Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

27 November 2012

WATDEHEL ULTRAS HELL HELL ANJING!!!

First of, lets say ini entry marah...nak kata marah tu takde la marah sgt kaaaannn...kaaannn...setelah berpurnama wa tak tulis, alih2 wa tertulis jugak (or more precisely menaip). Entry kali ni wa bukan terasa nak menulis sangat, tapi lebih kepada nak utarakan pendapat wa. Pendapat mengenai hal bolasepak Malaysia and in more interesting aspect, ULTRAS MALAYA!!

Ahad lepas, setelah berbulan-bulan wa merancang dan menanti dengan sabar, wa akhirnya menjejakkan kaki ke Bukit Jalil sekali lagi untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan ramai rakyat Malaysia, team Harimau Malaya (ramai keww yang sayuuuuaaaannnnggggg). Perlawanan pembukaan yang menunjukkan bahawa kejohanan Piala AFF Suzuki Cup telah berlangsung selepas 2 tahun menyepi. Perlawanan pertama ialah antara Myanmar bertemu Vietnam, start awal sehari kat Thailand. Oh, untuk yang tak tau dan lebih sibuk ambil tau pasal schedule game EPL (or BPL.... or whatever that shits are), kejohanan Piala AFF Suzuki Cup telah start sehari lebih awal di Thailand...Thailand dan Malaysia adalah tuan rumah bersama untuk kejohanan ni..dan Ahad lepas, perlawanan antara 2 seteru utama yang memang sentiasa klasik, Harimau Malaya vs Singapore Lion...

Keputusan perlawanan dan style game wa rasa dh ramai yang tau macamana dan hasilnya jugak wa rasa semua dah tau...seperti kebanyakkan rakyat Malaysia, wa pun panas hati bila setelah 2 tahun bereksperimen, Malaysia main macam palat...main macam haram jadah dan main macam kejohanan ni lagi 4 tahun baru nak start..Safiq Rahim makin macam palat dia punya main dan xde idea, Apek buat kesilapan bodoh yang mungkin tak disengajakan, Amar macam kayu, Aidil takde fungsi...semua nampak serba tak kena...dan seperti yang wa cakap dalam fb wa, sebelum kejohanan ni bermula, sebab utama kenapa Malaysia kalah dgn Vietnam dan Thailand masa frenly, seri dgn Hong Kong dan Bangladesh ialah kerana semua dah tau dah taktik Malaysia dan cara permainan Malaysia..sama jek...xde beza...wa malas nak tegur hal Rajagobal...so semua wa rasa clear lu orang tau...

Cuma apa yang menarik perhatian wa adalah apabila hal berkaitan Ultras Malaya dibangkitkan, especially bab chanting ANJING!!!! Yes, wa personally setuju org cakap yang chanting anjing ni a bit arrogant and disgusting, wa jugak setuju yang Ultras Malaya WAJIB untuk tukar chanting menghina tu. Tapi yang wa nampak ialah, apa yg diaorang buat semuanya dipandang sebelah mata. Kalau sesiapa yg follow twitter Ultras Malaya, diaorang dah announced yang diaorang akan try ubah benda ni kepada yang a bit 'positive', which is really good. Yang buat wa bengang ialah, bila orang yang selama ni tak ambil tahu langsung pun tentang hal team Harimau Malaya or even Ultras Malaya, alih2 mengkondem habis-habisan (bukan bagi komen positif, tapi negatif) tentang diaorang ni, especially mengkondem Ultras Malaya.

Wa bukan nak sebelahi diaorang pun, tapi tahukah anda (yes, i'm trying to be diplomasi sikit kat sini), segala kudrat yang diaorang buat selama ni diaorang tak mintak sesen pun dari korang atau aku sendiri? Tahukah anda yang diaorang menghabiskan wang kantung diaorang sendiri untuk buat segala tifo or gimik semata-mata nak menaikkan semangat pasukan Malaysia atau pun semangat kita sebagai penyokong? Tahukah anda yang mereka semua terpaksa ambil cuti tak bergaji semata-mata nak siapkan tifo atau gimik yang berhari-hari nak siapkan dengan berpanas berhujan? Tahukah anda yang diaorang tak ambil kisah pun kalau Malaysia menghadapi hari-hari down semata-mata kerana cintakan bolasepak Malaysia walaupun diaorang tahu yang Piala Dunia tak akan mungkin Malaysia jejaki? Tahukah anda yang mereka tak mintak sesen pun duit anda untuk mereka gunakan semua peralatan dan pembuatan mafla, baju, sticker, etc semata-mata nak menyemarakkan lagi sokongan rakyat Malaysia kepada team Harimau Malaya? Tahukah korang yang perjuangan mereka walaupun mungkin nampak kelakar pada korang, tapi disebabkan cinta pada team negara, mereka sanggup tebalkan muka melompat dan menjerit macam orang gila semata-mata kerana nak melihat pemain bermain dengan bersungguh-sungguh hasil dari sorakan diaorang? Mungkin korang yang sibuk-sibuk mempertahankan team2 EPL korang tu tak tahu atau tak nak ambil tahu pun pasal hal ni.

Dah dua matches wa duduk berdekatan dengan Ultras Malaya, dan wa rasa walaupun selama ni orang benci dgn gelagat diaorang, tapi semakin hari semakin ramai yang join the club. Kalau korang2 yang taksub dgn team EPL korang tu bleh bermati-matian bergolok bergadai semata-mata nak mempertahankan team korang, apa salah korang menyokong tindakan Ultras Malaya yang buat semua tu untuk negara yang sama-sama kita duduki ni. Yes, they are dumb calling those LIONS as anjing, but that doesn't mean that all of their actions also dumb, like what other blog always said. Diaorang buat kerana nak mempertahankan semua tu dalam perlawanan bolasepak jek, after matches, semua kembali normal.

Yang peliknya, korang yang taksub dgn team EPL tu lah yang bashing those Ultras Malaya, satu entiti yang memperjuangkan martabat bolasepak Malaysia, negara tempat tinggal korang dan tempat korang carik makan. So? Duk la Liverpool (sebagai contoh) kalau tak nak kena panggil ANJING (bukan nak provok, cuma nak bagitau negara lu dan negara wa bukan Liverpool or other EPL teams). Just my 2 cents!!

ULTRAS MALAYA, THEIR TARRACE, THEIR TERRITORY, THEIR RULES
(PIC CREDIT : NOTAKOSONG.COM)

19 March 2010

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEMAIN BOLASEPAK

Originally posted at http://ikanrocker.blogspot.com/



Start darjah 6 aku dah wakil sekolah. Posisi penjaga gol. Mungkin sebab aku tinggi, Cikgu Brahim tak banyak citer terus confirm amik aku jadi keeper Sekolah Kebangsaan Seri Telok. Merasa jugak jadi naib juara MSSC Yong Peng. Ngam-ngam masa final lutut aku kena bisul. Lepas bolos 1 gol, aku mintak kat Cikgu Brahim keluar sebab bisul aku dah pecah. Salah satu alasan aku tak nak main sebab darah gemuruh. Dan taktik aku menjadi. Akhirnya sekolah aku kalah 3-1 dengan Sek. Keb. Ladang Union.

Masuk sekolah menengah, proses bermain bola berterusan. Aku sekolah menengah kat High School Batu Pahat dan dapat asrama. Disebabkan aku duk asrama, tiap-tiap petang main bola. Abis lu orang nak expect apa kalu dah duk asrama? Tengok cerekarama?

Masa main petang-petang, tah apa jadah abg senior suruh aku main dengan diaorang sebab tak cukup korum. Nak-nak posisi yang kosong tu keeper, so senang lah aku nak handle, walaupun aku tak terer. Korang bayangkan la aku yang junior ni, baru tingkatan 2 masa tu main dengan abang-abang senior yang besar gedabak dan main terer nak mampus,wakil sekolah lagi, pastu rembat punya lah tak ingat. Aku rasa macam diaorang saja jek nak kenakan aku rembat kuat-kuat. Sampailah tiba satu tahap, ada sorang abang senior yang memang champion main bola (kapten sekolah) dia sudah lepas kan satu rembatan. Tah ah siau macamana aku boleh dive selamatkan bola tu dan tak gol. 2 bulan lepas tuh, abang senior aku datang kelas time aku tengah belajar, keluar dan gi padang untuk training pemilihan bawah 16. GILER!

Masa training, aku buat sebaik mungkin dan dari segi pemerhatian, aku tau Cikgu Zaini (coach kitaorg) memang nak jadikan aku keeper. Tiba last selection untuk pemilihan pemain, ada friendly match dengan Sek. Men. Dato' Bentara Luar. Tah kat mana lah silapnya, darah gemuruh aku datang lagi. Sekolah aku tengah leading 1st half dengan 1-0. Aku masuk sebagai pemain gantian dan tak sampai 10 minit, aku dah lepaskan 3 gol yang sangat-sangat mudah. Esoknya, nama aku kena drop dari senarai terakhir team sekolah. Dan kenangan lawan dengan team Bentara Luar betul-betul buat aku down nak main bola lagi.

Tahun depannya aku naik tingkatan 3, Cikgu Zaini panggil aku untuk training bawah 18 team sekolah. Giler apa, bawah 16 pun aku tak lepas, nak jadi keeper bawah 18? Aku terpaksa pegi bila Cikgu Zaini bersungguh-sungguh suruh aku training. Aku terpaksa bersaing dengan keeper bawah 18 sebelum tuh, Sofyan yang dah 2 tahun pengalaman jadi gol keeper bawah 18. Aku tak expect pun untuk jadi keeper 1st, memandangkan kenangan lepaskan 3 gol mudah masa lawan Dato Bentara still terngiang-ngiang. Lepas training, aku diterima jadi sebahagian dari team. Takut memang takut, tapi aku expect aku akan jadi keeper nombo 2, jadi tak kisah sangatlah, bleh ponteng sekolah.

Surprisingly, masa nak lawan 1st match, Cikgu Zaini namakan aku sebagai keeper utama. Bila dengar nama aku jek, aku terus cuak, camtu jugak senior-senior aku yang tak yakin dengan aku, siap cakap "aiseh, dia ni jadi keeper? bleh ke? biar betul cikgu ni!". Memang agak hina...tapi perlawanan diteruskan jugak dan the game ended team sekolah aku kalah 3-0 pada sekolah Vokasional Batu Pahat.....memori yang manis sebab semua gol adalah hasil kepakaran lawan dan gol sendiri team mates, dan aku menyelamatkan sekurang-kurangnya 5 bola yang boleh gol dan 1 sepakan penalti. Sejak hari tu, posisi gol keeper utama untuk bawah 16 dan bawah 18 team sekolah aku pegang.

Dan hari ni, aku bukan pemain bolasepak. Untuk apa aku cerita pengalaman ni? Sebab sebagai pemain bola, usaha sangat penting dan aku berusaha untuk jadi 1st choice gol keeper walaupun sebenarnya aku rabun!

Teringat cikgu matematik aku yang cakap, "Awak tak boleh jadi gol keeper lah...kasi orang lain main....awak memang tak berbakat jadi gol keeper". He ate his word after that!