18 November 2011
HARIMAU BAHAM GARUDA
“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Tapi kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Bung Karno
Sorang kawan wa yang duduk Amsterdam tanya, "laaa...tak abis-abis lagi ke sakat menyakat ni?", bila wa tulis kat status FB wa "Budu asalnya dari Indonesia", sebagai kepuasan meraih kejayaan Harimau Muda mengalahkan Indonesia malam tadi. Wa diam, tak balas... tak lama lepas tu, status kawan 'Belanda' wa ni berbunyi begini, "Baik Indonesia, Baik Malaysia dua2 sama ... Masing2 ada otak letak kat lutut ... just football .... Be nice to each other ....No Racist Racist okay ...."....dan dia cuma balik Malaysia cuma paling lama sebulan setahun.
Apa yang boleh wa katakan, kita tak tau sesuatu kalau kita tak mengalaminya.
Kita imbas balik kenapa kemenangan Harimau Muda semalam adalah satu kepuasan walaupun belum menang pingat emas. Ini wa cerita berdasarkan apa yang wa pandang, baca, berkawan, lihat, dan blah blah blah....tiada kait mengait dengan orang lain..
1. Perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Harimau Malaya bertemu tuan rumah, Indonesia sebelum sepak mula, nyanyian Negaraku di sorak ... selepas itu jelas kedengaran sorakan "Maling, Maling,Maling" seluruh Stadium Gelora Bung Karno. Lu orang akan tau betapa suara macam tu punya kuat akan kedengaran bila hampir 90% penonton bersorak, kalau lu orang pernah gi stadium tengok bola. Walaupun Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pembukaan, Malaysia kalah dengan keputusan 5-1. Dan rakyat Malaysia serta akhbar-akhbar Malaysia yang kita tau dia punya bongok tu mengakui kehebatan Indonesia. Dalam perlawanan ini, pertama kali sinaran laser kelihatan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2010, kat kepala Sharbinie Alawi, keeper Malaysia pada perlawanan itu.
2. Sepanjang waktu sebelum perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010, wa cuba berkompromi dengan para penyokong Garuda di laman facebook Bolasepak Malaysia. Diaorang menyerang tak kena cara daripada gambar Datuk K. Rajagobal pakai bikini (badan jek sexy, muka sori datuk, menangis wa) sampai lah ke gambar bendera Malaysia dibakar. Itu belum lagi masuk bab hal-hal Malaysia pencopet, maling, nggak punya budaya, merdeka nya aja Inggeris yang bagi nggak seperti rakyat Indonesia yang mempertaruhkan nyawa dan maruah untuk meraih kemerdekaan dari Belanda, tarian pendet, batik, rendang, lagu rasa sayang, lagu Negaraku yang katanya diciplak dari lagu terang bulan, bla bla bla.....secara seriusnya wa sangat-sangat berkompromi. Ini hal bolasepak, apa bikin campur urusan lain, hal lain....dan seperti yang diagak, jawapan minded kelas ke 3 plus marah tak tentu hala dikeluarkan oleh mereka. Korang paham kan ayat berkompromi tu macamana dan bagaimana caranya? So tak yah la wa bagitau macamana wa berkompromi. Cukup dengan ayat 'peace'.
3. Isu tarian pendet yang dikatakan dicuri Malaysia daripada Indonesia selepas sebuah iklan buatan National Geographic (berpengkalan di Singapura) menayangkan tarian tersebut. Ini pun menyebabkan para penduduk mereka marah tak tentu hala. Dan seriously, sampai sekarang watdehel itu tarian pendet? Jangankan tengok, join joget sekali pun wa tak pernah.
4. Sebelum perlawanan semalam, rata-rata komen negatif yang dilemparkan oleh penyokong bola mereka, dan antaranya seperti biasa, benda-benda takde kaitan dengan bola. dan selepas perlawanan pun, ego mereka tak mahu turun disebabkan kerana pasukan mereka menurunkan pasukan kedua. Apa yang paling bizarre, Malaysia didakwa guna bomoh. Errr, bukan ke part-part diaorang lagi cempien dalam hal-hal bomoh dengan santet ni?
5. Masa lagu Negaraku dinyanyikan, boleh dikatakan tak kedengaran langsung walaupun muzik tengah berkumandang. Yang wa nampak cuma mulut pemain yang terkumat kamit macam baca doa nak makan lagaknya. Semuanya disebabkan oleh sorakan penonton di Gelora Bung Karno. Lu orang expect rakyat negara mana kalau kat Gelora Bung Karno tuh? Rakyat Brunei Darussalam? Tak cukup dengan tu, banner "Ayuh Indonesia, Ganyang Malaysia" antaranya boleh dibawa masuk ke dalam stadium. Sana takde FRU ke macam kat tempat kita time Bersih 2.0 hari tu?
6. Dengar ucapan ini....
http://youtu.be/ekKVcNns5sc
So, dengan hal-hal sebegini, lu anggap wa racist atas statement wa hal budu? Lu orang lagi bertamadun kan, lu boleh decide lu orang punya pemikiran macamana.
Apa yang wa tau, Harimau Muda menang semalam satu kepuasan buat wa untuk menutup keegoan dan ketidakkompromian (beta lah ada ke ayat camni) diaorang terhadap wa secara personally. HARIMAU MALAYA, AUUUMMMMMMM!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Brengsek loe sawitnya nggak dipotong lagi asek nyerita bola aja dasar malingsia udah menang gue nggak dikasik cuti lohh
Post a Comment