18 October 2012

KISAH BENAR : Saya Tak Sangka Ia Berlaku Pada Saya




          Pada suatu hari saya terjaga dari tidur agak lewat iaitu pada pukul 9.30 pagi. Pagi kalau bahasa Inggeris dipanggil am. Kemudian dengan keadaan tergesa-gesa saya terus capai tuala dan berlari ke bilik air untuk mandi. Saya tak mahu lambat ke pejabat. Mujurlah di pejabat tiada punch card jadi kesilapan saya hari ini tidak mengapa asalkan jangan setiap hari. Apabila selesai bersiap, saya terus menghidupkan enjin motor lantas terus bergegas ke pejabat. Dalam perjalanan saya terbayangkan banyak perkara, tentang keluarga, tentang masa depan, tentang cinta. Sedar tak sedar saya pun sampai di pejabat. Saya tak sangka ia berlaku pada saya.

Kemudian di pejabat setelah saya menghidupkan suis komputer saya, seorang rakan bernama Faiz mengajak saya makan tengahari namun kata saya padanya, "Eh kan pagi lagi, kenapa kau ajak aku lunch?". Tersipu malu si Faiz lalu berlalu pergi. Awal betul dia ajak saya makan. Saya tak sangka ia berlaku pada saya.

Sedar tak sedar setelah hari merangkap ke petang, sudah hampir waktu pulang. Dengan riang hati saya bersiap-siap untuk pulang. Sebaik mengemas beg, saya hidupkan enjin motor sekali lagi sebagai persediaan saya menaiki motor untuk pulang. Kemudian setelah naik, saya pun bergerak menuju ke rumah. Semasa dalam perjalanan, dengan tak sengaja saya menyambung angan saya ketika pagi (am) tadi. Fikirkan tentang isu awam, tentang masyarakat, tentang alam perkahwinan. Tiba-tiba tersergam indah rumah saya di depan mata. Rupa-rupanya saya telah sampai ke rumah. Saya tak sangka ia berlaku pada saya.


Saya tak sangka awak sanggup baca sampai perenggan ini.



15 October 2012

Lembu Perkasa Aduh Sayang





Dave awak jangan sering berjanji manis setiap kali awak mungkiri janji awak hancurkan hatiku lain kali jangan main petik orang Melayu nanti Perkasa taruk kepala lembu dalam van awak.


05 October 2012

SEMUA YANG KITA SAYANG AKAN KITA TINGGALKAN


Band kegemaran gua Converge sudah meriliskan album terbaru yg bertajuk All we love we leave behind.

Gua dah tak tau nak ckp apa lagi tentang album terbaru ni yg sememangnya power. Tak ada band lagi yg boleh menandingi band ni kalau ada pun mereka tu cuma peniru bukan pencipta!!

Seperti biasa gua cuma download je kah kah kah dan gua harap HMV ada jual album ni kah kah kah dlm format piring hitam kah kah kah

klik kalau internet lu laju kah kah kah