18 October 2012

KISAH BENAR : Saya Tak Sangka Ia Berlaku Pada Saya




          Pada suatu hari saya terjaga dari tidur agak lewat iaitu pada pukul 9.30 pagi. Pagi kalau bahasa Inggeris dipanggil am. Kemudian dengan keadaan tergesa-gesa saya terus capai tuala dan berlari ke bilik air untuk mandi. Saya tak mahu lambat ke pejabat. Mujurlah di pejabat tiada punch card jadi kesilapan saya hari ini tidak mengapa asalkan jangan setiap hari. Apabila selesai bersiap, saya terus menghidupkan enjin motor lantas terus bergegas ke pejabat. Dalam perjalanan saya terbayangkan banyak perkara, tentang keluarga, tentang masa depan, tentang cinta. Sedar tak sedar saya pun sampai di pejabat. Saya tak sangka ia berlaku pada saya.

Kemudian di pejabat setelah saya menghidupkan suis komputer saya, seorang rakan bernama Faiz mengajak saya makan tengahari namun kata saya padanya, "Eh kan pagi lagi, kenapa kau ajak aku lunch?". Tersipu malu si Faiz lalu berlalu pergi. Awal betul dia ajak saya makan. Saya tak sangka ia berlaku pada saya.

Sedar tak sedar setelah hari merangkap ke petang, sudah hampir waktu pulang. Dengan riang hati saya bersiap-siap untuk pulang. Sebaik mengemas beg, saya hidupkan enjin motor sekali lagi sebagai persediaan saya menaiki motor untuk pulang. Kemudian setelah naik, saya pun bergerak menuju ke rumah. Semasa dalam perjalanan, dengan tak sengaja saya menyambung angan saya ketika pagi (am) tadi. Fikirkan tentang isu awam, tentang masyarakat, tentang alam perkahwinan. Tiba-tiba tersergam indah rumah saya di depan mata. Rupa-rupanya saya telah sampai ke rumah. Saya tak sangka ia berlaku pada saya.


Saya tak sangka awak sanggup baca sampai perenggan ini.



8 comments:

dayteenlea said...

apa yang sudah terjadi?

Ahmad Tongkeng said...

sekian.

dayteenlea said...

jgn troll cmni.hahaha

habiskann

Ahmad Tongkeng said...

tapi ni kisah benar bukan troll sini tempat serius punya kaki

NEOFISHY said...

jadah punya cerita...jadah!!!

Ahmad Tongkeng said...

semenjak dua menjak ni awak slow sikit mcm line edge awak jugak.. teruk sgt ke puasa?

Penulis Kami said...

hahaha puasa2 jangan petik kang minum sirap hospital

Ahmad Tongkeng said...

And the 100 days starts.. now