05 October 2011

BAND PILIHAN WA SEPANJANG ZAMAN (SIRI 1)

Sebagai manusia biasa yang penuh dengan onak dan duri, wa pun ada feveret artis wa sendrik. Ini lebih kepada selera wa yang akan sentiasa dengar band ni dalam jangkamasa yang agak lama. So, mungkin ada sesetengah band yang betul wa minat tapi wa tak masukkan sebab wa dengar sekejap-sekejap (watdehel, ada ke term sekejap-sekejap).

Ini tak bermakna wa tertutup untuk discover new band/new faveret band dalam idup wa, tapi buat masa ini, inilah band yang telah mencorakkan telinga wa secara kerap.Untuk posting kali ini, wa nak perkenalkan band At The Drive-In.


AT THE DRIVE IN DARI KIRI KE KANAN (OMAR RODRIGUEZ-LOPEZ, JIM WARD, TONY HAJAR, PAUL HINOJOS DAN CEDRIC BIXLER-ZAVALA)

Band ni ditubuhkan pada tahun 1993, tahun dimana wa tengah bergelumang dengan PMR dan juga muzik punk dari The Pilgrims. Wa kenal punk melalui The Pilgrims dan wa sampai sekarang minat diaorang. Watdehel, ini bukan cerita The Pilgrims. Ok, band ni terbentuk daripada daripada 2 childhood frens iaitu Jim Ward dan juga Cedric. Asal dari El Paso, Texas. Lu orang dengar El Paso pun dah tau kan diaorang ni keturunan apa kan? So hal keturunan tu wa tak yah citer panjang, kang tak pasal-pasal ada melibatkan hal-hal racist plak, jadah!

Wa mula kenal band ni pada tahun 2001, ironically tahun dimana diaorang berpecah time diaorang tengah at their peak popular status. Memang legend sebab tengah gah-gah dan disebutkan sebagai "the next Nirvana", diaorang split...memang style, macam Refused (haaa....Refused akan wa cerita next post). Wa dengar lepas sesi melepak dengan bebudak Infireal (band rapcore dan kemudian tukar style muzik ke arah post hardcore/post punk) dan dalam perjalanan balik ke Shah Alam.

1st time wa dengar, wa cakap watdehel ini muzik? Wa tak pernah dengar that kind of music sebelum ni. So sepanjang perjalanan dari Ampang ke Shah Alam tu wa 2 kali dengar. Kali kedua dengar terus melekat kat telinga wa. Confirm ini band akan jadi feveret wa.

Nak buatkan lagi style diaorang ni, pada Festival Big Day Out kat Sydney, Australia, (separuh dari attendance memang nak tengok diaorang perform termasuk artis dan pemuzik), time tengah perform, si Cedric sound kat para mosher ni supaya jangan ganas sangat time mosh/pogo. Kira macam diaorang suruh para penonton supaya disiplin time tgk diaorang perform. Tapi para penonton tak dengar cakap, jenis kepala degil, diaorang buat ganas gak. At the end, lepas lagu Arcasenal kalu tak silap aku, si cedric ni cakap kat para penonton, "I think it's a very, very sad day when the only way you can express yourself is through slam-dancing, you're a robot, you're a sheep" sambil buat bunyi kambing 'beeekkkk....beeeekkkkkk...' dan terus tinggalkan stage selepas hanya 3 lagu. Semua orang terpinga-pinga dan itu adalah last show diaorang sebab sebulan lepas tu, diaorang berpecah!! Memang style!!

Dan selepas tu, Omar dan Cedric buat The Mars Volta. Jim, Paul dan Tony buat pulak Sparta, dimana kedua-dua band ni dapat liputan meluas sebagai band yang memang artistik. Banyak perselisihan faham yang membuatkan diaorang berpecah dan menjadi 2 band.

Dan nak menambahkan lagi spice pada perselisihan faham diaorang tu, masa Sparta tengah rekod 2nd album, kalu x silap aku, si Paul Hinojos (dalam At The Drive-In dia main bass, dalam Sparta dia main gitar) ni nak tarik diri dari Sparta sebab masalah kecederaan tulang belakang yang serius katanya. Sebulan lepas tu, Paul Hinojos menganggotai The Mars Volta sebagai pemain gitar kedua. What a beef!!!!!!

Tapi tu cerita dulu. Sekarang diaorang dah geng balik walaupun dalam 2 band yang berlainan (Hinojos last2 dah tak join dua-dua band ni lagi). Diaorang bleh kamceng balik bila Omar jemput diaorang semua kat satu majlis kat umah Omar ni dan terus lupakan kisah lalu. Walaupun ada ura-ura At The Drive-In nak diwujudkan balik lepas perjumpaan diaorang tu, Omar lebih senang cakap yang perkumpulan diaorang bukan nak membincangkan hal penyatuan semula At The Drive-In, tapi lebih kepada penyatuan 'long-lost-brotherhood' antara diaorang. Kalau At The Drive-In takde pun, yang penting silaturrahim antara diaorang dah bersatu, itu yang penting.

How sweet Omar!!!

Lu orang tengok sendiri betapa intense nya performance diaorang kat video youtube bawah ni.

No comments: