06 April 2010

Liga Isteri Perkasa



Kampung Ubi 6 April - Sekali lagi dikejutkan dengan kes isteri yang didera suami. Belum pun reda kes isteri seorang artis didera sehingga membabitkan kes polis, ini pula kes kedua dalam masa tidak sampai 2 minggu. Rentetan dari itu, Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap artis itu diatas kesalahan memukul isteri dengan niat mencederakan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil mengambil berat mengenai masalah ini. Justeru penyelesaian kepada masalah ini adalah perlindungan kepada golongan yang bergelar isteri dan tidak terkecuali anak-anak.

Untuk menunding jari kepada satu pihak sahaja tidaklah adil dalam mencari punca berlakunya masalah ini. Kita sering terlepas pandang terhadap kes yang berlaku sebaliknya. Kes suami yang didera isteri dan dinafikan haknya adalah sebahagian masalah yang jarang dibincangkan. Kes terpencil ini kurang mendapat perhatian masyarakat yang perlu dibenteras sebelum ianya menjadi 'kanser' dalam masyarakat kita. Kita sering menganggap bahawa perbuatan memukul kepala suami dengan papan pemotong sayur, menyuruh suami membuat susu anak, membasuh berak anak dan melarang suami dari menonton Linda Jasmine mengajar tarian di Diari AF adalah suatu yang positif sedangkan ia bertentangan dengan nilai-nilai murni dalam melayari hidup berumah tangga.

"Ada sesetengah suami yang membeli 'head guard' dan 'body armor' secara sembunyi-sembunyi di pasaran gelap untuk mengelakkan diketahui oleh rakan-rakan sepejabat," kata seorang saksi yang merujuk kepada pesanan ringkas dihantar oleh suami-suami takutkan isteri. Alasan yang diberikan adalah untuk belajar 'Muay Thai' atau Tomoi dirumah.

Bunyi Bingit

Aku tak sangka boleh terjumpa DVD ni di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru. Blu-Ray disc converted to DVD dengan hanya RM10. Ya... Cetak rompak... Janji kualiti bagus. Begitu juga dengan packaging.

The Edge, Jimmy Page dan Jack White..... Dublin, London dan Detroit... telah dipertemukan di atas satu pentas bagi membincangkan tentang gitar elektrik, amplification , gejet-gejet, sound setting dan recording style masing-masing. Dan yang rare nya, diorang boleh jamming sama-sama walaupun tak satu channel musically.

Diorang berkongsi cerita tentang pembabitan awal masing-masing dalam permainan gitar, pengaruh awal dan pendirian diorang bila strum gitar. Dokumentari ini sangat bagus untuk dipertontonkan kepada gitaris-gitaris kita di Malaysia dengan harapan supaya jangan kerek kalo dah terrer main gitar dan jangan segan-segan bercampur dengan gitaris old school bagi mereka yang baru belajor atau tak pandai-pandai, boleh dapat ilmu secara tak langsung... Cuma kalo boleh, jangan jadi macam sorang kawan kita di Batu Pahat... baru belajor main gitar tapi terus quit dan jual gitar tong entah pada siapa selepas dikaitkan dengan Yngwie J. Malmsteen.

OK... Dipendekkan cerita, dapatkan DVD ini sekarang!

Mari Belajar Me'nyenap Gambar bersama Encik Raffie



Segmen mari belajar me'nyenap gambar hari ini membawa rakan-rakan semua mengenali masalah kualiti gambar objek bergerak yang tidak tajam. Seringkali gambar yang anda snap kabur dan tidak tajam. Ini berlaku kerana fungsi 'shutter' camera anda terlalu perlahan atau gegaran semasa anda me'nyenap objek bergerak itu. Yang kita bincangkan ini shutter camera, dan bukan shutter cock. Untuk mengurangkan risiko gambar anda kabur dan tidak tajam, disarankan anda membeli Remote shutter release seperti dibawah ini.



Perlu diingat, walaupun remote shutter ini kecil, tetapi harganya tidak kecil. Untuk pemilik camera berharga RM 3400 (sahaja), anda perlu me'ngeset shutter lebih tinggi dari fokal length lens anda. Jika camera itu berharga RM 7000, ia telah disiapkan dengan image stabilizer atau vibration reduction. Ingat, Vibration reduction adalah fungsi pada camera dan bukan alat untuk memuaskan nafsu. Jika camera itu tidak mempunyai fungsi vibration reduction dan anda mengalami parkinson tahap 4, disarankan anda membeli tripod atau bertukar kepada camera yang lebih mahal, yang mana lebih berbaloi.


Hasil gambar yang tidak mempunyai vibration reduction


Hasil gambar yang menggunakan vibration reduction

Saya berharap perkongsian maklumat ini dapat membantu anda me'nyenap gambar yang lebih berkualiti dan cantik. Untuk segmen seterusnya, kita akan menyingkap misteri gambar yang out of focus. Salam satu Malaysia. Malaysia makkel.

Fakta nyata dari: sini

05 April 2010

ALL TERMOS ARE BASTED


warna merah jambu warna kegemaran gua

Ni lah termos kedua yang gua beli dlm masa seminggu. Tak pernah dibuat orang dlm sepanjang hayat membeli termos sampai 2 tiga bijik, jadah!!
Termos yg seminggu awal gua dah lempar dlm longkang, baru tuang air menggelegak nak buat susu anak belum 2jam dah sejuk mcm nak buat air sirap lepas tu boleh bocor pulak!!! Fakkk!!!

Termos yang rosak boleh menggugat keharmonian suami isteri.SEKIAN

Tåupeq Lyxzén av cörcingg deäd



Täupeq Lyxzén toppar tidningen Elles lista irmä Hesymemey.

Men sex kuät väntar han med tills han hittar drömkvinnan.
Men det var hans naturliga karisma som avgjorde, säger Kristina Adolfsson, chefredaktör för Elle. åbång 23 kep ås lep ås. Tåupeq hörniy akbär zebb.
- Jag är en obotlig romantiker. Jag tror på kärlek, säger popstjärnan Dennis Lyxzén.

Tidningen Elle har utsett Sveriges 33 sexigaste män. Justitieminister Thomas Bodström, som hamnat på plats 27, är en av årets nykomlingar. Listan toppas av popstjärnan Dennis Lyxzén, 32, från Umeå. Fak äzizän uyöb

Han är en renlevnadsmänniska som varken dricker, röker eller äter kött.
Jädah en jebäkk.

04 April 2010

JUARA TOMYAM

Tiz Zakiah menang anugerah berita harian berkat dari doa gua...

Gua dah standby cincin belah rotan ni......

03 April 2010

SLASH TAMAN ASTAKONA




Ok zaman rock leleh dulu lagu ni mmg menjadi pujaan hati gua.....


Slash - Slash (2010)

01. Ghost (feat. Ian Astbury & Izzy Stradlin) 3:38
02. Crucify the Dead (feat. Ozzy Osbourne & Taylor Hawkins) 4:06
03. Beautiful Dangerous (feat. Fergie)4:40
04. Back From Cali (feat. Myles Kennedy)3:36
05. Promise (feat. Chris Cornell)4:38
06. By the Sword (feat. Andrew Stockdale)4:49
07. Gotten (feat. Adam Levine)5:02
08. Doctor Alibi (feat. Lemmy Kilmister)3:10
09. Watch This (feat. Dave Grohl and Duff McKagan)3:47
10. I Hold On (feat. Kid Rock)4:15
11. Nothing to Say (feat. M. Shadows)5:25
12. Starlight (feat. Myles Kennedy)5:23
13. Saint Is A Sinner Too (feat. Rocco DeLucia)3:27
14. We're All Gonna Die (feat. Iggy Pop) 4:32
15. Mother Maria (feat. Beth Hart) (Uk Bonus Track)5:27
16. Sahara (feat. Inaba Koshi) (Uk Bonus Track)3:56
17. Paradise City (feat. Fergie & Cypress Hill) (Uk Bonus 5:15
Track)

....tapi itu dulu, skrg slash yang true telah keluar dengan album baru, siap berkoloborasi (mcm salah je ejaan ni) dgn artis yg boleh tahan sedap diapunya suara, dah lama wa tak layan album gitar hero yg sebegini sedap. Terbaik dari ladang!
5 bintang klik atau klik

p/s axl rose lu boleh pegi jahanam dgn lu punya gnr!!!

02 April 2010

HILANG 2 ORANG DALAM MASA 1 MINGGU

Hari ini, kita kehilangan seorang pelawak yang sememangnya 'above the horizon'. Mior Ahmad Fuad a.k.a. Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dalam masa hampir seminggu, aku hilang 2 orang yang paling aku sayangi dalam hidup aku. Lebih kurang 8 hari sebelum hari ini, aku kehilangan embah lelaki (ayah mak aku), Allahyarham Hj Kadar bin Shafie.


ALLAHYARHAM HJ KADAR BIN SHAFIE

Embah seorang yang periang dan sangat kuat bekerja. Umurnya lebih kurang 90 tahun lebih. Dalam surat kematiannya, punca kematian disebabkan sakit tua, tapi dalam masa yang sama, embah ada masalah dengan paru-parunya. Sepanjang 2 tahun dia terlantar sakit, keadaan keluarga belah emak agak konflik, lebih-lebih lagi kebanyakkan konflik kebanyakkannya menyebabkan emak aku seperti dipulau adik beradik sebab mak yang bawak embah ke klinik dan menemui 'penyakit' yang dihidapi embah. Tapi semuanya berakhir 8 hari lalu. Dan embah Kadar aku dapat rasakan dia aman dengan keadaan keluarganya sekarang.

Pada hari dia meninggal, aku orang ke 3 sampai. Sayu bila tengok sekujur tubuh terlentang di anjung rumah embah. Cik Anin, anak lelaki bongsu embah, sibuk membacakan ayat-ayat suci dan yassin. Camtu jugak mak long. Camtu jugak embah pompuan. Perlahan-lahan, rumah embah makin ramai dikunjungi orang.

Esok paginya, aku dan semua anak serta cucu embah Kadar memandikan mayatnya. Takde banyak masalah, kecuali suara si pengendali yang sedikit kecoh. Mayat disembahyangkan dan dikuburkan. Cik Anin, yang aku tengok tenang sepanjang kematian embah, akhirnya menangis saat akhir dia membacakan doa tahlil. Moga roh arwah Hj Kadar bin Shafie dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD A.K.A. DIN BERAMBOI

Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, hidup aku sentiasa dipenuhi oleh keseriusan. Keseriusan dari semua segi. Dan seperti yang aku ceritakan dalam post aku sebelum ni, antara 'ubat' untuk aku melawan keseriusan dalam hidup aku ialah mendengar dan melihat lawak yang dipersembahkan oleh Din Beramboi. Hampir setiap pagi, segment Riuhkan Pagi Era merupakan santapan untuk aku bergembira. Lawak-lawak yang berbeza serta 'above the horizon' dari Din Beramboi sangat-sangat menggembirakan hati aku. Dia boleh jadi apa saja. Periuk nasi elektrik pun boleh jadi kalau dia nak. Daripada Drama Sebabak, Sawancara sampai lah ke akhir rancangan, lawak yang disajikan hampir pasti kita tak terfikir untuk dilawakkan. Dalam Raja Lawak musim ke 4, walaupun kita tau dia marah, orang still lagi ketawa. Rancangan Ah-Ha pun tak kering gusi. Antara watak yang pernah dipegang ketika dalam rancangan Ah-Ha ialah cikgu Bahasa Inggeris mengajar orang tua yang dah memang fluent english. dalam rancangan Spontan, dia sentiasa antara yang terserlah dengan idea yang memang spontan. Dalam drama yang diterbitkan dalam bentuk VCD arahan Afdlin Shauki, aku lupa tajuknya apa, dia jadi bomoh orang asli yang kelakar abis.

So, disebabkan hampir setiap pagi aku dengar celoteh lawak Din Beramboi, dan disebabkan itu aku rasa 'dekat' dengan dia. Sebenarnya, sejak hari Khamis minggu lepas, tanda-tanda demam dah ada, tapi dia refused nak ke klinik atau hospital sebab nak jaga bininya yang demam jugak. sampailah pada Isnin yang lalu, lepas tak tahan sangat dan selepas beberapa pekerja Era datang ke rumahnya, baru lah Din Beramboi nak ke hospital.

Dan Selasa lepas, keadaannya kritikal. Dan pada hari ini, kita kehilangan seorang lagenda dalam dunia lawak tanahair. Terima kasih Pak Din kerana memenuhi ruang kegembiraan dalam hati saya. Mungkin tanpa Pak Din, hidup saya tak ceria. Saya akan merindui segala cerita-cerita dari Pak Din yang sentiasa menghiburkan hati saya. Yang pasti, saya akan rindu Pak Din. Rindu Pak Din. RIndu Pak Din. Rindu Pak Din :(

AL-FATIHAH UNTUK DUA ORANG YANG SANGAT SAYA SAYANGI, ALLAHYARHAM HJ KADAR BIN HJ SHAFIE DAN ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD A.K.A DIN BERAMBOI

01 April 2010

Kisah Dari Facebook Afdlin Shauki

Status massage Afdlin Shauki pada Selasa 30/3/2010

Afdlin Shauki: Din's blood was infected by rats pee/ kencing tikus when it somehow entered his bloodstream. He xould have infected during shooting at the Zoo or accidently consuming food yg terkena kencing tikus. He is in an induced xoma, on life support, his internal organ functions have shut down, he is bleeding internally, docto...r gives him 24-48 hours to respond to medication Pray for din. Alfatihah...



Something to ponder,

Aku: Apabila seorang pelawak ber'serius, orang masih fikir dia sedang berlawak.



Di sudut yang lain, saudara kita sedang gering. Jom kita bantu dia

Rasulallah (saw) bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’ Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”

Membaca surah al-Fatihah dengan penuh keyakinan akan dapat menyembuhkan segala penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau penyakit batin.

Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Hazrat Sya’abi (rah) mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Hazrat Sya’abi menasihatkannya supaya membaca ‘Asasul-Quran’ kemudian menghembus kepada tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah ‘Asasul-Quran’, Hazrat Sya’abi menjawab, “Surah al-Fatihah.”