The Edge, Jimmy Page dan Jack White..... Dublin, London dan Detroit... telah dipertemukan di atas satu pentas bagi membincangkan tentang gitar elektrik, amplification , gejet-gejet, sound setting dan recording style masing-masing. Dan yang rare nya, diorang boleh jamming sama-sama walaupun tak satu channel musically.
Diorang berkongsi cerita tentang pembabitan awal masing-masing dalam permainan gitar, pengaruh awal dan pendirian diorang bila strum gitar. Dokumentari ini sangat bagus untuk dipertontonkan kepada gitaris-gitaris kita di Malaysia dengan harapan supaya jangan kerek kalo dah terrer main gitar dan jangan segan-segan bercampur dengan gitaris old school bagi mereka yang baru belajor atau tak pandai-pandai, boleh dapat ilmu secara tak langsung... Cuma kalo boleh, jangan jadi macam sorang kawan kita di Batu Pahat... baru belajor main gitar tapi terus quit dan jual gitar tong entah pada siapa selepas dikaitkan dengan Yngwie J. Malmsteen.OK... Dipendekkan cerita, dapatkan DVD ini sekarang!