boleh termasuk cerita pasal Wings, si dia pulak terus potong cakap gua yg dia peminat setia awie. Pehh lagi sekali gua menyirap dgr nama awie!

Gua terus shoot si dia satu kali “awak, Wings is Wings, Awie is Awie Ok!! Dua benda yg berbeza macam tempoyak dengan cencaluk, kalau tempoyak takde kita boleh makan cencaluk je, begitu juga sebaliknya. Kalau awie quit wings saya pedulik apa, beribu lagi vokalis yg lagi power dkt luar sana bersedia menjadi vokalis Wings! So apa yg saya nak tekankan di sini ialah awie tu poser!!Paham!!”

Si dia kelu dgn penerangan gua yg senapas tu dan si dia tidak syak lagi gua memang seorang mat rock sejati.

“so dalam jangkamasa 5 tahun akan datang, apa yg awak akan nampak dari segi perancangan sosial dan ekonomi dalam kehidupan awak” tanya si dia yg cuba mengalihkan perhatian drp topik muzik rock.

Pehhh dia punya soalan dah mcm dalam interbiu standed kerja manager dan guru besar. Memandangkan gua pun malas nak fikir banyak banyak dia punya jawapan kerana ia tidak memberikan apa apa kepentingan utk scene rock gua, gua senang je terus jawab,

“merancang itu boleh, tapi ketentuan itu semua ditangan tuhan, kalau yg kita rancang itu baik, baik la jawapannya, kalau jahat, jahat lah dapatnya. Apa yang nak difikirkan sangat” si dia diam je dgr jawapan gua dan sedikit tersenyum.

Nasib baik gua sempat mintak plastik kosong dgn budak kaunter, gua dah agak mesti si dia makan tak habis, 2ketul lagi ayam tak terusik, rugi, mahal tu, ingat gua mintak apa dgn kfc ayam tu.

Setelah selesai makan dan tapau, gua berdua melangkah keluar drp kompleks membeli belah hendak pulang kerumah.

“awak nak balik naik apa? jom saya hantar naik motor, saya ada helmet spare ni” tanya gua yg dah terbayang bayang naik motor dipeluk gadis dari belakang sambil main brek brek depan.

“owhh takpe lah saya dah janji dgn pakcik saya datang ambil” balas si dia dgn mata melingas riki kereta lalu lalang

“macam tu ke….” Lemah pertuturan gua mcm kalah judi kuda

Zasss!!!! Sebijik wira kacuk gsr masuk parking tepi jalan, gua riki diapunya driver, seorang budak muda dressing kemeja yg memberat kearah kelab malam dengan gaya rambut set dekat salon cina.

“ok jumpa lagi” kata si dia yg kegirangan sambil masuk kereta “pakcik” dia

Gua hanya mampu lemah melambai balas, kaki kedu ditepi jalan raya berdebu debu……..

Selepas drp temujanji tersebut gua ada telefon si dia, tapi madang busy je si dia. Selang 3bulan sepupu gua bagitau si dia dah bertunang dgn budak kerja pasir gudang.

Sekarang gua nak salahkan filem Toy Story ke, Kfc ke atau Awie??? Sekian.


P/s gua terpaksa delete bahagian gua balik rumah kena hujan lepas kena rejek sbb teramat merobek hati

7 comments:

Misya Idris said...

hek eleh. poyo lah minah tu bro! nyampah pulak aku.

municipal_waste said...

peh...lu pnyer citer..
tersayat ati gua...

tora corgan said...

gua kena gua lagi menyirap apa

Apa Kau Nak said...

penceritaan yang sangat menarik! - paling tak tahan tanya bab perancangan 5 tahun akan datang on first date..sungguh wawasan 2020!

Chan said...

dei brader. skg dating ajak awek gi tgk filem kartun la cara. pompuan dlm cite lu tuh bkn pompuan la. =p

Abang Dozo said...

"gua beli bertih jagung saiz besar, sebungkus keropok udang...". ni makan sorang ke dua orang ni?

tora corgan said...

wei chan lu dah lama tak kena pijak perot laju laju apa ni!!