20 July 2016

Coup D'etat

Sejak coup d'etat Turki ramai pulak jadi tukang ulas. Macam macam analogi keluar. Cerita pelik pelik pun keluar lah masa ni. Wa pun tanak kalah la.

Wa rasa benda ni simple je nak paham. Kalau lu tolong orang susah, belakang time lu susah, tuhan tolong lu balik. Kaaannn


Kan ke tak kan??

15 September 2015

Kena Kena Beng Beng !!!!

ni wa baru balik dialog isu semasa peringkat kementerian.
kerajaan nak bagi terang kat kita ni pasal gst, pasal duit jatuh, pasal ekonomi
semua ni pasal duit la.
sebab duit ni penting, buat beli beras, beli gula, beli tepung.
tapi wa tak duduk dalam dewan tu.
wa duduk luar layan asap jerebu.
sebab wa tau kalau wa paham pun wa tetap 'kena' jugak kaaaannnnn....
kaaannnnnn.....

lacau.

tu je.

09 September 2015

SEGMEN BAHASA INGLISH


BLOOD IS THICKER THAN WATER

something that you say which means family relationships are stronger andmore important than other kinds of relationships, such as being friends Theysay blood is thicker than water, so how come so many families hate eachother?

Translasi: 

sesuatu yang anda katakan yang bermaksud hubungan keluarga lebih kuat dan lebih penting daripada lain-lain jenis hubungan, seperti menjadi rakan-rakan mereka berkata darah lebih tebal daripada air, jadi mengapa begitu banyak keluarga membenci antara satu sama lain?

Mengapa begitu?


sedangkan kita menanami kasih sayang keluarga melalui jalan-jalan kekeluargaan ini sedang orang yang tiada rumah hidup sengsara. Adapun keluarga adalah paling menyayangi kita walau kita tidak punya wang dan harta. Kawan-kawan walaupun sayang tiada masa kita sedang dalam kesusahan hanyalah ada ketika senang dan senyum. Marilah kita bergenggam tangan memupuk kasih sayang keluarga semasa hayat dikandung badan dan belum mati. Kalau kita mati mereka juga yang menanami kita dengan doa dan air mata. Yang jauh kita dekatkan yang bermusuhan kita damaikan yang bersedih kita raikan cinta. Seolah-olah kita tidak pernah bersengketa dan bermasam cuka. Hidup ini sekejap saja esok lusa kita tiada siapa yang tiada tergigit lidah bersalah cakap hingga tersakit hati. Semoga sempat memaafi kekhilafan yang tiada nampak didepan mata. Tapi hati siapa yang sedar.


Salam Aidilfitri
Sao Paulo, Brazil

07 September 2015

anime: mangan jengkol


KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) — Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Sumber : http://www.harian-metro-online.com/makan-jering-berlebihan-boleh-rosakkan-buah-pinggang

wah!!

ni kalau enol baca mesti dia suka lah sebab ada tulis djengkolic acid. 

nol, nol.. mangan jengkol baunya lecit. 

lecit ni macam ashem k.

02 September 2015

Sometimes I Run, Sometimes I Cry, Sometimes I'm Scared Of You

But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and night
Baby all I need is time


Puisi di atas dipetik dari hasil seni nukilan Britney Spears berkenaan perasaan sayang, berkenaan masa dengan hal pecah dara. Mungkin boleh dikaitkan dengan isu yang wa nak utarakan ni.


Dalam banyak-banyak benda cuma satu je wa musykil sekarang ni.

Menteri-menteri (yang jahat) sekarang ni tak takut ke KALAU kerajaan bertukar tangan?

Sebab apa yang diorang buat ni bukan ke akan makan diri diorang balik KALAU kerajaan bertukar tangan?

Don't get me wrong. Wa tak pro mana-mana. Sebab pada wa dua-dua ni lebih kurang. Politician semua sama. Yang bezakan diorang ada yang walk the talk, ada yang talk cock.


Cuma wa nak tanya tu je, KALAU negara ni bertukar tangan, tak ke lu orang kena humban penjara ke, kena pecat ke, kena buang negeri ke. Habis busuk kalau lu orang mampu (ramai yang mampu), lu lari Australia. Tapi kalau Najib lari ke Australia, bukan ke Sirul pun dah ada sana? Buatnya tiba-tiba Najib jalan pergi pasar tiba-tiba bertembung dengan Sirul, nak cakap apa? Tanya apa khabar?

Ah tapi tu hal remeh. Sebab persoalan pokoknya tetap sama. Menteri-menteri tak guna ni (bukan semua ya, BUKAN semua) tak takut ke KALAU kerajaan bertukar tangan?

Pandang Belakang La Sikit

Ingat tak bila Selangor kena ambil alih? Sama juga macam Penang. Menteri dan pembesar yang kalah tu, MASIH selamat lagi sebab BN masih kerajaan pusat. Jadi orang macam Khir Toyo tu makan kenyang-kenyang pun tak kena apa, habis kuat pun pengsan masa jogging depan rumah. Diorang masih selamat sebab pembesar utama negara MASIH pegang Malaysia.

Tapi KALAU kerajaan bertukar tangan, KALAU parti Barisan tersungkur sampai terpaksa pass obor, apa jadi dengan menteri-menteri ni semua?

Takkan nak buat macam Ezam dulu mula-mula berdegar-degar hentam kerajaan lepas tu masuk UMNO tukar skrip pulak hentam Anwar. Sekarang taktau apa cerita dia.

Tapi sebenarnya kan..





Sebenarnya persoalan yang wa nak tanya, bukan bila kerajaan bertukar tangan tapi sebenarnya lebih kepada bila dunia dah sampai hari perhitungan.

Diorang ni tak takut Allah s.w.t ke?


03 August 2015

Kutu 4.0

berita semalam tunjuk ramai kutu2 berahak kena tangkap dengan polis sebab perhimpunan haram. syabas polis2 muda harapan malaysia sebab tangkap kutu2 ni. thumbs up

mungkin awak polis2 muda ni tak sedar yang kutu2 berahak ni berhimpun mewakili suara makbapak awak kat kampung nun, mana pergi duit mereka? DS Najib guna kewww??

tu ajewww...



saya tak pegi la perhimpunan macam ni. panas, berasak-asak, ketiak masam.

tapi kalau ada penyeri macam ni saya sanggup kena tangkap lah. suwerrr



28 July 2015

Jemu yang terpaksa

(belasungkawa Allahyarham Azizi Abdullah)

Jarang menyinggah blog politik. Malas baca panjang22222222222.
Baca sampai 15 perenggan cerita siapa paling Islam dekat malaysia ni memang makan kuota internet lah I tell you. Habis, sapa nak jaga group FB Kancil Takde Air Cond tu. Unta

Kita kalau nak bangunkan group ni memang banyak dia punya mehnah. Tau tak mehnah tu apa??... Anak Wak Kasim Boyan tu Mehnah jugak nama dia tapi bukan tu. Mehnah ni.....hmmmmm...Google la. Jangan malas. Ingatlah pesan Allahyarham Azizi Abdullah '... janganlah bebal. Mari tenangkan emosi..'.
Google.

'Mencari kebenaran atas kebenaran..
Dari adat lembaga kezaliman...
Kemusnahan
Kehancuran...

Ramli Sarip.
Iqra.
2000.

Memang kita dituntut mencari kebenaran. Dan kita berada dalam Group yang benar. Paling benar. Takkan lah ada yang lebih benar dari kita. Kan.

Eh kalau tak suka dengan group sekarang kita boleh buat group baru apa?. Group baru, admin baru, ahli baru. Dalam tu kita boleh duduk, terlentang, terkangkang takde sapa marah. Cuma bagaimana kita menyantuni kumpulan yang kita tinggalkan itu menjadi soal. Mantan kawan-kawan itu lah yang dulu sama-sama dengan kita panjat tiang, pacak bendera bangunkan group ni. Masa kamcheng kita kata ni Blood kita. Lu langsi lu mati. Kita sanggup libas parang depan khadi kalau dia tak dapat berbini dua.

Tapi lepas bercerai ni, tak elok kita cerita pada orang lain kelemahan bekas pasangan kita. Lebih-lebih lagi kelemahan tenaga batin. Itu secret.

Kalau orang dah tak suka, perlu ke kita bengang (atau bengong). Takyah la. Rilek brader, brader rilek. Pujuk orang untuk suka kita ni kerja pondan. Tapi, untuk yakinkan pengikut, kita dipihak yang benar patut kita bagi A kat dia. Kena hujah. Kena ada substance. Kekal dengan posisi.

Ini proses. Proses mematangkan sesuatu kumpulan/organisasi/tamadun. Mari kita lihat dari sudut positif. Kena bersangka baik dengan keputusan tuhan. Ini proses tapisan. Allah nak tapis siapa yang betul ikhlas dalam perjuangan ni. Yang tinggal inilah yang terpilih untuk meneruskan misi dan visi kumpulan itu. Ambil Santan. Hampas kita buang. Bukan kita punya kerja. Itu urusan Allah.

Satu benda yang kita kena muhasabah balik. Apa nawaitu kita masa mula-mula kita masuk dalam kumpulan itu. Dulu masa belajar, study group, join group yang ada gadis-gadis berdahi licin. Barulah ada semangat belajar. Takkan lah join group memperjuangkan Islam pun nawaitu cikai-cikai jugak. Sebab tu dalam banyak keadaan, kita disuruh untuk betulkan niat. Betulkan niat. Back to the point of departure. Pehhhhh.... Google punya penangan.

dipetik dari
Lanjau Sepanjang Jalan
A.Samad Salleh


24 October 2013

suratan takdir

kehadapan psrartarwik

berat untuk saya luahkan apa yang saya rasa sekarang.

saya fikir masalah akan timbul bila kita tubuhkan band, terdapat seorang gemok dalam band tu.

silap.....

buat apa pun kalau ada budak gemok memang bermasalah.

buktinya  

blog ini.

sekian.

yang benar,

tirtrbhohth

12 September 2013

PAHANG POWER



Wa taktau lah BERNAMA ni boleh percaya ke tak tapi yang wa tau pemain pahang memang power.

07 August 2013

Amatokem Nak Ucapkan Selamat Raya Pada Gadis Sunyi Dan Wanita Kesepian Serta Ibu Tunggal Di Luar Sana K Bai



Salam perantauan,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam lebaran buat keluarga tercinta dan sahabat handai di Lopiak, Benut, Semerah, Felda Cha'a dan Tongkang Pechah.

Tak lupa juga salam kasih Aidilfitri buat buah hati di Parit Yeob Darat, Parit Ya'ani.

Tiga rangkap pantun dari saya buat pengganti diri..



Hang Tuah moden bang Berahim Ali
Raya Hantu Lapar pun setahun sekali
Jangan kisah anjing dan sup babi
Anjing dan babi tak sambut Aidilfitri

Bila basah tegakkan benang
Puas dah cari jarum peniti
Masuk ratu cantik pun tak tentu menang
Baik lagi sambut Aidilfitri

Hari baik bulan baik
Pantun yang ini akhir sekali
Bila teringat hal ratu cantik
Teringat pula petua ini



Gagagaga



22 July 2013

TAND)))AS

Saya memang jarang berak. Kadang-kadang 3 hari, sekali berak. Doktor kata itu normal. Faktor pemakanan dan sistem penghadaman tu sebab saya jarang berak. Doktor kata makan betik dan pisang untuk elak sembelit. Ada segelintir orang yang sistem penghadamannya cepat, lepas satu jam makan terus rasa nak berak. Itu pun satu masalah juga. Lepas makan mesti nak cari jamban. Macam kita yang duduk dekat Malaysia ni senang nak cari tandas. Walaupun kadang-kadang tandas tak berapa elok tapi masih boleh berak dan cebok. Saya membayangkan kalau kawan saya duduk di India, fasiliti tandas ni memang nadir nak jumpa. Kalau dia berani boleh berak macam ni


03 June 2013

taurah sha'ab


peraduan handphone samsung kembali lagi.

sekarang uolls teka anwar ibrahim dekat belah mana? 


Ps:  btw erdogan tu kawan baik anwar tau. blad

07 May 2013

Amenda?



I know you all miss I right?

Because every every day I accept email and sms ask where my writing.
But I never send back email and sms.

I quiet.

If all you all knowing, I am so much busy.
With job and relation with people.

You all please don't mad.
After I not busy and time in hand.
I return you all email and sms.

I also again write.

Hope you all happy.





This I name Ahmad Tongkeng bye to you.


02 April 2013

JANGAN PANDANG BELAKANG JIN

Dulu bila wa tengok seekers ntv9 wa rasa ni rancangan paling prank pernah budak melayu cipta. kalau lu orang tengok dia punya prop, camera semua lu memang tau la ni cikai cikai punya modal nak buat rancangan tangkap hantu. zaman tv5 singapore 10 tahun dulu ada jugak siar program nama sighting tapi dia punya prop lagi canggih dari uncle syed abdullah ni punya equipment. ada lagi manusia zaman ni pakai handycam. bukan benda tu dah diharamkan ke?. tak paham wa macamana nak tangkap gambar hantu kalau snap 3 minit baru keluar flash 3 minit lagi nak save dalam memory. nak nampak dia pegang dslr jauh sekali. barang-barang dia pakai ni memang senang cari dekat pasar karat Batu Pahat. ok bukan benda tu yang wa nak highlight dekat sini. benda yang wa nak cerita ialah stand wa terhadap benda-benda ghaib ni yang orang sekarang mula ambil peduli. buktinya makin ramai yang percaya wujudnya hantu dan jin. wujudnya sihir. wujudnya tempat-tempat yang keras. dan baru-baru ni wa dengar akan ada akta yang membolehkan seseorang didakwa kalau terbukti melakukan sihir kepada orang lain. walaupun dunia semakin moden, orang masih percaya benda-benda ni wujud dan dipraktikkan. ok bukan benda tu yang wa nak highlight dekat sini. benda yang wa nak cerita ialah wa dulu memang tak percaya hantu jin ni masuk dalam gambar. Maksud wa jin yang betul betul. Azizan pun jin juga tapi ni jin yang macam dalam cerita Ahmad Albab tu Bila wa tengok seekers tu tunjuk gambar asap lah, bayang putih la, kain putih la, wa gelak je. Bagi wa camera trick macam tu zaman wa sekolah-sekolah Datin Onn boleh la terpedaya. ni zaman baby pun pegang ipad apa. ok bukan benda tu yang wa nak highlight dekat sini. benda yang wa nak cerita ialah baru-baru ni ada sedara mara wa berubat sebab badannya dipercayai dimasuki jin. dah banyak tempat dia pergi berubat nak keluarkan jin tu. disebabkan anak dia sibuk dengan urusan bawak maknya berubat, dia lupa ada urusan kerajaan yang dia lupa nak selesaikan. so bos dia minta surat tunjuk sebab kenapa dia tak uruskan kerja tu. untuk supporting dokumen surat tunjuk sebab tu kena la ada beberapa keping gambar mak dia yang sakit tu. so dia snap la beberapa gambar mak dia masa tengah tido. ok bukan benda tu yang wa nak highlight dekat sini. benda yang wa nak cerita ialah masa dia cuci gambar gambar tu ada satu gambar yang pelik. mak dia yang berambut pendek tapi dalam gambar tu mak dia berambut panjang. agak gegel jugak la bila tengok. sekarang baru la wa percaya yang jin jugak kadang-kadang boleh masuk dalam gambar. wa pernah dengar ustaz kata yang jin tu kadang-kadang sengaja menampakkan dirinya untuk mengganggu manusia. sebab tu kadang-kadang ada budak-budak histeria menceritakan pengalaman nampak kelibat jin. tapi tak semua manusia. hanya sesetengah orang je. kalau Din ayam lahir dari api dah tentu-tentu lah kawan dia mestilah nampak kan. ok bukan benda tu yang wa nak highlight dekat sini. benda yang wa nak cerita ialah rumah dan diri kena ada pendinding. pendinding rumah ialah amalan bacaan quran setiap malam dekat rumah. pendinding diri ialah solat, bacaan quran dan doa harian. takde mana-mana kitab ajar bela ikan puyu boleh halang jin atau sihir dekat rumah. bela ikan jaws pun tak jalan apatah lagi frame kufi. sekianini pun jin juga

24 January 2013

Agensi Mencari Pasangan Sebantal



          Di tengahari yang hening ketika hari semua Melayu cuti umum, kawan aku Azdi Don Coyote tunjuk aku satu halaman cari jodoh ala Cupid Dot Com. By the way aku baru tau Malaysia pun ada jugak page cari jodoh macam ni namanya Cupid-Melayu.com.gov.

Nama page kawan aku tunjuk tu adalah CARI JODOH Muslim Online. Jadi kat situ dah jelas pengkhususan dibuat kepada Meleis aje. Walaupun ramai Muslim kat Malaysia juga terdiri dari golongan Kimmak dan Nyonya, tapi yang tempel gambar nak cari pasangan dalam page ni semua golongan Meleis.

Aku tak ada nak cakap apa lah pasal ni. Aku tak nak negative sangat sebab pihak yang usahakan page ni sebenarnya harus dipuji sebab niat mereka nak bantu orang yang masih forever alone sampai sekarang.

Tapi bila melihat gambar-gambar dalam page tu dari mereka yang kesunyian inginkan teman, hati kecilku tak dapat menahan dari terkucil senyuman humor.

Oh Melayu, selain Sabul, Tupah dan Melayu Boleh, page ni juga boleh dijadikan bahan hiburan ringan sewaktu deadline kerja hampir tamat.

Please to enjoice.

P.S - Kalau pressure awak teruk sangat, aku syorkan baca komen kat setiap gambar tu. Especially gambar yang last sekali ni.


Teman dari seberang.

Macam mengelat tak nak bagitau berat badan aje.

Ok.

Sekurang-kurangnya dia jujur dalam bergambar.

Antara ramai-ramai, dia ni dapat rating paling tinggi sekali.

Aku harap Wan Toppa bukan nama betul dia.

STEADY pengimpal!!

No komen.



08 January 2013

Printscreen

Wa sekali sekala suka printscreen sesetengah benda...especially kelau benda tu ada maksud tertentu atau pun bleh dibuat rujukan...kat sini wa bagi benda2 yg wa printscreen...x semua wa upload, tp mungkin apa yg wa printscreen ni bleh membuatkan lu org berfikir atau paling kurang tarbi wa balik...cara???


ni rujukan wa masa piala AFF Suzuki 2012...oh ya, Malaysia tak jadi juara time ni


ni pulak ayat nganjing Tan Sri Anuar Musa yang disambut 'meriah' oleh rakyat negara Kelantan ... sokongan diaorang pada negeri kelahiran diaorang memang tinggi...sebab tu Mat Klate tak ramai gi stadium masa Malaysia lawan, sebab diaorang taat dgn 'negara' Kelantan....lagi satu sebab, Piya kapten diaorang tak main...tu je sebab nya...



ni pulak twitter Ultras Malaya...status diaorang yang menerima teguran 'rakyat' Malaysia supaya lebih 'hormat'kan pasukan lawan....memula diaorang ok jek...tapi lepas lama2 orang still dok cakap jugak, diaorang dah tak kisah dah....watdehel....THIS IS BUKIT JALIL!!!!!


Ni bagi sesiapa yang nak menderma kepada rakyat Palestin... Fathullah Lokman Yusof ataupun Nyala Minda Arts bagi cara camne korang nak derma..


Ni pulak ayat nganjing Tan Sri Annuar Musa kat team Malaysia...dan seperti biasa, rakyat 'negara' Kelantan menyokong saranan dia...sebab bola, UMNO dan PAS bersatu...kehkehkehkehkeh

Ni sebenarnya ayat coach Ong Kim Swee kepada anak didiknya masa Sukan SEA 2011 kat Jakarta hari tu...aku browse balik masa nak lawan INDON time AFF Suzuki 2012 yang lepas...seronok masa lawan INDON ni...dia punya feel dah macam final dah..


ni gambo my buddy...dia mmg kuat sex...tgk muka dh tau...


Ni lockerz milik Mister Freddie Ariffin, antara pengasas Ultras Malaya...dia pos gambo yg mengatakan dia di interviu oleh pemberita Indonesia dalam akhbar harian diaorg....yg sebenarnya mmg takde langsung interviu yang dibuat...celah mana diaorang dapat interviu Mr. Freddie, itu wa xtau...Freddie sendri pun xtau


Ni kata-kata Winfried Schafer, jurulatih Thailand masa sebelum perlawanan separuh akhir AFF Suzuki 2012 antara Malaysia vs Thailand....itu yg disuarakan oleh beliau selepas melihat perlawanan antara Malaysia bertemu Indonesia yang berkesudahan Malaysia menang 2-0...sesiapa pun yang berada di stadium pada waktu itu, akan terasa apa yang dikatakannya adalah sangat benar!!!!


ni ialah wa punya fon...tu jek...wa suka tuko2 fon punya wallpaper...and yes, android rules!!!!!


ni wa tgk wiki Mr. Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia yang 'hot' tu...wa tgk wiki dia bukan apa pun, wa tgk sebab masa ni tengah hot Kelantan tak nak lepaskan Mat Yo sebab Kelantan kata Mat Yo naik sebab Kelantan yang asuh dia jadi bagus....so dalam hal ni, Apek power disebabkan Johor (rujuk : Sekolah Sukan Bandar Penawar) adalah pengasuh dia sampai jadi terkenal dan power serta terer....so Kelantan jangan nak belagak lu asuh Apek plak....watdehel!!


Sila lihat Tono Ajah, dan cuba tengok statement dia Malaysia That Dog....itu adalah direct translation daripada bahasa Indon iaitu "Malaysia Itu Anjing"..... Malaysia That Dog = Malaysia Itu Anjing .... which should be Malaysia Is Dog .... facepalm !!! Indon and their never ending curse!


Ni wa nak tanya DIGI balance bil wa....anyway, DIGI SAKSBOLLSSSS!!!!


wa jarang guna twitter...paling kuat pun berbual sorang2 dalam twitter atau berbual sex dgn Ahmad Tongkeng....tp wa printscreen ini tweet sbb Mahali Jasuli retweeted balik tweet wa kt dia....kehkehkeh


Ni adik Adam menderita sakit ketumbuhan otak...wa printscreen sbb wa nk bagitau kawan2 semua yang semua derma boleh masuk ke akaun yang tertera...


ni printscreen doa untuk org yang banyak utang macam wa...lu orang kalau takde utang jgn ngade2 nak buat utang....


sekali lagi wa tuko wallpaper....why so serious? Joker tanya lu orang....


ni ialah info berkenaan fon wa yang dah root....ada pro and cons fon yang root ni...yg wa selalu hadapi bila root fon ni ialah selalu hang...biasa ah, fon cap ayam...lain la S3 Samsung....xtau root? Google!!!


Ni sekali lagi ayat nganjing Tan Sri Anuar Musa...wa sebenarnya cukup2 respek kat dia sebab dia bawak kemajuan pada bolasepak Kelantan...tapi sejak Mat Yo blah dari Kelantan, ayat dia tak professional langsung dan perangai dah macam budak kecik, pastu haji pulak.... Nur Asraf kat atas tu sound wa bila wa komen, "wa sebenarnya respek lu tan sri, tapi sejak akhir2 ni lu punya statement dah macam budak kecik...lu tu haji, buat la cara haji"...lebih kurang camtu la wa cakap....sekali lagi, kerana bola, UMNO dan PAS boleh bersatu...nampak powernya bola tuh?


ni pulak nasihat hari2 yang digalakkan untuk berbekam


ni perlawanan persahabatan pra musim Liga Malaysia antara pasukan sokongan wa, Johor FA dan PKNS FC, flyer dibuat oleh Ultras Johor, Boys Of Straits....Johor FA menang 2-0...nampak kat situ team ni sebenarnya lagi power dari Barcelona?? nampak kan???


ni CD promo keluaran Reflection Distribution...band wa yang nak masuk 2 tahun tapi tak rekod2, National Next ada contribute dalam CD ni...nantikan kemunculannya!!!


ni Encik Azizan @ Tora nak beli MTB Giant selepas give up dgn scene fixed gear....dia nak pakai seluar ketat bagi nampak telur separuh masak dia....


ni cara2 kita melayan anak kita dari semua peringkat umur...paling drastik ialah antara umur 13 smpai 21, zaman remaja...zaman ni zaman kritikal untuk ibu dan bapa...jgn cakap lu orang tak pernah remaja...kita tau remaja dia punya libido dia lain macam...so ini adalah nasihat Nabi SAW kepada umatnya...ada panjang lagi, tapi wa printcreen sikit jek..


ni petua Nabi SAW untuk sesiapa yang mengalami penyakit kronik....seeloknya diamalkan...


Ni pulak nama2 player skuad Johor FA untuk Liga Premier 2013...wa bukan bersikap kenegerian sangat pun, tapi ini team yg wa sokong dari kecik....celaka apa sebabkan Johor DTFC ramai star alih2 ramai yg sokong, wa pun nak ikut sokong?? watdehel!!! bukan wa x sokong Johor FC, wa sokong gak la tapi wa lebih kepada Johor FA sbb dari dulu wa sokong Johor FA...cuma wa hilang jap sokong bola Malaysia antara tahun 1996 smpai 2000 lepas negara dilanda masalah rasuah, sampaikan wa anggap bolasepak Malaysia time tu smua dah dirancang...

Well, ni lah serba sedikit benda2 yg wa printscreen...kalau free lu amik la apa2 yg bleh dijadikan iktibar...ok bai!!!